Tuesday, May 20, 2025

NIPPON EXPRESS HOLDINGS Melengkapkan Pemerolehan Saham bagi Cold Chain Bangladesh Limited

TOKYO, 19 Mei, 2025 /Kyodo JBN/ --


NIPPON EXPRESS HOLDINGS, Inc. dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa melalui anak syarikat mereka, Nippon Express (Asia Selatan & Oceania) Pte. Ltd., ia telah memperoleh 20% pegangan saham di dalam Cold Chain Bangladesh Limited (kemudian dari ini "CCBL"), sebuah syarikat logistik yang melibatkan diri di dalam operasi logistik domestik di Bangladesh. Pengambilalihan itu dibuat pada 15 Mei, 2025.

Logo NX:
https://drive.google.com/file/d/1dqm0cxpYamnvMUra1AGXMuGlX932Z353/view?usp=drive_link

Foto mengenai Ahmed Rajeeb Samdani (kiri), seorang pemegang saham bagi CCBL, dan Katsuhito Kobayashi, Presiden bagi Nippon Express (Asia Selatan & Oceania) Pte. Ltd.: https://drive.google.com/file/d/1ufUYlDOF6mPZMK2i9A69ZxPg1jbLe2cU/view?usp=drive_link

Kumpulan NX memasuki pasaran logistik Bangladesh pada tahun 2012 dan telah mengembangkan perniagaan itu terutamanya melalui penyediaan perkhidmatan penghantaran antarabangsa, dengan memberi tumpuan kepada industri pakaian. Kini, sebagai tindak balas kepada permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan logistik domestik dan untuk mengembangkan pangkalan pelanggan mereka di Bangladesh, Kumpulan NX telah mengambil keputusan untuk mengukuhkan lagi operasi logistik domestik mereka di negara itu.

CCBL, yang beribu pejabat di Dhaka, Bangladesh, ialah sebuah syarikat logistik pihak ketiga yang mengkhususkan diri di dalam logistik pengedaran domestik. CCBL mempunyai sebuah infrastruktur logistik di seluruh negara dengan keupayaan untuk mengendalikan semua jenis barangan, termasuk yang memerlukan penyimpanan dan pengangkutan suhu terkawal.

Strategi Kumpulan NX adalah untuk mengukuhkan perniagaan logistik domestik mereka di Bangladesh dengan memanfaatkan rangkaian dan aset logistik domestik CCBL, dengan itu meraih peluang-peluang logistik yang timbul daripada permintaan domestik yang semakin meningkat. Seterusnya, dengan memanfaatkan rangkaian logistik global mereka, termasuk penghantaran, Kumpulan NX akan menyediakan penyelesaian hujung ke hujung bagi rantaian bekalan pelanggan mereka.

Kumpulan NX menyasarkan untuk merealisasikan peluang-peluang pertumbuhan di Bangladesh pada peringkat awal melalui pelaburan ini di dalam pasaran logistik Bangladesh, sekali gus menyumbang kepada penciptaan nilai bagi pelanggan dan pemegang saham mereka.

Gambaran keseluruhan bagi CCBL
(1) Nama Syarikat: Cold Chain Bangladesh Limited
(2) Alamat Ibu Pejabat: Menara Shanta Western, Tingkat 5, 501 & 502, 186, Gulshan-Tejgaon Link Road, Tejgaon I/A, Dhaka-1208
(3) Tapak dan Kemudahan:
- 13 tapak di 10 bandar  raya di Bangladesh (dengan penyimpanan suhu terkawal, lihat peta tapak di bawah)
- 50 kenderaan (termasuk kenderaan suhu terkawal)
(4) Wakil: Rezaul Alam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
(5) Perniagaan: Logistik (penghantaran gudang, pengangkutan trak domestik) dan perkhidmatan nilai tambah yang lain

Peta tapak:
https://drive.google.com/file/d/15tGBLJxpCjEDUZUpyJkiBxJM6MWjPFi2/view?usp=drive_link

Maklumat mengenai Kumpulan NX:
https://drive.google.com/file/d/1g1Rtb9Mie5yhenpOr8A007kKolh1gBJ6/view?usp=drive_link

Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/

Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/

Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

--BERNAMA

Almal Real Estate Development Melancarkan 'The One by Almal' – Memperkenalkan Penanda Aras Baharu dalam Kehidupan Gaya Resort Global Merentasi Asia Tenggara

The One by Almal (Foto: AETOSWire)

BALI, Indonesia, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Almal Real Estate Development, pemaju berpangkalan di UAE yang terkenal dengan pembangunan hartanah mewah, mengumumkan kemasukan strategiknya ke pasaran Asia Tenggara dengan pelancaran 'The One by Almal' di Bali, Indonesia. Pelancaran ini menandakan permulaan pengembangan antarabangsa Almal di bawah pelan pengembangan progresif 2030 mereka, dengan projek-projek tambahan yang sudah dirancang untuk Thailand, Vietnam, Filipina, Seychelles, dan Mauritius.

Menetapkan standard global baharu, 'The One by Almal' memperkenalkan konsep Kediaman Bergaya Resort. Menggabungkan secara harmoni kediaman eksklusif, villa, dan rumah bandar dengan perkhidmatan resort terpilih, program kesejahteraan yang holistik, serta destinasi tempat makan yang unik, projek pertama jenama ini di Nusa Dua akan menawarkan gaya hidup tepi pantai yang lebih premium, direka khas untuk penghuni dan pelancong elit.

"Almal bukan sekadar berkembang, kami membentuk masa hadapan kehidupan bergaya resort di seluruh dunia ," kata Dmitriy Starovoitov , Pengasas Almal Real Estate Development, "Kemasukan kami ke Asia Tenggara adalah langkah strategik, dan dilakukan berdasarkan kejayaan kami yang telah terbukti di UAE, di mana kami telah mencipta rekod dan penanda aras baharu dalam projek-projek hospitaliti dan kediaman mewah."

Rekod prestasi Almal yang mengagumkan termasuk projek-projek seperti The Unexpected Al Marjan Island Hotel & Residence di Ras Al Khaimah—yang diiktiraf kerana mencapai jualan tertinggi—serta Harrisoni Villas di Dubai, koleksi eksklusif villa tepi pantai bernilai lebih $30 juta setiap satu. Pemaju ini juga merupakan pencetus konsep The Smart Space yang bakal menjadi pusat perniagaan berjenama pertama di UAE dalam fasa pra-pembinaan di UAE, mencerminkan komitmen Almal dalam memperkenalkan kelas aset baharu kepada pasaran global yang dinamik.

Selaras dengan strategi pengembangannya, Almal terus meningkatkan aksesibiliti kepada portfolio mereka melalui pelbagai saluran pelaburan tersuai. Pelancaran terkini aplikasi 'The One' merupakan sebahagian daripada visi ini, menawarkan para pelanggan pintu digital yang lancar dan telus untuk meneroka peluang akan datang dalam portfolio global jenama yang semakin berkembang.

"Misi kami bukan sekadar menjayakan pembangunan ikonik—kami ingin membina hubungan yang bermakna dengan pelabur, rakan kongsi, dan pemain industri yang sehaluan, yang berkongsi semangat kami terhadap inovasi dan kecemerlangan," tambah Starovoitov.

The One by Almal menandakan langkah berani seterusnya dalam misi syarikat untuk mentafsirkan semula kehidupan mewah pada pentas global.

Untuk maklumat lanjut, layari www.almal-investments.com dan www.theonebyalmal.com.

Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250515599411/en
 
Contacts

Hubungan Media:
Oksana Vitkovska, Ketua Pemasaran
ov@almal-investments.com
 
Sumber: Almal Real Estate Development

--BERNAMA

AUCNET Memperolehi Usaha Sama Singapura sebagai Anak Syarikat milik 100%

TOKYO, 19 Mei, 2025 /Kyodo JBN/ --

- Meningkatkan Rangkaian Global dan Pertumbuhan Pengedaran Tempatan di ASEAN dan Oceania-

AUCNET INC. (kemudian dari ini: AUCNET), sebuah syarikat reka bentuk pasaran bulat yang beribu pejabat di Bandar raya Minato, Tokyo, dengan sukacitanya ingin mengumumkan pengambilalihan sepenuhnya usaha sama mereka, SG e-Auction Pte. Ltd. (kemudian dari ini: SG e-Auction) Singapura, yang mengendalikan perniagaan pengedaran barangan mewah terpakai di Singapura dan di seluruh ASEAN, dengan tujuan untuk mengembangkan rangkaian pelanggan global dan pengedaran tempatan mereka di rantau ASEAN dan Oceania.

