| MIXI, Inc. dengan bangganya ingin mengumumkan butiran terkini mengenai acara dalam talian percuma "humy mempersembahkan: Pengalaman Penstriman Langsung Charlie Puth" (tersedia di kawasan terpilih) yang akan diadakan pada 25 Mac (UTC) di platform komunikasi peminat rasmi Charlie Puth, humy. Logo: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102029/202303143896/_prw_PI2fl_9UBS3556.jpg Foto: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102029/202303143896/_prw_PI3fl_S3Y4Er7K.png 1. Sebahagian distrim langsung secara serentak di YouTube 10 minit pertama bagi acara itu akan distrim langsung secara serentak pada saluran YouTube rasmi Charlie Puth (https://www.youtube.com/user/CharliesVlogs), yang mempunyai lebih 21.8 juta pelanggan (setakat Mac 2023). 2. Melibatkan penonton - Senarai set pilihan peminat Lagu-lagu yang dipersembahkan akan dipilih oleh peminat melalui satu tinjauan pendapat sebelum acara itu. - Sesi soal jawab Soalan daripada peminat yang telah dikemukakan lebih awal akan dijawab semasa acara tersebut. Peminat boleh menikmati interaksi dengan Charlie yang tidak boleh dialami di tempat lain. 3. Kempen menjelang acara itu sedang dijalankan - 10 pemenang bertuah akan mendapat langganan Premium selama 3 bulan Langganan Premium 3 bulan untuk "humy bersama Charlie Puth" akan diberikan kepada 10 pengguna yang layak. Pemenang akan dipilih secara undian. - Cara untuk memohon: 1) Ikuti akaun Twitter rasmi (@humyCharlieputh) 2) Daftar untuk mendapatkan sebuah akaun humy secara percuma 3) Petik Tweet kempen itu dengan menggunakan tanda pagar berikut: #charlie_cp #humy Ketahui lebih lanjut mengenai kempen itu di bawah: https://humy.me/en/news/1cba14ed-8ae0-41ae-b482-cd9c85de905e Butiran Acara - Nama acara humy mempersembahkan: Pengalaman Penstriman Langsung Charlie Puth - Tarikh: Sabtu, 25 Mac 2023, jam 3:00 pagi (UTC) *Disebabkan oleh kebimbangan penerbitan, penstriman langsung itu akan bermula satu jam lebih awal daripada yang diumumkan sebelum ini. - Tersedia kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun humy (pendaftaran adalah percuma). - Tersedia di kawasan terpilih - Tapak acara: https://charlieputh.humy.me/special/1st-livestreaming/en - Bagaimana untuk menonton 1) Daftar secara percuma dari tapak acara itu 2) Akses halaman tontonan dari tapak acara itu pada hari acara tersebut Maklumat mengenai Charlie Puth Charlie Puth telah terbukti sebagai seorang daripada artis yang berjaya dan paling konsisten di dalam industri itu dan rakan usaha sama yang dicari. Puth telah memperoleh lapan single pelbagai platinum, empat pencalonan GRAMMY, tiga Anugerah Muzik Billboard, sebuah Anugerah Pilihan Pengkritik dan satu pencalonan Golden Globe. LP beliau pada 2018 yang dicalonkan untuk GRAMMY, Voicenotes, telah diperakui Emas oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) hanya empat hari selepas ia dikeluarkan dan telah mencatatkan lebih 5.6 bilion penstriman di seluruh dunia. Baru-baru ini, Puth telah mengeluarkan album studio ketiga beliau yang sangat dinanti-nantikan CHARLIE melalui Atlantic Records. Dengan menampilkan single hit "Left and Right (yang menampilkan Jung Kook dari BTS)," "That's Hilarious" dan "Light Switch," "koleksi yang dibuat secara pakar" itu (dari majalah Rolling Stone) telah melepasi 1 bilion penstriman di peringkat global dan menerima ulasan yang positif di seluruh dunia. Selepas pelancaran CHARLIE, Puth memulakan jelajah "One Night Only" beliau, dengan mengalu-alukan peminat di seluruh dunia secara dekat dan peribadi sambil berkongsi album terbaharu beliau dan lagu-lagu hits terbaik beliau. Pada tahun 2020, kerjasama Puth dengan Gabby Barrett pada remix "I Hope" mereka telah membolehkan beliau mencapai lagu 10 teratas yang keempat bagi beliau di Billboard Hot 100, mencapai nombor satu di carta "Lagu Pop Dewasa" dan memenangi sebuah Anugerah Muzik Billboard 2021 untuk "Kerjasama Utama." Puth juga menulis bersama dan menghasilkan The Kid Laroi dan