Thursday, September 23, 2021
TOSHIBA MELANCARKAN PEMACU MOTOR PELANGKAH 40V/2.0A DENGAN PENGESAN ARUS TANPA PERINTANG
- Mengurangkan Komponen Luaran dan Menyumbang kepada Papan Litar yang Menjimatkan Ruang
TOKYO, 22 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah menambahkan “TB67S539FTG” kepada barisan siri IC pemacu motor pelangkah mereka yang menyokong kawalan arus tetap, untuk automasi pejabat, peralatan komersial dan perindustrian. Pemacu baharu itu menjalankan kawalan motor arus tetap tanpa sebuah perintang pengesan arus.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210921005534/en/
TB67S539FTG menggabungkan peranti[1] DMOSFET terbaharu Toshiba, yang membolehkan ia untuk merealisasikan satu penarafan voltan output motor 40V dan satu penarafan arus output motor 2.0A[2]. Penggunaan sebuah alat pengesan arus untuk kawalan motor arus tetap menghapuskan keperluan untuk sebuah perintang pengesan arus luaran. Litar penghubung-H untuk kawalan motor mempunyai sebuah konfigurasi Nch/Nch, dan litar pam cas terbina dalam untuk kawalan peringkat output. Di samping itu, pemacu baharu itu tidak memerlukan kapasitor luaran yang lazimnya digunakan untuk menggerakkan get di penghubung-H, kerana ia digabungkan ke dalam produk. Ini membantu menjimatkan ruang pada papan litar bercetak.
TB67S539FTG menyokong bekalan kuasa pemacu motor 4.5V sehingga 34V, dan boleh digunakan untuk aplikasi yang dipacu oleh 24V, dan dalam aplikasi dengan pemacu 12V, termasuk kamera pengawasan dan projektor.
TB67S539FTG menggunakan sebuah pakej QFN32 yang padat untuk mengurangkan pelesapan haba semasa digunakan. Rintangan On rendah (atas + bawah) di antara saliran dan sumber transistor output, 0.8Ω (jenis), mengurangkan penjanaan haba.
Nota:
[1] Setakat September 2021.
[2] Arus motor sebenar yang digerakkan bergantung pada persekitaran penggunaan dan faktor-faktor seperti suhu persekitaran dan voltan bekalan kuasa
Penggunaan
- Automasi pejabat, peralatan komersial dan perindustrian
Ciri-ciri
- Tidak memerlukan sebuah perintang pengesan arus
- Tidak memerlukan sebuah kapasitor luaran untuk litar pam pengecas
- Penggunaan kuasa rendah dalam mod tidur: IM1=1μA (maksimum) @mod tidur
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15013
DELPHIX MELANTIK JOSH HARBERT KETUA PEGAWAI PEMASARAN
Harbert Membawakan Pengalaman selama Berdekad dalam Pemasaran untuk Syarikat Teknologi dengan Pertumbuhan Tinggi
REDWOOD CITY, Calif., 23 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Delphix, syarikat data peneraju industri untuk DevOps, hari ini mengumumkan pelantikan Josh Harbert sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Harbert akan bertanggungjawab untuk membina organisasi pemasaran bertaraf dunia, mempercepat penjanaan rangkaian, meningkatkan kesedaran produk dan jenama serta meningkatkan keterlibatan pelanggan dengan Delphix.
“Kepimpinan bersifat analisis dan berfokus pada pendapatan Josh, digabungkan dengan rekod prestasi yang telah terbukti dalam membolehkan syarikat teknologi mengembangkan bahagian pasaran secara agresif, akan menjadi aset yang hebat sementara kita terus melaksanakan peluang pasaran besar kita,” kata Steven Chung, Presiden, Operasi Lapangan Seluruh Dunia, di Delphix.
Seorang pemimpin yang berorientasikan hasil, Harbert membawakan pengalaman pemasaran lebih daripada dua dekad di syarikat yang mempunyai pertumbuhan tinggi dengan fokus khusus pada penjanaan rangkaian, strategi pertumbuhan pemasaran berdasarkan akaun, penskalaan pasukan pemasaran dan tindanan teknologi, pemasaran pelanggan dan keterlibatan eksekutif.
Pengalaman kepimpinan pemasaran Harbert termasuklah di Apptio, Qumulo, dan paling terkini, Tanium. Semasa di Apptio, beliau berperanan penting dalam pertumbuhan syarikat daripada peringkat awal melalui IPO sehinggalah penjualan bernilai $2B kepada ekuiti persendirian pada tahun 2019.
Selain memimpin organisasi pemasaran global, beliau mengetuai pasukan yang bertanggungjawab untuk membangunkan standard dan amalan terbaik yang disahkan bagi membantu eksekutif IT menyampaikan kos, kualiti, dan nilai pelaburan IT kepada rakan kongsi perniagaan mereka. Ini mewujudkan kategori dan komuniti baharu dengan ribuan pemimpin IT.
“Pendekatan DevOps Delphix yang unik terhadap isu keselamatan dan pematuhan moden merupakan pengubah keadaan untuk perniagaan dalam setiap sektor,” kata Harbert. “Penyelesaian kami membuka kunci kuasa data dan memacu inovasi untuk sesetengah jenama global yang terbesar. Saya teruja untuk memimpin pasukan pemasaran di Delphix dan mewujudkan peluang untuk berkongsi kisah pelanggan yang menarik, mengembangkan kesedaran jenama kami dan memastikan setiap CIO dan ketua pembangunan aplikasi menggunakan Platform Data DevOps Delphix."
