VANCOUVER, British Columbia, 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ceylon Graphite Corp. (“Ceylon Graphite”) (TSX-V: CYL) (OTC: CYLYF) (FSE: CCY) hari ini mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Sarcon Development (Pvt) Ltd (“Sarcon”) telah diberikan Lesen Perlindungan Alam Sekitar (“EPL”) bagi Projek Perlombongan Grafit K1 di Karasnagla, Sri Lanka daripada Pihak Berkuasa Alam Sekitar Pusat (CEA) dengan Nombor 17501 (R0) bertarikh 14 Oktober 2019 di bawah peruntukan Akta 47 Alam Sekitar Kebangsaan 1980 dan pindaan Akta Nombor 56 pada tahun 1988 dan Nombor 53 pada tahun 2000 daripada Kerajaan Sri Lanka. CEA ialah Pengawal Selia Alam Sekitar di Sri Lanka yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen.
CYL juga mengumumkan bahawa anak syarikat Sarcon, BPA Lanka (Private) Ltd telah membeli tanah bersebelahan projek K1 yang akan membolehkan syarikat itu membina adit dari syaf utama. Adit itu akan memudahkan penyingkiran grafit dari lombong, membantu pengudaraan dan penyahairan dari kawasan syaf.
En. George Smitherman telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat. Lembaga Pengarah berterima kasih atas khidmat beliau sebagai Pengarah.
“Dengan lesen utama yang terakhir dan pembelian tanah yang dirancang, kami akan mengubah hala kepada pengeluaran komersial dalam K1,” kata Bharat Parashar, Ketua Pegawai Eksekutif. “Sarcon berharap dapat bekerjasama rapat dengan CEA dan Jabatan Kerajaan lain di Sri Lanka dengan matlamat keprihatinan terhadap alam sekitar dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam mengembangkan perniagaan kami.”
Individu Berkelayakan
Robert Marvin, P. Geo (ONT) ialah Individu Berkelayakan di bawah Instrumen Kebangsaan 43-101 dan telah menilai dan meluluskan maklumat yang dinyatakan dalam siaran berita ini.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12797
Thursday, November 14, 2019
YES (YIELD ENGINEERING SYSTEMS, INC.) BEKERJASAMA DENGAN ICONNICS/PROTEC; MEMBUKA PUSAT PERKEMBANGAN DAN DEMO PELANGGAN DI KOREA
Syarikat terus mengembangkan kewujudan dalam APAC untuk menyediakan pelanggannya dengan kitaran pembelajaran yang lebih cepat
LIVERMORE, Calif., 8 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- YES (Yield Engineering Systems, Inc.), sebuah pengilang kelengkapan proses terkemuka bagi pembungkusan canggih semikonduktor, sains hayat dan pasaran “more-than-Moore”, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan ICONNICS, Inc. dan Protec Co., Ltd. untuk membuka pusat perkembangan dan demo pelanggan baharu di Incheon, Korea. Menerusi perkongsian ini, YES sedang meningkatkan kewujudannya di rantau Asia Pasifik dengan membawa produk bersih, salut dan awet mereka secara terus kepada pelanggan, membolehkan mereka mencapai kitaran pembelajaran yang lebih cepat untuk mengembangkan dan melancarkan proses baharu dengan pantas kepada pengilangan bervolum tinggi.
“YES terus memperoleh tarikan dalam pasaran pembungkusan canggih, semikonduktor kompaun, sains hayat dan penyalutan optikal di Korea. Kami berasa gembira untuk bekerjasama ICONNICS dan Protec untuk mengembangkan lagi kewujudan kami di Asia dan membawa faedah produk kami kepada pelanggan bersama,: kata Ken MacWilliams, Ketua Pegawai Eksekutif YES. “Kami menanti-nantikan untuk membina hubungan lebih rapat dengan pelanggan Korea kami dengan melabur dalam perkembangan canggih dan pusat demo dalam negara yang menyediakan mereka akses kepada teknologi dan perkhidmatan YES yang menyokong peta perjalanan termaju.”