AUCNET telah melancarkan lelongan kereta terpakai masa nyata yang pertama di dunia pada tahun 1985 dan telah berkembang untuk meliputi pelbagai bidang, termasuk produk digital terpakai, motosikal terpakai dan barangan mewah terpakai. Selama bertahun-tahun, ia telah membangunkan kepakaran dan satu rangkaian pengedaran yang kukuh di dalam pasaran sekunder.

Pada tahun 2015, AUCNET telah menubuhkan sebuah anak syarikat, AUCNET CONSUMER PRODUCTS INC. (Ibu pejabat: Bandar raya Minato, Tokyo, Ketua Pegawai Eksekutif: Yasuto Saito, kemudian dari ini: ACP), untuk melibatkan diri di dalam perniagaan jualan semula fesyen. Hari ini, ACP menyokong pengendalian satu daripada lelongan jenama mewah dalam talian yang terbesar Jepun, dengan bekerjasama bersama lebih 5,500 syarikat di seluruh dunia, dan mencapai satu volum urus niaga tahunan lebih daripada 52 bilion yen.

ACP telah mengembangkan perniagaan mereka ke dalam sektor niaga-ke-pengguna atau B2C dengan memperoleh GALLERY RARE Ltd. (Ibu pejabat: Bandar raya Osaka, Osaka, Ketua Pegawai Eksekutif: Fumitoshi Teraoka, kemudian dari ini: GALLERY RARE) pada tahun 2020, dan Defactostandard, Ltd. (Ibu pejabat: Bandar raya Ota, Tokyo, Ketua Pegawai Eksekutif: Yasuto Saito, kemudian dari ini: Defactostandard), yang beroperasi di bawah jenama “Brandear,” pada tahun 2024.

Sebagai sebahagian daripada pengembangan antarabangsa mereka, ACP telah membentuk sebuah usaha sama dengan sebuah kedai pajak gadai terkemuka di Singapura pada tahun 2017. Syarikat itu meneruskan pertumbuhan mereka dengan membuka pejabat di Amerika Utara (Los Angeles, California) dan Eropah (Copenhagen, Denmark) pada tahun 2022, dengan secara aktif mengembangkan perniagaan mereka.

Selaras dengan strategi global mereka untuk perniagaan jualan semula fesyen, AUCNET telah menjadikan syarikat itu sebagai sebuah anak syarikat milik mereka sepenuhnya. Pemerolehan ini mengukuhkan lagi perniagaan global AUCNET di dalam pasaran jualan semula yang berkembang pesat, termasuk barangan mewah, di kawasan ASEAN dan Oceania.

Tujuan bagi Pemerolehan SG e-Auction

(1) Mempercepatkan pengembangan rangkaian itu yang dibina oleh SG e-Auction di rantau ASEAN, sambil meningkatkan perkhidmatan pelanggan bagi 400 ahli mereka yang sedia ada.

(2) Memperluaskan pengedaran di rantau ASEAN dan Oceania, dengan berpusat di sekitar Singapura.

(3) Membangunkan perniagaan jualan semula fesyen AUCNET, yang merangkumi ACP, GALLERY RARE dan Defactostandard.

Untuk mengukuhkan kehadiran jenama AUCNET di rantau ASEAN dan Oceania dan mempercepatkan pengembangan mereka di peringkat antarabangsa, syarikat itu merancang untuk menukar nama mereka kepada AUCNET ASIA Pacific (tentatif) selepas pengambilalihan itu.