single Justin Bieber yang telah mencatatkan rekod, “STAY”, yang dengan pantas menjadi satu daripada lagu paling popular untuk tahun 2021 dan memegang gelaran sebagai No. 1 paling lama di carta Billboard Global 200 dan yang pertama untuk mendahuluinya dengan dua digit -- menghabiskan masa selama 11 minggu di bahagian atas carta. Maklumat mengenai humy humy ialah sebuah platform komunikasi di mana pengguna boleh menikmati kandungan artis secara eksklusif serta komunikasi dua hala di antara artis dan peminat dengan membeli sebuah langganan. Perkhidmatan itu boleh digunakan dengan sebuah pelayar web. Mereka yang mendaftar secara percuma boleh melihat, mengulas dan menyukai sebahagian daripada kandungan eksklusif itu. Gambaran keseluruhan humy Nama perkhidmatan: humy Genre: Platform komunikasi peminat Yuran keahlian: - Pendaftaran adalah percuma. - Pelan premium: $100.00 (USD) setahun Ketersediaan: Tersedia di lebih 150 buah negara Cara untuk menggunakannya: Cari "humy" pada pelayar web anda atau pergi ke https://charlieputh.humy.me/en Maklumat mengenai MIXI, Inc. ( https://mixi.co.jp/en ) Dengan matlamat untuk memperkayakan komunikasi dan memberikan inspirasi kepada detik-detik kegembiraan, MIXI komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang menyeronokkan bagi rakan taulan dan keluarga, termasuk mixi, MONSTER STRIKE, FamilyAlbum dan TIPSTAR. Syarikat itu meletakkan “Kejutan Pengguna Didahulukan” sebagai teras mereka dan memberi tumpuan kepada menggalakkan hubungan yang mendalam dan penuh bermakna daripada hanya meningkatkan kuantiti dan kekerapan berkomunikasi. Melalui usaha ini, syarikat itu percaya ia memberi inspirasi kepada komunikasi yang lebih mendalam dan lebih kaya di dunia. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16947 |
Friday, March 24, 2023
KEMAS KINI MENGENAI RANCANGAN LANGSUNG PERCUMA CHARLIE PUTH DI HUMY MIXI, 25 MAC: PEMINAT BAKAL MENGUNDI UNTUK LAGU; 10 MINIT PERTAMA AKAN DISTRIM SECARA SERENTAK DI SALURAN YOUTUBE RASMI CHARLIE
MARY KAY INC. MENERIMA PENSIJILAN MAJLIS PENGAWASAN HUTAN DAN MERAIKAN PENANAMAN 1.3 JUTA POKOK BERSAMA YAYASAN ARBOR DAY
DALLAS, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., penyokong global untuk tanggungjawab sosial korporat dan kelestarian, meraikan Hari Hutan Antarabangsa dengan mengetengahkan pensijilan terkini syarikat tersebut yang diterima daripada Majlis Pengawasan Hutan (Forest Stewardship Council® atau FSC®).
Pensijilan ini diguna pakai untuk Pusat Cetakan dan Pengimejan Digital Mary Kay yang terletak di ibu pejabat korporat global dan pusat pengedaran serantau yang terletak di Texas Utara, serta perkara ini mengesahkan komitmen Mary Kay terhadap sokongan aktiviti perhutanan bertanggungjawab dengan menggunakan 100% bahan kitar semula FSC atau sumber kertas campuran FSC bagi tujuan pencetakan komersial, terutamanya untuk sisipan kertas produk yang dieksport ke seluruh dunia.
FSC® ialah organisasi global bukan untuk keuntungan yang menggalakkan pengurusan hutan bertanggungjawab di seluruh dunia dengan menentukan standard berdasarkan prinsip yang dipersetujui untuk pengawasan hutan bertanggungjawab yang disokong oleh pihak berkepentingan alam sekitar, sosial dan ekonomi. Pensijilan FSC bermakna penyumberan mampan yang mengutamakan hutan dan manusia, serta memastikan produk datang daripada hutan yang diuruskan secara bertanggungjawab.
“Kami berbangga dengan kemajuan dalam perjalanan kelestarian kami ini,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay. “Sijil FSC ialah hasil usaha gigih, persediaan, pelaksanaan protokol baharu dan latihan selama berbulan-bulan. Pencapaian ini menegaskan komitmen Mary Kay terhadap alam sekitar dan kecemerlangan perniagaan.”
Syarikat kecantikan dan keusahawanan global ikonik bersedia meraikan ulang tahun yang ke-60 pada tahun 2023 ini dengan meneruskan komitmen selama beberapa dekad dalam usaha memperkaya kehidupan di seluruh dunia dan mengurangkan impak yang menjejaskan alam sekitar.
