Saturday, May 22, 2021

PENGASAS GLAMHIVE STEPHANIE SPRANGERS DENGAN HOS BERSAMA PENGGAYA SELEBRITI JOHNNY WUJEK, PENGGAYA SELEBRITI NICOLE CHAVEZ, PEREKA FESYEN RAMBUT SELEBRITI ANDREW FITZSIMONS, DAN PEMPENGARUH FESYEN CLAIRE SULMERS MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK GAYA DAN KECANTIKAN MUSIM BUNGA DIGITAL


 


Persidangan akan mempertemukan pemimpin di dalam industri gaya dan kecantikan untuk bercakap mengenai fesyen, kecantikan, reka bentuk kostum, pemerkasaan wanita, kemapanan dan banyak lagi.


LOS ANGELES & SEATTLE, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Apa yang bermula sebagai satu cara bagi komuniti gaya untuk berkumpul ketika pandemik itu menghentikan industri tersebut secara tiba-tiba telah berkembang menjadi satu daripada pertemuan terbesar bagi industri fesyen di seluruh dunia. Sekarang, dengan kehidupan kembali hampir normal di Amerika Syarikat dan di luar negara, Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Musim Bunga Digital Glamhive pada 22 Mei akan menjadi sidang kemuncak digital 100% yang terakhir. Glamhive akan melancarkan semua acara pada masa hadapan sebagai satu pengalaman fizikal-digital hibrid.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210520005908/en/
 
Sidang Kemuncak Musim Bunga itu akan menjadi pengalaman digital global kelima bagi syarikat itu dan akan sekali lagi mengumpulkan kalangan profesional industri dan peminat kecantikan dan gaya untuk membincangkan gaya musim bunga, penjagaan kulit pada bulan-bulan yang lebih sejuk, memulakan di dalam perniagaan fesyen dan lebih banyak lagi.

Acara bertiket sepanjang hari itu akan menampilkan 19 panel dengan lebih 66 orang penceramah. Berikut adalah satu gambaran keseluruhan mengenai tajuk-tajuk yang akan dibahaskan oleh barisan penceramah terkemuka itu.

TAJUK-TAJUK:
  • Siapa yang Membuat Ini? Bagaimana Produk-produk yang Bersumberkan Kemapanan Memperkasakan Wanita Dengan Setiap Pembelian
  • Gaya 411: Di dalam Dunia Penggayaan
  • Reka Bentuk Kostum Kontemporari: Peranan itu, Cabaran itu, Dan Pengaruhnya Terhadap Fesyen
  • Laporan Permaidani Merah
  • Wawancara Eksklusif “Seorang Bintang Dilahirkan” dengan Ahli Astrologi Susan Miller
  • Temu ramah eksklusif dengan Pereka Kostum Bridgerton, Ellen Mirojnick
  • Bagaimana Cara untuk Membuat Tanggapan Pertama yang Hebat Setiap Kali
  • Membina Jenama untuk Kreatif & Usahawan
 
Semasa panel Siapa yang Membuat Ini? Bagaimana Produk-produk yang Bersumberkan Kemapanan Memperkasakan Wanita Dengan Setiap Pembelian, Ketua Pegawai Pemasaran bagi Mary Kay Inc., Sheryl Adkins-Green, akan mengadakan satu perbincangan mengenai asal-usul barang di dalam setiap almari kita — dan bagaimana kita dapat mengenali dengan lebih baik orang yang membawa pembaharuan di sebalik gaya fesyen itu. Ahli panel termasuk Jane Mosbacher, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi TO THE MARKET; Matilda Payne Boakye-Ansah, Pereka, Aktivis Ekologi, Usahawan Sosial, Pengasas bagi MH Couture dan Pengasas Bersama bagi Xtreme Upcycle; Christelle C. Paul, Pengasas dan Pengarah bagi Atelier Calla; dan Tara Swennen, penggaya selebriti.