Harbert merupakan pelantikan terkini dalam satu siri pelantikan eksekutif untuk Delphix, susulan berita bahawa CEO HashiCorp, David McJannett, telah menyertai Lembaga Pengarah, Tammi Warfield menyertai sebagai Naib Presiden Kanan Kejayaan Pelanggan, Steve Barrett menyertai sebagai Naib Presiden Kanan Operasi Antarabangsa, dan Pritesh Parekh menyertai sebagai Ketua Pegawai Kepercayaan dan Keselamatan, dan Naib Presiden Kejuruteraan.
Perihal Delphix
Delphix ialah syarikat data yang peneraju industri bagi DevOps.
Data adalah penting untuk menguji pelancaran aplikasi, pemodenan, penggunaan awan dan program AI/ML. Kami menyediakan platform data DevOps berautomasi untuk semua aplikasi perusahaan. Delphix menopengkan data untuk pematuhan privasi, melindungi data daripada perisian tebusan, menyampaikan data yang berkesan dan dimayakan untuk CI/CD.
Platform kami merangkumi API DevOps penting untuk peruntukan, muat semula, gulung semula, penyepaduan dan kawalan versi data. Syarikat terkemuka, termasuk UKG, Choice Hotels, J.B. Hunt, and Fannie Mae, menggunakan Delphix untuk mempercepat transformasi digital. Untuk maklumat lanjut, lawati www.delphix.com atau ikuti kami pada LinkedIn, Twitter, dan Facebook.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Aarthi Rayapura
Pengarah, Editorial & Kandungan
aarthi.rayapura@delphix.com
SUMBER : Delphix Corp.
PROCORE BAKAL MEMPEROLEH LEVELSET UNTUK MEMUDAHKAN ALIRAN KERJA PENGURUSAN LIEN BAGI PEMBINAAN
CARPINTERIA, Calif., 23 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Procore Technologies, Inc., (NYSE: PCOR), sebuah pembekal terkemuka bagi perisian pengurusan pembinaan, telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk memperoleh Levelset. Pemerolehan ini akan menambahkan pengurusan hak lien kepada platform Procore, yang membolehkan Procore untuk menguruskan aliran kerja pematuhan yang rumit dan meningkatkan proses pembayaran dalam pembinaan. Ia juga memberikan peluang-peluang pertumbuhan di masa depan bagi Procore, termasuk memanfaatkan aset data pelengkap syarikat-syarikat itu.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210922005931/en/
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Procore Tooey Courtemanche berkata, “Kerja pembinaan sememangnya cukup sukar — seharusnya pembayaran tidak sepatutnya begitu. Levelset membantu industri pembinaan memperoleh pembayaran dengan lebih pantas, dan penawaran mereka akan menjadi satu penambahan yang sempurna kepada platform Procore. Pengambilalihan ini akan juga memberikan Procore akses kepada data industri, termasuk aktiviti pembayaran dan pematuhan, yang membolehkan kami untuk menyampaikan risikan risiko yang bernilai kepada pelanggan kami, dan untuk membangunkan produk kewangan yang berinovatif.”
Dalam pembinaan, risiko dan kerumitan dalam memindahkan wang di antara pihak berkepentingan memerangkapkan sejumlah besar modal kerja kritikal setiap tahun. Ini menyebabkan tekanan tunai kepada kontraktor, meningkatkan modal kerja dan perbelanjaan bon mereka, dan memberikan impak negatif kepada pekerjaan pembinaan. Aliran kerja pematuhan yang membebankan menyumbang kepada median industri pembinaan bagi 90 hari jualan belum lunas dan 74 hari bayar balik belum lunas, yang paling perlahan daripada semua industri yang ditinjau merentasi seluruh dunia.
Di Amerika Syarikat, lien adalah asas kepada aliran kerja pematuhan ini. Pemegang kepentingan pembinaan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk mengurus hak lien — dari pihak hiliran yang ingin mengekalkan hak lien dan mematuhi nuansa bagi undang-undang lien yang berbeza-beza dari negeri ke negeri, sehingga pihak berkepentingan di huluan yang selalu mendapat pengecualian lien pada saat pembayaran untuk memastikan projek mereka bebas dan jelas. Cabaran dan kerumitan pembayaran yang serupa juga wujud di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Levelset Scott Wolfe, Jr. berkata, “Penyelesaian kami membolehkan orang dibayar dengan lebih cepat, dengan tekanan wang yang lebih sedikit. Lebih 250,000 pengguna telah menggunakan Levelset pada lebih 6.5 juta projek pembinaan. Aktiviti ini menghasilkan data pembayaran dan perhubungan yang sangat dipercayai. Bersama dengan Procore, kami dapat memperkasakan industri itu untuk mendapat pembayaran yang lebih pantas, dengan kebolehlihatan yang lebih baik dan dokumentasi yang lebih lancar.” Levelset telah menjadi rakan niaga Tempat pasaran App Procore sejak April 2018. Hari ini, lebih 3,300 pelanggan menggunakan penyelesaian pengurusan hak lien mereka untuk menguruskan aliran kerja pematuhan.
PROCORE BAKAL MEMPEROLEH LEVELSET UNTUK MEMUDAHKAN ALIRAN KERJA PENGURUSAN LIEN BAGI PEMBINAAN
IKIM PERKUKUH PENERBITAN DAN PENYIARAN DIGITAL SEBAGAI AMALAN NORMA BAHARU
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bagi menyahut seruan kerajaan dalam pendigitalan perkhidmatan secara menyeluruh, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil langkah proaktif dengan mengukuhkan pendigitalan sumber dan proses kerja seharian melalui penerbitan ‘e-Buku’ IKIM dan pengoperasian siaran Radio IKIM sepenuhnya melalui aplikasi perisian penyiaran mudah alih (Zetta2Go).
