Friday, June 25, 2021

​CARA RASULULLAH SAW MENGURUS MASYARAKAT MAJMUK DI MADINAH

​BACHOK, 25 Jun (Bernama) -- Sejarah Madinah membuktikan bahawa Islam berjaya mengurus masyarakat majmuk sehingga membawa kekuatan kepada Madinah.

Perbezaan agama, kepercayaan, warna kulit, suku kaum, adab resam dan budaya ditangani dengan berhikmah oleh Baginda SAW. 

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah telah membuka lembaran baru dan cara hidup kepada masyarakat Madinah. 

Nabi Muhammad SAW selaku ketua negara telah mengubal Piagam Madinah yang bertujuan mengurus dan membina hubungan baik dalam masyarakat majmuk. 

Penduduk Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum, suku dan puak seperti kaum Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang merupakan imigran dari Arab Selatan serta suku Arab lain pula menetap di Madinah. 

CARA RASULULLAH SAW MENGURUS MASYARAKAT MAJMUK DI MADINAH

DIGITALISASI MAMPU TINGKATKAN PRODUKTIVITI SYARIKAT

KUANTAN, Pahang, 24 Jun (Bernama) -- Digitalisasi merupakan perubahan yang dikaitkan dengan penggunaan  teknologi digital dalam semua aspek samada terhadap individu, organisasi dan mahupun sesebuah negara.

YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang turut menggalakkan syarikat menggunakan teknologi digital dalam pengurusan operasi perniagaan mereka bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing syarikat terutamanya semasa pandemik Covid-19.  Beliau berkata, teknologi digital membolehkan proses kerja dilaksanakan dengan lebih cepat, cekap serta lebih fleksibel.

Sehubungan dengan itu,  Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Wilayah Pantai Timur menganjurkan e-Seminar Peningkatan Produktiviti melalui Digitalisasi dan Virtual Digital Clinic yang dilaksanakan secara maya melalui platform GotoWebinar.

Antara objektif program ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan penggunaan teknologi digital bagi membantu syarikat meningkatkan produktiviti. Selain itu juga, 3 sesi Virtual Digital Clinic (VDC) turut dijalankan bagi memberi maklumat yang lebih mendalam dan praktikal kepada peserta berkaitan penggunaan teknologi digital. Peserta juga dapat berinteraksi bersama-sama dengan penceramah-penceramah yand dijemput di e-seminar dan VDC tersebut.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian secara maya menerusi platform GotoWebinar di sini pada 22 Jun 2021.

Mengulas mengenai program yang dijalankan, Dato’ Abdul Latif Hj Abu Seman, Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), berkata “e-seminar ini diadakan tepat pada masanya bagi menggalakkan pengunaaan teknologi digital dalam urusan perniagaan bagi membantu meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi. Malah penggunaan teknologi juga dapat membantu syarikat memperolehi pulangan yang drastik dan besar dalam perniagaan mereka,

Beliau turut memaklumkan Nexus Produktiviti Digital (DPN) telah diwujudkan dengan berperanan untuk mengkoordinasikan dan mempromosikan penggunaan teknologi digital yang berkesan melalui inisiatif Go Big With Digital dengan memberi kesedaran, meningkatkan pemahaman dan memudahkan penggunaan teknologi digital.

Sebanyak tiga pembentangan kertas kerja dibentangkan pada e-seminar tersebut.  Antaranya  tajuk berkaitan “Meningkatkan Kecekapan Operasi Syarikat Melalui Digitalisasi”  oleh En. Azri Che Mukhtar dari CMi Hall & Event Space. Pembentangan kedua dari En. Md Hamdi Mohd Mokhtar dari Dattel dengan tajuknya “Penggunaan Data Analytic dalam Mengembangkan Perniagaan Anda”. Selain itu, tajuk pembentangan berkaitan penggunaan Teknologi Internet of Things (IoT) dalam dalam bidang pertanian khususnya penanaman cili turut dibentangkan oleh En. Munir Asim Abdullah dari GrasiCili Plt.