“Kita memiliki satu peluang pada setiap hari untuk membuat pilihan yang membantu melindungi persekitaran kita,” kata Sheryl Adkins-Green, “dan adalah penting untuk mengetahui tentang orang dan produk-produk yang  boleh membuat perbezaan itu.”

HOS BERSAMA

Stephanie Sprangers - Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Glamhive

Johnny Wujek – Penggaya Selebriti & Pereka Kostum kepada Katy Perry dan Mariah Carey

Nicole Chavez - Penggaya Selebriti kepada Kristen Bell dan Jessica Simpson

Andrew Fitzsimons – Pereka fesyen rambut selebriti kepada keluarga Kardashian

Claire Sulmers – Pengasas + Ketua Pegawai Eksekutif bagi Fashion Bomb Daily

PENCERAMAH:

Penceramah kami adalah penggaya selebriti, artis solekan, dan pembuat imej yang bekerja dengan nama-nama terbesar di Hollywood dan seterusnya, termasuk Kristen Stewart, Angelina Jolie, Matthew McConaughey, Emily Blunt, Gabrielle Union, Zendaya, Sophie Turner, Amanda Seyfried, Margot Robbie, Lupita Nyong’o, Emma Watson, Rosie Huntington-Whiteley, Claire Danes, Carmen Electra.

PENGGAYA SELEBRITI:

Jen Rade, Tara Swennen, Jessica Paster, Nicole Chavez, Sonia Young, Dana Asher Levine, Mimi Lombardo, Joiee Thorpe, Franzy Staedter.

ARTIS SOLEKAN SELEBRITI + PEREKA FESYEN RAMBUT:

Sheridan Ward, Katey Denno, Matin Maulawizada, Christian Wood, Halley Brisker, Larry Sims

PEMUDAH CARA:
Brian Underwood (Majalah Oprah), Brooke Jaffe, (Penske Media), Alexis Bennett (Vogue), Sarah Ball (Majalah PEOPLE), Flavia Nunez (Real Simple), Alana Peden (StyleCaster) dan Sheryl Adkins-Green (Mary Kay Inc.)

Tiket ke persidangan itu adalah $149 bagi tiket sepanjang hari. Penaja pembentangan bagi Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Musim Bunga Digital itu adalah Mary Kay Inc. dan Mary Kay Global Design Studio.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glamhive.com/live

Maklumat mengenai Glamhive: Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan gaya peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak boleh eksklusif hanya untuk golongan kaya dan terkenal.

Pengalaman menggaya dalam talian itu menawarkan kepada siapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya akan memberi mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Bagi penggaya, ia adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar untuk membantu mereka mengembangkan rangkaian mereka dan perniagaan mereka, boleh dikatakan 100%.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau hampir 60 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik, dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang untuk menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14563

Friday, May 21, 2021

HONG KONG MERAIKAN KUASA SENI SECARA FIZIKAL DAN MAYA DENGAN PAMERAN SENI KONTEMPORARI TERUNGGUL DI DUNIA YANG KEMBALI PADA BULAN MEI




HONG KONG, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Apabila lokasi acara ditutup secara global pada waktu pandemik, penggemar bidang seni dan budaya telah mencatatkan peningkatan dalam tumpuan mereka terhadap acara maya. Ketika dunia secara menantikan peneruskan perjalanan antarabangsa dan pengembalian acara-acara fizikal, bidang seni dan budaya adalah wajar sebagai salah satu daya penggerak untuk mengembalikan kami ke situasi normal.  Dengan itu, Hong Kong membuka jalan dengan harapan dapat mengadakan acara-acara berskala besar sekali lagi dengan selamat.

Pada bulan Mei, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) telah melancarkan kempen ‘Seni di Hong Kong’(Arts in Hong Kong) untuk mempromosikan siri acara-acara seni utama secara bentuk fizikal dan digital. Acara-acara seni in dianjurkan oleh penganjur pameran dan institusi kebudayaan di sekitar bandar untuk memastikan orang ramai dapat berhubung kembali dengan seni dan kesegaran Hong Kong, sama ada di sini mahupun di luar negara.

