Saturday, July 20, 2024

XSOLLA MENGAMBIL ALIH LFG UNTUK MENINGKATKAN KETERSAMBUNGAN PERMAINAN DAN PERDAGANGAN





Pengambilalihan Strategik Bertujuan Memperkasa Pencipta dan Meningkatkan Keterlibatan Pengguna Merentasi Platform


LOS ANGELES, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan pengambilalihan LF.Group, peneraju dalam penyelesaian digital untuk komuniti permainan. Kerjasama strategik ini bersedia mengubah cara pembangun berhubung dengan khalayak masing-masing dan menguruskan transaksi merentasi pelbagai platform, menyepadukan teknologi canggih untuk menambah baik pengalaman pencipta dan pemain.

Presiden Xsolla, David Stelzer, berkongsi maklumat, “Melabur dalam teknologi dan menyediakan penyelesaian berinovatif yang meningkatkan pengalaman permainan bagi pembangun menjadi teras kepada strategi kami. Pengambilalihan ini akan memperkaya keupayaan kami dengan ketara melalui penggabungan kekuatan teknologi LF.Group dalam rangka kerja perdagangan kami.”

LF.Group telah memainkan peranan penting dalam penyelesaian ketersambungan pemain, terutamanya melalui teknologi bot Diskord canggih, yang merupakan perkara utama kepada pengambilalihan ini. Teknologi ini memudahkan interaksi dan transaksi yang dipertingkat dalam komuniti permainan, sejajar dengan strategi Xsolla untuk menyokong pembangun permainan dan penerbit menjana pendapatan kandungan masing-masing dengan berkesan.

Alexey Moiseenkov, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama LF.Group, menekankan matlamat bersama pengambilalihan tersebut. “Kami amat teruja untuk membawa teknologi dan visi kami ke Xsolla. Bersama-sama, kami menyasar untuk mewujudkan persekitaran permainan yang lebih berhubung dan mesra transaksi, berkembang melangkaui platform tradisional untuk memasukkan perkhidmatan pemesejan utama seperti WhatsApp.”

Kerjasama itu akan memberikan tumpuan kepada penyelesaian perdagangan Xsolla, Xsolla Mall. Penyelesaian ini memudahkan pengedaran kandungan permainan melalui kedai berjenama tersuai pempengaruh dan kedai secara langsung kepada pengguna. Tujuan penyelesaian tersebut ialah untuk mengembangkan rangkaian pengambilalihan pempengaruh dan meningkatkan pengedaran item maya dan kunci permainan secara global. Semasa penyepaduan berjalan, kedua-dua syarikat komited untuk menumpukan kepada pengalaman pengguna akhir, memastikan bahawa inovasi yang dibangunkan berupaya memberikan impak dan mesra pengguna.

Untuk maklumat lanjut tentang pengambilalihan, sila kunjungi: xsolla.pro/lfg.

Maklumat Tentang Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri tersebut. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com.

Maklumat Tentang LF.GROUP

LF.Group membangunkan kit peralatan yang mengandungi platform Web, bot LFG dalam Diskord dan aplikasi mudah alih. Semua itu mempunyai satu tujuan: mencipta cara paling mudah untuk berhubung dengan pemain lain yang mempunyai tahap kemahiran dan minat yang sama. Walau apa pun permainan yang sering anda main, sesetengah individu sepadan dengan slot masa dan matlamat dalam permainan anda dengan sempurna. Peralatan LFG menyokong semua kriteria ini dan lebih banyak lagi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54095714/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18338

BANLE ENERGY BERJAYA MENYIAPKAN PERKHIDMATAN B24 BIOFUEL BUNKERING DI PELABUHAN KLANG YANG PERTAMA DI MALAYSIA

Pasaran Bahan Api Marin Hijau Global Dijangka Meningkat kepada USD 201.35 Bilion menjelang 2030, pada CAGR 50.4% bermula 2023-2030


