Saturday, December 14, 2019

AVIS DINAMAKAN SYARIKAT SEWA KERETA UTAMA DUNIA DI WORLD TRAVEL AWARDS 2019

BRACKNELL, United Kingdom, 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Jenama sewa kereta utama, Avis telah dinamakan sebagai syarikat sewa kereta utama dunia untuk tahun kedua berturut-turut di Peringkat Akhir World Travel Awards 2019. Anugerah telah diumumkan di upacara anugerah di Muscat, Oman pada 28hb November 2019.

Petang itu menandakan acara klimaks bagi Grand Tour 2019 ulang tahun ke-26 WTA, dengan pemenang bagi enam upacara rantau WTA bertanding untuk gelaran dunia yang menjadi rebutan.

World Travel Awards tahunan ke-26 diiktiraf secara global sebagai program penghargaan yang amat berprestij dalam perjalanan dan pelancongan global. Anugerah diundi oleh pakar perjalanan dan pelancongan serta pengguna di seluruh dunia, dan penghargaan ini mengiktiraf komitmen jenama terhadap kecemerlangan, dengan penghormatan industri mutlak.

Keith Rankin, Presiden, Antarabangsa, Avis Budget Group berkata: “Kami teruja untuk dinamakan sebagai syarikat sewa kereta terbaik dunia. Penghormatan ini merupakan penunjuk terhadap fokus kami untuk menyediakan produk yang terbaik mungkin dan pengalaman kepada pelanggan kami. Kami berbangga dapat menyampaikan perkhidmatan premium, sementara sentiasa berinovasi, berkembang, dan mengguna pakai teknologi terkini untuk mencipta semula pengalaman sewaan, membantu untuk menjadikannya lebih terhubung, diselaraskan dan atas permintaan: seperti yang ditunjukkan dengan pelancaran Aplikasi Avis yang memenangi anugerah kami.

“Anugerah ini juga merupakan bukti kepada ejen yang amat terlatih kami dan pasukan berpengalaman di 5,500 lokasi Avis di seluruh dunia, menyampaikan pengalaman dan kepuasan pelanggan yang semakin bertahap tinggi. Sebagai pembekal penyelesaian mobiliti globa utama, kami bergantung pada kepakaran dan keprofesionalan kakitangan kami. Anugerah ini membantu untuk meraikan kerja keras dan dedikasi terhadap kecemerlangan mereka.”

Perihal Avis
Dengan kira-kira 5,500 lokasi di hampir 170 negara, Avis merupakan salah sebuah pembekal kereta sewa terbesar di dunia yang bertekad untuk mengembangkan penyelesaian mobiliti atas permintaan dan memperibadikan pengalaman pelanggan. Avis dimiliki Avis Budget Group, Inc. (NASDAQ:CAR), yang merupakan syarikat induk bagi Avis, Budget, Zipcar, Payless, Apex Car Rentals, France Cars, Maggiore, Morini Rent dan Turiscar. Melalui jenama mobiliti utama ini, pelanggan boleh mendapatkan hampir sebarang jenis kenderaan (kereta, trak, van), untuk sebarang tempoh masa (minit, jam, hari, bulan), untuk sebarang tujuan (perniagaan, santai), di hampir 11,000 lokasi di kira-kira 180 negara. Untuk maklumat lanjut, lawati www.avis.com dan ikuti @avisinnovation.

Butiran hubungan:

MHP Communications

AvisBudgetGroup@mhpc.com

Sumber: Avis Budget Group, Inc.

--BERNAMA

YILI MENGINTEGRASIKAN SUMBER PREMIUM DI NEW ZEALAND UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA PENGGUNA GLOBAL



AUCKLAND, New Zealand, 3 Dis (Bernama) -- Pada masa ini adalah mudah bagi orang ramai untuk membeli yogurt Ambrosial di pasar raya dan kedai serbaneka di Singapura dan Burma; 14 perisa ais krim Joyday popular di Indonesia. Produk-produk yang lazat dan novel ini yang dilancarkan di pasaran Asia Tenggara pada tahun-tahun kebelakangan ini datang dari Kumpulan Yili, perusahaan tenusu yang pertama di Asia. Pelanggan yang berhati-hati di Asia Tenggara mula mendapati kemasukan Yili ke rantau itu telah menyediakan pelbagai pilihan produk yang lazat di rak-rak.

