Wednesday, October 21, 2020

Prevailion Dinamakan Sebuah "Vendor Hebat" Gartner 2020 Dalam Bidang Operasi Keselamatan Dan Ancaman Perisikan

COLUMBIA, Md., 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Prevailion, sebuah pemimpin dunia di dalam perisikan musuh siber, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diperakui sebagai sebuah Vendor Hebat Gartner di dalam laporan Vendor Hebat terbaharu dalam laporan Operasi Keselamatan dan Ancaman Perisikan.

Laporan Gartner itu memprofilkan “vendor-vendor baru muncul bahawa pemimpin keselamatan dan pengurusan risiko harus mempertimbangkan ketika menilai ancaman baru muncul yang memerlukan teknologi operasi keselamatan yang terkini.” Gartner menulis bahawa: “”Pemimpin keselamatan dan pengurusan risiko sedang mencari penyelesaian untuk keterlihatan yang lebih baik ke dalam persekitaran IT mereka untuk membantu mengukuhkan postur keselamatan mereka, serta mengutamakan jurang kawalan keselamatan dan aktiviti pemulihan berdasarkan kepada risiko perniagaan.” Ia juga menyatakan bahawa: “Organisasi bergelut untuk mengurangkan kerentanan disebabkan oleh ketidakmampuan untuk mengutamakannya disebabkan oleh kurangnya konteks mengenai aset dan persekitaran ancaman luaran.”*

Kurangnya keterlihatan ini terhadap ancaman aktif dan baru muncul menimbulkan satu cabaran besar kepada keselamatan siber organisasi, dan merupakan tumpuan utama bagi Prevailion. Melalui satu gugusan sensor rahsia global, Prevailion secara aktif memantau ribuan serangan siber secara tepat masa, termasuk berbilion komunikasi perisian hasad, menyediakan satu tahap perisikan musuh yang belum pernah terjadi sebelumnya yang dapat digunakan oleh syarikat untuk melindungi rangkaian mereka.

“Kami merasa dihormati kerana dipilih oleh Gartner, yang kami percaya mengesahkan teknologi teras di sebalik platform kami dan kerja keras dan dedikasi oleh pasukan kami,” kata Karim Hijazi, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Prevailion. “Di Prevailion, kami telah memetakan satu haluan baharu di dalam bidang perisikan ancaman, dengan memberi kuasa kepada syarikat dengan keterlihatan yang lebih besar terhadap pelaku ancaman yang mensasarkan jaringan mereka dan jaringan bagi rakan terdekat mereka. Dengan mencari infrastruktur penyerang itu sendiri, kami dapat menyediakan kepada syarikat-syarikat dengan pandangan yang belum pernah terjadi sebelumnya ke dalam aktiviti jahat penjenayah dan penggodam yang bergabung dengan negara dan senarai sasaran. Ini membolehkan pasukan keselamatan korporat untuk lebih mengutamakan ancaman, dengan memberikan tumpuan segera kepada serangan yang disahkan, daripada bergantung kepada amaran keselamatan yang bising dan ralat atau kad skor risiko yang tidak jelas.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13876

MAJLIS MENANDATANGANI MOU UMK DAN KERAJAAN NEGERI

KOTA BHARU, 21 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan  (InsPeK) dan Kerajaan Negeri Kelantan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan kerjasama menguruskan kemiskinan dan bidang keusahawanan berasaskan kepakaran serta fokus masing-masing khususnya kepada rakyat di Negeri Kelantan.


Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah manakala Kerajaan Negeri pula diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UkeKWa), YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi.

Turut hadir, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UKeKWa), Pn. Ilvira Mohd Dasuki dan  Pengarah InsPeK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail.

MAJLIS MENANDATANGANI MOU UMK DAN KERAJAAN NEGERI

PAMERAN TEKNOLOGI TINGGI PERTANIAN YANGLING CHINA (CAF) KE-27 AKAN DIADAKAN DI WILAYAH SHAANXI DARI 22 HINGGA 26 OKT.