HONG KONG, 19 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 28 Jun dan 10 Julai 2024, Banle Energy International Limited, anak syarikat Banle Group (NASDAQ: BANL) (“Banle” atau “Group”) di Hong Kong iaitu sebuah syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia-Pasifik (“Banle Energy”), mengumumkan kejayaan menyiapkan dua perkhidmatan penampungan bahan api bio B24 untuk Yang Ming Marine Transport Corporation (“Yang Ming”) yang merupakan salah satu daripada 10 syarikat penghantaran kontena terbaik di dunia. Kejayaan ini dicapai dengan kerjasama Green Marine Supply SDN. BHD. (“Green Marine Supply”) dan Armada Meridian SDN. BHD. (“Armada Meridian”) Pelabuhan Klang di Malaysia, melakar sebagai pembekal bunker biobahan api pertama di pelabuhan tersebut, sebagai mewakili langkah penting yang telah diambil oleh Group dalam menyahut seruan global transformasi rendah karbon dalam sektor industri perkapalan.

Dengan menerima pakai Strategi International Maritime Organization (IMO) 2023 mengenai Pengurangan bagi Green House Gas (GHG) daripada Kapal dan Peraturan FuelEU Maritime yang mempercepatkan penyahkarbonan bahan api kapal, yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, Banle Energy telah secara proaktif merebut peluang dengan mendapatkan pensijilan ISCC EU, yang mana ia merupakan pensijilan bertujuan untuk biofuel dan tenaga di EU, yang diiktiraf oleh European Commission (EC) untuk Renewable Energy Directive (RED II) dan pensijilan ISCC Plus, iaitu pensijilan yang bertujuan untuk makanan, bahan makanan, produk berasaskan bio, tenaga dan biofuel di luar Eropah dan/atau di luar skop RED II, seawal 2023, meletakkan dirinya sebagai salah satu fasilitator bunker perintis dalam industri bahan api marin hijau.

Dalam perbincangan iklim Bonn pada 3 Jun 2024, IMO menggariskan kemajuan terkini dan rancangan untuk menyahkarbon perkapalan global menjelang 2050, ini termasuklah sasaran keazaman untuk mencapai sekurang-kurangnya 5% daripada tenaga yang digunakan oleh perkapalan antarabangsa adalah pelepasan bahan api sifar menjelang 2030. Menurut Dana Pampasan Pencemaran Minyak Sumber Kapal China, ini membayangkan bahawa industri perkapalan, yang menggunakan hampir 400 juta tan bahan api tradisional setahun, akan diperlukan untuk mengurangkan dan menggantikan bahan api tradisional sebanyak 20-40 juta tan menjelang 2030, dengan bahan api alternatif baru muncul seperti biofuel, LNG, LPG dan metanol. Kejayaan Banle Energy menyiapkan perkhidmatan penampungan bahan api bio B24 menunjukkan dedikasinya terhadap matlamat global ini.

Memandangkan industri perkapalan mempercepatkan usaha untuk memenuhi matlamat penyahkarbonan, terdapat aliran peningkatan yang sepadan dalam kedua-dua penggunaan bahan api marin hijau dan potensi pasarannya. Menurut syarikat penyelidikan pasaran yang terkenal di peringkat antarabangsa Exactitude Consultancy, pasaran bahan api marin hijau global dijangka berkembang daripada USD 11.57 bilion pada 2023 kepada USD 201.35 bilion menjelang 2030, dengan CAGR sebanyak 50.4% dalam tempoh ramalan. Menyedari peluang yang menggalakkan ini, Group telah mengukuhkan komitmennya untuk meneroka dan mengembangkan portfolio pilihan bahan api alternatif yang tersedia untuk pelanggan.

Pelabuhan Klang ialah pelabuhan terbesar di Malaysia dan antara 20 pelabuhan tersibuk yang teratas di dunia, diletakkan di negeri pengeluar utama bagi KDNK negara, menonjolkan peranan pentingnya dalam ekonomi Malaysia.

Biobahan api B24 ialah campuran Used Cooking Oil Methyl Ester (UCOME) dan bahan api marin tradisional. Berbanding dengan bahan api marin tradisional, campuran biofuel B24 diunjurkan dapat mengurangkan kira-kira 20% daripada pelepasan Greenhouse Gas (GHG). Perkongsian antara kilang penapisan tempatan dan Banle Energy ini bukan sahaja memastikan bekalan biobahan api yang stabil di rantau ini, tetapi juga menyediakan sokongan padu untuk pengembangan perniagaan BANL di rantau Asia-Pasifik.