ICONNICS dan Protec ialah pembekal kelengkapan pengilangan semikonduktor di Korea yang terkemuka. Dengan kerjasama ini, YES akan mengembangkan pangkalan pelanggannya, menjalinkan hubungan lebih rapat dengan pelanggan penting dan menyediakan kebolehan proses tempatan. ICONNICS dan Protec akan mampu menyediakan portfolio yang lebih besar bagi produk bersih, salut dan awet dan perkhidmatan berkaitan kepada pelanggan mereka.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12773

Wednesday, November 13, 2019
TINDAKAN PROAKTIF PERKESO BANTU AHMAD TAUFIK
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- PERKESO pada 12 November 2019 telah menziarahi Ahmad Taufik Ramli, 51, kakitangan Ibu Pejabat PAS di Hospital Kuala Lumpur yang mengalami kecederaan patah tulang paha akibat terjatuh sebaik sahaja selesai mengambil wuduk untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Baru pada 1 November lalu.
Sejurus selepas beliau dimasukkan ke hospital, pihak hospital telah membuat semakan segera sama ada beliau layak menerima faedah di bawah mana-mana skim perlindungan PERKESO.
Hasil semakan yang dibuat oleh PERKESO mendapati bahawa kemalangan tersebut adalah di bawah takrifan ‘bencana kerja’ kerana kemalangan tersebut berlaku sewaktu masa rehat yang dibenarkan. Sehubungan itu, beliau layak menerima faedah yang disediakan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
Ahmad Taufik akan dibayar Faedah Hilang Upaya Sementara bagi tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor akibat kemalangan tersebut dan selepas beliau dirujuk bagi taksiran hilang upaya. Ahmad Taufik akan menjalani pembedahan pemasangan besi pada paha kanannya hari ini.
YB Dato’ Haji Mahfuz Haji Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah menyampaikan dokumen pengesahan kelulusan pembayaran bagi kos rawatan dan pembedahan serta tongkat.
Ahmad Taufik menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas tindakan proaktif PERKESO menerusi Skuad PERKESO Prihatin kerana segera menguruskan faedah yang layak diterima meskipun beliau belum mengemukakan tuntutan.
Turut hadir ialah Ismail Abi Hashim, wakil Skuad PERKESO Prihatin.
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
13 NOVEMBER 2019
Sumber: PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12790

GT ADVANCED TECHNOLOGIES MENCAPAI PENSIJILAN ISO-9001:2015
Pengeluaran Utama dan Pencapaian Kualiti dalam Masa Kurang Setahun
HUDSON, N.H., 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- GTAT Corporation, d/b/a GT Advanced Technologies (GTAT), berbangga untuk mengumumkan bahawa mereka telah mencapai pensijilan ISO-9001:2015 menerusi juruaudit TÜV Rheinland di Amerika Utara, sebuah syarikat pengujian, pemeriksaan dan pensijilan pihak ketiga yang terkenal seluruh dunia. GTAT mengeluarkan bahan silikon karbida di kemudahan utamanya di Hudson, New Hampshire.
“Memperoleh Pensijilan ISO adalah antara perkembangan yang kami berjaya capai dengan sangat pantas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GTAT, Greg Knight. “Dalam masa kurang setahun, kami telah melengkapkan kemudahan kami, mencapai pengeluaran volum dan mencapai pensijilan ISO. Saya rasa tiada syarikat lain dalam industri kami yang berjaya mencapai pencapaian ini dengan lebih cepat.”
Silikon karbida ialah bahan substrat pilihan bagi semikonduktor elektronik kuasa yang digunakan dalam penggunaan seperti kenderaan elektrik dan sebagainya. Silikon karbida CrystX™ GTAT dijual kepada rakan kongsi industri yang mengeluarkan wafer yang dikerat dan gilap. Memandangkan silikon karbida lebih baik berbanding silikon untuk penggunaan sedemikian, permintaan untuknya adalah amat tinggi.