Pada tahun ini, Mary Kay juga meraikan kerjasama selama 15 tahun dengan Yayasan Arbor Day. Kerjasama Mary Kay dan Yayasan Arbor Day bermula pada tahun 2008. Sorotan utama termasuk:
• Pada tahun 2008, perunding kecantikan bebas Mary Kay terlibat dalam program kitar semula apabila sebatang pokok ditanam di dalam hutan yang memerlukan setiap kompak lama dikitar semula. Terima kasih kepada usaha pengitaran semula pada peringkat kebangsaan oleh Perunding Kecantikan Bebas dan pelanggan mereka, serta pekerja Syarikat, Mary Kay berjaya melebihi matlamat pengumpulan sebanyak 200,000 kompak lama.
• Dari tahun 2009 hingga 2012, kerjasama Mary Kay dengan Yayasan Arbor Day menyokong Bilik Darjah untuk Penerokaan Alam Semula Jadi di tempat perlindungan keganasan rumah tangga bertujuan menyediakan penghuni tempat yang selamat untuk berhubung dengan alam semula jadi.
• Bermula pada tahun 2013, Mary Kay mula menyokong projek penghutanan semula berskala besar di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Brazil, China, Jerman, Ireland, Peru dan Madagascar.
• Pada tahun 2018, sebaik sahaja Mary Kay memotong reben di kemudahan Pembuatan / R&D Richard R. Rogers baharu di Lewisville, TX, sambutan bagi meraikan pencapaian kemudahan tersebut diadakan dengan menanam pokok yang kesejuta melalui upacara penanaman pokok tersebut di tapak lokasi.
• Setakat ini, Mary Kay dan Yayasan Arbor Day telah menanam sebanyak 1.3 juta pokok melalui kerjasama itu dan terus berusaha ke arah impak pada masa akan datang.
“Komitmen berterusan Mary Kay yang telah ditunjukkan terhadap sokongan gabungan pelbagai projek yang menanam pokok yang betul di tempat yang sesuai telah menjadikan kerjasama ini benar-benar istimewa,” kata Katie Loos, Presiden Yayasan Arbor Day. “Selama bertahun-tahun, kerjasama kami telah berkembang bertujuan mewujudkan impak global di dalam hutan yang paling memerlukan. Mary Kay memahami perkara yang dimaksudkan dan diperlukan untuk menjadi pengelola yang baik kepada ekosistem dan komuniti kami yang paling berisiko, malah kami begitu teruja untuk melihat masa depan kerjasama ini untuk dunia.”
Ketahui lebih lanjut tentang wawasan Mary Kay bagi memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan di https://marykayglobal.com/sustainability/.
Maklumat Tentang Mary Kay
Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mendirikan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang menumpukan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, menghiasi komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam Facebook, Instagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam Twitter.
Maklumat Tentang Yayasan Arbor Day
Diasaskan pada tahun 1972, Yayasan Arbor Day telah berkembang menjadi organisasi keahlian bukan untung terbesar yang khusus untuk menanam pokok, dengan lebih daripada sejuta ahli, penyokong dan rakan niaga yang dihargai. Sepanjang 50 tahun yang lalu, hampir 500 juta pokok Yayasan Arbor Day telah ditanam di kawasan kejiranan, komuniti, bandar dan hutan di seluruh dunia. Wawasan kami ialah memimpin ke arah dunia yang menggunakan pokok bagi menyelesaikan isu kritikal untuk terus hidup.
Sebagai satu daripada yayasan pemuliharaan yang beroperasi terbesar di dunia, Yayasan Arbor Day, melalui ahli, rakan niaga dan program, mendidik dan melibatkan pihak berkepentingan, serta komuniti di seluruh dunia melibatkan diri masing-masing dalam misi menanam, memupuk dan meraikan pokok. Maklumat lanjut tersedia di arborday.org.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Thursday, March 23, 2023
KEMAS KINI – OHMYHOME UMUMKAN PENETAPAN HARGA BAGI TAWARAN AWAM AWAL
SINGAPURA, 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ohmyhome Limited ("Ohmyhome"), sebuah syarikat teknologi hartanah dipacu data yang berpangkalan di Singapura semalam mengumumkan penetapan harga tawaran awam awalnya bagi 3,775,000 saham biasa pada harga $4.00 sesaham. Ohmyhome menawarkan 2,800,000 saham biasa dan pemegang saham penjual yang dinamakan dalam prospektus menawarkan 975,000 saham biasa. Ohmyhome tidak akan menerima sebarang hasil daripada penjualan saham oleh pemegang saham yang menjual.