Menyediakan sumber premium berkualiti global untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna bukan sahaja menjadi satu matlamat penting bagi pembangunan antarabangsa Yili, tetapi juga tindakan penting buatnya untuk membina “Dunia Bersepadu Berkongsi Kesihatan”. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pelaburan Yili yang kerap di New Zealand, sumber susu utama paling terkenal di dunia telah mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Sejak tahun 2013, Yili telah mula membuat satu susun atur yang berpandangan ke hadapan di New Zealand dengan membangunkan kerjasama pelbagai peringkat dengan negara itu dalam bidang operasi industri, penggabungan dan pengambilalihan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan berinovatif, dan pembangunan mapan. Yili Oceania Production Base, dengan pelaburan sebanyak 3 bilion RMB, adalah merupakan satu daripada pangkalan pengeluaran tenusu bersepadu terbesar di dunia. Produk-produk dari pangkalan itu, seperti susu tulen Satine New Zealand dan susu tepung rumusan bayi PRO-KIDO Ruihu, disukai oleh pengguna dan telah menjadi satu daya tarikan pada Ekspo Import Antarabangsa China pada tahun ini.

Pada 30 November, Zhang Jianqiu dan delegasi ekonomi dan perdagangan China telah melawat Yili Oceania Dairy Production Base. Pada Forum Majlis Perniagaan New Zealand-China sebelum ini, Yili telah menyampaikan isyarat positif mereka untuk menyertai rakan-rakan global di dalam mempromosikan kesihatan manusia sejagat. Zhang Jianqiu, presiden eksekutif bagi Kumpulan Yili, pengerusi unit bagi Majlis Perniagaan China dan New Zealand, berkata Yili akan tetap komited untuk memperkuatkan kerjasama praktikal dengan masyarakat perniagaan New Zealand, bagi tujuan menyediakan sumber produk tenusu mantap yang berkualiti tinggi yang berasal dari New Zealand kepada pengguna di seluruh dunia, dengan itu merealisasikan impian bagi “Dunia Bersepadu Berkongsi Kesihatan”.

Iklim dan geografi menjadikannya sukar bagi industri tenusu untuk berkembang di Asia Tenggara, tetapi dengan peningkatan bagi kesedaran kesihatan, semakin banyak pengguna di rantau ini memilih produk tenusu. Terletak di Lautan Pasifik Selatan, New Zealand menawarkan sumber susu yang berkualiti tinggi, dan skala pengeluaran tenusu mereka mendahului dunia; Populasi 650 juta menyumbang kepada satu kadar pertumbuhan penggunaan produk tenusu lebih dari 10% setahun, yang menjadikan Asia Tenggara sebagai satu pasaran baru muncul yang penting bagi industri tenusu dunia. Cara bagaimana untuk menjual susu yang banyak di New Zealand ke Asia Tenggara dengan berkesan adalah satu peluang penting bagi industri itu.

Yili telah membawa makanan penjagaan kesihatan ke pasaran Asia Tenggara dan membuat sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dan mata pencarian penduduk dalam jangka panjang. Ke arah pembangunan, Yili adalah komited kepada strategi pembangunan penyetempatan, berusaha dan mengasah bakat-bakat tempatan dengan bersungguh-sungguh, dan telah mewujudkan lebih dari 800 peluang pekerjaan di Thailand. Di Indonesia, rancangan pembinaan kilang mereka terus berkembang dan dijangka siap dan akan beroperasi pada tahun depan, termasuk kerjasama dengan sumber susu tempatan, yang akan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan dan cukai. Yili terus menambahkan pelaburan di Asia Tenggara, agar industri tenusu Asia Tenggara akan memasuki landasan pembangunan yang pantas.

Untuk satu jangka masa yang panjang, Yili telah mengambil inovasi sebagai satu pemacu utama bagi pembangunan perusahaan, dan mengemukakan konsep pembangunan “tiada inovasi, tiada masa depan” untuk mempromosikan inovasi dan pembangunan bagi industri tenusu global. Ia mengetuai projek “Lembah Kebijaksanaan Makanan SINO-Amerika Syarikat” di Amerika Syarikat, menaikkan pusat R&D ke sebuah pusat inovasi di Eropah, dan menubuhkan Pusat Inovasi Yili Oceania di New Zealand. Pada Oktober, yogurt SABL Yili telah memenangi “Inovasi Yogurt Terbaik” pada Sidang Kemuncak Tenusu Asia Pasifik ke-6 2019. Pengumpulan berterusan bagi pencapaian inovatif adalah bukti bagi kejayaan strategi inovasi Yili.