Pertumbuhan pantas GTAT sebagai pengeluar silikon karbida yang mempunyai pensijilan ISO mencerminkan permintaan tinggi daripada pembuat semikonduktor elektronik kuasa. “Tumpuan kami sememangnya untuk menskalakan pengeluaran dan mencapai pensijilan kualiti yang sewajarnya dengan pantas agar pasaran yang berkembang boleh memanfaatkan produk yang kami keluarkan,” kata Knight. Pada Ogos, GTAT telah menandatangani perjanjian pembekalan jangka panjang dengan GlobalWafers Co. (GWC) yang berpangkalan di Taiwan untuk silikon karbidanya, CrystX™.
TENTANG GTAT
GT Advanced Technologies ialah syarikat teknologi pelbagaian dengan kepakaran pertumbuhan habluran dalam silikon karbida dan nilam. Bahan penting yang mempunyai permintaan tinggi ini memberikan prestasi dan nilai terjamin merentasi pasaran global yang semakin luas. Syarikat ini menumpukan pada peningkatan bekalan bahan sambil mengurangkan kos, yang membantu mempercepat penggunaan produk seperti kenderaan elektrik, elektronik kuasa, optik aeroangkasa dan infrastruktur telekom 5G yang semakin terkenal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat, sila lawati www.gtat.com.
Maklumat Hubungan
info@gtat.com
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0a0d16c1-6712-4a4c-b54a-08417ba2ae6b
SUMBER : GT Advanced Technologies

GA-ASI AKAN MENJALANKAN SIRI DEMONSTRASI KEUPAYAAN DI EROPAH
Bekerjasama dengan HAF untuk Mempamerkan Pemantauan Maritim dan Integrasi Ruang Udara bagi RPA
SAN DIEGO & LARISSA AIR BASE, Greece, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- General Atomics Aeronautical Systems, Inc. (GA-ASI), sebuah pemimpin dunia di dalam Pesawat Terbang Kawalan Jauh (RPA), hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Hellenic Air Force (HAF) di Greece untuk mengadakan satu siri penerbangan demonstrasi bagi negara-negara Eropah pada Disember. Penerbangan akan berpusat di tapak HAF di Larissa dan menggunakan sebuah RPA GA-ASI MQ-9 Guardian untuk mempamerkan keupayaan pemantauan maritim, serta sebuah sistem Kesan dan Elak (DAA) yang dibangunkan oleh GA-ASI yang membolehkan RPA untuk terbang dengan selamat dalam ruang udara awam di sisi pesawat yang dikendalikan juruterbang.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005503/en/
“Kami menghargai sokongan HAF dalam membantu mempamerkan keupayaan pemantauan maritim dan integrasi ruang udara awam bagi pesawat-pesawat tanpa juruterbang kami di Eropah,” kata Linden Blue, Ketua Pegawai Eksekutif, GA-ASI. “Permintaan bagi pemantauan udara yang berpatutan dan ketahanan lama di laut yang mengelilingi Eropah semakin meningkat.”
Konfigurasi demonstrasi adalah didasarkan kepada sistem MQ-9 yang dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat, yang menyokong peranan pemantauan maritim mereka.
Sistem DAA itu terdiri daripada sebuah radar udara ke udara dan pemproses yang disepadukan dengan Sistem Amaran Trafik dan Pengelakan Pelanggaran (TCAS II) dan Penyiaran Pemantauan Tanggungan Automatik (ADS-B). Sistem DAA dari GA-ASI itu beroperasi di Amerika Syarikat. Radar pengelakan pelanggaran bagi sistem itu menyediakan satu ciri keselamatan penting untuk mengintegrasikan pesawat tanpa juruterbang ke dalam ruang udara awam.
Sistem MQ-9 itu akan juga menunjukkan sebuah radar pencarian permukaan maritim berbilang mod dengan mod Radar Apertur Sintetik Songsang (ISAR), sebuah penerima Sistem Pengenalan Automatik (AIS), dan sensor Video Gerakan Penuh/Berdefinisi Tinggi yang dilengkapi dengan kamera optik dan inframerah. Suite sensor ini membolehkan pengesanan tepat masa dan pengenalan kapal permukaan pada jarak lebih beribu-ribu batu nautika persegi.