Sejak penubuhan IKIM, Penerbit IKIM telah banyak menerbitkan buku-buku dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, syariah, politik dan sains. Buku-buku tersebut bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk fizikal, tetapi juga dapat dibaca dan dimuat turun dalam bentuk ‘e-Buku’ melalui laman web e-Sentral sejak tahun 2013.
Sehingga kini, terdapat 84 judul ‘e-Buku’ terbitan IKIM yang diperoleh pada harga 50% lebih murah berbanding buku fizikal dan dapat dimuat turun pada bila-bila masa. Penerbitan ‘e-Buku’ IKIM dilaksanakan melalui platform eSentral, sebuah portal ‘e-Buku’ terbesar di Asia Tenggara, yang menawarkan lebih dari 350,000 judul daripada penerbit dan penulis hebat dan terkenal dari dalam dan luar negara. Sehingga kini, eSentral mempunyai lebih 450,000 pengguna (user) dengan 40% daripada mereka berupa pengguna berulang/kerap (recurrent user).
Penyiaran Radio IKIM juga dilaksanakan melalui aplikasi perisian (software) penyiaran mudah alih iaitu Zetta2GO yang membolehkan penyampai bersiaran dari pelbagai lokasi tanpa perlu hadir ke konti. Sebagaimana warga kerja sektor lain yang digalakkan bekerja dari rumah, penyampai radio juga dapat melakukan kerja-kerja melibatkan penyiaran dan penerbitan rancangan dengan bantuan perisian ‘Zetta2GO’ dan bersiaran setiap hari dari lokasi kediaman masing-masing tanpa menjejaskan kualiti siaran.
Radio IKIM turut memanfaatkan pengunaan perisian sidang video bagi melaksanakan penerbitan rancangan-rancangan bual bicara bersama tetamu jemputan. Penggunaan perisian ini telah berjaya memastikan rancangan-rancangan bersiaran mengikut jadual manakala tetamu tidak perlu hadir ke studio untuk bersiaran langsung atau mengadakan sesi rakaman demi mengawal penularan wabak COVID -19. Siaran radio IKIM boleh diikuti menerusi platform digital media IKIM di https://www.linktr.ee/ikim.
IKIM PERKUKUH PENERBITAN DAN PENYIARAN DIGITAL SEBAGAI AMALAN NORMA BAHARU
Sejak penubuhan IKIM, Penerbit IKIM telah banyak menerbitkan buku-buku dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, syariah, politik dan sains. Buku-buku tersebut bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk fizikal, tetapi juga dapat dibaca dan dimuat turun dalam bentuk ‘e-Buku’ melalui laman web e-Sentral sejak tahun 2013.
Sehingga kini, terdapat 84 judul ‘e-Buku’ terbitan IKIM yang diperoleh pada harga 50% lebih murah berbanding buku fizikal dan dapat dimuat turun pada bila-bila masa. Penerbitan ‘e-Buku’ IKIM dilaksanakan melalui platform eSentral, sebuah portal ‘e-Buku’ terbesar di Asia Tenggara, yang menawarkan lebih dari 350,000 judul daripada penerbit dan penulis hebat dan terkenal dari dalam dan luar negara. Sehingga kini, eSentral mempunyai lebih 450,000 pengguna (user) dengan 40% daripada mereka berupa pengguna berulang/kerap (recurrent user).
Penyiaran Radio IKIM juga dilaksanakan melalui aplikasi perisian (software) penyiaran mudah alih iaitu Zetta2GO yang membolehkan penyampai bersiaran dari pelbagai lokasi tanpa perlu hadir ke konti. Sebagaimana warga kerja sektor lain yang digalakkan bekerja dari rumah, penyampai radio juga dapat melakukan kerja-kerja melibatkan penyiaran dan penerbitan rancangan dengan bantuan perisian ‘Zetta2GO’ dan bersiaran setiap hari dari lokasi kediaman masing-masing tanpa menjejaskan kualiti siaran.
Radio IKIM turut memanfaatkan pengunaan perisian sidang video bagi melaksanakan penerbitan rancangan-rancangan bual bicara bersama tetamu jemputan. Penggunaan perisian ini telah berjaya memastikan rancangan-rancangan bersiaran mengikut jadual manakala tetamu tidak perlu hadir ke studio untuk bersiaran langsung atau mengadakan sesi rakaman demi mengawal penularan wabak COVID -19. Siaran radio IKIM boleh diikuti menerusi platform digital media IKIM di https://www.linktr.ee/ikim.
IKIM PERKUKUH PENERBITAN DAN PENYIARAN DIGITAL SEBAGAI AMALAN NORMA BAHARU
Wednesday, September 22, 2021
ADAGIO THERAPEUTICS MENYEDIAKAN KEMAS KINI PROGRAM ANTIBODI COVID-19 SERTA SOROTAN PERNIAGAAN DAN HASIL KEWANGAN SUKU TAHUN KEDUA 2021
Data Baharu yang Menyokong Potensi ADG20 bagi Kedua-dua Rawatan dan Pencegahan COVID-19 Bakal Dibentangkan pada IDWeek 2021
Populasi Pesakit dalam Percubaan Klinikal EVADE Global Fasa 2/3 bagi ADG20 Diperluas Berikutan Penilaian IDMC
IPO $355.8 Juta Dilengkapkan untuk Membiayai Kemajuan Berterusan bagi Portfolio Penyelesaian Berasaskan Antibodi untuk Penyakit Berjangkit dengan Kemungkinan Pandemik
WALTHAM, Mass., 22 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Adagio Therapeutics, Inc., (Nasdaq: ADGI) sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang menumpukan pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian berasaskan antibodi untuk penyakit berjangkit dengan kemungkinan pandemik, hari ini melaporkan kemas kini tentang program perintis antibodi COVID-19 pihaknya, ADG20, serta sorotan perniagaan dan hasil kewangan suku kedua 2021 yang terkini.