Globalisasi ekonomi adalah satu kemestian dan kerjasama menang-menang adalah satu trend. Sebagai sebuah pasaran pengguna global yang penting, Asia Tenggara akan memainkan satu peranan yang semakin penting di dalam susun atur global Yili. Pada masa ini, Yili sedang giat berusaha dengan semua sektor di Asia Tenggara untuk mengamalkan konsep pengurusan operasi dan penyetempatan global, dan berkongsi hasil pembangunan dengan penduduk tempatan. Dengan memberi tumpuan kepada masa hadapan, Yili, dengan sikap yang ikhlas dan inklusif, akan menggalakkan kerjasama bagi rantaian industri keseluruhan untuk menjadi menyeluruh dan mendalam, dan membentuk sinergi dalam sumber, pasaran, inovasi dan aspek lain bagi membina bersama sebuah “Ekosfera Kesihatan Global”.

Sumber: Kumpulan Yili

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=352686

--BERNAMA

AGROSAVFE MENGUMUMKAN PERUBAHAN NAMA KEPADA BIOTALYS DAN PENGGABUNGAN SUBSIDIARI AS, BIOTALYS, INC.

Identiti korporat baharu menggambarkan misi untuk membentuk masa depan bekalan makanan yang mampan dan selamat

Penggabungan Biotalys, Inc. menyokong strategi pertumbuhan antarabangsa yang bercita-cita

GHENT, Belgium, 11 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- AgroSavfe NV, sebuah syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan biokawalan generasi baharu, hari ini mengumumkan perubahan nama syarikatnya kepada “Biotalys”. Hasilnya, AgroSavfe NV menjadi Biotalys NV, berkuat kuasa serta-merta. Selain itu, untuk menyokong pertumbuhan antarabangsanya dengan lebih lanjut dan untuk menyediakan pelancaran biofungisid pertamanya, dijangka pada tahun 2022 di USA, Syarikat telah menggabungkan Biotalys, Inc. Ibu pejabat Syarikat kekal berpangkalan di hab bioteknologi di Ghent, Belgium.

Patrice Sellès, CEO Biotalys, memberikan komen: “Kami teruja untuk mendedahkan identiti korporat baharu kami, Biotalys, mencerminkan misi kami untuk bekerja ke rantaian bekalan yang lebih mampan dan cita-cita kami untuk mentransformasikan makanan dan perlindungan tanaman dengan pendekatan biokawalan berdasarkan protein yang unik, berkesan dan selamat. Penjenamaan baharu datang pada masa yang menarik sementara kami mendekati peringkat terakhir bagi pembangunan biofungisid pertama kami, BioFun-1, yang dijangka untuk memasuki pasaran AS pada tahun 2022. BioFun-1 pada awalnya akan menyasarkan segmen buah-buahan dan sayur-sayuran, dan mod tindakan uniknya dan ciri-ciri produk akan membolehkan perlindungan tanaman makanan daripada serangga perosak dan penyakit utama, serta melanjutkan hayat simpan untuk mengurangkan sisa makanan, yang merupakan cabaran utama di seluruh dunia.” Beliau menambah: "Penubuhan Biotalys, Inc. sejajar dengan strategi pertumbuhan bercita-cita kami dan akan menyokong penghasilan nilai jangka panjang melalui pengkomersialan produk kami di AS. Kami menanti-nantikan untuk mengembangkan lagi pasukan kami, membina jenama kami di peringkat antarabangsa, dan mempercepat pembangunan penyelesaian biokawalan inovatif kami dalam berbilang penunjuk.”

Syarikat diasaskan pada tahun 2013 di bawah nama AgroSavfe, dan sejak penubuhannya, telah menerima pengiktirafan daripada komuniti pelaburan dan industri sebagai platform unik dan berkuasa bagi pengenalpastian dan pembangunan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein unik dan bersasar merentasi berbilang penunjuk.