Sistem radar pencarian permukaan Raytheon SeaVue yang dipaparkan menyediakan pengesanan automatik bagi sasaran maritim dan korelasi bagi pemancar AIS dengan pengesanan radar.
GA-ASI juga bekerjasama dengan SES, sebuah pengendali komunikasi satelit (SATCOM) terkemuka dan penyedia perkhidmatan terurus, dengan lebih 70 satelit di Orbit Geopegun (GEO) dan Orbit Bumi Pertengahan (MEO). SES akan menyediakan kesambungan satelit GEO yang membolehkan MQ-9 untuk beroperasi secara selamat dengan pautan data berkapasiti tinggi, yang membolehkan penghantaran tepat masa bagi data sensor dari pesawat, dan memperluaskan julat operasi efektif mereka jauh melebihi pautan data “garis tampak.”
“Dengan armada satelit global kami, SES telah menyokong keperluan kritikal bagi GA-ASI dan pelanggan-pelanggan kerajaan mereka yang telah mengendalikan pesawat-pesawat ini selama hampir dua dekad,” kata Nicole Robinson, Naib Presiden Kanan, Kerajaan Global di SES Networks. “Kami berbangga untuk menyokong usaha demonstrasi ini bagi Hellenic Air Force sebagai sebahagian daripada hubungan kami yang lama dengan General Atomics.”
Imej-imej beresolusi tinggi bagi MQ-9 Guardian tersedia kepada outlet media yang berkelayakan dari senarai hubungan media GA-ASI dan HAF.
Maklumat mengenai GA-ASI
General Atomics Aeronautical Systems, Inc. (GA-ASI), sebuah ahli gabungan bagi General Atomics, adalah sebuah pereka dan pengeluar utama bagi sistem, radar, dan elektro-optik dan sistem misi yang berkaitan bagi Pesawat Terbang Kawalan Jauh (RPA) yang terbukti dan boleh diharapkan, termasuk siri Predator® RPA dan Radar Berbilang mod Lynx®. Dengan 6 juta jam penerbangan, GA-ASI menyediakan pesawat tahan lama dan mampu melaksanakan misi dengan sensor bersepadu dan sistem pautan data yang diperlukan untuk memberikan penerbangan yang berterusan yang membolehkan kesedaran keadaan dan serangan pantas. Syarikat itu juga menghasilkan pelbagai stesen kawalan darat dan perisian kawalan sensor/analisis imej, menawarkan latihan juruterbang dan perkhidmatan sokongan, dan membangunkan antena meta-bahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ga-asi.com.
Predator dan Lynx adalah tanda perniagaan berdaftar bagi General Atomics Aeronautical Systems, Inc.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005503/en/
Hubungi
Robert Walker
General Atomics Aeronautical Systems, Inc.
+1 (858) 524-8101
ASI-MediaRelations@ga-asi.com
Sumber : General Atomics Aeronautical Systems, Inc.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12786

Monday, November 11, 2019
8 NEGARA 5 SENI WARISAN DUNIA KONGSI PENTAS DI KUALA LUMPUR FESTIVAL SENI HIDUP 2019
“ALERT”: Festival Seni Hidup @ Living Arts Cultural 2019 yang akan berlangsung selama tiga (3) hari akan menghimpunkan seramai 135 peserta daripada sepuluh (10) penyertaan dalam negara dan tujuh (7) penyertaan antarabangsa iaitu Thailand, Filipina, Australia, Kanada, Sri Lanka, dan masing – masing dua (2) penyertaan daripada Turki serta dua (2) penyertaan daripada Indonesia.
KUALA LUMPUR, Nov 11 (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) akan menganjurkan Festival Seni Hidup @ Living Arts Cultural Festival yang akan diadakan pada 15, 16 & 17 November 2019, bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Penganjuran Festival Seni Hidup @ Living Arts Cultural Festival 2019, bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan keunikan warisan seni budaya. Secara tidak langsung, menyemarak serta menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang berterusan. Festival yang dianjurkan buat tahun ke-2 ini mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, ianya meliputi seni persembahan teater, tari dan muzik sebagai warisan tidak ketara yang telah diangkat oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO), Warisan Kebangsaan, dan memerlukan perhatian dan kurang ditonjolkan kepada masyarakat.