 


Table

Kawasan Pameran bagi Pameran Teknologi Tinggi Pertanian Yangling China


YANGLING, China, 21 Okt., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Seringkali dirujuk sebagai Bandar raya Pertanian China, Yangling adalah merupakan yang pertama di China yang diisytiharkan sebagai sebuah zon demonstrasi industri berteknologi tinggi pertanian kebangsaan. CAF ke-27 akan diadakan di sini antara 22 dan 26 Okt.
 
Pertama kali diadakan pada tahun 1994, CAF menyediakan sebuah platform untuk mempamerkan pencapaian terkini di dalam sains dan teknologi pertanian, dan juga sebuah jendela bagi kalangan profesional pertanian dari seluruh dunia untuk terlibat di dalam pertukaran dan kerjasama.

Dengan bertemakan ‘Inovasi Mengetuai Pembangunan Berkualiti Tinggi’, kawasan pameran itu akan mencakupi seluas 160,000 meter persegi dan akan mempunyai 2,000 petak pameran. Acara itu akan menampilkan lebih 40 pameran khas termasuk Pameran Pertanian Shanghai Cooperation Organisation (SCO), Pameran Teknologi Tinggi Pertanian, dan Pameran Industri Benih Antarabangsa. Duta besar China di Kyrgyzstan, Uzbekistan dan negara-negara lain, dan ketua-ketua bagi Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan organisasi antarabangsa lain di China akan menghadiri pameran tersebut. Wakil syarikat yang berpangkalan di China dari 29 buah negara, sebagai contoh Jerman dan Switzerland, antara lain, akan juga hadir.

Sebagai tindak balas terhadap langkah-langkah pencegahan dan kawalan COVID-19, jawatankuasa penganjur itu telah membangunkan pameran pertanian digital dalam talian yang pertama di China dengan platform CLOUD OF CAF, yang membolehkan penyatuan bagi pameran luar talian dan dalam talian. Dengan aplikasi CLOUD OF CAF, orang ramai dapat menyaksikan acara ini secara dalam talian tanpa perlu meninggalkan rumah atau pejabat mereka, dan dapat mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti perundingan dan pelaksanaan kontrak berasaskan aplikasi, dan penstriman langsung persidangan.

Hasil daripada pendekatan terbuka dan inklusif China dan usaha mereka bagi kerjasama sama menang, pertukaran dan kerjasama pertanian di antara China dan negara-negara lain semakin mantap, sehingga memudahkan perkembangan pertanian di dalam konteks pengukuhan penyatuan serantau.

Sejak tahun 2014, Yangling telah terlibat secara aktif di dalam pengembangan sains dan teknologi pertanian di seluruh dunia dengan penyampaian beberapa program latihan kepada organisasi pengurusan pertanian. Sebagai contoh, bandar raya itu telah mengadakan lapan bengkel bagi negara anggota SCO, yang merangkumi pelbagai topik daripada teknik pertanian moden, pengairan pemuliharaan air, dan penanaman dan pembiakan, dengan menarik penyertaan hampir 200 peserta.

Sehingga kini, Yangling telah menjalin hubungan kerjasama di dalam bidang pertanian moden dengan lebih 60 buah negara, dan telah menandatangani perjanjian untuk memperkukuhkan kerjasama pertanian dengan jabatan-jabatan kerajaan di lebih 20 buah negara, dengan yang terakhir dengan Kementerian Pertanian bagi Republik Kazakhstan.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Pameran Teknologi Tinggi Pertanian Yangling China
 
Pautan Lampiran Imej:
     Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=374604
 
  Kapsyen: Kawasan Pameran bagi Pameran Teknologi Tinggi Pertanian Yangling China

Tuesday, October 20, 2020

MEVION BEKERJASAMA DENGAN HERMES ADVANCED THERAPY SYSTEMS UNTUK MEMPERLUASKAN JANGKAUAN DI ASIA

 LITTLETON, Mass., 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mevion Medical Systems dengan senang hati ingin mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian perkongsian dengan Hermes Advanced Therapy Systems Corp.  (HATS) untuk pengedaran Sistem Terapi Proton® MEVION S250i di Taiwan dan Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Thailand, dan Singapura. Sebagai sebuah anak syarikat bagi Hermes-Epitek Corp., sebuah penyedia peralatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi yang dipercayai sejak tahun 1977, HATS akan memanfaatkan sumber dan menyokong Mevion dari segi perancangan projek sehingga kepada sokongan pelanggan.