AUCNET ASIA Pacific (tentatif) akan menyasarkan untuk meningkatkan lagi pelanggan antarabangsa mereka, dan menyumbang kepada mencapai pengedaran global.

Imej mengenai Miya Komatsuzaki (Ketua Pegawai Operasi SG e-Auction): https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105709/202504308146/_prw_PI1fl_5DqKsMRo.jpeg

-Gambaran keseluruhan mengenai AUCNET ASIA Pacific (tentatif)

Nama syarikat: AUCNET ASIA Pacific

Ibu Pejabat: 7 CHANGI BUSINESS PARK VISTA, #01-01, IBU PEJABAT SOOKEE, SINGAPURA 486042

Wakil: Pengarah, Yasuto Saito

Maklumat mengenai AUCNET INC.: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105709/202504308146/_prw_PA2fl_k4WnxF5U.pdf

Sumber: AUCNET INC.

--BERNAMA

Monday, May 19, 2025

PENJELASAN BERKENAAN ISU BIL TERPERINCI (ITEMISED BILLING) KLINIK PERUBATAN SWASTA

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berhubung kekeliruan yang timbul susulan kenyataan berkaitan kewajipan penyediaan bil terperinci (itemised billing) oleh klinik perubatan swasta. Sesi TikTok Live tersebut berlangsung pada 14 Mei 2025 (Rabu) dengan topik ‘Mitos dan Fakta’ Pemaparan Harga Ubat, merupakan suatu sesi penerangan kepada orang awam berkenaan pelaksanaan inisiatif pemaparan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti.

Hak pesakit untuk mendapatkan bil terperinci merupakan perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006. Penyediaan bil terperinci hanya wajib dilaksanakan atas permintaan pesakit (mandatory upon request) tanpa sebarang caj tambahan, bagi memudahkan pemahaman tentang butiran caj perkhidmatan, rawatan dan ubat-ubatan yang diterima.
 
KKM ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang perubahan dasar atau pengumuman polisi baharu berkaitan pelaksanaan bil terperinci oleh klinik perubatan swasta.

Kementerian ini yakin kerjasama yang baik dan berterusan antara semua pihak akan terus memperkasa kualiti perkhidmatan kesihatan serta menjaga kepentingan dan kebajikan pesakit secara bersama. Ini bertepatan dengan iltizam Kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai MADANI iaitu Kesejahteraan yakni memastikan semua pihak sama ada pesakit/pelanggan mahupun pihak perubatan swasta mendapat hak sama rata dalam semua perkara yang melibatkan aspek kesihatan secara menyeluruh. 

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
 
Melalui:
Unit Komunikasi Korporat
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
17 MEI 2025 

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: TIMOTHY PALAVADRAM
Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia 
E-mel: timothy.palavadram@moh.gov.my

--BERNAMA

SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang situasi COVID-19 yang meningkat di negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand yang dilaporkan oleh ASEAN Biological Threats Surveillance Centre mulai 13 hingga 14 Mei 2025.

Malaysia merekodkan sejumlah 11,727 kes COVID-19 di seluruh negara dari Minggu Epidemiologi (ME) 1 hingga ME19/2025 (sehingga 10 Mei 2025). Kes tertinggi dicatatkan pada minggu awal tahun dengan 960 kes pada ME1/2025 dan 1,229 kes masing-masing pada ME2/2025 dan ME3/2025. Kes harian menunjukkan trend penurunan berterusan sehingga mencapai 210 kes pada ME15/2025. Bagi tempoh ME16 hingga ME19/2025, purata sekitar 600 kes seminggu telah direkodkan, dan jumlah ini masih berada di bawah paras ambang amaran.
 
COVID-19 kekal sebagai penyakit berjangkit yang wajib dilaporkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Pelaporan kes melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta dikemaskini secara real time melalui sistem e-Notifikasi iaitu platform pemantauan Bahagian Kawalan Penyakit, KKM. Ia bertujuan untuk memastikan pengesanan awal dan tindakan balas segera dapat dilaksanakan.
 