Mengembangkan pada kepakaran saintifik dan pengesahan serta penyahrisiko platform, identiti korporat baharu, Biotalys, mencerminkan evolusi semula jadi ke arah mematangkan perniagaan Perlindungan Makanan dan Tanaman, berinteraksi dengan rantaian nilai makanan lengkap dan menawarkan makanan alternatif dan penyelesaian perlindungan tanaman yang menggabungkan prestasi konsisten seperti kimia dengan profil keselamatan biologi.

Perihal Biotalys

Biotalys merupakan syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat.

Berdasarkan platform teknologi perintisnya, Syarikat sedang membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat dengan mod tindakan unik, menangani perosak dan penyakit tanaman utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan.

Biokawalan berdasarkan protein unik Biotalys menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, menjadikannya agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan pra- dan pasca-penuaian. Syarikat berada pada landasan untuk melancarkan biofungisid pertamanya di AS pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran secara global kemudiannya.

Biotalys ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flanders untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul €51 juta setakat ini daripada pelabur antarabangsa pakar. Syarikat berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.biotalys.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Marieke Vermeersch, Perunding Komunikasi Korporat
T: +32 (0)9 261 06 84
E: marieke.vermeersch@biotalys.com

SUMBER: Biotalys

--BERNAMA 

Friday, December 13, 2019

HASIL PENYELIDIKAN MACROGEN DARIPADA 'GENOMASIA 100K' YANG DILAPORKAN DALAM NATURE

• Bilangan terbesar bagi wilayah dan kaum dimasukkan di dalam mana-mana panel rujukan Asia
• Pengenalpastian bagi kepelbagaian genom di dalam kumpulan etnik Asia dan perbezaan dalam tindak balas ubat

SEOUL, Korea Selatan, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat perubatan kepersisan dan bioteknologi Macrogen (Pengerusi Jung-Sun Seo, www.macrogen.com) (KOSDAQ: 038290) mengumumkan pada 5 Disember bahawa hasil daripada analisis genom Asia mereka, yang telah dilakukan melalui GenomeAsia 100K Initiative, sebuah konsortium antarabangsa, telah dilaporkan di muka hadapan pada terbitan terkini Nature  (artikel yang bertajuk The GenomeAsia 100K Project enables genetic discoveries across Asia atau Projek GenomAsia 100K yang membolehkan penemuan genetik merentasi Asia).

GenomeAsia 100K Initiative adalah sebuah konsortium antarabangsa yang tidak mencari keuntungan dan telah menjalankan satu projek penyelidikan massa untuk menganalisis data genom bagi 100,000 penduduk Asia sejak tahun 2016. Organisasi yang terlibat termasuk: Macrogen (Korea) dan Precision Medicine Center (Korea) di Seoul National University Hospital Bundang (SNUBH), Nanyang Technological University (NTU) (Singapura), MedGenome, sebuah syarikat analisis genom (India) dan Genentech, sebuah anak syarikat milik Kumpulan Roche (Amerika Syarikat). Profesor Jeong-Sun Seo, Pengerusi bagi Macrogen dan Profesor Unggul di SNUBH, dan Profesor Stephan Schuster dari NTU bersama-sama telah mengetuai pasukan penyelidikan sebagai penyiasat utama bersama.

Analisis genom Asia yang dijalankan oleh GenomeAsia 100K Initiative merangkumi sejumlah 219 kumpulan etnik dari 64 buah negara. Ini terutama sekali amat penting memandangkan daripada semua panel rujukan Asia yang dikumpulkan di seluruh dunia setakat ini, ia termasuk bilangan terbesar bagi wilayah dan kaum Asia. Ini bermakna bahawa penyelidik akan dapat membina dan menggunakan panel rujukan Asia, dan bukannya panel rujukan tradisional Eropah, di dalam penyelidikan bagi penyakit tertentu di Asia. Oleh itu, sumbangan besar ke dalam pembangunan bagi perubatan kepersisan tertentu di Asia akan dijangkakan.