Terapi proton adalah satu bentuk terapi radiasi yang unggul yang dapat mengurangkan jumlah pendedahan radiasi yang tidak diperlukan pada tisu sihat dan organ sensitif yang menghadapi risiko. Penerapan terapi proton telah berkembang dengan pesat disebabkan oleh pengembangan sistem terapi proton padat. Mevion adalah syarikat pertama yang memperkenalkan pendekatan baharu ini kepada terapi proton dan menyediakan sistem yang paling padat yang ada sekarang.

“Kami amat bangga kerana mempunyai sebuah rakan yang mapan seperti Hermes Advanced Therapy Systems sebagai rakan pasukan kami di Taiwan dan Asia Tenggara,” kata James Meng, Ph.D. presiden bagi Mevion Medical Systems. “Terdapat satu pasaran yang berkembang untuk terapi proton di rantau ini dan perkongsian kami dengan HATS akan membolehkan  akses kepada terapi proton bagi pesakit barah yang sangat memerlukannya.”

“Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Mevion untuk meningkatkan jangkauan bagi teknologi terkemuka industri ini ke satu pasaran yang lebih luas dan memperluaskan keyakinan kumpulan kami – ‘Perkhidmatan oleh Hermes-Epitek’,” kata Eddy Peng, pengerusi bagi Hermes Advanced Therapy Systems Corp.

Sistem Terapi Proton MEVION S250i dengan Imbasan Pancaran Terpencil HYPERSCAN® meningkatkan manfaat terapi proton dengan memaksimumkan satu kolimator pelbagai dedaun adaptif untuk mempertajamkan pancaran itu dan membolehkan satu dos yang lebih tepat dan sama bentuk dengan tumor itu daripada sebelumnya. Keupayaan klinikal lanjutan sistem itu bersama dengan saiznya yang padat telah mengubah landskap bagi terapi proton.

Maklumat mengenai Mevion Medical Systems

Sejak tahun 2004, Mevion Medical Systems telah menjadi penyedia utama bagi sistem terapi proton padat untuk rawatan barah. Berdedikasi kepada memajukan reka bentuk dan aksesibiliti bagi terapi proton di seluruh dunia, Mevion adalah merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan platform bilik tunggal baharu ini dan meneruskan usaha untuk memajukan sains dan penggunaan terapi proton. Produk unggulan Mevion, Sistem Terapi Proton MEVION S250i dengan imbasan pancaran terpencil HYPERSCAN, adalah sistem terapi proton paling kecil di dunia yang menghapuskan rintangan bagi saiz, kerumitan, dan kos yang wujud dengan sistem terapi proton yang lain. Mevion beribu pejabat di Littleton, Massachusetts, dengan kehadiran di Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mevion.com.
 
Ikuti kami di Twitter: @MevionMedical
Berhubung dengan kami di LinkedIn: Mevion Medical Systems
Suka Kami di Facebook: MevionMedical

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201019005068/en/

Hubungi

Melanie Benton
Mevion Medical Systems
Mbenton@mevion.com 1-978-540-1551

Sumber : Mevion Medical Systems

TOSHIBA LANCAR MOSFET SILIKON KARBIDA 1200V YANG MENYUMBANG KEPADA BEKALAN KUASA BERKECEKAPAN TINGGI

Toshiba: sebuah MOSFET silikon karbida (SiC) 1200V TW070J120B untuk peralatan perindustrian termasuk bekalan kuasa berkapasiti besar. (Grafik: Business Wire)

TOKYO, 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TW070J120B,” sebuah MOSFET silikon karbida (SiC) 1200V untuk aplikasi perindustrian yang termasuk bekalan kuasa berkapasiti besar. Penghantaran bermula hari ini.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201018005077/en/

MOSFET berkuasa yang menggunakan SiC, satu bahan baharu, mencapai rintangan bervoltan tinggi, pensuisan berkelajuan tinggi, dan On-rintangan rendah berbanding dengan produk MOSFET, IGBT silikon konvensional (Si). Oleh itu, ia akan menyumbang kepada penggunaan kuasa yang lebih rendah dan pengecilan saiz sistem.