Teck Lim Chia, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, melahirkan rasa bangganya kerana berjaya mencapai pencapaian penting ini, dengan menyatakan, “Kami berbesar hati untuk memudahkan perkhidmatan penampungan biofuel B24 yang pertama di Pelabuhan Klang. Pencapaian ini bukan sahaja menandakan satu langkah penting dalam perjalanan pembangunan mampan Kumpulan tetapi juga menunjukkan sumbangan kami kepada peralihan rendah karbon industri perkapalan global. Banle Energy akan terus mengembangkan skop perniagaannya dan terus komited untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan pemilik kapal, mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pembekal bahan api kapal terkemuka di rantau Asia-Pasifik.”

Mengenai Kumpulan Banle

Ditubuhkan pada 2015, CBL International Limited (Nasdaq: BANL) ialah kenderaan penyenaraian Banle Group, sebuah syarikat logistik bahan api marin yang bereputasi di rantau Asia Pasifik. Kami komited untuk menyediakan penyelesaian sehenti kepada pelanggan untuk mengisi semula minyak kapal. Aktiviti perniagaan Banle Group tertumpu terutamanya di lebih 55 pelabuhan utama meliputi Belgium, China, Hong Kong, Jepun, Korea, Malaysia, Mauritius, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki dan Vietnam, sehingga setakat 15 Mei 2024. Kumpulan tersebut secara aktif mempromosikan penggunaan bahan api alternatif dan dianugerahkan dengan pensijilan ISCC EU dan ISCC Plus.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat kami, sila lawati tapak web kami di: https://www.banle-intl.com.

Pernyataan prospektif

Sesetengah pernyataan dalam pengumuman ini bukanlah fakta sejarah tetapi pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif biasanya disertai perkataan seperti “percaya,” “mungkin,” “boleh,” “akan,” “anggarkan,” “teruskan,” “jangkakan,” “bertujuan,” “jangka,” “merancang,” “patut,” “akan,” “rancangan,” “masa hadapan,” “harapan,” “potensi,” “unjur” dan ungkapan serupa yang meramal atau menunjukkan peristiwa atau trend masa hadapan atau yang bukan pernyataan atau hal ehwal sejarah, tetapi ketiadaan perkataan-perkataan ini bukanlah bermakna sesuatu pernyataan bukan pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif termasuk, tetapi tidak terhad kepada pernyataan tentang anggaran dan ramalan metrik prestasi dan unjuran peluang pasaran. Pernyataan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui serta berdasarkan pelbagai andaian, sama ada dikenal pasti atau tidak dalam siaran akhbar ini dan dalam jangkaan pengurusan BANL serta bukanlah ramalan prestasi sebenar. Pernyataan prospektif ini diberikan untuk tujuan gambaran sahaja dan bukanlah bertujuan untuk dijadikan sebagai dan tidak boleh dibuat bergantung harap oleh sebarang pelabur sebagai jaminan, ramalan atau pernyataan muktamad untuk fakta atau kemungkinan. Peristiwa dan keadaan sebenar adalah sukar dan mustahil untuk dijangka dan akan berbeza daripada andaian. Banyak peristiwa dan keadaan di luar kawalan BANL. Beberapa faktor penting yang mungkin menyebabkan hasil sebenar jauh berbeza daripada dalam pernyataan prospektif boleh termasuk perubahan dalam perniagaan domestik dan asing, keadaan pasaran, kewangan, politik dan undang-undang. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengubah sebarang pernyataan prospektif secara awam bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan yang berlaku kemudian, atau perubahan jangkaannya, kecuali yang mungkin diperlukan oleh undang-undang. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif ini adalah munasabah, ia tidak dapat memberi jaminan kepada anda bahawa jangkaan tersebut akan betul dan Syarikat memberi amaran kepada pelabur bahawa hasil sebenar mungkin jauh berbeza daripada hasil yang dijangkakan dan menggalakkan pelabur untuk menyemak faktor lain yang boleh menjejaskan keputusan masa depannya dalam penyataan pendaftaran Syarikat dan pemfailan lain dengan SEC.