Tiga sesi Virtual Digital Clinic secara serentak juga turut diadakan dimana sesi 1 bagi menerangkan berkaitan inisiatif dan geran yang ditawarkan oleh MPC dalam mengalakkan syarikat PKS menggunakan teknologi digital dalam operasi mereka. Taklimat berkaitan inisiatif Myreskill IoT disampaikan oleh YBrs Dr. Halimahton Sa’diah Let dan Pn. Safniwati Jasri menerangkan berkaitan Industry4WRD Readiness Assessment. Selain itu juga MPC menjemput dua orang Facebook Certified Trainer iaitu Pn Suraya Ali bagi menerangkan berkaitan Pemasaran Konten Melalui Blog dan Puan Nik Samihah Nik Muhammad berkaitan Perniagaan Marketplace Shopee dan Design Poster.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14698

Thursday, June 24, 2021

PENGGIAT FRANCAIS SUMBANGKAN 4500 PEK MAKANAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengorbanan dan komitmen yang tinggi para petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan jangkitan COVID-19 wajar dihargai semua pihak. Oleh yang demikian, Persatuan Francais Malaysia (MFA) bersama-sama para ahli dan rakan strategiknya telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada lebih 1,500 petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), MAEPS Serdang  pada 21 sehingga 23 Jun lalu.
 
Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan berkata, Program “Franchise CSR – Support to our Frontliners” ini adalah sebagai tanda penghargaan dan rasa terima kasih para penggiat francais kepada petugas barisan hadapan. Pengorbanan dan jasa mereka amatlah besar dalam mendepani cabaran pandemik ini.

"Sepanjang tempoh pandemik ini, petugas barisan hadapan adalah wira kepada seluruh rakyat bagi menjamin keadaan kesihatan dan keamanan negara berada pada tahap terbaik," katanya.

Selain menghargai petugas barisan hadapan, beliau menyeru masyarakat untuk sama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kes COVID-19 dan sekali gus membolehkan semua sektor ekonomi beroperasi seperti sedia kala.

Sepanjang tempoh program ini, wakil setiap penyumbang yang terdiri daripada syarikat-syarikat francais Malaysia telah menghantar pek makanan ke PKRC MAEPS Serdang untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas pada hari tersebut. Semua sumbangan ini adalah hasil keprihatinan daripada Ayam Penyet Best, CoolBlog, Gloria Jean’s Coffees, Harta EMS, McDonald’s, Marrybrown, OLDTOWN White Coffee, Pak John Steamboat & BBQ, Penyetpenyet.com, Sangkaya, Syed Bistro, Tealive, The Manhattan FISH MARKET, Teh Tarik Place, Uncle K, Bask Bear Coffee, Domino’s Pizza dan Jom Bento. Jumlah keseluruhan sumbangan bagi program ini adalah bernilai lebih RM60, 000 yang terdiri daripada sumbangan makanan, minuman, makanan kering, dan lain-lain.

Radzali turut berkata, MFA akan terus mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan seumpama ini pada masa hadapan sebagai sokongan penggiat francais kepada barisan hadapan dan komuniti dalam menghadapi kemelut pandemik COVID-19. 

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14691

HKTB, BUAT JULUNG KALINYA MELANCARKAN SIRI VIDEO MUSIM PANAS GREAT OUTDOORS HONG KONG BAGI MERANGSANG PANCAINDERA


Table
 
Dermaga Blake dan Murray House di Stanley (Foto: Business Wire)

 
Video ASMR merakam bunyi yang menenangkan dari musim panas yang membahang di Hong Kong

HONG KONG, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Musim panas ini, kegiatan luar yang mengagumkan di Hong Kong turut dirasai oleh penduduk di luar negara – hasil inisiatif oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) yang menghasilkan 360 Hong Kong Moments, di mana satu siri video sensori yang unik telah dihasilkan berserta rakaman intisari pendengaran bandaraya menjadi pengalaman yang lebih mengasyikkan untuk penonton. 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210617005403/en/

Kemuncak bagi kempen musim panas Great Outdoors Hong Kong (GOHK) 2021-2022, empat video Respons Meridian Sensori Berautonomi (ASMR) yang berlainan tema akan memaparkan gambar 30 saat beserta akustik persekitaran yang mengkhayalkan yang didengari dari pelosok kota. Video-video itu direka untuk meransang pancaindera dan meningkatkan sensitivit seseorang terhadap simfoni desa yang harmonik tidak jauh dari bandaraya.

ASMR di Peng Chau  menggunakan sebuah hon kapal, peranggu sebuah tokong, dan kau cim hipnotik (menggoncangkan kayu nasib). Dedaunan yang melambai, air terjun yang mengalir serta kicauan burung yang berterbangan melebarkan sayapnya dipaparkan di dalam ASMR di Takungan Shing Mun. Manakala, ASMR di Stanley  melangkau lautan, berpercikan air, kipas kertas dikirap, dan sepotong roti celup telur yang hangat digigit penuh nikmat di cha chaan teng, sebuah restoran tempatan. Akhirnya, ASMR di Sai Kung menyelidiki pelbagai nada dan warna bunyi di laut terbuka, yang dapat ditemui semasa sesi mendayung secara bersendirian.