KKM turut melaksanakan pemantauan melalui sistem survelan khabar angin (rumours surveillance). Mekanisma ini membolehkan pengesanan awal terhadap potensi kejadian luar jangka berdasarkan maklumat tidak rasmi daripada masyarakat, media dan saluran lain yang sah, sekali gus memperkukuh sistem amaran awal negara.

Sebarang maklumat atau amaran berkaitan peningkatan kes penyakit berjangkit, termasuk COVID-19, akan disalurkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC). CPRC akan menilai tahap risiko dan mengambil langkah kesiapsiagaan sewajarnya sekiranya situasi tersebut berpotensi mencetuskan krisis kesihatan awam atau bencana nasional.
 
KKM akan terus memantau perkembangan semasa COVID-19 di dalam dan luar negara serta melaksanakan langkah kawalan dan pencegahan yang bersesuaian berdasarkan penilaian risiko terkini. Sebarang ancaman kepada kesihatan masyarakat akan dimaklumkan oleh KKM dari semasa ke semasa. Ini selaras dengan agenda kesihatan KKM dan juga nilai teras MADANI iaitu Kesejahteraan bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa menerima manfaat kesihatan sektor awam secara inklusif dan harmoni. Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi langkah kesihatan awam, mendapatkan rawatan segera sekiranya bergejala, dan melindungi golongan berisiko tinggi melalui tindakan yang bertanggungjawab.
 
KKM menasihatkan orang ramai agar terus mengamalkan langkah pencegahan kawalan kendiri khususnya kumpulan berisiko tinggi yang digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi serius dan kematian.
 
Orang awam boleh mendapatkan maklumat mengenai COVID-19 di laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di www.moh.gov.my . 

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Kawalan Penyakit

Melalui:
Unit Komunikasi Korporat
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
16 MEI 2025 

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: TIMOTHY PALAVADRAM
Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia 
E-mel: timothy.palavadram@moh.gov.my

--BERNAMA

Bitget Meningkatkan Pegangan Pasaran dalam Sorotan Laporan Bulanan April 2025


VICTORIA, Seychelles, 19 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengeluarkan Laporan Ketelusan edisi April 2025, yang menyerlahkan pertumbuhan, pencapaian kawal selia dan momentum yang berterusan sepanjang bulan tersebut melalui inovasi yang konsisten dan pelaksanaan yang kukuh walaupun pasaran mengalami ketidaktentuan yang lebih luas.

Dalam bulan yang dilihat mencatat pembetulan pasaran dan sikap berhati-hati pelabur, Bitget mencatatkan jumlah perdagangan niaga hadapan sebanyak $757.6 bilion, yang mewakili pertumbuhan sebanyak 17.3% bulan ke bulan. Jumlah perdagangan spot juga meningkat kepada $68.6 bilion, dan angka ini dianggap melawan arus kemerosotan industri dalam pelbagai sektor. Keuntungan ini menyumbang kepada kebangkitan Bitget sebagai bursa kripto ketiga terbesar berdasarkan jumlah dagangan, dengan pegangan pasaran sebanyak 7.2% serta mencerminkan prestasi kukuh dan momentum berterusan dalam persekitaran pasaran yang kompetitif. Menurut Coingecko dan WuBlockchain, Bitget berlawanan dengan trend bursa yang lebih luas, dan terus meningkatkan pegangan pasaran di saat bursa lain mengalami penyusutan. Jumlah pengguna Bitget juga telah melangkaui 120 juta orang dan ini menandakan usaha libat urus yang kukuh oleh platform tersebut serta kepercayaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan Bitget.

Pada bulan April, Bitget mencapai lonjakan yang besar dalam pengawalseliaan dengan memperoleh lesen DASP dan juga BSP di El Salvador, yang membolehkan Bitget menawarkan perkhidmatan kripto yang lengkap—spot, derivatif, pegangan atau staking dan hasil—di bawah salah satu rangka kerja aset digital yang paling progresif di dunia.

Bulan itu juga menandakan pelancaran Bitget Onchain, yang merupakan satu ciri yang membolehkan pengguna berdagang aset dalam rantaian terus melalui aplikasi Bitget menggunakan USDT atau USDC. Ciri ini akan merapatkan jurang antara UX terpusat dan akses tak terpusat yang menjadikan Web3 lebih mudah digunakan.