Dicipta dengan reka bentuk cip generasi kedua Toshiba[¹], yang meningkatkan kebolehpercayaan MOSFET SiC, peranti baharu itu merealisasikan kapasitans input rendah, satu caj input get rendah, dan On-rintangan saliran-ke-sumber yang rendah. Dibandingkan dengan “GT40QR21,” transistor dwikutub  get tertebat silikon 1200V Toshiba (IGBT), ia menghentikan kehilangan pensuisan mati dengan kira-kira 80% dan masa pensuisan (masa jatuh) dengan kira-kira 70%, dan pada masa yang sama menyampaikan ciri-ciri On-voltan rendah dengan satu saliran arus 20A atau kurang[²].

Voltan ambang get ditetapkan dalam julat tinggi 4.2V sehingga 5.8V, yang mengurangkan risiko kerosakan (menghidupkan atau mematikan yang tidak disengajakan). Penggabungan bagi sebuah diod penghalang SiC Schottky (SBD) dengan voltan hadapan rendah juga membantu untuk mengurangkan kehilangan kuasa.

MOSFET baharu itu akan menyumbang kepada kecekapan yang lebih tinggi dengan mengurangkan kehilangan kuasa di dalam aplikasi perindustrian, seperti penukar AC-DC berkapasiti besar, penyongsang fotovoltan, dan penukar DC-DC dwiarah berkapasiti besar, dan akan juga menyumbang kepada pengurangan saiz peralatan.

Nota:
[¹] Siaran berita Toshiba pada 30 Julai, 2020: “Struktur Peranti Baharu Toshiba Meningkatkan Kebolehpercayaan MOSFET SiC”
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company/news/news-topics/2020/07/mosfet-20200730-1.html
[²] suhu ambien 25°C

Penggunaan

· Penukar AC-DC berkapasiti besar
· Penyongsang fotovoltan
· Penukar DC-DC dwiarah berkapasiti besar

Ciri-ciri

· Reka bentuk cip generasi kedua (SiC SBD terbina dalam)
· Voltan tinggi, kapasitans input rendah, caj get total rendah, On-rintangan rendah, voltan hadapan diod rendah, voltan ambang get tinggi:

VDSS=1200V, Ciss=1680pF (jenis), Qg=67nC (jenis), RDS(ON)=70mΩ (jenis), VDSF=-1.35V (jenis), Vth=4.2~5.8V

· Jenis peningkatan yang mudah untuk dikendalikan
 
Spesifikasi Utama

Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TW070J120B

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu di pengedar dalam talian, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TW070J120B.html

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Toshiba MOSFET SiC.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/mosfets/sic-mosfets.html

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Toshiba Peranti Kuasa SiC.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/sic-power-devices.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada suatu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20201018005077/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Sunday, October 18, 2020

LULU MONEY DAN MONEYGRAM MEMPERLUASKAN PERKONGSIAN DI HONG KONG

· Perkongsian itu akan menguntungkan berjuta-juta pengguna yang mencari sebuah rakan pembayaran yang boleh dipercayai dalam MoneyGram di Hong Kong

· LuLu Money pada masa ini mengendalikan cawangan di lokasi-lokasi  yang terkemuka dan mudah diakses di negara itu, termasuk satu di Worldwide. 