Tenang dan tegang, siri video itu membintangi individu yang timbul rasa ingin tahu serta individu yang menelusuri pinggiran Hong Kong melalui lensa yang bertumpukan kepada hiper, dan memuncak dalam karya agung tiga minit, yang menyatukan kesemua elemen berkontras menjadi satu eurofia yang menerujakan.

Siri video ASMR itu merupakan sebahagian daripada kempen musim panas GOHK yang lebih luas, yang juga akan memaparkan 13 laluan bermusim, yang meliputi destinasi mendaki dan bersiar-siar, jadual lawatan ke pulau-pulau dan pengalaman sukan air. Tumpuan khusus adalah aktiviti berasaskan air, ianya mudah untuk diakses tetapi sering diabaikan oleh pengunjung yang mungkin tidak berpengelaman mengenali sisi hijau Hong Kong. Untuk musim panas, cadangan termasuk berkayak dan snorkel berhampiran Taman Geologi Hong Kong UNESCO Global di Sai Kung, taman belakang rumah di bandar raya itu.

Keseluruhan kempen Great Outdoors Hong Kong 2021-2022 itu dianjurkan di laman web kempen mereka yang tersendiri, dan dipenuhi dengan maklumat yang berguna, seperti petua dari penduduk tempatan, cadangan tempat makan dan cadangan pengangkutan. Di atas vignet khas ASMR, laman web itu mempunyai satu gabungan foto yang berwarna-warni, jadual perjalanan bertulis dan 13 video untuk pemula — video bentuk pendek yang membawa tema seperti “pengembaraan”, “zaman purba”, “boleh diinstagramkan” dan “bersantai”, yang menawarkan satu gambaran keseluruhan (jarak, ketinggian, kesukaran, jangka masa, dll.) dan pengalaman perjalanan mengenai setiap laluan bermusim untuk memberi inspirasi kepada perjalanan di masa depan.

Untuk maklumat lanjut dan siri video musim panas yang lengkap mengenai Great Outdoors Hong Kong 2021-2022, sila layari: www.discoverhongkong.com/eng/explore/great-outdoor/wellness.html

Video dan imej boleh diakses melalui:  https://hktb.filecamp.com/s/GOHK_2021-2022/fo

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210617005403/en/

Hubungi

Hubungan Media
Cik Vivian Li
E-mel: vivian.li@hktb.com

Sumber: Lembaga Pelancongan Hong Kong

ECHODYNE MEMPERLUASKAN PASARAN UNTUK RADAR CUAS TERKEMUKA, ECHOGUARD

Pematuhan CE, RED, dan RoHS3 membuka pasaran Eropah. Permintaan pelanggan menambahkan produk dan keupayaan baharu.

SEATTLE, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Echodyne, syarikat platform radar, hari ini mengumumkan peningkatan yang cukup besar kepada radar terkemuka mereka di dalam industri, dengan menambahkan satu radar baharu bagi pasaran antarabangsa, satu produk baharu untuk aplikasi jenis operasi khas, sebuah radom yang tahan lasak, dan peningkatan berterusan di dalam perisian dan prestasi. Bersama-sama, perkembangan produk ini melambangkan kemajuan yang signifikan terhadap teknologi radar terulung mereka, MESA®. Dengan mempunyai pelanggan di dalam bidang pertahanan, keselamatan nasional, dan perlindungan infrastruktur kritikal, radar Echodyne telah menjadi satu komponen teras bagi mencegah UAS atau Pesawat Tanpa Pemandu, keselamatan sempadan, dan penyelesaian pengawasan 3D di pangkalan dan kawasan sekeliling.

Produk dan peningkatan itu termasuk:

· EchoGuard International. Radar EchoGuard baharu itu mempunyai pembinaan RoHS3 dan ia adalah mematuhi Arahan Peralatan Radio CE (RED) untuk pelanggan EU, bagi setiap Pensijilan Jenis Pemeriksaan bagi setiap 2014/53/EU arahan Peralatan Radio.
· Perluasan spektrum EchoGuard. Banyak bidang kuasa membenarkan bagi penggunaan Lokasi Radio pada 24.05-24.25 GHz, dan EchoGuard kini memiliki satu varian produk baharu untuk menangani pasaran ini.
· Radome yang lebih baik. Sebuah radom yang tahan lasak yang direka untuk menahan 1.5 joules bagi tenaga hentaman tanpa mengubah faktor bentuk radar itu.
· Kit Pengerahan Ringan (LDK). Dengan permintaan pelanggan yang tinggi bagi sebuah sistem ringan, LDK yang baharu itu direka untuk melengkapkan 10 jam bagi aktiviti Perisikan, Pengawasan, & Peninjauan (ISR), termasuk radar, komputer, dan bateri, ke dalam sebuah beg galas tentera yang beratnya ‹20 paun.
· Kemas kini perisian tegar. Semua radar Echodyne ditakrifkan dengan perisian, dan kemas kini ini termasuk kestabilan yang dipertingkatkan dan kemudahan penggunaan dan fungsi yang lebih besar.
· Bentuk gelombang baharu sesuai untuk resolusi halaju perlahan. Didorong oleh permintaan pelanggan, bentuk gelombang baharu itu direka untuk mengesan dan menjejak pergerakan yang sangat perlahan, seperti manusia berjalan kaki secara bersenyap-senyap, pada jarak lebih dari 1.5 batu.
· Kemas kini RadarUI. Kami telah meningkatkan dengan signifikan antara muka pengguna radar kami dengan sokongan barisan produk yang diperluaskan dan pengerahan lapangan yang lebih pantas untuk pengvisualan radar yang mudah.

ECHODYNE MEMPERLUASKAN PASARAN UNTUK RADAR CUAS TERKEMUKA, ECHOGUARD

INTELLIGENT WAVE INC. MENYEDIAKAN PENYIAR FINLAND YLE DENGAN PENYELESAIAN PEMANTAUAN ALIRAN IP "EOM"

TOKYO, 23 Jun, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
- Penyelesaian Pemantauan Tepat Masa Penting dalam Penyiaran IP generasi akan datang -

Intelligent Wave Inc. (“IWI” kemudian dari ini), yang berpusat di Tokyo, telah mengumumkan pada 23 Jun bahawa pihaknya telah menyediakan kepada Yleisradio Oy (“Yle” kemudian dari ini), sebuah media perkhidmatan awam kebangsaan, dengan “EoM”, sebuah penyelesaian pemantauan aliran IP.

Latar belakang Pelaksanaan EoM
Yle telah melaksanakan EoM dalam satu pelan untuk memantau dan menganalisis aliran IP dalam Bilik Kawalan MCR yang akan diperbaharui. Berikut adalah perkara yang dinilai tinggi semasa POC itu.
 
Titik Penilaian EoM
- Serasi dengan 100GbE, dan menyokong pelbagai protokol
- Jangkaan untuk ketersediaan yang lebih tinggi tanpa kos tambahan dengan pemantauan 24/7
- Mengesan kerosakan terperinci dimungkinkan dengan analisis data masa lampau
- Penyatuan dengan sistem pengurusan rangkaian pihak ketiga
- Penyelesaian berasaskan perisian yang menggunakan OSS yang membolehkan konfigurasi yang fleksibel
 
Maklumat mengenai EoM
EoM adalah sebuah penyelesaian pemantauan aliran IP (*1) yang dibangunkan bersama dengan penyiar awam Jepun NHK yang bertujuan ke arah industri penyiaran. EoM menggabungkan teknologi pemprosesan data berkelajuan tinggi IWI daripada perniagaan pengembangan sistem pembayaran mereka dan kuasa FPGA (*2). Dengan penyebaran penyiaran 4K/8K, ia menjadi penting bagi penyiar untuk beralih kepada penghantaran IP, yang memerlukan sebuah peranti untuk memantau aliran IP secara terperinci untuk menjaga/meningkatkan kualitinya. EoM menyokong protokol penyiaran IP standard, seperti SMPTE ST2110, ST2022, dan sebagainya, dengan menyumbang kepada pengurangan kos operasi secara mendadak bagi studio IP dengan menganalisis/memantau data dalam tepat masa serta menganalisis data masa lampau. IWI akan secara berterusan membangunkan ciri-ciri dan fungsi yang akan menyumbang kepada menyokong dan mengekalkan kualiti siaran IP.