CBL INTERNATIONAL LIMITED
(Diperbadankan di Kepulauan Cayman dengan liabiliti terhad)


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
CBL International Limited
E-mel: investors@banle-intl.com

Strategic Financial Relations Limited

Shelly Cheng Tel:(852) 2864 4857
Iris Au Yeung Tel:(852) 2114 4913
Emel: sprg_cbl@sprg.com.hk

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f795d16f-8ecb-4aaf-b8e3-2323e53e5b0b

SUMBER: CBL International Limited

--BERNAMA

MPC TINGKATKAN KECEKAPAN PEMBINAAN HOSPITAL SWASTA DI PAHANG

PUTRAJAYA, 19 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah berjaya menganjurkan "Bengkel Peningkatan Produktiviti Melalui Pengukuhan Kemahiran Dalam Projek Rintis Pembinaan Pantas di Temerloh Bersama Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS)” di Putrajaya, semalam. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MPC, Zahid Ismail, yang turut dihadiri oleh 42 peserta mewakili pelbagai pihak berkepentingan utama dalam sektor pembinaan kesihatan.

Bengkel ini menyaksikan penyertaan wakil dari Bahagian Dasar & Hubungan Antarabangsa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), CKAPS, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM, Bomba Pahang, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Kulim, pemaju, dan perunding projek. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mempertingkatkan kefahaman mengenai keperluan pembinaan berkaitan peraturan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memperbaiki proses sedia ada bagi meningkatkan kecekapan melalui projek rintis inisiatif pembinaan pantas sebuah hospital swasta di Temerloh, di bawah program GovX Pahang 1st.
 
Dalam ucapannya, Zahid Ismail menegaskan, kepentingan projek rintis ini sebagai sebahagian daripada usaha mempercepatkan proses pembinaan di Pahang, khususnya untuk hospital swasta. "Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam pembinaan tetapi juga memastikan semua proses dan kelulusan yang diperlukan dapat diselaraskan dan dipatuhi dengan lebih baik”, ujar beliau.
 
Dalam bengkel ini, beberapa penyelarasan telah dibuat bagi memudahcara kelulusan. Antaranya kelulusan Borang 1, Bahagian 1 yang mana pihak pengawalselia bersetuju untuk memberi kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja sekiranya perunding mematuhi ulasan dan mengemukakan permohonan lengkap seperti yang dipersetujui dalam bengkel ini. Kelulusan ini memberi peluang kepada perunding untuk mengemukakan permohonan pelan bangunan kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bagi tujuan proses pembinaan seterusnya.
 
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti dalam sektor pembinaan dan kesihatan, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta menarik lebih banyak pelaburan. Langkah ini bakal memperkukuh kedudukan Pahang sebagai pusat pelaburan yang produktif dan berdaya saing. Penambahbaikan yang dilaksanakan dijangka membawa kepada tadbir urus yang lebih baik, peningkatan produktiviti, dan daya saing negara yang lebih tinggi.

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan tiga teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, dan membentuk ekosistem yang teguh. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama.  
 
SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

--BERNAMA

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI PAHANG

 

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- MCMC Negeri Pahang telah mengadakan kolaborasi strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang bagi mengadakan Siri Program Klik Dengan Bijak (KDB) Bersama Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Pahang pada 26 Jun 2024 bertempat di SMK Ringlet, Cameron Highlands dan SMK Seri Bahagia, Temerloh pada 4 Julai 2024 dan di SMK Bentong, Pahang pada 11 Julai 2024.
 
Majlis perasmian penutup program ini telah dihadiri oleh wakil pegawai MCMC, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang serta wakil Pejabat Pendidikan Daerah Bentong, Cameron Highlands dan Temerloh.
 
Majlis penutupan program ini turut dimeriahkan dengan pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Angensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bentong (AADK) Kolej Widad, dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
 
SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my           

--BERNAMA

Friday, July 19, 2024

TINJAUAN FICO: 1 DALAM 3 RAKYAT MALAYSIA MENOLAK PROSES PERMOHONAN BANK, KAD KREDIT DISEBABKAN SEMAKAN ID YANG KOMPLEKS




Dalam dunia yang mengutamakan digital, pengesahan identiti tidak boleh menghalang perniagaan baharu

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 

FICO (NYSE: FICO):