Saham tersebut telah diluluskan untuk penyenaraian di Pasaran Modal Nasdaq dan dijangka mula berdagang di bawah simbol penanda "OMH" pada 21 Mac 2023. Tawaran itu dijangka ditutup pada atau sekitar 23 Mac 2023, tertakluk kepada kepuasan terhadap syarat penutupan biasa.Tawaran sedang dijalankan atas dasar komitmen yang kukuh. Prime Number Capital LLC bertindak sebagai penyelaras tempahan tunggal untuk penawaran tersebut. SBI China Capital Financial Services Limited akan bertindak sebagai pengurus bersama. Ortoli Rosenstadt LLP bertindak sebagai peguam A.S. kepada Ohmyhome, Sichenzia Ross Ference LLP pula bertindak sebagai peguam A.S. kepada Prime Number Capital LLC berhubung dengan tawaran ini.
Tawaran ini dibuat hanya melalui prospektus tersebut. Salinan prospektus akhir yang berkaitan dengan tawaran itu boleh diperoleh apabila tersedia daripada Prime Number Capital LLC melalui e-mel di info@pncps.com.
Penyata pendaftaran yang berkaitan dengan penjualan sekuriti ini telah difailkan dengan dan diisytiharkan berkuat kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (Nombor Fail: 333- 268691). Siaran akhbar ini tidak membentuk penawaran untuk menjual atau pengumpanan bagi penawaran untuk membeli sekuriti ini, atau jualan sekuriti ini tidak dilakukan di mana-mana negeri atau bidang kuasa yang penawaran, pengumpanan atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang berikutan pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.
Perihal Ohmyhome
Ohmyhome adalah sebuah platform teknologi hartanah kedai sehenti yang berpangkalan di Singapura yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan hartanah hujung ke hujung kepada pelanggan akhir secara langsung untuk membantu mereka membeli, menjual, menyewa dan mengubah suai rumah mereka dan banyak lagi dengan satu aplikasi.
Ohmyhome berdedikasi untuk membawa kepantasan, kemudahan dan kebolehpercayaan kepada industri perkhidmatan berkaitan hartanah dan untuk menjadi penyelesaian hartanah yang paling dipercayai dan menyeluruh untuk semua orang.
Pertanyaan Media:
omh@blueshirtgroup.com
Perhubungan Pelabur
ir@ohmyhome.com
SUMBER: Ohmyhome
RODA DOA TERBESAR DI GUINNESS WORLD RECORDS MEMUKAU RIBUAN PELAWAT DI DALAT, VIETNAM
DALAT, Vietnam, 22 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Roda Doa Besar “Drigung Kagyu Rinchen Khorchen Khorwe Go Gek,” terletak di kompleks pelancongan budaya dan rohani Samten Hills di Dalat, Vietnam, telah dirasmikan secara rasmi pada 11 Mac 2023, disahkan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai roda doa terbesar di dunia.
Roda Doa Besar diperbuat daripada tembaga tulen, bertatahkan emas 24K seberat 200 tan dengan ketinggian 37.22 meter dan diameter 16.53 meter. Reka bentuk uniknya dan saiznya yang besar menjadikannya satu keajaiban seni bina yang menarik pelawat global. Perincian yang halus, warna yang indah, dan pemandangan menakjubkan bukit-bukau dan hutan di sekelilingnya mewujudkan suasana yang tenang dan damai yang memberi inspirasi kepada muhasabah dan renungan diri.Wednesday, March 22, 2023
LAXMAN NARASIMHAN MULA MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF STARBUCKS
SEATTLE, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkuat kuasa hari ini, Starbucks (NASDAQ: SBUX) mengumumkan Laxman Narasimhan telah mula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif dan akan menyertai lembaga pengarah syarikat tersebut. Narasimhan dinamakan sebagai ceo baru pada 1 September 1, 2022, menggantikan pengasas syarikat dan kini bekas ceo, Howard Schultz.
Selepas carian di seluruh dunia untuk pemimpin baharu Starbucks, Narasimhan telah menyertai syarikat sebagai ceo baru pada 1 Oktober, 2022. Beliau membawa hampir 30 tahun pengalaman menerajui perniagaan barang pengguna global dan sebagai pemaklum terhadap syarikat-syarikat runcit, barang runcit, restoran dan e-dagang. Sepanjang lima bulan yang lalu, beliau telah memulakan suatu pengalaman keasyikan yang unik, mengembara ke tempat kerja dengan rakan kongsi (para pekerja) di lebih daripada 30 kedai, loji perkilangan dan pusat sokongan di seluruh dunia, di sepanjang jalan, beliau memperoleh pengesahan baristanya. Beliau menjadi asyik dalam rancangan penciptaan semula untuk syarikat yang dipimpin oleh Schultz yang kembali sebagai ceo sementara berkuat kuasa pada 4 April, 2022.