“Di seluruh dunia, COVID-19 terus menjadi krisis kesihatan besar yang mempengaruhi hampir setiap kumpulan umur. Dengan kemunculan varian baharu yang berterusan, terapi peneutralan secara meluas yang boleh digunakan untuk rawatan dan pencegahan penyakit adalah amat penting untuk menangani endemik semasa serta kemungkinan wabak akan datang,” kata Tillman Gerngross, Ph.D., pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Adagio. “Pasukan kami bekerja rapat dengan rakan kerjasama CRO global kami dalam pelaksanaan percubaan klinikal global yang sedang berlangsung bagi ADG20, STAMP dan EVADE, sementara bersiap sedia untuk pengkomersialan ADG20 sedunia yang dinanti-nantikan, jika diluluskan.
“ADG20 ialah antibodi sangat dibezakan yang sedang kita majukan dalam percubaan penting untuk kedua-dua rawatan dan pencegahan COVID-19. Kami berasa gembira dengan penilaian data dinyahbuta oleh IDMC untuk percubaan EVADE dan sokongan mereka terhadap rancangan kami untuk mengembangkan pendaftaran untuk merangkumi remaja dan wanita yang hamil atau menyusu,” kata Lynn Connolly, M.D., Ph.D., ketua pegawai perubatan Adagio. “Hingga kini, kami telah menjana pakej data yang menarik untuk ADG20 yang merangkumi peneutralan meluas bagi virus SARS-CoV-2 asal dan varian membimbangkan yang diketahui dalam model in vitro dan juga profil farmakokinetik dan kebolehtoleransian yang baik dalam percubaan Fasa 1 kami. Selanjutnya, pada IDWeek tahun ini, kami akan mengeluarkan data tambahan daripada percubaan Fasa 1 kami serta butiran berkenaan proses pemilihan dos kami untuk rawatan dan pencegahan yang kami percaya menyokong lagi peranan penting antibodi baharu ini untuk memerangi pandemik yang berterusan ini.”
Sorotan Program ADG20 COVID-19
- Data ADG20 Baharu akan Dibentangkan dalam Berbilang Poster semasa IDWeek: Pada Persidangan Maya IDWeek 2021, Adagio merancang untuk membentangkan data tambahan yang menyerlahkan potensi ADG20 untuk menyediakan perlindungan daripada COVID-19 sehingga setahun berdasarkan separuh hayat yang dilanjutkan dalam manusia digabungkan dengan keupayaan peneutralan yang meluas dan mujarab dalam ujian makmal. Di samping itu, data itu menyokong penilaian dos 300mg, yang disampaikan sebagai suntikan intraotot tunggal, dalam percubaan klinikal global STAMP Fasa 2/3 (rawatan) dan EVADE (pencegahan). Data akan dibentangkan dalam berbilang poster, yang akan tersedia kepada hadirin berdaftar pada platform maya sepanjang tempoh persidangan, yang diadakan daripada 29 September – 3 Oktober, 2021. Pembentangan tersebut termasuk:
- 1086: Model Farmakologi Sistem Kuantitatif Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi (QSP/PBPK) Seluruh Badan yang priori Ramalkan Farmakokinetik Intraotot (IM) bagi ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Rawatan dan Pencegahan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
- 633: Hasil Awal daripada Kajian Dos Menaik Tunggal Fasa 1 yang Menilai Keselamatan, Titer Antibodi Peneutralan Serum Virus (sVNA), dan Profil Farmakokinetik (PK) bagi ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Rawatan dan Pencegahan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
- 1089: Penggunaan Model Farmakologi Sistem Kuantitatif Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi (QSP/PBPK) Seluruh Badan untuk menyokong Pemilihan Dos ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Pencegahan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
- 1088: Model Farmakologi Sistem Kuantitatif Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi (QSP/PBPK) Seluruh Badan untuk menyokong Pemilihan Dos ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Rawatan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
- Populasi Pesakit yang Diperluas dalam EVADE berikutan Penilaian Data IDMC: Jawatankuasa pemantauan data bebas (IDMC) untuk percubaan EVADE Fasa 2/3 dalam ADG20 untuk pencegahan COVID-19 baru-baru ini memberikan pengesyoran untuk memperluas pendaftaran percubaan Fasa 3 untuk menyertakan remaja berumur 12 tahun ke atas, dan wanita hamil atau menyusu, serta penurunan dalam masa pemantauan pascasuntikan di klinik yang ditentukan oleh protokol. Pengesyoran IDMC adalah berdasarkan semakan mereka terhadap data keselamatan dan kebolehtoleransian yang dinyahbuta melalui lawatan pascarawatan Hari 28 daripada 200 peserta yang berdaftar dalam bahagian uji cuba Fasa 2 bagi percubaan.