Sorotan
  • Perlindungan penipuan yang baik ialah keutamaan paling penting bagi rakyat Malaysia, diikuti dengan kemudahan penggunaan dan kemudian nilai
  • Tujuh daripada sepuluh pengguna menjangkakan untuk menjawab 10 soalan atau kurang atau mereka akan meninggalkan proses permohonan akaun simpanan
  • Semakan identiti semakin meningkat tetapi tiga daripada sepuluh rakyat Malaysia akan menghentikan atau mengurangkan penggunaan akaun sedia ada jika pengalaman pengesahan identiti lemah
Peneraju perisian analisis global FICO pada hari ini melancarkan penyelidikan penipuan pengguna global terkini, menegaskan bahawa pengguna di Malaysia mempunyai toleransi yang rendah terhadap pengalaman digital yang tidak cekap apabila membuka akaun melalui aplikasi mudah alih atau laman web. Menurut kajian itu, rakyat Malaysia yang memilih akaun kewangan baharu meletakkan nilai tinggi pada perlindungan penipuan yang baik dan kemudahan penggunaan.

Hampir dua daripada tiga (64%) menjangkakan untuk menjawab 10 soalan atau kurang atau mereka akan meninggalkan proses permohonan akaun bank peribadi. Satu daripada tiga (33%) akan berhenti menyertai jika ditanya lebih daripada lima soalan.

Tanpa mengambil kira bilangan soalan yang ditanya, satu daripada empat rakyat Malaysia akan berhenti meneruskan proses permohonan akaun bank peribadi selepas 10 minit.

Maklumat lanjut: https://www.fico.com/en/latest-thinking/ebook/consumer-survey-2023-digital-banking-customer-preferences-and-fraud-controls

“Pengguna Malaysia telah menerima guna perbankan digital dengan pantas dan jangkaan mereka semakin berkembang,” kata Aashish Sharma, pemimpin segmen APAC untuk kitaran hayat risiko dan pengurusan keputusan di FICO. “Penyelidikan FICO menunjukkan permintaan semakin meningkat untuk pengalaman pembukaan akaun yang lancar. Institusi kewangan yang boleh memperkemas proses masing-masing akan berada pada kedudukan terbaik untuk mengekalkan pelanggan dan menambah baik kepuasan.”

Kekecewaan Pertikaian Melebihi Kebimbangan Penipuan

Pada tahun lalu, separuh daripada rakyat Malaysia memperhatikan lebih banyak semakan identiti dibuat apabila mereka log masuk ke akaun bank (51%) atau membuat pembelian dalam talian (49%).

Peningkatan dalam semakan identiti oleh bank Malaysia ini ialah respons secara langsung kepada isu kecurian identiti yang ketara di negara ini. Hampir satu daripada sepuluh pengguna (7%) telah mengesahkan bahawa identiti mereka telah digunakan dengan penipuan untuk membuka akaun, manakala satu daripada tiga (30%) mengesyaki perkara ini berlaku.

Walaupun begitu, kekecewaan dengan semakan identiti boleh mengubah tingkah laku pengguna. Tinjauan FICO mendedahkan bahawa tiga daripada sepuluh pelanggan bank sama ada telah menghentikan atau mengurangkan penggunaan akaun bank peribadi dan kad kredit sedia ada mereka, memetik sifat membebankan dan memakan masa proses pengesahan identiti ini.

Majoriti yang jelas rakyat Malaysia (70%) memperhatikan lebih banyak semakan identiti pada tahun lalu apabila mereka log masuk ke akaun bank atau membuat pembelian dalam talian.

Lebih Penelitian dalam Proses Permohonan Gadai Janji dan Pinjaman

Pengguna Malaysia menunjukkan tahap kesabaran berbeza untuk proses pembukaan akaun yang berlainan. Mereka berkemungkinan besar meninggalkan proses permohonan akaun simpanan (41%) atau akaun bank peribadi (39%) disebabkan semakan identiti yang rumit atau memakan masa.

Hampir satu daripada tiga telah meninggalkan proses permohonan kad kredit (31%) atas sebab yang sama, manakala hampir satu daripada empat (24%) menjadi amat kecewa sehingga meninggalkan proses permohonan pinjaman gadai janji.

Di samping itu, hanya satu daripada sepuluh pengguna Malaysia (11%) berasa selesa membuka akaun gadai janji melalui saluran digital, manakala sebahagian besar iaitu 47% memilih untuk memohon pinjaman peribadi secara bersemuka di cawangan, daripada memilih alternatif dalam talian.