Sejak Schultz kembali tahun lepas, Starbucks mendedahkan strategi penciptaan semula seluruh syarikat dan terus menyampaikan lebih daripada $1 bilion dari segi pelaburan dalam rakan kongsi runcit dan kedai untuk hal yang diutamakan seperti kenaikan gaji dan keakruan cuti sakit, faedah kesejahteraan kewangan, kerjasama dan latihan yang dimodenkan, pembaharuan kedai dan peralatan serta meraikan kopi. Syarikat tersebut melihat kenaikan harga saham sebanyak 47 peratus sejak pengumuman pendapatan Suku Kedua Tahun Fiskal 2022 hingga pengumuman pendapatan Suku Pertama Tahun Fiskal 2023, dan pertumbuhan had pasaran kira-kira $40 bilion pada masa yang sama itu. Syarikat tersebut juga menyampaikan 50 peratus dalam Jumlah Pulangan Pemegang Saham dalam tempoh masa ini, jauh mengatasi S&P 500. Baru-baru ini, Starbucks juga dinamakan sebagai jenama restoran yang paling berharga untuk kali ke-7 tahun berturut-turut oleh Brand Finance.
Schultz berkongsi surat kepada pasukan kepimpinan kanan syarikat pada hari sebelum pengumuman tersebut – boleh dilihat di sini.
“Lembaga tersebut ingin menyatakan terima kasih yang tulus ikhlas kami kepada pengasas kami, Howard Schultz, yang mengambil alih tanggungjawab pucuk pimpinan secara tidak mementingkan diri sendiri apabila diminta— melepaskan peluang untuk ganjaran dan meninggalkan hidupnya sendiri —demi cinta syarikat kami dan rakan kongsinya,” kata Mellody Hobson, pengerusi Lembaga Pengarah Starbucks Bebas. “Kami tidak akan mencapai kejayaan seperti hari ini tanpa usaha beliau.”
Narasimhan telah secara rasminya mula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif pada hari ini dan akan mengetuai Mesyuarat Pemegang Saham Tahunan Starbucks pada hari Khamis ini, 23 Mac. Semasa beliau mula melaksanakan tugas rasmi tersebut, Narasimhan akan terus melibatkan pasukan kepimpinan, berkongsi ilmu awalnya serta wawasan dan menilai peluang untuk syarikat semasa mereka membuka jalan ke depan.
“Keasyikan yang intensif ke dalam perniagaan Laxman berganding dengan pengalaman yang luasnya sebagai pembina jenama terbukti, pereka baru dan operator telah menyediakan beliau secara unik untuk memimpin Starbucks ke arah fasa pertumbuhan seterusnya,” kata Hobson. “Keasyikan ini telah mendalami pemahaman Laxman dari segi budaya dan nilai-nilai Starbucks. Pada masa pembelajaran dan mendengar ini, beliau sudah menawan hati rakan kongsi kami di seluruh dunia.”
“Saya berasa rendah hati, telah secara rasminya mula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Starbucks, memimpin pasukan yang luar biasa kami yang terdiri daripada lebih daripada 450,000 orang rakan kongsi memakai apron hijau di seluruh dunia. Asas yang telah disediakan oleh Howard – membina jenama global yang ikonik ini tanpa sebarang asas disemarakkan oleh keghairahan yang abadi untuk meningkatkan kemanusiaan – adalah betul-betul mengagumkan, dan saya berasa dihormati untuk berpeluang membina pada warisan dalam ini,” kata Narasimhan. “Sebagai perniagaan hubungan manusia, kami mempunyai kemungkinan tanpa had untuk menyampaikan bagi rakan kongsi kami, pelanggan kami, pelabur kami dan komuniti kami melalui setiap cawan dan setiap hubungan. Saya berasa ghairah untuk bekerja di samping rakan kongsi kami di seluruh dunia untuk mendedahkan masa depan tanpa had Starbucks.”
Tentang Starbucks
Sejak tahun 1971, Starbucks Coffee Company komited terhadap penyumberan secara beretika dan memanggang kopi arabica bermutu tinggi. Hari ini, dengan lebih daripada 36,000 kedai di seluruh dunia, syarikat tersebut adalah pemanggang ulung dan peruncit kopi istimewa di dunia. Melalui komitmen yang teguh kami dan prinsip yang menjadi pedoman kami, kita memeriahkan Starbucks Experience atau setiap pelanggan melalui setiap cawan. Untuk berkongsi pengalaman ini, sila lawati kami di kedai kami atau secara dalam talian di stories.starbucks.com atau www.starbucks.com.