Pasukan penyelidik itu telah melakukan turutan keseluruhan genom bagi sejumlah 1,739 orang individu termasuk 598 dari India, 156 dari Malaysia, 152 dari Korea, 113 dari Pakistan, 100 dari Mongolia, 70 dari China, 70 dari Papua New Guinea, 68 dari Indonesia, 52 dari Filipina, 35 dari Jepun, dan 32 dari Rusia.

Kajian itu mendapati bahawa kepelbagaian genetik bagi kira-kira 142 kumpulan etnik yang tinggal di Asia adalah jauh lebih besar daripada apa yang ditemui di dalam kajian terdahulu. Berdasarkan kepada kajian ini, ia juga memperakui bahawa kumpulan-kumpulan etnik Asia berbeza dari segi tindak balas mereka terhadap ubat-ubatan utama. Sebagai contoh, sementara sesetengah pesakit memberi tindak balas yang baik kepada antikoagulan Warfarin, yang biasanya diberikan kepada pesakit yang mengalami penyakit kardiovaskular, pesakit lain dengan mutasi genetik tertentu boleh mengalami tindak balas ubat-ubatan yang buruk seperti tindak balas alahan. Penyelidikan itu menunjukkan bahawa sensitiviti Warfarin besar kemungkinan di kalangan individu dari Korea, China, Jepun, dan Mongolia, serta orang lain yang keturunan dari Asia Utara.

Konsortium itu telah mengumpulkan data genom dari suku kaum Mongolia Utara kepada suku kaum terpencil di pulau-pulau kecil di Indonesia dan menggunakan data ini untuk menganalisis dengan jayanya terhadap asal-usul bagi kaum-kaum Asia yang berbeza dan untuk membina data genom. Hasil bagi projek itu sangat penting kerana mereka meletakkan asas bagi diagnostik dan terapi yang disesuaikan bukan sahaja kepada orang Asia tetapi juga kepada kaum-kaum di seluruh dunia yang mewarisi ciri-ciri genetik Asia.

Macrogen merancang untuk menggunakan pangkalan data itu yang ia perolehi melalui projek itu bagi membangunkan perkhidmatan pengujian genetik Langsung-kepada-Pengguna mereka sendiri. Perkhidmatan ini akan menggambarkan ciri-ciri perkauman yang berlainan dan membekalkan data yang berkaitan di seluruh dunia melalui syarikat-syarikat dan cawangan-cawangan di luar negara yang bergabung dengan Macrogen.

Sebuah ‘Pasar Raya Genom Klinikal Global (GCGS)’ yang baharu akan dibangunkan sebagai sebuah perkhidmatan yang bertujuan untuk digunakan terutamanya oleh profesional perubatan. GCGS itu akan menyediakan perkhidmatan diagnostik yang berbeza yang khusus untuk setiap daerah dan kaum, dan akan termasuk diagnostik dan terapi klinikal yang disesuaikan kepada orang Asia. Macrogen berhasrat untuk mensasarkan pasaran diagnostik klinikal global secara bersungguh-sungguh.

Pengerusi Macrogen dan Profesor Jeong-Sun Seo dari SNUBH, yang bertindak sebagai penyiasat utama bagi penyelidikan itu, mengulas, “Lebih banyak data genom Asia yang kami perolehi, semakin baik kami dapat menganalisis sama ada orang Asia menghadapi risiko yang lebih tinggi terhadap penyakit tertentu, dan sama ada mereka lebih responsif terhadap ubat-ubatan tertentu. Kami merancang untuk melengkapkan dengan jayanya data besar genom Asia bagi 100,000 orang individu, merangsangkan penyelidikan di dalam dan di luar Korea mengenai penyakit dan gen ubat di kalangan penduduk Asia. Kami akan mengetuai di dalam meletakkan asas bagi perubatan kepersisan yang disesuaikan kepada orang Asia.”

Profesor NTU Stephan C. Schuster, pengerusi saintifik konsortium itu dan ketua bersama bagi kajian itu, menjelaskan pentingnya penemuan awal bagi GenomeAsia 100K terhadap kepelbagaian genomik yang begitu luas di Asia: “Untuk meletakkannya ke dalam konteks, bayangkan kita melihat semua orang Eropah dan berdasarkan kepada kepelbagaian genetik mereka, perhatikan bahawa mereka semua boleh dikumpulkan ke dalam hanya satu keturunan leluhur atau populasi. Sekarang, jika kami mengambil pendekatan yang sama dengan data baharu kami dari penduduk Asia, maka berdasarkan kepada tahap yang lebih tinggi bagi kepelbagaian genetik yang diperhatikan kami akan mengatakan bahawa terdapat 10 kumpulan leluhur atau keturunan yang berbeza di Asia. ’GenomeAsia 100K’ adalah sebuah projek yang signifikan dan mempunyai kesan yang luas yang akan membabitkan kesejahteraan dan kesihatan rakyat Asia di seluruh dunia.”