HONG KONG, 16 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
LuLu Money, sebuah nama terkemuka di dalam pertukaran wang asing & pemindahan wang, dan MoneyGram, sebuah peneraju dunia di dalam pembayaran P2P rentas sempadan & pemindahan wang, mengumumkan perkongsian mereka di Hong Kong. Perkongsian itu akan membolehkan berjuta-juta pengguna di Hong Kong untuk menghantar dan menerima wang di mana-mana lokasi LuLu Money dan berhubungan dengan rangkaian pengedaran MoneyGram global yang mencakupi lebih 200 buah negara dan wilayah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201015006089/en/

Bercakap mengenai perkongsian itu, Adeeb Ahamed, Pengarah Urusan bagi LuLu Financial Group, berkata, “Industri pengiriman wang memainkan satu peranan penting di dalam menghubungkan komuniti dan keluarga, dan dengan menawarkan rangkaian kami sebagai satu pusat pembayaran bagi MoneyGram, kami berhasrat untuk membuat proses pemindahan wang lebih mudah untuk diakses, lebih murah dan selesa bagi berjuta-juta penduduk Hong Kong.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13868

Saturday, October 17, 2020

Untuk Bermula Pada 11 Oktober Pocky Diperakui Oleh Guinness World Records™ Sebagai Jenama Biskut Bersalut Coklat Paling Laris Di Dunia (*)






Membawa Senyuman kepada Dunia Semasa Kempen Global “hari Pocky” Tahunan Kelima yang Bermula pada 11 Oktober

OSAKA, Jepun, 15 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Pocky kini telah diperakui oleh GUINNESS WORLD RECORDS sebagai jenama* biskut bersalut coklat paling laris di dunia.

Disukai oleh tidak terkira banyaknya pelanggan sejak ia dilancarkan pada tahun 1966, Pocky adalah satu daripada produk yang paling lama dijual oleh Ezaki Glico (Glico). Sejak tahun 2016, Glico telah memperkukuhkan usaha pengurusan jenama mereka bagi jenama Pocky di seluruh dunia dengan menerapkan taktik pemasaran berasaskan kepada pemahaman pengguna yang lebih baik di dalam pelbagai pasaran di seluruh dunia dan meningkatkan ketepatan bagi pengiklanan mereka.

Terutamanya, Glico telah merayakan hari Pocky pada 11 November sebagai sebahagian daripada satu kempen global tahunan di bawah mesej jenama global “Berkongsi kebahagiaan!” Pocky untuk mendorong aktiviti jenama di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada tahun kelima bagi kempen hari Pocky Global, Glico akan melancarkan “Say Pocky! Cheer Street View” – satu kempen global yang bertujuan untuk mengembalikan senyuman ke bandar raya dan pekan yang hilang daya tenaga mereka disebabkan oleh kesan COVID-19. Acara ini bermula serentak pada 11 Oktober merentasi 11 buah negara: Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Thailand, Malaysia, Filipina, dan Indonesia. Glico akan juga melancarkan satu pakej Pocky edisi khas yang mengandungi logo pemegang rekod GUINNESS WORLD RECORDS.

Oleh kerana ramai orang di dunia digalakkan untuk menahan diri daripada berkumpul dengan orang lain bagi memastikan penjarakan sosial di tengah-tengah pandemik global COVID-19, Glico berhasrat untuk memberi satu peluang kepada orang ramai untuk merasa bersambung dengan orang yang mereka sayangi dengan melihat senyuman masing-masing dan dengan itu menyempitkan jarak emosi mereka walaupun secara fizikal mereka masih berjauhan melalui kempen “Say Pocky! Cheer Street View ”.

(*) Jenama biskut bersalut coklat terbesar – RSP runcit, semasa (Anggaran penjualan $589,900,000 pada tahun 2019 berdasarkan kepada data penyelidikan pasaran antarabangsa)
(*) Biskut bersalut krim termasuk di dalam klasifikasi data berdasarkan kepada penyelidikan pasaran antarabangsa.

– Butiran mengenai pengesahan Pocky oleh GUINNESS WORLD RECORDS
Tajuk: Jenama biskut bersalut coklat terbesar – RSP runcit, semasa
Tahun ketika rekod telah dicapai: 2019
Jualan global: $589.9 juta (menurut data daripada penyelidikan pasaran antarabangsa)
Tarikh pensijilan: 22 Jun, 2020
Organisasi memperakui: GUINNESS WORLD RECORDS

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13861