Menganjurkan acara-acara antarabangsa dengan selamat

Setelah penghentian pameran lebih dua tahun disebabkan oleh pandemik, Art Basel secara rasmi dijadualkan akan berlangsung dari 21 hingga 23 Mei di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC). Lebih daripada 100 buah galeri dari Asia, Eropah dan Amerika telah mengesahkan penyertaan mereka. Di samping itu, Art Central akan diadakan serentak di HKCEC untuk pertama kali, dan penghandiran adalah percuma dengan pendaftaran. Acara tahunan French May juga akan terus menawarkan hiburan kebudayaan, dengan lebih 100 acara berlangsung dari 1 Mei hingga 30 Jun.

Untuk memastikan bahawa semua peserta pameran mempunyai pengalaman yang bebas daripada tekanan, protokol amalan terbaik kesihatan dan keselamatan akan diikuti. Protokol ini termasuk memakai pelitup muka, kemasukan pada masa yang ditetapkan, pengurangan kapasiti, laluan yang lebih luas dan pembersihan secara berkala.

Acara-acara seni yang mencabar batas kebiasaan

Seni telah lama memiliki kuasa untuk memecahkan perbatasan, memberi inspirasi dan menyatukan orang ramai. Dengan imaginasi dan kreativiti yang mendalam, komuniti seni Hong Kong yang dinamik menawarkan acara-acara fizikal dan maya hibrid kepada orang ramai di seluruh dunia.

Sebagain contoh, Art Basel dengan inisiatif digital baharunya, ‘Art Basel Live: Hong Kong’, yang dilancarkan selari dengan pameran fizikal, bertujuan untuk memperluaskan kesedaran dan mencapaian antarabangsa mereka. Selain itu pameran yang menggunakan format hibrid termasuk Art Central dan Festival Seni Yim Tin Tsai 2021. Program PLUS Festival Kesenian Hong Kong pula menampilkan pelbagai pengalaman dalam talian dan fizikal, dan Muzium M+ di Daerah Kebudayaan Kowloon Barat yang akan dibuka menawarkan tayangan filem dalam talian berdasarkan permintaan.

HKTB menyertai keseronokan interaktif dan kreatif

HKTB telah membina sebuah laman web kempen khusu untuk membangkitkan bidang seni dan budaya di Hong Kong.  Laman web www.discoverhongkong.com/Arts merupakan sebuah platform yang menyediakan maklumat penting mengenai ‘Seni di Hong Kong’ dan memperkenalkan pameran dalam talian, jadual seni, kalendar acara, tawaran berseni, temuramah dengan pakar bidang seni dan banyak lagi.

Melalui pameran dalam talian itu, penonton dapat mengalami pengalaman acara maya yang disediakan oleh pengajur pameran antarabangsa dan tempatan, tanpa mengira lokasi. Pameran dalam talian ini juga menampilkan sebuah mikrofilem interaktif yang dipersembahkan oleh dua selebriti tempatan seperti artis pelbagai disiplin Ivana Wong dan pengarah Kearen Pang di beberapa tarikan paling menarik di bandar itu, termasuk Tai Kwun, The Mills dan Daerah Kebudayaan Kowloon Barat.

Sambil menunggu perjalanan antarabangsa untuk disambung semula, kepelbagaian pilihan pengalaman maya yang ditawarkan sekali lagi menonjolkan Hong Kong sebagai sebuah bandar yang memiliki kepelbagaian budaya dan berkeupayaan untuk terus tangkas dalam menghadapi gangguan yang tidak terduga.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14558

UMW HOLDINGS MELANGSUNGKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-39 SECARA MAYA; MEMPERKENALKAN KERANGKA STRATEGIK YANG BARU UNTUK TERUS KEKAL MEMBERIKAN NILAI JANGKA MASA PANJANG YANG BAIK

- Bahagian pasaran automotif bagi Kumpulan meningkat kepada 52.8% pada tahun 2020.
- Mencapai pengurangan kos Kumpulan secara menyeluruh sebanyak RM134 juta pada tahun 2020.
- Memperkenalkan kerangka strategik pada Januari 2021 untuk meneroka peluang di dalam bidang mobiliti dan seangkatan dengannya.
 