Kenyataan Yang Memandang Ke Hadapan
Sesetengah kenyataan di dalam ini terkandung adalah kenyataan yang “memandang ke hadapan” dalam maksud undang-undang dan peraturan sekuriti yang berkenaan. Secara amnya, kenyataan ini boleh dikenal pasti oleh penggunaan perkataan seperti “tujuan,” “menjangka,” “mempercayai,” “sambung,” “boleh,” “menganggar,” “mengharapkan,” “rasa,” “meramalkan,” “dimaksudkan,” “mungkin,” “pandangan” “rancangan,” “berpotensi,” “menjangkakan,” “projek,” “cari,” “harus,” “akan,” “mungkin akan,” dan penyataan yang serupa yang bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan yang memandang ke hadapan, walaupun bukan semua kenyataan yang memandang ke hadapan mengandungi perkataan mengenal pasti ini. Kenyataan ini mungkin termasuk kenyataan yang berkaitan dengan arah aliran atau jangkaan berkaitan dengan kesan inisiatif yang ada dan mana-mana masa depan kami, strategi, pelaburan dan rancangan, termasuk rancangan Penciptaan Semula kami, dan juga arah aliran di atau jangkaan berhubung dengan hasil kewangan kami dan model pertumbuhan jangka panjang dan pemacu; operasi kami di A.S. dan China; usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus kami; rakan kongsi kami; arah aliran ekonomi dan pengguna, termasuk kesan tekanan inflasi; kesan penterjemahan mata wang asing; tindakan penentuan harga strategik; pertukaran pengendalian pasaran tertentu kepada model berlesen sepenuhnya; rancangan kami untuk memperkemas operasi kami, termasuk pembukaan kedai, penutupan dan perubahan dalam format dan model kedai; kejayaan hubungan pelesenan kami dengan Nestlé, daripada barangan bungkusan pengguna dan perniagaan perkhidmatan makanan kami dan kesannya terhadap hasil segmen Pembangunan Saluran kami; kadar cukai; peluang perniagaan, pengembangan dan inisiatif baharu, termasuk Starbucks Odyssey; pemerolehan strategik; program dividen kami; kos komoditi dan strategi mitigasi kami; kecairan kami, aliran tunai daripada operasi, pelaburan, keupayaan meminjam dan penggunaan perolehan; meneruskan pematuhan dengan kovenan kami di bawah kemudahan kredit dan program surat perdagangan kami; pemindahan keluar wang tunai ke A.S.; besar kemungkinan pengeluaran hutang tambahan dan kadar faedah yang terpakai; kesan berterusan pandemik COVID-19 terhadap penyata kewangan kami dan ketersediaan masa depan subsidi kerajaan untuk COVID-19 atau peristiwa kesihatan awam yang lain; peralihan ceo kami; program belian balik saham kami; penggunaan wang tunai dan keperluan wang tunai; kesan yang dijangka pengumuman perakaunan baharu dan kesan teranggar perubahan dalam undang-undang cukai A.S., termasuk pada kadar cukai, pelaburan yang dibiayai oleh perubahan ini dan hasil yang berpotensi; dan kesan prosiding undang-undang. Kenyataan sedemikian adalah berdasarkan maklumat operasi, kewangan dan bersaing yang tersedia pada masa ini dan tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian. Hasil masa depan sebenar dan arah aliran mungkin banyak bergantung pada pelbagai faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: kesan berterusan COVID-19 terhadap perniagaan kami; langkah-langkah kawal selia atau tindakan sukarela yang boleh ditetapkan untuk mengehadkan sebaran COVID-19, termasuk sekatan pada operasi perniagaan atau keperluan penjarakan sosial dan jangka masa dan keberkesanan sekatan sedemikian; kebangkitan semula jangkitan COVID-19 dan penyebaran varian COVID-19 yang baru; naik turun dalam ekonomi dan mata wang U.S. dan antarabangsa; kebolehan kami untuk memelihara, membesarkan dan mengumpilkan jenama kami; kebolehan rakan kongsi perniagaan dan penyedia pihak ketiga kami untuk memenuhi tanggungjawab dan komitmen mereka; kesan negatif yang berpotensi yang melibatkan penyakit bawaan makanan atau minuman, pengacauan, pengadukan makanan, pencemaran atau pelabelan yang salah; kesan negatif yang berpotensi pelanggaran material sistem teknologi maklumat kami ke takat kami mengalami pelanggaran material; kegagalan material sistem teknologi maklumat kami; kod