Friday, July 19, 2019
"JELAJAH SEKITAR FUJIAN, SENTIASA DIRAHMATI" - SELAMAT DATANG KE DUNIA YANG HEBAT, ZHANGZHOU YANG BERWARNA-WARNI
ZHANGZHOU, China, 18 Julai, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
Zhangzhou yang terletak di Segi tiga Fujian Selatan, merupakan bandar utama di sepanjang Jalur dan Jalan, dan tempat kelahiran nenek moyang terkenal dalam kalangan rakan senegara China dan Taiwan di luar negara. Dikenali sebagai salah satu tapak warisan budaya dunia, satu daripada bandar bersejarah dan budaya China yang terkenal dan merupakan antara bandar pelancongan utama di China, dan Kota Air Panas, Zhangzhou merupakan puncak kecemerlangan landskap pelancongan China. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Zhangzhou telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pelancongan secara holistik dan sentiasa memanfaatkan jenama Zhangzhou yang cantik, sekali gus menjadikan ekonomi pelancongannya berkembang pesat.
Terdapat tiga keajaiban dunia di Zhangzhou.
Yang pertama ialah warisan budaya dunia yang ketara -- Tulou (Kastil Tanah) di daerah-daerah Nanjing dan Hua'an, yang bukan sahaja bersejarah, bahkan turut menyaksikan perubahan besar yang berlaku di Zhangzhou.
Kluster Nanjing Tianluokeng Tulou, seni bina Fujian Tulou yang ikonik, terdiri daripada satu kastil persegi, satu bujur dan tiga benteng tanah bulat. Ia kelihatan seperti bunga buah plum mekar penuh pada pandangan dari udara. Dari kaki bukit, ia juga kelihatan seperti Istana Potala yang mengagumkan di atas gunung. Bandar Purba Yun Shui Yao juga terletak di Daerah Nanjing. Ia terkenal di dalam dan di luar negara hasil daripada filem The Knot, atau Yun Shui Yao dalam bahasa Cina. Di kawasan yang indah di Yun Shui Yao, terdapat tapak warisan budaya dunia, seperti Binaan Hegui, Binaan Huaiyuan, pohon banyan kuno terbesar paling padat di Wilayah Fujian, sebuah jalan berabad-abad lamanya, jalan kuno yang berusia seribu tahun, dan gunung-ganang suci dan air yang bersih - semua ini seolah-olah terbentang secara tersusun. Binaan Hua'an Eryi adalah karya seni yang tidak ada kesudahannya antara binaan-binaan individu daripada tanah. Ia digelar Raja Tulou, hasil daripada reka bentuk saintifiknya, struktur unik, hiasan kayu yang indah dan ukiran batu, lukisan dinding yang cantik dan persekitaran geografi yang indah.
Yang kedua ialah Zhangzhou Coast Volcano National Geopark, di daerah Zhangpu dan Bandar raya Longhai. Berlatarbelakangkan sejarahnya yang melebihi 20 juta tahun, ia mempunyai lajur-lajur basalt yang paling banyak dipulihara, terbesar dan paling padat di dunia, yang boleh dianggap sebagai gunung berapi bertaraf dunia. Satu juta dan empat ratus ribu tiang basalt gergasi padat beratur seperti air terjun beku jatuh tinggi dari tebing atau pelbagai riben yang jatuh ke laut, menyerlahkan pemandangan yang menakjubkan. Lajur basalt bertembung dalam bentuk segi empat atau segi enam tegak teratur seperti pahlawan yang akan berperang. Maju ke depan apabila air pasang surut dan berundur ketika gelombang air pasang, lajur basalt ini setanding dengan Terracotta Warriors di Laut.
Ketiga yang perlu disebut, ialah Dongshan Rocking Stone. Terletak di Pulau Dongshan, Kawasan Pemandangan AAAA Negara, Rocking Stone berada pada ketinggian kira-kira 4.37 meter dan berat melebihi 200 tan. Ia sudah wujud di tepi pantai selama lebih dari seribu tahun, tanpa manusia atau angin dapat menggerakkannya dan menjadi tarikan hebat untuk pelancong. Dongshan Rocking Stone menonjol berbanding lebih daripada 60 Rocking Stones di seluruh negara kerana ia unik, curam dan tidak menentu. Dipuji sebagai Batu Paling Unik di Dunia oleh kesusasteraan purba, ia memang merupakan satu keajaiban dunia.
Di samping tiga keajaiban itu, Zhangzhou juga kaya dengan bunga, buah-buahan dan sumber-sumber akuatik, sekali gus dikenali sebagai Ibu kota Bunga, Buah-buahan dan pusat produk akuatik. Zhangzhou kini menarik kunjungan pelawat dari seluruh dunia berdasarkan sumber pelancongannya yang banyak dan warisan budaya yang kaya. Selamat datang ke Zhangzhou yang indah.