- Kerjasama dengan Biocon Biologics Memperluas Jangkauan Peneutralan Rawatan Antibodi COVID-19 yang Mujarab dan Meluas kepada Pesakit di India dan Pasaran Memuncul Terpilih: Pada suku kedua 2021, Adagio bekerjasama dengan Biocon Biologics Ltd. untuk memerangi krisis COVID-19 yang berterusan di Asia selatan. Kerjasama ini memberikan hak kepada Biocon untuk mengeluarkan dan mengkomersialkan terapi antibodi berdasarkan ADG20 di India dan pasaran memuncul terpilih tambahan berdasarkan proses pengeluaran komersial yang dibangunkan untuk ADG20. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Biocon akan diberikan akses kepada data daripada percubaan klinikal Fasa 2/3 Adagio dan pakej Pengesahan Penggunaan Kecemasan yang dinanti-nantikan serta penyerahan kawal selia lain untuk menyokong kelulusan atau kebenaran kecemasan di India dan pasaran memuncul terpilih yang lain.
Sorotan Perniagaan Terkini
- David Hering, Pakar Vaksin COVID-19 Global, Dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi: Adagio baru-baru ini melantik David Hering sebagai ketua pegawai operasi syarikat. Encik Hering menyertai Adagio daripada Pfizer, yang baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai ketua perniagaan mRNA global, perniagaan yang dicipta khusus untuk mengurus usaha COVID-19 global dan vaksin pada masa depan yang menggunakan teknologi mRNA dan menerajui pelancaran vaksin COVID-19 yang pertama di Amerika Syarikat. Sebelum jawatan beliau yang terkini di Pfizer, Encik Hering ialah presiden, Amerika Utara di Pfizer, yang memimpin sebuah organisasi seramai 700 orang merentasi seluruh portfolio produk vaksin untuk COVID-19 dan penyakit meningokokus dan pneumokokus.
- Tawaran Awam Awal (IPO) Sejumlah $355.8 Juta Berjaya Dilengkapkan: Pada Ogos 2021, Adagio menjual 20,930,000 saham bagi saham biasa, termasuk pelaksanaan penuh bagi pilihan penaja jamin untuk membeli 2,730,000 saham tambahan bagi saham biasa pada harga tawaran awam sebanyak $17.00 sesaham. Hasil kasar daripada tawaran, sebelum diskaun dan komisen taja jamin serta perbelanjaan tawaran boleh bayar oleh Adagio, dianggarkan sebanyak $355.8 juta.
- Kerjasama dengan Scripps: Adagio memasuki perjanjian penyelidikan eksklusif dengan The Scripps Research Institute untuk mengenal pasti calon vaksin perlindungan secara meluas untuk pencegahan penyakit influenza dan koronavirus beta.
- Lembaga Pengarah yang Diperluas dengan Pemimpin Industri untuk Menyokong Pertumbuhan Masa Hadapan: Adagio baru ini mengumumkan pelantikan bagi tiga veteran industri dan pakar bidang kepada lembaga pengarahnya:
- Tom Heyman, bekas presiden Johnson & Johnson Development Corporation (JJDC);
- Anand Shah, M.D., bekas timbalan pesuruhjaya bagi hal ehwal perubatan dan saintifik di Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) A.S.; dan
- Michael S. Wyzga, presiden MSW Consulting, Inc. dan mantan CFO Genzyme
Hasil Kewangan Suku Kedua 2021
- Setakat 30 Jun, 2021, Adagio memperoleh wang tunai, kesetaraan wang tunai dan sekuriti boleh pasar sebanyak $392.5 juta, termasuk hasil bersih daripada pembiayaan Siri C yang dilengkapkan pada bulan April. Wang tunai pro forma, kesetaraan wang tunai dan sekuriti boleh pasar setakat 30 Jun, 2021 ialah $719.6 juta selepas memberikan kesan kepada tawaran awam awal kami yang ditutup pada 10 Ogos, 2021.
- Perbelanjaan penyelidikan & pembangunan termasuk penyelidikan dan pembangunan dalam proses bagi suku tahun kedua 2021 ialah $37.6 juta.
- Perbelanjaan jualan, umum & pentadbiran untuk suku kedua 2021 ialah $7.1 juta.
- Kerugian Bersih untuk suku kedua ialah $44.7 juta atau $0.18 sesaham.
Perihal ADG20
ADG20, antibodi monoklon yang menyasarkan protein pepaku SARS-CoV-2 dan koronavirus yang berkaitan, sedang dibangunkan untuk pencegahan dan rawatan COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh SARS-CoV-2. ADG20 direka bentuk dan dijuruterakan untuk memiliki kemujaraban tinggi dan peneutralan meluas terhadap SARS-CoV-2 dan sarbecovirus klad 1 tambahan, dengan menyasarkan epitop yang amat terpelihara dalam domain pengikat reseptor. ADG20 menunjukkan aktiviti peneutralan mujarab terhadap strain SARS-CoV-2 serta semua varian membimbangkan. ADG20 mempunyai potensi untuk memberikan impak terhadap pereplikaan virus dan penyakit seterusnya melalui berbilang mekanisme tindakan, termasuklah sekatan terus masukan virus ke dalam hos sel (peneutralan) dan menghapuskan sel hos yang dijangkiti melalui aktiviti efektor imun semula jadi berantarakan Fc. ADG20 dimasukkan dengan suntikan intraotot tunggal, membolehkan dan direka bentuk untuk mempunyai separuh hayat yang lama, dengan matlamat untuk memberikan perlindungan yang cepat dan tahan lama. Adagio sedang memajukan ADG20 melalui berbilang percubaan klinikal secara global.