Budaya turun – temurun dan berusia beratus tahun ini tidak terkecuali berdepan risiko pupus daripada tamadun masa hadapan. Sehubungan dengan itu, sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab memelihara, mengembang dan membangunkan kebudayaan dan kesenian, pelbagai program yang bermutu dalam kelas tersendiri dianjurkan bagi terus menyemarakan warisan seni budaya negara, dan dalam masa yang sama mengetengahkan kesenian tradisional negara luar.
Program yang berlangsung selama tiga (3) hari ini menghimpunkan seramai 135 peserta daripada 10 penyertaan dalam negara dan tujuh (7) penyertaan antarabangsa iaitu Thailand, Filipina, Indonesia, Kanada, Sri Lanka, Australia dan Turki. Sebanyak lima (5) kesenian yang telah diiktiraf oleh UNESCO akan dipersembahkan kepada khalayak iaitu Dondang Sayang oleh kumpulan Kenangan Mawar Biru (Malaysia), Khon oleh Absolutely Thai Kansadaeng Watthanatham Co., Ltd (Thailand), Darangen oleh Sarimanok Theatre Company (Filipina), Turkish Art of Marbling ‘Ebru’ oleh Garip Ay dan Whirling Dervish oleh Sercan Celik (Turki). Manakala tiga (3) lagi telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan iaitu Main Puteri oleh Kelab Kebudayaan dan Kesenian Kampung Pulau Tebu Kelantan, Dabus oleh Kumpulan Tradisional Dabus Kampung Tanjung Bidara Perak dan Gendang Melayu Sarawak oleh Kumpulan Mukun Kamek. Program ini turut menampilkan masyarakat orang asli iaitu persembahan seruling hidung ‘Pensol’ oleh Bah Raman A/L Bah Tuin (Malaysia), Didgeridoo – Bilma Ga Yidaki oleh Malawurr (Australia), dan Fancy Shawl oleh Odawa Wiingushk (Kanada). Lain – lain kesenian ialah Anak Umbang oleh Che Wan Noorsaidi Che Wan AB Rahman atau lebih dikenali sebagai Mok Zah, Opera Boneka Teochew oleh Teochew Puppet Opera House, Terinai oleh ASWARA, dan Tarian Puspanjali oleh Kumpulan Prasasti Budaya, dan Tarian Ruai oleh Komunitas Seni Indonesia Eksotika Nusantara (Indonesia).
Selain persembahan kesenian, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama erat Universiti Sains Malaysia (USM) dan Galeri Petronas akan melaksanakan beberapa program keilmuan dan bengkel sepanjang festival ini berlangsung. Penganjuran siri bengkel dan forum seni tradisional ini bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan keunikan warisan seni budaya terus kepada khalayak secara lebih dekat. Antara pengisian program yang telah dirancang adalah pelaksanaan Seminar Kearifan Tempatan “Healing Performance” dan Demonstrasi Yiḏaki (Didgeridoo) pada 16 November 2019, Bengkel Asas Tari Terinai bersama ASWARA, Bengkel Turkish Art of Marbling ‘Ebru’ dan Forum Seni bersama Galeri PETRONAS.
Selain Pusat Pelancongan Malaysia, JKKN turut berkolaborasi dengan Central Market dan Publika dalam penyemarakan seni budaya pada 15 dan 16 November 2019.
Pengunjung juga berpeluang melihat pameran, demonstrasi dan jualan makanan warisan seperti kuih bahulu, rempeyek dan banyak lagi, serta berpeluang merasai sendiri keseronokan permainan tradisional di tengah – tengah kota yang bawah khas oleh Jabatan Warisan Negara, Pusat Pelancongan Malaysia dan Yayasan Hasanah.
Bagi pencinta seni lukis, Balai Seni Negara turut mengadakan pameran lukisan The Soul II by Amy Hashim yang mempamerkan koleksi catan minyak yang memfokuskan subjek flora, fauna dan pemandangan. Pengunjung bukan sahaja berpeluang melihat hasil lukisan pelukis tanah air, tetapi akan dapat melihat demonstrasi seni lukis Turkish Arts of Marbling ‘Ebru’ yang telah diiktiraf UNESCO pada tahun 2014.
“Diharap program ini dapat menarik perhatian generasi muda untuk bersama-sama dalam usaha memajukan lagi aspirasi bagi menjadikan seni ini dapat diakses semua orang serta terus dikekal dan disemarakkan dalam meneruskan kelangsungan seni budaya dekad ini”. Kata Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Hajah Norliza Rofli dalam satu kenyataan pada hari ini.
Sebagai makluman, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) adalah sebuah agensi yang menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia dan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Sila klik sini untuk LAMPIRAN
SUMBER : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Thursday, November 7, 2019
INDOSAT OOREDOO DAN SYNCHRONOSS BEKERJASAMA UNTUK KETERLIBATAN PELANGGAN YANG DISATUKAN DAN EKOSISTEM EKONOMI DIGITAL BAHARU
Indosat Ooredoo akan melancarkan Platform Pengalaman Digital Synchronoss untuk menyokong model perkhidmatan ekosistem digital baharunya untuk pelanggan pengguna dan perusahaan
BRIDGEWATER, N.J., 6 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa Indosat Ooredoo (IDX:ISAT), pembekal perkhidmatan telekom utama di Indonesia, telah memilih Platform Pengalaman Synchronoss (DXP) untuk menyampaikan pengalaman pengguna disatukan, saling dihubungkan untuk pelanggan merentasi semua saluran keterlibatan. Platform Synchronoss juga akan menyokong projek “ekosistem ekonomi digital masa hadapan” Indosat Ooredoo sebuah inisiatif seluruh negara untuk menggalakkan kerjasama dan membangunkan idea, produk dan cara penggunaan baharu yang melibatkan teknologi IoT untuk memacu pertumbuhan ekonomi.
DXP Synchronoss membenarkan pengendali, pembekal perkhidmatan dan syarikat lain untuk mereka bentuk dan melancarkan pengalaman pengguna interaktif, disatukan merentasi aplikasi mudah alih, pusat panggilan, interaksi tempat jualan di dalam kedai dan dalam talian. Indosat akan menggunakan platform Synchronoss merentasi semua unit perniagaannya, untuk kedua-dua pelanggan pengguna dan perusahaan, untuk meningkatkan ketangkasan operasi dan menyokong perkhidmatan dan ciri digital baharu, serta tawaran rakan kongsi pihak ketiga.
“Pasaran perkhidmatan telekom di Indonesia amat berdaya saing. Untuk organisasi dengan saiz, skala dan capaian seperti kami, kami mesti menjangkaui ketersambungan asas untuk mengejar pertumbuhan berterusan dan kejayaan jangka masa panjang,” kata Arief Musta’in, Pengarah & Ketua Inovasi & Pejabat Kawal Selia di Indosat Ooredoo Indonesia. “Kami sedang mentransformasikan operasi perniagaan kami dan mengejar pendekatan baharu yang perkhidmatan digital termasuklah perkhidmatan yang akan dicipta melalui inisiatif ekosistem ekonomi digital masa hadapan kami. Platform Synchronoss merupakan bahagian penting bagi proses ini. Dengan memiliki model perkhidmatan baharu, platform teknologi mudah dan intuitif dengan proses tangkas, kami akan dapat melancarkan perkhidmatan baharu dengan lebih cepat, melakukan penggunaan pengalaman baharu dan kami akan dapat mendekat pelanggan kami sementara kami berinteraksi dengan mereka lebih berkesan merentasi berbilang saluran mengikut pilihan dan keadaan mereka.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12764

Subscribe to:
Posts (Atom)