berkaitan dengan, dan pelaksanaan, inisiatif dan rancangan Syarikat; inisiatif dan rancangan baharu atau penyemakan terhadap inisiatif atau rancangan yang ada; kebolehan kami untuk memperoleh pembiayaan mengikut syarat-syarat yang boleh diterima; penerimaan produk Syarikat oleh pelanggan kami, mengembangkan keutamaan pengguna dan citarasa dan perubahan dalam tingkah laku perbelanjaan pengguna; pelaburan rakan kongsi, perubahan dalam ketersediaan dan kos buruh termasuk sebarang kesatuan yang mengatur usaha dan tindak balas kami terhadap usaha sedemikian; kegagalan untuk menarik atau mengekalkan eksekutif penting atau bakat pekerja atau peralihan eksekutif yang berjaya; kos logistik yang meningkat secara ketara; tekanan inflasi; kesan persaingan; risiko yang wujud mengendalikan perniagaan global termasuk sebarang kesan negatif yang berpotensi berpunca daripada serangan Ukraine oleh Rusia; harga dan ketersediaan kopi, tenusu dan bahan mentah lain; kesan prosiding undang-undang; dan kesan perubahan dalam undang-undang cukai dan garis panduan dan peraturan yang berkaitan yang mungkin dilaksanakan, termasuk Akta Pengurangan Inflasi 2022 dan risiko lain yang terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk dalam bahagian “Faktor Risiko” dan “Perbincangan Pengurusan dan Keadaan Kewangan dan Hasil Operasi” laporan berkala yang difailkan kali terakhir syarikat di Borang 10-K dan Borang 10-Q dan pemfailan berikutan.
Kenyataan yang memandang ke hadapan adalah baik ramalan mahupun jaminan peristiwa atau keadaan masa depan, dan peristiwa atau keadaan masa depan itu mungkin tidak berlaku. Anda tidak harus mengharapkan pada kenyataan yang memandang ke hadapan secara tidak wajar, yang hanya digambarkan tarikh keluaran ini. Kami tidak wajib untuk mengemas kini atau mengubah sebarang kenyataan yang memandang ke hadapan tersebut, sama ada akibat maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53364481/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
DATAXET MEMPAMERKAN PLATFORM DXT360™ DAN RANGKA KERJA EVO™ SEBAGAI PERANTI UNTUK MEMPERKASAKAN KOMUNIKASI JENAMA DI DALAM EKONOMI PERHATIAN
| Dataxet Limited, sebuah syarikat risikan media terkemuka, telah mempamerkan platform DXT360™ dan rangka kerja EVO™ mereka sebagai peranti untuk memperkasakan komunikasi jenama di dalam ekonomi perhatian pada satu seminar yang diadakan pada 15 Mac, 2023 di Bangkok. Seminar itu yang bertajuk "Risikan Media Generasi Seterusnya: Era Baharu bagi Membina Jenama yang disalurkan dengan Data" menampilkan pakar-pakar dan penceramah terbilang yang membincangkan mengenai perubahan landskap media dan kesannya terhadap jenama dan organisasi. Prof. Madya Dr. Smith Boonchutima, Pensyarah di Jabatan Perhubungan Awam, Fakulti Seni Komunikasi, Universiti Chulalongkorn; Encik Robert Kabus, Ketua Pegawai Strategi dan Rakan Pengurusan di Dataxet Pte Ltd; Cik Sawita Bekanan, Pengurus Penganalisis Maklumat di Dataxet Limited; dan Cik Nualnissa Ubolpong, Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam di Thai Bridgestone Co., Ltd., berkongsi wawasan dan pandangan mereka dengan lebih 100 hadirin daripada syarikat terkemuka dan agensi kerajaan. Dr. Boonchutima berkata risikan media adalah penting kepada satu strategi komunikasi yang berjaya, terutamanya dalam era "Ekonomi Perhatian" di mana jenama menghadapi persaingan yang sengit untuk penglibatan pengguna. Encik Kabus dan Cik Bekanan seterusnya berkongsi cara bagaimana jenama boleh memanfaatkan peranti baharu dan rangka kerja strategik untuk menghadapi cabaran di tempat pasaran baharu ini. Data yang disalurkan, diterajui oleh Maklumat: mengubah data besar menjadi maklumat yang berharga Encik Kabus dan Cik Bekanan menekankan kuasa bagi platform DXT360™, satu set komprehensif bagi alat pemantauan dan analisis yang membantu pelanggan untuk lebih memahami audiens dan pesaing mereka. Data dari seluruh media sosial, dalam talian dan arus perdana dihantar di dalam satu platform bersepadu dan mesra pengguna. Jadi, pelanggan