Walaupun sesetengah pengguna lebih bertoleransi dengan proses terperinci untuk produk kewangan tertentu yang memerlukan penelitian menyeluruh, tinjauan tersebut jelas menunjukkan bahawa jangkaan untuk kemudahan penggunaan kekal tinggi.

“Bank yang menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan digital untuk kelulusan pinjaman dalam talian lebih pantas mesti menangani kekecewaan yang berpunca daripada semakan identiti yang rumit dan terlalu lama,” tambah Sharma. “Lebih separuh daripada rakyat Malaysia (52%) tidak akan melengkapkan proses permohonan gadai janji digital (52%) atau permohonan pinjaman peribadi sekiranya mempunyai lebih daripada sepuluh soalan.”

Penghargaan untuk Kelebihan Aplikasi Digital

Apabila ditanya tentang manfaat membuka akaun secara digital melalui aplikasi penyedia perkhidmatan, berupaya melakukan proses itu pada bila-bila masa (69%) dikenal pasti sebagai kelebihan utama, diikuti dengan berupaya membuka akaun di mana-mana sahaja (65%). Begitu juga, rakyat Malaysia meletakkan kedudukan boleh membuka akaun pada bila-bila masa (71%) sebagai kelebihan utama melalui laman web penyedia perkhidmatan, diikuti dengan kelajuan (63%)

Sebaliknya, tiga daripada empat (77%) rakyat Malaysia percaya proses permohonan di cawangan menawarkan keselamatan yang lebih baik, dengan kurang daripada separuh (44%) mengenal pasti keselamatan sebagai manfaat aplikasi akaun digital melalui aplikasi penyedia perkhidmatan dan hampir dua daripada lima (38%) melalui laman web penyedia perkhidmatan.

“Memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna tidak sepatutnya melibatkan kos keselamatan dan langkah antipenipuan,” kata Sharma. “Cabaran dihadapi dalam mencari titik optimum antara keselamatan dan kemudahan, terutamanya untuk produk bernilai tinggi dan interaksi yang terdedah kepada risiko. Pengguna mencari proses suai tugas dan semakan identiti yang lebih pintar, bukan proses yang lebih berisiko. Bank boleh mencapai ini dengan memanfaatkan teknologi seperti pengesahan identiti yang dipertingkat, analisis sejarah transaksi, perbankan dan pangkalan data kerajaan yang terbuka untuk mempercepat proses tanpa menjejaskan keselamatan.”

Tinjauan itu dijalankan pada bulan November 2023 oleh syarikat penyelidikan bebas yang mematuhi standard industri penyelidikan. 1,001 rakyat dewasa Malaysia ditinjau, bersama dengan kira-kira 12,000 pengguna lain di Kanada, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Mexico, Filipina, Indonesia, India, Singapura, Thailand, U.K. dan Sepanyol.

Maklumat Tentang FICO

FICO (NYSE: FICO) memperkasa keputusan yang membantu orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia berkembang maju. Ditubuhkan pada tahun 1956, syarikat tersebut ialah perintis dalam penggunaan analisis ramalan dan sains data untuk menambah baik keputusan operasi. FICO memegang lebih daripada 200 paten Amerika Syarikat dan negara asing mengenai teknologi yang meningkatkan keuntungan, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan untuk perniagaan dalam perkhidmatan kewangan, insurans, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, runcit dan banyak lagi industri lain. Menggunakan penyelesaian FICO, perniagaan di lebih 100 negara melakukan segalanya daripada melindungi 4 bilion kad pembayaran daripada penipuan, kepada menambah baik keterangkuman kewangan dan meningkatkan kebingkasan rantaian bekalan. Skor FICO®, yang digunakan oleh 90% pemberi pinjaman terkemuka Amerika Syarikat, ialah ukuran standard risiko kredit pengguna di Amerika Syarikat dan telah tersedia di lebih 40 negara lain, menambah baik pengurusan risiko, akses kredit dan ketelusan. Ketahui lebih lanjut di www.fico.com

Sertai perbualan di https://x.com/FICO_corp & http://www.fico.com/en/blogs/
Untuk sumber berita dan media, sila kunjungi www.fico.com/news.