Dr Andrew Peterson, Ketua Pegawai Saintifik di MedGenome dan seorang penulis bagi kertas kerja itu dan seorang pakar di dalam penggunaan genetik untuk mendorong penemuan ubat, berkata “Varians genetik adalah sebab mengapa kita berbeza dari satu sama lain termasuk perbezaan di dalam penyakit yang masing-masing kita alami sepanjang tempoh hayat kita. Memahami perbezaan ini adalah sumber petunjuk yang paling penting yang kita ada untuk memacukan penemuan bagi ubat-ubatan baharu yang berinovatif.”

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52138658/en

Hubungi

Macrogen Inc.
Hyun-Ah Lee, +82-2-2180-7029
pr@macrogen.com

Sumber : Macrogen Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

WAWASAN BAHARU UNTUK PENYELIDIK YANG INGIN MENYEGERAKKAN DATA PENJEJAKAN MATA



Penyepaduan Inovatif bagi Penjejakan Mata dan Data Fisiologi Kini Tersedia daripada BIOPAC

GOLETA, Calif., 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BIOPAC Systems, Inc. kini menawarkan penyelesaian penjejakan mata baharu dengan penyampaian rangsangan yang menyepadukan data fisiologi dengan data penjejakan mata. Perkakasan dan perisian Bar Penjejakan Mata Berdasarkan Skrin, Jauh membenarkan penyelidik menyampaikan rangsangan dan mengumpulkan data penjejakan mata yang digabungkan dengan data fisiologi dalam antara muka tunggal.

Penyelidik kini boleh mengaitkan metrik penjejakan mata standard seperti kedudukan renungan, masa inap, kadar kelip, dan saiz anak mata dengan data fisiologi seperti Kadar Degupan Jantung, EMG, EDA/GSR, dan SCR/SCL. Dengan melihat data disegerakkan dalam satu antara muka, penyelidik boleh membangunkan wawasan yang lebih bermakna dalam eksperimen saintifik mereka dengan lebih mudah.

Bar Penjejakan Mata bukan sentuhan baharu ini tersedia dalam dua saiz dan berbilang pilihan frekuensi untuk resolusi ditingkatkan—40 Hz, 60 Hz, 120 Hz dan 200 Hz. Teknologi anak mata gelap mendayakan penjejakan mata masa nyata pada sebarang skrin komputer. Sistem fleksibel menggunakan kamera inframerah dan menyediakan sumber cahaya sendiri, membolehkannya berfungsi dalam keadaan pencahayaan yang berbeza—cerah di luar, di dalam kenderaan, di dalam bilik yang gelap, walaupun dalam keadaan gelap-gelita. Kotak pergerakan kepala yang besar membenarkan subjek menggerakkan kepala mereka lebih bebas berbanding jika ditambatkan kepada peranti.

Metrik penjejakan mata termasuk metrik Laluan Renungan, Plot Renungan, Peta Haba, Peta Perhatian, Bahagian Penting Ditakrifkan Pengguna (AOI), Plot Skarf, Plot Rentetan, Carta Pai, dan Penunjuk Prestasi Utama (KPI). Data fisiologi boleh merangkumi semua isyarat yang dicatatkan dengan perisian AcqKnowledge BIOPAC, merangkumi ECG, EDA, EMG, SCR, SCL, BP, PULSE, RESP—sehingga 16 saluran input bagi setiap Unit Pemerolehan Data MP160.

“Penjejakan mata adalah metrik yang penting untuk sesetengah jenis penyelidikan—termasuklah psikofisiologi, ergonomik, pengalaman pengguna, reka bentuk, pembangunan produk dan penyelidikan pasaran,” kata CEO BIOPAC Frazer Findlay. “Keupayaan untuk melihat penjejakan mata dan data fisiologi dalam satu antara muka akan meningkatkan kecekapan penyelidikan dan membenarkan penyelidik untuk mengembangkan kajian saintifik mereka.”