daripada semua industri, termasuk kewangan, penjagaan kesihatan, automotif dan barangan pengguna, antara lain, boleh menyesuaikan papan pemuka mengikut keperluan dan matlamat unik mereka. Semasa seminar itu, Dataxet juga memperkenalkan rangka kerja EVO™ (Pengalaman-NIlai-Tawaran), sebuah alat proprietari yang membuka kunci bagi maklumat baharu dengan menyaring data ke dalam tiga pemacu universal bagi persepsi dan niat penonton. Ini memperkasakan jenama untuk melibatkan audiens secara strategik sambil bergerak pada kelajuan dan skala Ekonomi Perhatian. "Menangani cabaran ekonomi perhatian memerlukan peralatan dan pendekatan baharu," kata Encik Kabus, "Produk generasi seterusnya kami direka untuk memperkasakan pembuatan keputusan yang lebih bijak, lebih pantas dan lebih strategik untuk membantu pelanggan melibatkan audiens yang sukar difahami ini dengan lebih berkesan." Maklumat mengenai Dataxet Limited Dataxet Limited (dataxet:infoquest), dahulunya dikenali sebagai InfoQuest Limited, ialah sebuah risikan media dan agensi berita terkemuka di Thailand. Ia adalah sebahagian daripada Dataxet Pte Ltd (Dataxet), kumpulan risikan media yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan ibu pejabatnya di Singapura dan anak syarikat berada di Malaysia, Indonesia dan Thailand. dataxet:infoquest menawarkan platform risikan media yang mantap dengan liputan menyeluruh mengenai berita media arus perdana, sosial, dalam aliran, kandungan, trend dan isu-isu. Rangka kerja EVO™ itu mengubah data platform menjadi maklumat audiens yang bernilai tinggi dan strategi komunikasi yang boleh diambil tindakan. Sinergi di antara keupayaan global Dataxet dan kepakaran tempatan dataxet:infoquest menyediakan kepada pelanggan dengan perkhidmatan dan sokongan yang luar biasa yang membantu mereka mencapai matlamat perniagaan mereka. Laman web Thailand: www.dataxet.co Laman web Kumpulan: www.dataxet.com SUMBER: Dataxet Limited http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16932 |
Tuesday, March 21, 2023
CURIA MELANTIK PHILIP MACNABB SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
“Bagi pihak Lembaga Pengarah, kami mengucapkan terima kasih kepada John Ratliff atas kemajuan luar biasa yang capai Curia sepanjang tempoh perkhidmatannya,” kata ahli lembaga Curia, Sean Cunningham, pengarah urusan, GTCR dan William McMullan, pengarah urusan, Carlyle. “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Phil, seorang eksekutif berpengalaman yang mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan dalam memfokuskan syarikat kepada cadangan nilai teras mereka, meningkatkan pengalaman pelanggan dan membina organisasi dengan nilai sebenar dan pengekalan. Curia berada pada kedudukan yang baik dalam pasaran CDMO yang kian berkembang, kami teruja untuk melihat keadaan syarikat di bawah kepimpinan Phil."
Encik Macnabb mengulas: “Curia ialah sebuah syarikat unik yang mempunyai dengan kepakaran saintifik yang mendalam merentas tawaran hujung ke hujungnya. Kami mempunyai individu yang luar biasa dalam komuniti Curia global yang sangat termotivasi dengan tujuan murni kami untuk menambah baik kehidupan pesakit. Seterusnya, kami akan memberi tumpuan untuk mencipta nilai yang mampan untuk pelanggan dan pekerja.”
Macnabb menyertai Curia setelah sekian lama berkecimpung dalam peranan kepimpinan di pelbagai syarikat dalam industri penjagaan kesihatan. Sebelum itu, Macnabb memegang jawatan kanan dalam segmen teknologi, pengagihan dan produk pengguna. Beliau menerima MBA dari Universiti Chicago dan BS dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Purdue.
Perihal Curia
Curia merupakan sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak terkemuka yang menyediakan produk dan perkhidmatan daripada R&D melalui pembuatan komersial kepada pelanggan farmaseutikal dan biofarmaseutikal. Hampir 4,000 pekerja Curia di 29 lokasi di seluruh A.S., Eropah dan Asia membantu pelanggannya beralih daripada rasa ingin tahu kepada pemulihan. Ketahui lebih lanjut di CuriaGlobal.com.