FICO ialah tanda dagangan berdaftar Fair Isaac Corporation di Amerika Syarikat dan negara lain.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18331

GRADIANT MELANCARKAN ALKALI, DIKUASAKAN OLEH EC2, PROSES PENGELUARAN LITIUM GRED BATERI PALING CEKAP DI DUNIA

 

alkaLi berdedikasi untuk mempercepat penskalaan pengeluaran litium gred bateri dan dikuasakan oleh EC2, satu-satunya penyelesaian semua dalam satu di dunia yang direkayasa untuk Mengekstrak, Memekatkan dan Menukar litium gred bateri. (Grafik: Business Wire)


Syarikat bebas baharu Gradiant akan mempercepat penskalaan pengeluaran litium gred bateri untuk memenuhi permintaan global untuk EV, storan tenaga dan peranti mudah alih

BOSTON, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air sisa canggih, mengumumkan syarikat bebas baharu alkaLi™, iaitu sebuah syarikat kendiri khusus untuk mempercepatkan penskalaan pengeluaran litium gred bateri. alkaLi dikuasakan oleh EC2satu-satunya penyelesaian semua dalam satu di dunia yang direkayasa untuk Mengekstrak, Memekatkan dan Menukarkan litium gred bateri.

Dengan pengunaan kenderaan elektrik, sistem storan tenaga dan peranti elektronik mudah alih mendorong permintaan global bagi litium, EC2 yang menawarkan kepada pengeluar cara baharu yang belum pernah dicipta sebelum ini untuk mempercepatkan pengeluaran litium. EC2 menampilkan pengeluaran serta-merta yang diukur dalam saat, bukan dalam tahun; untuk mengurangkan 50% kos OPEX lebih rendah dan sifar kos CAPEX; kemampanan peneraju industri dengan mengurangkan karbon dan air; serta mempercepatkan keperluan untuk memenuhi permintaan litium global. Sistem yang lengkap tersebut adalah seimbang, bersepadu dan beradaptasi untuk pelbagai sumber.

EC alkaLi2 sangat modular, sistem tiga peringkat boleh disesuaikan dengan julat sumber paling luas setakat ini, termasuk – air garam, penyejatan dan kitar semula. Teknologi ini boleh diterapkan dalam peringkat penuh atau kendiri, disepadukan dengan infrastruktur tapak sedia ada dengan pilihan untuk memperkasakan pengeluaran dengan SmartOps AI. EC2 telah diuji di makmal dan diperkembangkan serta telah berjaya melengkapkan sistem pembuktian komersial dengan SLB pada 2023. alkaLi akan terus menawarkan fleksibiliti model perniagaan yang menjadi kemasyhuran kepada Gradiant: penyediaan pengeluaran dengan pilihan CAPEX sifar yang syarikat tersebut bina, miliki dan mengendalikan penyelesaiannya.

“Tujuan utama Gradiant adalah untuk memastikan air sentiasa tersedia untuk generasi akan datang. Tujuan itu juga berserta dengan minat yang kuat dalam penyelesaian alam sekitar holistik yang melangkaui pengurusan air, termasuklah kejayaan pengelektrikan dalam kalangan masyarakat kita untuk mengurangkan beban bahan api fosil,” kata Prakash Govindan, COO Gradiant. “Permintaan untuk litium sekarang adalah mengatasi bekalan yang sedia ada. Kami perlu mempercepatkan kapasiti untuk meningkatkan prosesan penyelesaian barangan alkaLi, sebuah syarikat bebas sepenuhnya dengan tumpuan khusus untuk memaksimumkan kecekapan pengeluaran litium gred bateri.”

“Gradiant adalah syarikat lain daripada yang lain. Kami bukan sekadar sebuah syarikat air; tetapi kami juga merupakan syarikat teknologi,” tambahan Siva Kumar Kota, Ketua Teknologi Gradiant. “RO Infinity ialah pencetus revolusi kami dengan mengunakan teknologi Osmosis Songsang Aliran Balas untuk memperkasakan EC2. CFRO beroperasi dengan keperluan tenaga dan air yang jauh lebih rendah untuk menumpukan kepada had menghampiri tepu tanpa meninggalkan kesan kepada alam sekitar yang lazimnya berlaku dalam teknologi yang sedia ada.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18327

ANDAN FOUNDATION MENGUMUMKAN ANUGERAH INOVASI UNTUK PENYERTAAN PELARIAN DENGAN KERJASAMA BERSAMA MIT SOLVE, MASSACHUSETTS INSTITUTE OF TECHNOLOGY

ZURICH, Switzerland, 18 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Yayasan bukan untung kemanusiaan yang berpangkalan di Switzerland, Andan Foundation, dengan kerjasama bersama MIT Solve, daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT), dengan sukacita mengumumkan, pada tahun ini Andan Prize untuk Inovasi dalam Penyertaan Pelarian, yang bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian yang memajukan kemasukan ekonomi, kewangan dan politik daripada pelarian dalam komuniti pengehosan mereka.