Untuk menyokong pertumbuhan institusi, Bitget telah menaik taraf Program Insentif Kecairan dengan kadar pembuat-pengambil yang lebih baik dan pendaftaran yang lebih pantas, sekali gus meningkatkan kecairan yang meliputi pasaran spot dan derivatif.

Dalam bidang pemasaran, Bitget bekerjasama dengan bintang FC Barcelona, Raphinha dalam kempen global yang menonjolkan alat perdagangan pintar seperti Copy Trading, Launchpool dan Pre-market. Kempen ini dipadankan dengan inisiatif "Your Team, Your Skin" bersama LALIGA yang membolehkan pengguna memperibadikan antara muka perdagangan mereka dengan jenama pasukan itu.

Laporan Pekerjaan Penyelidikan Bitget menganggarkan bahawa rantai blok boleh mencipta 500,000 peluang pekerjaan menjelang 2028, selaras dengan laluan pertumbuhan sektor AI serta menekankan kesan rantai blok yang semakin meluas.

Akhir sekali, Bitget mengukuhkan kehadiran globalnya dengan pengaktifan yang imersif di TOKEN2049 Dubai dan Paris Blockchain Week, termasuk acara sampingan seperti Cryptoverse Dream Night, yang menyerlahkan komitmennya terhadap komuniti dan inovasi.

Di antara kejayaan mematuhi peraturan kawal selia, pertumbuhan pengguna yang pesat dan tumpuan terhadap kebolehaksesan dan keselamatan, Bitget menerajui industri sebagai salah satu pemain utama dalam evolusi industri kripto. Sedang sentimen pasaran mula berubah, Bitget telah bersedia untuk menerajui fasa penggunaan kripto dan penyepaduan WEB3 yang seterusnya.

Untuk laporan lengkap ketelusan, layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Bursa Bitget memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui kerjasama strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun ÇavuÅŸoÄŸlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan Ä°lkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5bf1a171-5c5d-4536-b7ba-529f3be725b6 

SUMBER: Bitget Limited

PENAFIAN: 
BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.  

AI-Media Mempamerkan Inovasi Terjemahan dengan LEXI Voice di KOBA dan Broadcast Asia 2025

 

SYDNEY, 19 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- AI-Media (ASX: AIM), peneraju global dalam penyelesaian bahasa dikuasakan AI, bersedia untuk memberi kesan yang besar di seluruh Asia pada bulan Mei ini dengan penyertaannya dalam dua acara industri terkemuka: KOBA 2025 di Seoul, Korea dan Broadcast Asia 2025, sebahagian daripada Asia Tech x Singapore.

"Asia merupakan pasaran pertumbuhan yang penting bagi AI-Media," kata Tony Abrahams, Ketua Pegawai Eksekutif di AI-Media. "Kami teruja untuk memperkenalkan inovasi terbaru kami, termasuk LEXI Voice, di KOBA dan Broadcast Asia, serta menunjukkan cara penyelesaian kami menjadikan akses global dan interaksi berbilang bahasa satu realiti bagi penyiar, penerbit acara dan perusahaan."

Memperkasa Penyiar dan Pencipta Kandungan di Seluruh Asia

Di KOBA 2025, AI-Media akan bekerjasama dengan rakan kongsinya di Korea, iaitu BS Systems, untuk memperlihatkan kemajuan terkini dalam teknologi kapsyen AI dan terjemahan berbilang bahasa. Para hadirin boleh mengunjungi reruai BS Solutions [Reruai #D326] untuk menyaksikan demonstrasi langsung kapsyen LEXI AI-Media yang terkemuka di dunia, terjemahan masa nyata dan teknologi pengekod yang direka untuk penyepaduan penyiaran serta penstriman yang lancar.

Di Broadcast Asia 2025, AI-Media berbangga dinamakan sebagai Rakan Rasmi Kapsyen bagi keseluruhan program persidangan Asia Tech x Singapore. Teknologi AI-Media akan menyediakan kapsyen secara langsung di semua pentas utama persidangan, memastikan setiap sesi dapat diakses sepenuhnya dan inklusif untuk audiens global.