Perihal Adagio Therapeutics
Adagio (Nasdaq: ADGI) ialah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang berfokus pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian berdasarkan antibodi untuk penyakit berjangkit dengan kemungkinan pandemik. Portfolio antibodi syarikat telah dioptimumkan menggunakan keupayaan kejuruteraan antibodi peneraju industri Adimab dan direka bentuk untuk memberikan pesakit dan klinisian gabungan kemujaraban, kelebaran, perlindungan tahan lama (melalui lanjutan separuh hayat), keupayaan pengeluaran dan keupayaan mampu milik yang berkuasa. Portfolio antibodi SARS-CoV-2 Adagio merangkumi berbilang antibodi yang tidak bersaing dan meneutralkan secara meluas dengan epitop pengikat ketara, yang dibimbing ADG20. Adagio telah mempunyai kapasiti pengeluaran bagi penghasilan ADG20 dengan pengeluar kontrak pihak ketiga melalui penyelesaian percubaan klinikal dan jika diluluskan oleh pihak berkuasa kawal selia, melalui pelancaran komersial awal. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.adagiotx.com.
Pernyataan Prospektif
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam makna Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Perkataan seperti “menjangkakan,” “percaya,” “mengharapkan,” “berniat,” “mengunjurkan,” dan “masa hadapan” atau ungkapan yang serupa bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif merangkumi pernyataan tentang, antara yang lain, masa, kemajuan dan hasil kajian praklinikal kami dan percubaan klinikal ADG20, termasuk masa penyerahan IND kami yang dirancang, permulaan dan penyempurnaan kajian atau percubaan dan kerja persiapan yang berkaitan, tempoh apabila keputusan percubaan akan tersedia dan program penyelidikan dan pembangunan kami; keupayaan kami untuk mendapatkan dan mengekalkan kelulusan kawal selia untuk calon produk kami; keupayaan kami untuk mengenal pasti pesakit dengan penyakit yang dirawat oleh calon produk kami dan mendaftarkan pesakit ini dalam percubaan klinikal kami; keupayaan dan strategi pengeluaran kita; dan keupayaan kami untuk berjaya mengkomersialkan calon produk kami. Kami mungkin tidak mencapai rancangan, niat atau jangkaan yang didedahkan pada pernyataan prospektif kami dan anda tidak patut meletakkan kebergantungan tidak wajar pada pernyataan prospektif kami. Pernyataan prospektif ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material berbanding hasil yang dijelaskan dalam atau tersirat oleh pernyataan prospektif, termasuk tanpa had, risiko yang diterangkan bawah tajuk “Faktor Risiko” dalam prospektus Adagio yang difailkan dengan Securities and Exchange Commission (“SEC”) pada 6 Ogos 2021 dan pada laporan masa hadapan Adagio untuk difailkan dengan SEC, termasuk Laporan Suku Tahunan Adagio pada Borang 10-Q bagi suku tahun yang berakhir pada 30 Jun 2021. Risiko tersebut mungkin akan bertambah dengan pandemik COVID-19. Pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini dibuat pada tarikh ini dan Adagio tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat tersebut kecuali diperlukan bawah undang-undang berkenaan.
Maklumat Hubungan:
Orang Hubungan Media:
Dan Budwick, 1AB
Dan@1abmedia.com
Maklumat Hubungan Pelabur:
Monique Allaire, THRUST Strategic Communications
monique@thrustsc.com
ADAGIO THERAPEUTICS, INC.
CONDENSED CONSOLIDATED BALANCE SHEETS
(UNAUDITED)
(In thousands, except share and per share amounts)
ADAGIO THERAPEUTICS, INC.
CONDENSED CONSOLIDATED STATEMENTS OF OPERATIONS AND COMPREHENSIVE LOSS
(UNAUDITED)
(In thousands, except share and per share amounts)
SUMBER : Adagio Therapeutics, Inc.
PERMAINAN MUDAH ALIH MATCH-3 AJAIB ZYNGA, HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS, MERAIKAN ULANG TAHUN SATU TAHUN
Permainan Mudah Alih Match-3 Ajaib Zynga, Harry Potter: Puzzles & Spells, Meraikan Ulang Tahun Satu Tahun (Grafik: Business Wire)
Pemain adalah Dijemput menyertai satu Minggu yang penuh Kejutan dan Acara Khas sempena meraikan Peristiwa Penting itu
SAN FRANCISCO, 22 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih Match-3 ajaib mereka, Harry Potter: Puzzles & Spells, akan meraikan ulang tahun satu tahun dengan satu minggu yang dipenuhi dengan pesta ria. Bermula hari ini, peminat di seluruh dunia dijemput untuk menyertai perayaan itu dengan merancang hadiah dalam permainan selama tujuh hari, acara, cabutan bertuah dan kandungan baharu yang memperingati acara tersebut.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210921005079/en/
Sejak dilancarkan pada September 2020, Harry Potter: Puzzles & Spells telah menggembirakan peminat dengan teka-teki dan permainan dunia sihir mereka yang autentik. Dengan lebih 2,000 tahap teka-teki dalam perjalanan utama pemain, permainan itu terus mengundang pemain bersama-sama untuk bertemasya dalam keseronokan dan kegembiraan Hogwarts dengan kandungan baharu dan acara. Menyoroti pengembaraan pemain dalam permainan pada ulang tahun pertama ini, Zynga telah melancarkan satu treler baharu yang menampilkan sorotan permainan.