Maklumat lanjut tentangSistem Penjejakan Mata BIOPACboleh ditemui pada laman web BIOPAC.

Perihal BIOPAC Systems

BIOPAC diasaskan pada tahun 1985 dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai pilihan utama untuk perkakasan dan perisian sains hayat. Lebih 99% daripada 100 universiti dan syarikat Global Fortune 500 di seluruh dunia bergantung pada BIOPAC untuk kajian sains hayat dan keperluan sistem pengajaran mereka. BIOPAC membuat alat saintifik berkualiti tinggi untuk ukuran dan tafsiran fisiologi. Penyelesaian BIOPAC terdiri daripada penyelesaian pendidikan sehinggalah peranti canggih untuk penggunaan dalam makmal, dunia nyata, dan persekitaran penyelidikan realiti maya. Untuk maklumat lanjut tentang produk BIOPAC lawati www.biopac.com.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8f4910df-8827-4c8e-808d-1c97165d515c

Maklumat Hubungan:
Brenda Dentinger
Pengurus Pemasaran
BIOPAC Systems, Inc.
brendad@biopac.com

SUMBER: BIOPAC Systems, Inc.

--BERNAMA

80% DARIPADA PEMILIK BANK DI ASIA MELIHAT DIRI MEREKA SEBAGAI PIHAK YANG RUGI TERHADAP OPEN API


Fintech gini mendedahkan satu tinjauan industri untuk mengenal pasti peluang-peluang dan halangan bagi Perbankan Terbuka

HONG KONG, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- gini, pembekal penyelesaian perbankan yang dipacu data yang berpangkalan di Hong Kong mendedahkan satu tinjauan baru-baru ini berhubung kesediaan Open API atau Antara Muka Program Aplikasi Terbuka di kalangan profesional industri fintech Asia. Hanya 20% daripada pemilik bank  melihat diri mereka sebagai pemenang daripada Open API, walaupun 70% berkata berkongsi data pelanggan adalah masa depan bagi perniagaan mereka. Fintech dilihat sebagai pemenang terbesar, dengan peraturan yang tidak jelas dan kebimbangan keselamatan siber yang disebut oleh sebahagian besar pemilik bank sebagai halangan terbesar yang bakal mereka hadapi ketika mengamalkan teknologi Open API yang baharu itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191211006010/en/

ETHERSCOPE™ NXG NETALLY KINI LEBIH BAIK: KESELAMATAN DITINGKATKAN, ANALISIS MENYELURUH, DAN CIRI KERJASAMA DITAMBAH BAIK DILANCARKAN HARI INI

Kurang tiga bulan sejak pelancaran EtherScope nXG, NetAlly melancarkan naik taraf perisian tegar pertamanya; kelajuan dipercepat membuktikan nilai pasca struktur lincah syarikat sejak berpisah daripada NETSCOUT®

COLORADO SPRINGS, Colo., 11 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Berkembang pesat sejak pelancarannya pada Oktober, alat analisis rangkaian berwayar/wayarles bersepadu pertama industri, EtherScope nXG NetAlly sudah pun sedang dinaik taraf. Menyampaikan keselamatan ditingkatkan, analisis menyeluruh, kerjasama yang lebih mudah, perisian tegar ini kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma kepada semua pengguna EtherScope nXG sedia ada.

“Kami ingin mewujudkan kadens keluaran mulai sekarang dan menunjukkan ketangkasan dan halaju pembangunan dengan menambahkan kemampuan baharu kunci kepada EtherScope nXG” kata James Kahkoska, CTO di NetAlly. “Antara berdozen ciri yang ditambahkan, ciri kegemaran saya ialah carian penemuan, yang membenarkan pengguna untuk menapis ribuan elemen rangkaian yang ditemui oleh MAC, pengeluar, IP atau nama dengan hanya beberapa aksara.”

EtherScope nXG™ ialah alat analisis rangkaian pegang yang membolehkan jurutera dan juruteknik rangkaian menemui, menganalisis dan menyelesaikan masalah rangkaian perusahaan berwayar dan wayarles dengan pantas—semuanya melalui antara muka pengguna tunggal. Dilancarkan pada Oktober, produk telah dinamakan sebagai finalis untuk “Innovation of the Year” oleh Wi-Fi awards.