Sumber: Biro Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Zhangzhou
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12356
Thursday, July 18, 2019
WAKIL JENAMA-JENAMA YANG PALING DISUKAI DI ASIA BAGI GELOMBANG KOREA 2019 DIUMUMKAN
SEOUL, Korea Selatan, 10 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS telah mengumumkan wakil jenama-jenama yang utama bagi gelombang Korea 2019.
Jawatankuasa itu telah memilih jenama-jenama Korea yang terbaik yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan kualiti yang baik untuk pengguna dan mengumumkannya serentak merentasi saluran-saluran media utama di Asia, untuk memberikan maklumat yang tepat dan kepuasan kepada orang asing yang mencintai gelombang Korea.
Garosu-gil di Gangnam, Seoul dan Pulau Jeju telah dipilih sebagai wakil di dalam kategori pelancongan. Di dalam kategori industri, Samsung Galaxy, Hyundai Genesis, mesin basuh LG TROMM, dan Bacchus dari Dong-A Pharmaceutical mendahului yang lain.
Gedung Serbaneka Lotte dan The Shilla Duty Free telah dipilih untuk kategori membeli-belah. Bagi wakil jenama hiburan, BTS, satu kumpulan pop lelaki yang sangat popular di kalangan penggemar gelombang Korea antarabangsa, Parasite (kategori filem) yang memenangi Palm d'Or di Cannes pada tahun ini, dan SkyWaterShow (kategori konsert dan pertunjukan) telah dipilih.
Amorepacific Sulwhasoo, LG Household dan Health Care The History of Whoo, JUNGSAEMMOOL Beauty, jenama estetik yang menyembuhkan derma dari DNCOMPANY Esthemed, dan jenama kosmeseutikal utama BELLANEZ De medicotem kesemuanya telah mengambil tumpuan di dalam kategori K-Kecantikan.
Olive Young di dalam kategori kesihatan dan kedai kecantikan, LG Pra.L di dalam peranti kecantikan rumah, dan KLINIK DIMARE di dalam kategori klinik muka telah masing-masing dipilih.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12331

Wednesday, July 17, 2019
KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENAWARKAN PAKEJ "PENGALAMAN UPACARA MINUM TEH DAN PENGINAPAN MEWAH UNTUK KELUARGA"
TOKYO, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mula menawarkan satu pakej penginapan khas musim panas yang bertajuk “Pengalaman Upacara Minum Teh dan Penginapan Mewah untuk Keluarga” dari 20 Julai hingga 1 September, 2019. Pakej penginapan ini telah direka khas untuk memastikan keluarga dengan anak-anak mereka dihiburkan dengan menyediakan pengalaman kebudayaan yang unik mengenai upacara minum teh sebagai kenangan manis sempena percutian musim panas mereka di Hotel kami.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190716005325/en/
Bilik-bilik yang ditawarkan di dalam pakej penginapan ini adalah “Bilik-bilik Dua Katil Queen” yang sangat popular yang terletak di tingkat-tingkat kelab “Premier Grand” dengan kemudahan penggunaan Bilik Istirehat Kelab. Bilik-bilik itu disediakan dengan dua katil bersaiz queen berukuran 1.53 meter bagi membolehkan ibu bapa tidur dengan selesa bersama anak-anak mereka. Bilik-bilik tetamu kelab Premier Grand juga mempunyai bilik mandi dengan singki cuci tangan yang berasingan daripada kemudahan mandi dan tandas bagi memudahkan penggunaan oleh keluarga.
Dengan pakej tersebut, satu upacara minum teh akan mengajar mengenai tingkah laku dan etiket adat Jepun tradisional melalui hidangan teh yang disiapkan dengan teliti dan gula-gula Jepun yang halus. Selepas orang dewasa selesai belajar mengenai upacara minum teh, anak-anak akan diberi peluang untuk menyediakan sendiri teh hijau Jepun itu. Dan selepas semua orang telah menyempurnakan upacara teh itu, mereka akan diberikan sijil khas penyiapan. Pengalaman minum tehitu akan diadakan di Bilik Teh “Sho-Fu-An”, yang terletak di tingkat 10 Menara Utama dan dibuka pada tahun 1971. “Sho-Fu-An” telah beroperasi sebagai satu daripada beberapa kemudahan bilik teh asli di mana-mana hotel di Tokyo, dan menjadi tuan rumah kepada sejumlah besar tetamu luar negara yang berminat di dalam upacara minum teh.