Alami Inovasi AI-Media Secara Langsung

Di KOBA dan Broadcast Asia, para pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri:
  • LEXI Voice – Terjemahan suara langsung dipacu AI yang revolusioner, menukar kapsyen kepada audio yang kedengaran asli dalam pelbagai bahasa.
  • LEXI – Penyelesaian kapsyen secara langsung dikuasakan AI terkemuka di dunia, menawarkan ketepatan dan kebolehskalaan yang tiada tandingannya.
  • LEXI Translate – Kapsyen berbilang bahasa masa nyata untuk mempertingkatkan kebolehaksesan global.
  • Alta dan Encoder Pro – Pengekod SDI dan IP terkemuka industri untuk penyepaduan kapsyen dan terjemahan yang lancar.
LEXI Voice: Masa Depan Penyampaian Berbilang Bahasa Secara Langsung sudah Tiba

Selepas kejayaan pelancaran di NAB Show 2025, LEXI Voice kini tersedia dan bersedia untuk mengubah cara penyiar dan penerbit acara berinteraksi dengan audiens yang pelbagai. LEXI Voice menggunakan AI canggih untuk menyampaikan trek suara dalam bahasa alternatif secara masa nyata tanpa memerlukan tafsiran manusia yang mahal atau perkakasan tambahan. Dengan terjemahan ke lebih 100 bahasa, kependaman ultra rendah dan suara AI yang boleh disesuaikan, LEXI Voice membuka pasaran baharu, mendorong keterlibatan global dan mengurangkan kos terjemahan langsung sehingga 90%.

"Bagi banyak pelanggan, inilah saat yang mana penyampaian berbilang bahasa akhirnya menjadi berdaya maju secara komersial," kata Abrahams. "LEXI Voice menyediakan apa yang benar-benar diperlukan oleh industri: skala, kesederhanaan dan kebolehmilikan tanpa mengorbankan kualiti taraf penyiaran."

Lawati Kami di:
  • KOBA 2025: 20 – 23 Mei 2025 | Pameran bersama BS Systems | COEX Convention & Exhibition Center, Seoul | Reruai #D326
  • Broadcast Asia 2025: Asia Tech x Singapore 27-29 Mei 2025 | Singapore Expo | Reruai #5I3-8. Tempah pertemuan DI SINI
Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian inovatif AI-Media dengan melayari laman web AI-Media.

Kekal berhubung dan ikuti kami di LinkedIn untuk kemas kini KOBA dan Broadcast Asia!

Perihal AI-Media

Ditubuhkan di Australia pada tahun 2003, AI-Media (ASX: AIM) merupakan peneraju global dalam terjemahan suara secara langsung dikuasakan AI, kapsyen dan penyelesaian kebolehaksesan bahasa.

Inovasi terkini AI-Media, LEXI Voice, mengubah cara audiens global terlibat dengan kandungan siaran langsung - menyediakan terjemahan suara berbilang bahasa masa nyata yang dibina berdasarkan ketepatan peneraju industri kapsyen LEXInya. Direka bentuk untuk penyiar, perusahaan dan penerbit acara, LEXI Voice membuka aliran pendapatan baharu serta memperluaskan capaian audiens dengan menjadikan kandungan siaran langsung boleh diakses serta-merta dalam pelbagai bahasa.

Dipercayai di lebih 25 negara, ekosistem menyeluruh AI-Media—termasuk iCapLEXIAltaEncoder Pro dan LEXI Toolkit menawarkan automasi, ketepatan dan kebolehskalaan yang tiada tandingannya. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam menggantikan aliran kerja manusia tradisional, AI-Media memperkasakan organisasi terkemuka dunia untuk menyampaikan pengalaman yang boleh diakses dan inklusif secara besar-besaran.

Hubungan Media:

Fiona Habben
Ketua Pemasaran Global
Fiona.habben@ai-media.tv

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/63aa1cbe-dd18-4ef4-bfa8-e4e97f64605e 

SUMBER: Ai-Media Technologies LLC