Hadiah Andan bernilai ASD50,000 untuk Inovasi Penyertaan Pelarian diberi setiap tahun kepada penyelesaian terbaik dalam menangani keperluan dan cabaran yang dihadapi pelarian dan disasarkan untuk menyokong pendekatan inovatif yang memupuk integrasi, pemberian kuasa dan pembangunan mampan kepada penduduk yang tesingkir.

MIT Solve melancarkan panggilan untuk penyelesaian luar biasa dan pelbagai kepada cabaran global paling mendesak, daripada sesiapa sahaja, tidak kira dari mana di seluruh dunia. Inovator yang terpilih akan memperoleh sokongan MIT dan komuniti penyokongnya untuk meningkatkan impak dan mendorong perubahan yang berterusan.

Inisiatif perkongsian untuk memupuk penyelesaian berinovasi.

Andan Foundation mencari penyelesaian yang menumpukan kepada:
  • Penyertaan Ekonomi dan Mata Pencarian: Membangunkan teknologi dan model perniagaan yang mewujudkan peluang ekonomi mampan bagi pelarian dan penduduk tersingkir.
  • Penyertaan Kewangan: Mencari penyelesaian untuk meluaskan perkhidmatan kewangan mampu milik bagi komuniti kurang kemudahan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
  • Penyertaan Politik: Mencari penyelesaian untuk memberi kuasa kepada komuniti yang terpinggir dengan menangani penyekatan pengundi dan ketiadaan perwakilan.
Pemenang hadiah akan diumumkan di Pusingan Akhir Cabaran Solve pada 23 September 2024 semasa Minggu Persidangan Umum PBB di Bandaraya New York.

Nota kepada Editor

Perihal Andan Foundation

Andan Foundation ialah sebuah yayasan kemanusiaan bukan untung berpangkalan di Switzerland yang ditubuhkan oleh Dr. Christian Kaelin. Ia dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Swiss untuk Pemantauan Yayasan dan diaudit secara tahunan oleh BDO.

Andan mengetuai inisiatif sektor swasta bagi membantu keluarga yang melarikan diri dari tempat tinggal mereka akibat perang, konflik dalaman dan perubahan iklim. Ia mengenal pasti dan membangunkan penyelesaian inovatif serta mampan yang menggalakkan kemandirian pelarian, meningkatkan daya tahan mereka, dan memupuk kemasukan mereka di negara-negara baharu mereka. Andan mengutamakan projek-projek yang memperluas peluang ekonomi, kewangan dan politik untuk populasi pelarian dan masyarakat yang mengalu-alukan mereka. Andan memudahkan dan mendorong perkongsian antara sektor swasta dan agensi PBB, kerajaan, NGO, serta institusi akademik yang prihatin dengan pelarian dan pendatang.

Andan.org

Perihal MIT Solve

MIT Solve ditubuhkan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) untuk menangani cabaran global melalui inovasi dan keusahawanan. Dilancarkan pada 2015, MIT Solve menganjurkan cabaran tahunan yang menarik penyelesaian yang pelbagai serta terdorong teknologi dari seluruh dunia. Inisiatif tersebut menumpukan kepada isu yang mendesak seperti kemampanan, pendidikan, kesihatan dan kemakmuran ekonomi. MIT Solve memberi kuasa kepada usahawan sosial dengan pendekatan inklusif melalui pembiayaan, bimbingan dan hubungan kepada rakan kongsi yang berpengaruh. Model distingtif ini memupuk penyelesaian berskala, membolehkan idea yang membawa perubahan terwujud untuk menjana kesan yang ketara kepada komuniti kurang kemudahan.

solve.mit.edu 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18332