Catatan:
(*1) Paten menunggu kelulusan
(*2) FPGA (Tatasusunan Get Boleh Atur Cara Medan): sebuah litar bersepadu yang direka untuk  dikonfigurasi oleh sebuah pelanggan atau seorang pereka selepas pembuatan

Fungsi/Ciri-ciri EoM
Berikut adalah beberapa fungsi/ciri-ciri EoM. (Fungsi/ciri-ciri baharu akan ditambah secara berterusan.)
- Pemantauan bagi 12 protokol dengan kelajuan yang disokong 10GbE / 25GbE / 100GbE
- Item seperti kadar bit sesaat, kiraan titik paket, pendaman, ketaran, dll boleh dipantau
- Makluman mengikut ambang set pengguna
- Penyahkodan bagi paket audio dan video
- Penyatuan dengan sistem pengurusan rangkaian pihak ketiga
 
Maklumat lanjut mengenai EoM:
https://www.iwi-marketing.com/en
 
Maklumat mengenai IWI
IWI adalah sebuah syarikat terkemuka di dalam pembangunan infrastruktur rangkaian dalam talian di dalam industri kewangan, dengan kekuatan dalam mengendalikan sejumlah besar data secara tepat dan dalam tepat masa. IWI mempunyai sebuah perniagaan yang berkembang di dalam industri keselamatan, membangun dan menjual semula perisian yang dipakej untuk keselamatan maklumat dan keselamatan siber. IWI menyokong DX korporat dengan menyediakan infrastruktur yang pantas, boleh dipercayai, dan selamat berdasarkan kepada falsafah pengurusan syarikat itu “Mewujudkan masyarakat yang bermaklumat yang selamat dan boleh dipercayai.”

https://www.iwi.co.jp/en
 
*Semua nama produk dan nama syarikat adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemilik mereka masing-masing.
 
Sumber: Intelligent Wave Inc. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14693

RAPIDPULSE DILANCARKAN DENGAN PEMBIAYAAN SIRI A $15 JUTA UNTUK TERAPI ANGIN AHMAR ISKEMIA

Veteran Industri Menyertai Pasukan untuk Menyokong Pembangunan Sistem Pernafasan Berkitar Baharu untuk Angin Ahmar Iskemia


MIAMI, 24 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- RapidPulse, Inc., syarikat peranti perubatan persendirian yang membangunkan sistem pernafasan baharu untuk merawat angin ahmar iskemia, hari ini mengumumkan penutupan pembiayaan Siri A $15 juta. Pembiayaan ini didahului oleh Santé Ventures yang menyertai Epidarex Capital, Hatteras Venture Partners, Broadview Ventures, dan Syntheon. RapidPulse merancang untuk menggunakan hasil pembiayaan bagi memajukan Sistem Pernafasan Berkitar RapidPulse™ melalui penilaian klinikal yang dikembangkan dan membina platformnya bagi kateter proprietari.

Sistem RapidPulse™ telah dibangunkan oleh Syntheon, sebuah inkubator peranti perubatan yang menumpukan pada membangunkan peranti perubatan generasi seterusnya. Pelbagai produk mereka, dikomersialkan oleh syarikat peranti perubatan yang paling besar dan paling dipercayai di dunia, telah merawat lebih daripada 50 juta pesakit secara global dalam penggunaan yang terdiri daripada pembedahan laparoskopik, kardiovaskular dan endoskopi fleksibel. Syntheon memiliki lebih daripada 200 paten dikeluarkan sejak penubuhannya lebih 20 tahun yang lalu.

“Kami berasa sukacita untuk bekerjasama dengan sindiket pelabur yang luar biasa untuk menggerakkan teknologi RapidPulse™ kami ke hadapan dalam klinik,” kata Sean McBrayer, CEO Syntheon yang juga akan berperanan sebagai CEO awal RapidPulse. “Angin ahmar ialah sebab kedua utama kematian dan sebab ketiga utama ketidakupayaan di seluruh dunia dan minit amat penting dalam menambah baik hasil ini. Pelaburan ini akan membantu kami mengembangkan hasil klinikal kami dan beralih kepada kelulusan kawal selia di Amerika Syarikat.”

Menyertai pasukan ini adalah veteran industri Heather Harries dan Cynthia Yang. Heather baru-baru ini berkhidmat sebagai Pengurus Besar untuk perniagaan aorta Terumo dan akan mengetuai pembangunan dan operasi produk untuk RapidPulse. Cynthia akan mengetuai pembangunan klinikal untuk syarikat, selepas bekerja di bahagian neurovaskular Medtronic baru-baru ini.

Dennis McWilliams, rakan kongsi Santé Ventures, menambah, “Heather dan Cynthia membawakan kepakaran domain yang hebat kepada pasukan di RapidPulse dan akan melengkapi pengalaman pembangunan kejuruteraan yang signifikan di Syntheon. RapidPulse merupakan peluang platform distruptif dalam neurovaskular, dan mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil pesakit untuk pesakit angin ahmar iskemia.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14700