Arkib bagi Siaran Akhbar
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimono, upacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12351
HALAL MALAYSIA KEDAH 2019 SEMPENA PROGRAM DESA HARAPAN MAMPU CAPAI MATLAMAT KE ARAH MENINGKATKAN SOSIO-EKONOMI SETEMPAT
LANGKAWI, Kedah, 15 Julai (Bernama) -- Halal Industry Development Corporation (HDC) agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan program “Halal Malaysia Kedah 2019” di Langkawi, Kedah baru-baru ini pada 13 Julai 2019. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Muhamad Arof Bin Darus, Pegawai Daerah Langkawi bagi mewakili YB Dato’ Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Program Halal Malaysia merupakan inisiatif HDC diadakan sempena Program Desa Harapan anjuran Kementerian Luar Bandar dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bertujuan untuk membangunkan komuniti setempat dalam industri Halal khususnya di sektor Pelancongan Mesra Muslim dan Perhotelan. Komponen Program Halal Malaysia Kedah 2019 adalah:
· Seminar Kesedaran Halal – bagi sektor pelancongan, golongan belia daripada pelajar kolej dan institusi pengajian tinggi
· Program Cilik HDC - pelajar dari tahun 4, 5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan Temoyong, Langkawi
· Program Latihan Pematuhan Terbaik Bagi Halal Industri - Pekerja Hotel
Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Haji Muhamad Arof Bin Darus berkata, Daerah Langkawi terkenal dengan industri pelancongan dan perhotelan.
“Setakat ini terdapat kira-kira hanya 5 buah hotel dari keseluruhan 212 hotel di Langkawi mempunyai persijilan Halal (dapur). Sasaran kami, agar lebih ramai pemain industri terutamanya dari sektor perhotelan memperolehi persijilan Halal Malaysia dan mempraktikkan konsep Mesra Muslim.
Selain dari itu, penggunaan Modul Mesra Shariah yang dikeluarkan oleh SIRIM bagi sektor perhotelan di Langkawi akan diperluaskan dengan adanya program ini. Ini kerana buat masa ini tiada hotel di Langkawi yang menggunakan modul bagi pengiktirafan Hotel Mesra Shariah. Dengan adanya pengiktirafan ini, ianya dapat menarik lebih ramai lagi jumlah pelancong Muslim ke Langkawi.
“10 buah hotel/homestays telah dikenalpasti oleh pihak LADA untuk dijadikan Hotel Mesra Muslim di Langkawi, seterusnya mempromosikan konsep tersebut bagi menarik lebih ramai pelancong,” tambah beliau.
Program ini dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi Rakyat dan Negara menerusi pembangunan usahawan tempatan serta meningkatkan penglibatan usahawan dalam industri halal. Ia adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan peneraju Halal Global dengan memberi ruang kepada masyarakat berkecimpung samaada dalam perniagaan Halal, menjadi pekerja mahir ‘Halal Talent’ ataupun menjadikan Halal sebagai gaya hidup seharian.
Seramai 200 peserta yang mengambil bahagian dalam Seminar Kesedaran Halal hari ini terdiri daripada pemain industri khususnya dari sektor pelancongan, dan golongan belia daripada pelajar kolej dan institusi pengajian tinggi akan mendapat ilmu pengetahuan dan pendedahan berkenaan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan dalam Industri Halal.
Program Pematuhan Terbaik yang akan diadakan pada 15 & 16 Julai, merupakan latihan amalan halal terbaik dengan memberikan pengetahuan intensif mengenai keperluan Halal bagi peserta dalam usaha mereka untuk menghasilkan kualiti yang tinggi produk Halal untuk pasaran makanan Halal global yang sedang berkembang. Seramai 20 peserta dari sektor perhotelan telah dipilih untuk menyertai latihan ini. Seterusnya, peserta akan melalui proses saringan di mana 10 hotel akan dpillih untuk menjalani ‘pre-assessment’ bagi membantu syarikat/hotel mendapat sijil Halal Malaysia. Proses ini membolehkan HDC menawarkan kursus ‘Halal Executive Program’ untuk mereka yang layak menjadi Eksekutif Halal bertauliah kerana ini merupakan keperluan wajib untuk sesebuah syarikat untuk mendapatkan sijil Halal Malaysia.
Bagi Program Cilik HDC yang akan diadakan pada 16 Julai pula, Sekolah Kebangsaan Temoyong Langkawi telah dipilih untuk mengambil bahagian di mana seramai 300 pelajar dari darjah 4,5 dan 6 akan menghadiri program pengenalan konsep Halal thoyiban. Ianya membolehkan kanak-kanak diterapkan dengan konsep gaya hidup Halal dari usia muda.