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) UMW Holdings Berhad yang ke-39 telah dilangsungkan secara maya disebabkan oleh pandemik COVID-19.  Kumpulan telah mengulas pencapaian utamanya pada tahun 2020 serta mengemukakan rancangannya bagi tahun 2021 dan seterusnya, melalui kerangka strategik yang baru untuk mengukuhkan lagi perniagaan Kumpulan dan terus kekal memberikan nilai yang baik pada jangka masa panjang kepada pihak yang berkepentingan.
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata,“Pada tahun 2020, walaupun berhadapan dengan persekitaran operasi yang mencabar disebabkan oleh pandemik COVID-19, kami telah membuktikan bahawa Kumpulan dapat kembali pulih dan masih dapat memberikan hasil yang kukuh untuk mempertingkatkan nilai yang baik.  Kumpulan terus menguasai industri automotif tempatan, dengan jumlah bahagian pasaran sebanyak 52.8% pada tahun 2020, tertinggi dalam sejarah.  Selain itu, usaha pengoptimuman kos berjaya menghasilkan penurunan sebanyak RM134 juta pada tahun 2020 dan Kumpulan akan terus kekal menjalankan inisiatif penjimatan kos melalui penambahbaikan proses perniagaan secara berterusan.  Secara keseluruhan, prestasi Kumpulan melangkaui jangkaan dimana ia didorong oleh pengecualian cukai penjualan di bawah pakej rangsangan yang diberikan oleh kerajaan."
 
Bagi segmen Automotif, UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan Perodua telah berjaya mencatatkan penjualan melebihi sasaran yang telah disemak semula untuk tahun 2020 walaupun terdapat gangguan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.  Bagi tahun 2021, UMWT menetapkan sasaran jualan sebanyak 62,000 unit, 4.5% lebih tinggi daripada 59,320 unit yang dijual tahun sebelumnya.   Perodua pula mensasarkan penjualan sebanyak 240,000 unit tahun ini, 9% lebih tinggi daripada 220,163 unit penjualan yang dicatatkan pada tahun 2020.  Model baru dilancarkan, pengecualian cukai penjualan sehingga 30 Jun 2021 dan persekitaran yang berkadar faedah yang rendah dijangkakan dapat meningkatkan permintaan dan penjualan.
 
Segmen Jentera terus mempelbagaikan tawaran keseluruhan produknya dengan kemasukan penjana industri Kohler untuk beberapa pasaran pada tahun 2020.  Di samping itu, ia juga dilantik sebagai pengedar pilihan untuk robot kolaboratif (Cobot) oleh pembuat robot terkemuka Denmark, Universal Robots A/S dan dengan itu memperluaskan tawaran produknya dalam automasi dan robotik.  Sebagai sebahagian daripada usaha digitalisasi segmen, aplikasi e-CARA, aplikasi semua-dalam-satu untuk penyelesaian dan perkhidmatan forklift telah dilancarkan.  Sub-segmen Jentera Industri akan terus maju dengan penawaran  urusan penyewaan yang fleksibel  serta pemfokusan pada automasi dan digitalisasi. Sementara itu, sub-segmen Jentera Berat akan bekerjasama dengan prinsipalnya untuk mendapatkan perniagaan baru di Malaysia dan juga operasinya di luar negara.  Kegiatan ekonomi yang bertambah baik juga diharapkan dapat meningkatkan permintaan Jentera.
 