“Kami sangat berbangga dengan sanjungan dan penerimaan yang diterima oleh Harry Potter: Puzzles & Spells, tetapi kami lebih teruja dan merasa rendah diri oleh pemain yang telah menyertai kami dalam pengembaraan ini,” kata Yaron Leyvand, Naib Presiden Eksekutif, Permainan di Zynga. “Kami sangat teruja untuk meraikan peristiwa penting ini dengan peminat, dan berharap dapat membuka babak permainan yang seterusnya, bersama-sama.”
Diilhamkan oleh hari jadi Dudley Dursley yang paling tidak dapat dilupakan, bermula minggu ini, sebuah acara bertemakan ‘Zoo London’ baharu dalam permainan itu akan mengundang pemain untuk mengumpulkan ‘hadiah’ di papan permainan mereka untuk mendapatkan peti hadiah. Dengan membawa satu pintalan lingkaran ke acara yang diilhamkan oleh hari jadi ini, pemain boleh membuat padanan kepada kotak-kotak misteri di papan permainan mereka untuk mengeluarkan ular sawa di dalamnya. Bermula pada 23 September, pemain boleh turut serta di dalam tradisi Hogwarts yang dihargai dengan Acara House Pride dalam permainan, menyelesaikan teka-teki untuk memperolehi mata bagi rumah mereka dengan keputusan dijejaki di papan pendahulu global. Dari 22 hingga 24 September, pemain yang log masuk ke dalam permainan itu akan diberi hadiah ulang tahun dalam permainan setiap hari untuk meraikan acara itu.
Sepanjang minggu ulang tahun itu, pengunjung ke saluran Twitter, Facebook dan Instagram Harry Potter: Puzzles & Spells akan dijemput untuk menghantar memori kegemaran mereka dari permainan bertanda #PuzzlesAndSpellsAnniversary. Tiga pemain akan dipilih secara rawak untuk memenangi sebuah pakej hadiah ulang tahun, yang dipek dengan mata wang dalam permainan, barangan, berkas kuasa dan banyak lagi.
Dalam Harry Potter: Puzzles & Spells, pemain memasuki satu pengembaraan Match-3 yang penuh dengan jampi serapah, kelucuan, warna dan watak dari siri Harry Potter. Menampilkan muzik filem dan rakaman suara daripada filem-filem asal Harry Potter, peminat mengikuti satu perjalanan penceritaan semula Harry yang autentik, mudah alih melalui dunia sihir. Memperoleh jampi serapah dan dorongan istimewa ketika mereka bergerak maju, pemain menyelesaikan teka-teki Match-3 yang dipenuhi dengan Katak bersalut Coklat yang melompat, Kunci Bersayap yang berdebaran, memerangi kepingan catur sihir dan rintangan dan objek lain yang tidak dijangka. Dalam semangat keakraban dan persaingan persahabatan di Hogwarts, pemain boleh bergabung atau membentuk kelab dengan peminat lain untuk bersosial, bekerjasama dalam strategi teka-teki, berkongsi nyawa dan bersaing untuk hadiah dalam Acara Kelab eksklusif.
Harry Potter: Puzzles & Spells boleh dimainkan di peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut dan untuk berhubung dengan peminat lain, ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter, dan layari laman web permainan itu di www.harrypotterpuzzlesandspells.com.
Untuk aset sokongan sila layari: https://www.dropbox.com/sh/haxo6yr1pvx8txl/AAACWl5QigRsekaDgzelwXyVa?dl=0
Maklumat mengenai Zynga
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali di telefon bimbit termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Hair Challenge™, Harry Potter: Puzzles & Spells™, High Heels!™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Queen Bee™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter, Instagram, Facebook atau di blog Zynga.
Maklumat mengenai Warner Bros. Games
Warner Bros. Games, satu bahagian daripada Warner Bros. Home Entertainment, Inc., adalah sebuah penerbit, pemaju, pemberi lesen dan pengedar ulung di seluruh dunia bagi kandungan hiburan untuk ruang interaktif merentasi semua platform, termasuk konsol, genggam, mudah alih dan berasaskan permainan komputer peribadi untuk kedua-dua tajuk permainan dalaman dan permainan pihak ketiga. Maklumat tambahan mengenai Warner Bros. Games boleh diperolehi di https://www.wbgames.com/.
Maklumat mengenai Portkey Games
Portkey Games, daripada Warner Bros. Interactive Entertainment, adalah sebuah label permainan yang dikhususkan untuk mewujudkan pengalaman Dunia Sihir mudah alih dan permainan video yang baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling. Portkey Games menawarkan kepada pemain dengan peluang untuk membuat pilihan naratif mereka sendiri dan terlibat dengan tetapan Dunia Sihir untuk mencipta pengalaman baharu dan unik. Label itu dicipta untuk membawa pemain dan peminat dengan pengalaman permainan baharu yang membolehkan mereka untuk menyelidiki ke dalam keajaiban Dunia Sihir dalam cara yang mendalam di mana mereka dapat mendefinisikan kisah Dunia Sihir mereka sendiri.
WIZARDING WORLD, HARRY POTTER Publishing Rights © J.K. Rowling. HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS, PORTKEY GAMES, WIZARDING WORLD dan watak-watak HARRY POTTER, nama dan tanda yang berkaitan © dan ™ Warner Bros. Entertainment Inc. ™ Zynga Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara.
WB SHIELD: ™ & © Warner Bros. Entertainment Inc. (s21)
Peraturan Cabutan Bertuah
*Tidak memerlukan pembelian; tidak akan meningkatkan peluang. penduduk Amerika Syarikat 18 tahun ke atas. 9/22/21-9/29/21 PT. Tertakluk kepada peraturan rasmi di https://zynga.social/HPM3Anniversary; lihat peluang, butiran mengenai hadiah & sekatan. Terbatal di mana terlarang. Penaja: Zynga.