| MENGENAI HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD (HDC) Halal Industry Development Corporation (HDC) ditubuhkan pada 18 September 2006 berperanan untuk mengendalikan dan memantau keseluruhan pembangunan industri Halal Malaysia baik di dalam mahupun pasaran luar negara. HDC adalah agensi di bawah naungan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA). HDC adalah pendekatan holistik Malaysia terhadap permintaan produk dan perkhidmatan Halal dunia yang semakin meningkat. Objektif utama HDC adalah adalah sebagai penggerak utama bagi industri Halal Malaysia untuk berkembang dengan pengenalan piawaian Halal dalam produk dan perkhidmatan yang boleh digunapakai di serata pelusuk dunia. Kini, dianggarkan terdapat lebih daripada 1.8 billion Muslim di seluruh dunia manakala dianggarkan juga pasaran global Halal kini adalah dalam lingkungan USD 2.3 trillion yang meliputi pelbagai sektor. |
Dalam usaha untuk memperkasakan industri Halal dan para pelabur tempatan dan luar negara dalam lapangan antarabangsa berteraskan Halal – HDC menawarkan sokongan menyeluruh bagi mana-mana pihak yang berminat untuk menceburi bidang industri ini. Kepakaran HDC adalah bersumberkan keterlibatan Malaysia sendiri dalam arena perniagaan Halal baik di dalam mahupun luar negara. Sila layari www.hdcglobal.com untuk maklumat lanjut.
Sumber: Halal Industry Development Corporation (HDC)
Sumber: Halal Industry Development Corporation (HDC)
Tuesday, July 16, 2019
BLUE MAGIC INC. AKAN MELANCARKAN JAPANESE-CUISINE.COM, MENGGUNAKAN E-PEMBELAJARAN UNTUK MENGAJAR KEBUDAYAAN DAN TEKNIK MASAKAN ASLI JEPUN
Satu-satunya Kursus di Dunia Yang Mematuhi Sistem Persijilan Bronze yang Diiktiraf oleh Kerajaan Jepun
TOKYO, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Blue Magic Inc., beribu pejabat di Tokyo, Yukiko Akimoto, Ketua Pegawai Eksekutif, telah membangunkan program e-pembelajaran untuk mengajar budaya dan teknik masakan asli Jepun dengan kerjasama Akademi Masakan Jepun yang terletak di Kyoto, pengarah Yoshihiro Murata. Program ini dijadualkan untuk pelancaran di seluruh dunia pada 12 Julai, 2019.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190711005266/en/
Walaupun terdapat lebih dari 120,000 restoran Jepun di seluruh dunia, angka menunjukkan bahawa hanya tiga peratus daripadanya dikendalikan oleh chef Jepun. Terdapat minat yang besar dalam masakan Jepun di kalangan profesional yang bekerja di restoran Jepun di seluruh dunia serta di kalangan pelajar di akademi masakan. Ramai orang yang ingin belajar bagaimana menguasai masakan Jepun secara asli.
Namun, hampir tiada sekolah di seluruh dunia yang mengajar masakan Jepun. Dengan pengecualian beberapa restoran, hampir mustahil untuk belajar memasak masakan asli Jepun.
Projek e-pembelajaran ini adalah usaha untuk menyelesaikan masalah ini dan menyumbang kepada masa depan masakan Jepun dan budaya makanan Jepun dengan menawarkan peluang untuk mempelajari teknik-teknik yang terlibat dalam masakan dan budaya itu di mana saja di dunia.
Kurikulum awal dicipta oleh Akademi Masakan Jepun, dengan chef terbaik di Jepun berkhidmat sebagai pengajar. Bahan-bahan tersebut distruktur sebegitu rupa dengan cara yang membolehkan pengguna menonton video dan mempelajari teknik, satu demi satu, yang membentuk asas masakan Jepun.
Kurikulum ini juga mematuhi garis panduan yang dibuat pada 1 April 2016 oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun untuk memperakui kemahiran masakan untuk masakan Jepun di luar Jepun. Program ini meliputi semua pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk Pensijilan Bronze dalam sistem garis panduan yang dibuat kerajaan. Pembelajaran pada mulanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, dengan rancangan untuk menyokong bahasa-bahasa lain sepanjang kursus.
Laman sesawang program di https://japanese-cuisine.com
Selain pelancaran program e-pembelajaran pada 12 Julai, laman e-dagang dijadualkan dilancarkan pada awal bulan Ogos untuk menjual peralatan memasak yang diperlukan untuk mempelajari teknik masakan Jepun.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190711005266/en/
Hubungi
Hantar semua pertanyaan kepada:
Blue Magic Inc.
Cik Ayumi Kuji
info@japanese-cuisine.com
https://bluemagic.co.jp/
Sumber : Blue Magic Inc.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)