Naik taraf yang dilancarkan hari ini dikembangkan daripada keupayaan dibina EtherScope nXG untuk meningkatkan kebolehlihatan rangkaian, mempercepat dan meringkaskan ujian dan analisis serta meningkatkan kerjasama pasukan. Khususnya, kemas kini hari ini:
  • Mengembangkan Ciri Keselamatan – EtherScope nXG kini merangkumi penamaan dan pengesahan peranti yang fleksibel dan ditakrifkan pengguna. EtherScope nXG membolehkan pakar rangkaian untuk mengurus inventori mereka dengan lebih mudah dan mengesan peranti liar dengan lebih pantas—sebelum peranti melakukan kemudaratan terhadap rangkaian.
     
  • Mengukuhkan Pemantauan dan Keupayaan Analisis – EtherScope nXG kini menyediakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi prestasi rangkaian, termasuk analisis trafik VLAN, pengesanan suis terdekat yang ditingkatkan, dan analisis beraliran masa untuk menyiasat kerosakan berselang.
     
  • Meningkatkan Penyelesaian Dari Jauh – EtherScope nXG kini berkongsi lebih banyak maklumat kritikal antara jurutera rangkaian yang berlokasi di pusat dan juruteknik di tapak, melalui terletak secara berpusat jurutera rangkaian dan di situ juruteknik, melalui Link-Live Cloud Servicepercuma NetAlly. Petikan penemuan Wayar atau Wi-Fi ditingkatkan menjangkaui nama dan alamat untuk merangkumi atribut penting, jadi jurutera rangkaian kini boleh "berada di sana untuk setiap tiket" untuk menganalisis infrastruktur rangkaian dan membantu untuk menyelesaikan masalah dari jauh, walaupun isu rangkaian berlaku dalam lokasi jauh terpencil.

“EtherScope nXG merupakan suit ujian dan analisis Wi-Fi dan LAN yang mengagumkan dalam tapak tangan anda sejak Hari 1” kata Lee Badman, arkitek rangkaian wayarles di Wirednot dan pakar industri yang diiktiraf. “Penambahan ciri terkini menjadikan produk yang hebat lebih naik untuk persekitaran kompleks. Saya amat menyukai granulariti khusus VLAN baharu ini, dan nilai Link-Live terus terbukti dengan perisian tegar baru.”

Kemas kini EtherScope nXG baharu ini kini tersedia untuk semua pengguna sedia ada—tanpa bayaran—melalui muat turun melalui udara daripada Link-Live cloud Service percuma atau dengan memuat turunnya kepada kad SD untuk pemasangan manual.

Untuk maklumat lanjut tentang cara EtherScope nXG membantu jurutera rangkaian dan juruteknik lapangan untuk melakukan lebih banyak dengan lebih cepat lagi, sila lawati https://netally.com/products/etherscopenxg.

Perihal NetAlly
Barisan NetAlly® bagi ujian rangkaian dan penyelesaian analisis telah membantu jurutera dan juruteknik rangkaian mengerah, mengurus dan menyelenggara dengan lebih baik rangkaian berwayar dan wayarles hari ini selama berdekad. Sejak mencipta alat analisis rangkaian pegang pertama dalam industri pada tahun 1993, NetAlly terus menetapkan standard untuk analisis rangkaian mudah alih. Dengan alat yang merangkumi LinkRunner®, OneTouch™, AirCheck™, dan banyak lagi, NetAlly meringkaskan kerumitan bagi ujian rangkaian, menyediakan kebolehlihatan segera untuk penyelesaian masalah yang cekap dan mendayakan kerjasama yang lancar antara kakitangan tapak dengan pakar jauh. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mengetahui cara NetAlly membantu pakar rangkaian menyiapkan kerja mereka dengan lebih pantas, lawati https://netally.com/.

“Fluke Networks” dan “NETSCOUT” merupakan tanda dagangan pemegang masing-masing.

Maklumat Hubungan: Dan Klimke, NetAlly
Telefon: +1.425.609.0970
E-mel:  marketing@netally.com

SUMBER: NetAlly

--BERNAMA