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang berkaitan, antara lain, ciri-ciri permainan dan acara-acara dan promosi waktu terhad di dalam Harry Potter: Puzzles & Spells. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mempunyai perkataan seperti “pandangan”, “terunjur”, “terancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang secara umumnya berbentuk pandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko, ketidakpastian, dan andaian yang signifikan. Pergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang diperolehi kepada kami pada tarikh berkenaan. Kami tidak berkewajiban untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan, dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210921005079/en/
Hubungi
Dana Whitney
dwhitney@zynga.com
Alexa Grandolfo
agrandolfo@zynga.com
Sumber : Zynga
Tuesday, September 21, 2021
FUSIONEX MENANDATANGANI MOU DENGAN ALLIANCE ISLAMIC BANK UNTUK MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN PERNIAGAAN HALAL PKS
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210919005026/en/
Halal dalam Satu adalah sebuah ekosistem halal yang menawarkan sokongan kepada pemilik perniagaan yang berani menceburi ruang halal. Program itu juga membantu PKS mendapatkan pensijilan halal, khidmat nasihat perniagaan dan perkhidmatan padanan, akses kepada peluang-peluang pasaran dan pembiayaan khusus untuk kos pensijilan, pengubahsuaian premis, sewa beli peralatan atau modal kerja.
Fusionex akan mereka bentuk, membangun dan menggunakan sebuah platform digital sehenti untuk membantu perniagaan halal yang berdaftar dengan program Halal dalam Satu itu membangun dan berkembang maju. Platform digital mereka yang disatukan menggunakan pelbagai penyelesaian AI pintar dan Analisis Data Besar untuk membantu mengubah PKS secara digital, yang membolehkan mereka untuk meramalkan trend pasaran, memenuhi permintaan pelanggan, mengautomasikan proses operasi dan meningkatkan perniagaan mereka. Platform canggih itu juga meningkatkan akses kepada industri halal dengan memusatkan data untuk meningkatkan kebolehlihatan dan memudahkan prosedur, yang membantu menjimatkan masa, menurunkan kos dan mengurangkan dengan ketara kerumitan IT untuk mengurangkan jumlah langkah yang diperlukan bagi memasuki pasaran halal.
“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Alliance Islamic Bank dalam program Halal dalam Satu mereka untuk memelihara dan mengembangkan segmen PKS halal melalui pendigitalan. Saya percaya bahawa platform digital Fusionex akan dapat membantu pelanggan Halal dalam Satu di dalam perjalanan transformasi digital mereka. Ini akan membawa perniagaan mereka dari luar talian ke dalam talian, menggunakan satu pendekatan perniagaan hibrid dan memaksimumkan strategi saluran pelbagai arah untuk memperluaskan jangkauan pasaran mereka – operasi kental dalam menghadapi cabaran yang mungkin terjadi. Dengan usaha kerjasama daripada semua pihak, perkongsian ini memperkenalkan ekosistem baharu dan penyambungan yang akan menjana aliran pendapatan baharu, mengubah cara perniagaan dijalankan, dan memberi kuasa kepada PKS ini untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato' Seri Ivan Teh.
Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata, “Kami sangat yakin di dalam kekuatan perkongsian itu untuk menyokong pertumbuhan PKS. Fusionex menawarkan pelbagai penyelesaian digital yang membantu PKS kekal berdaya saing. Sebagai contoh, kecerdasan analitik mereka menyediakan pandangan mengenai segmen pelanggan, yang membolehkan pelanggan Halal dalam Satu kami untuk meningkatkan prestasi, ketangkasan dan pertumbuhan perniagaan mereka dengan menggunakan data yang disediakan.”
Teh menambah, “Saya memuji program Halal dalam Satu dari Alliance Islamic Bank untuk menyediakan satu penyelesaian perniagaan sehenti kepada PKS untuk membantu mempercepatkan pertumbuhan PKS dan meningkatkan kedudukan Malaysia di pasaran halal antarabangsa. Ciri-ciri pengurusan kesetiaan platform kami membolehkan usahawan untuk bukan sahaja menarik pelanggan baharu tetapi mengekalkan mereka melalui ganjaran dan kepuasan yang menarik dan diperibadikan.”
Dengan peranti pintar untuk membantu mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pelanggan mereka, Fusionex menawarkan peluang kepada PKS tempatan untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan bagi memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa berkembang. Dengan menggantikan tekaan dengan wawasan konkrit yang diperolehi daripada data keras, ia memungkinkan PKS untuk mengoptimumkan sumber, menyampaikan kempen pemasaran yang disasarkan dan meningkatkan jualan.
Maklumat mengenai Fusionex
Fusionex adalah sebuah pemimpin teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Pengurusan Data Besar, IR 4.0, Internet Benda, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka yang serba canggih itu adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data.
Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana [PKS]) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga sebuah syarikat MDEC Rangkaian Percepatan dan Inovasi Global (GAIN) dan juga sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.
Laporan Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com
Maklumat mengenai Alliance Islamic Bank
Alliance Islamic Bank Berhad (AIS) adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank). Ia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang patuh Syariah kepada pengguna dan perniagaan.
AIS adalah sebuah penggalak dan penyokong kuat bagi inisiatif yang mewujudkan impak positif kepada perniagaan, masyarakat, dan alam sekitar.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14998
Subscribe to:
Posts (Atom)