Segmen Pembuatan dan Kejuruteraan berjaya membesarkan dan memodenkan kilang Kayaba pada tahun 2020, yang memberikan kapasiti tambahan sebanyak 20% dan mempunyai kemampuan IR4.0.  Sementara itu, UMW Aerospace telah memulakan proses pengeluaran selongsong kipas untuk enjin Trent 7000 yang digunakan dalam pesawat Airbus A330neo dan membuat penghantaran perdana pada Oktober 2020.
 
Segmen ini dijangka dapat memperoleh keuntungan dari peningkatan penjualan produk komponen automatiknya seiring dengan peningkatan kapasiti kilangnya. Sub-segmen pelincir akan diperluaskan dalam pasaran komersial dan perindustrian yang dijangkakan akan menghadapi peningkatan permintaan terutamanya dari rantau ASEAN.  Walaupun sektor penerbangan agak mencabar, UMW Aerospace masih menjangkakan untuk menerima tempahan dari Rolls-Royce sementara menunggu industri penerbangan beransur pulih.
 
Kumpulan juga terus fokus untuk merealisasikan nilai tanah simpanan yang telah lama dipegang di Serendah. Dibangunkan sebagai UMW High Value Manufacturing Park, ia merupakan taman perindustrian yang terurus dan berpagar. Pembangunan ini menawarkan pelabur untuk membuka ruang kilang yang bersesuaian dengan sektor berteknologi tinggi seperti aeroangkasa, automotif, FMCG dan sektor industri dan komersial lain.  Operasi tertentu UMW di Shah Alam juga akan dipindahkan ke Serendah pada akhir tahun depan.
 
Dato’ Fuaad menambah lagi,“ Pada Januari tahun ini, kami telah memperkenalkan kerangka strategik CREST @ 2021.  Inisiatif ini akan mendorong aspirasi kami untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada di bidang mobiliti dan seangkatan dengannya di dalam perniagaan Kumpulan.  Saya teruja dengan prospek kami dimana CREST @ 2021 dijadikan sebagai kerangka strategik yang baru bagi Kumpulan UMW untuk meningkatkan pertumbuhan lestari Kumpulan pada masa hadapan.”


Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 7,000 orang.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14557

PERUBAHAN WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN LHDNM SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDNM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 adalah seperti berikut:-

 
i) Kaunter Perkhidmatan Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH)  


Sila klik di sini: http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/Capture114553.jpg  

 

Sila klik di sini: http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/Capture214553.jpg 

ii) Kaunter Pusat Bayaran  

Sila klik di sini: 
http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/Capture314553.jpg 

Bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, LHDNM ingin memberikan saranan agar pelanggan melakukan urusan percukaian secara dalam talian. Bagi pelanggan yang perlu hadir ke kaunter LHDNM, mereka dinasihatkan untuk mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Senarai tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut:-
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.  

 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14553

 

 

UNIVERSITI BERPERANAN MELAHIRKAN GOLONGAN INTELEK DAN PEMIKIR

KOTA BHARU, 21 Mei (Bernama) -- Isu pengangguran dalam kalangan graduan sekali lagi menjadi topik perdebatan hangat di media masa mahupun surat khabar. 

Seperti biasa, universiti seringkali dipersalahkan kerana menawarkan kursus-kursus yang tidak relevan dengan tuntutan pasaran semasa.

Isu pengangguran dalam kalangan graduan semakin kronik lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik COVID-19 masih belum reda. Pelbagai pandangan dilontarkan. Antaranya adalah kursus yang ditawarkan tidak relevan dengan pasaran semasa, graduan kurang kemahiran insaniah, graduan memilih pekerjaan dan sebagainya.

Ini seolah-olah graduan dan universiti yang menyebabkan polemik pengangguran ini. Sesungguhnya, pihak industri juga perlu memainkan peranan penting dalam menguruskan isu pengangguran dalam kalangan graduan ini. Sikap menuding jari kepada graduan dan universiti tidak akan menyelesaikan masalah ini.

Sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Almarhum Profesor Diraja Ungku Aziz, Universiti adalah bertujuan untuk melahirkan pemikir.

Peranan universiti adalah melatih seseorang itu berfikir dan seterusnya melahirkan individu yang intelek, mempunyai kemahiran memimpin dan sebagainya.

UNIVERSITI BERPERANAN MELAHIRKAN GOLONGAN INTELEK DAN PEMIKIR

PUTERI DAFFINA X: FASA TERAKHIR UNTUK DIMILIKI

 KOTA PUTERI, 21 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan projek terbaharu di Kota Puteri secara atas talian bermula 22 Mei ini.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, En Faizal bin Dolah, projek yang dikenali sebagai Puteri Daffina X ini merupakan perumahan 14 unit rumah teres dua (2) tingkat dengan penawaran 8 Unit Tepi (Corner Lot) & 6 Unit Tengah berkeluasan dari 2,049 kps yang merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air sesuai untuk memberikan keselesaan kepada seisi keluarga.

“Disebabkan Selangor masih di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelancaran projek Puteri Daffina X akan dijalankan  secara atas talian sahaja dan bakal pembeli hanya perlu membuat panggilan ke talian PKNS X Line iaitu 03 5022 0188, melayari laman web di alamat www.pkns-property.com atau facebook PKNS Property untuk mendapatkan butiran lanjut berkaitan projek ini”, ujar beliau.

“Puteri Daffina X merupakan Fasa keempat dan terakhir bagi projek pembangunan Puteri Daffina yang secara keseluruhannya menawarkan lebih 230 unit. Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga telah habis dijual dan telah diduduki oleh pembeli. Permintaan yang tinggi dari pembeli menjadikan Projek Puteri Daffina sebagai pilihan terbaik untuk didiami.”

Projek ini terletak di kawasan yang sangat strategik kerana ianya  dihubungkan melalui dua jalan utama iaitu Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya LATAR selain turut dikelilingi oleh pelbagai kemudahan awam seperti Sekolah di Ijok, Pusat Pengajian Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan balai polis.

“Kesemua unit di Puteri Daffina X telah sedia untuk diduduki serta telah memperoleh sijil layak menduduki pada April 2021 dan akan dijual dengan harga serendah RM503,000 sehingga RM684,000 seunit. PKNS turut menawarkan diskaun sepuluh peratus (10%) kepada pelanggan PKNS kali pertama dan diskaun 12% kepada pelanggan PKNS sedia ada di samping yuran guaman SPA dan duti setem MOT percuma untuk semua pembeli.”, tambahnya lagi.

Puteri Daffina X yang terletak di Perbandaran Kota Puteri, mukim Rawang, Gombak ini sesuai bagi mereka yang mahukan kediaman yang luas dan selesa untuk seisi keluarga selain terletak di lokasi yang strategik.

Projek ini merupakan kediaman yang sesuai bagi mereka yang mengiimpikan kehidupan lestari dan damai dengan kehidupan alam menghijau.

Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: FAIZAL BIN DOLAH
PENGURUS KOMUNIKASI KORPORAT PKNS
Tel: 03-5525 0326 / 019-2928680
E-mel: faizal@pkns.gov.my

--BERNAMA

Thursday, May 20, 2021

STATUS TERKINI OPERASI CAWANGAN & PEJABAT LHDNM SEHINGGA 20 MEI 2021

 KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa status terkini operasi pejabat LHDNM sehingga 20 Mei 2021 adalah seperti berikut:

 
Penutupan Sementara

Table

Pembukaan Semula 

Table

Bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, LHDNM ingin memberikan saranan agar pelanggan melakukan urusan percukaian secara dalam talian. Bagi pelanggan yang perlu hadir ke kaunter LHDNM, mereka dinasihatkan untuk mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Senarai tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut:-

http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. 


Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 
Tarikh: 20 Mei 2021


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia