SINGAPURA, 27 Jan (Bernama-BUSINESS
WIRE) -- Penggabungan dan
pengambilalihan (M&A) peringkat awal di kebanyakan pasaran Asia menunjukkan
pertumbuhan yang kukuh berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, walaupun
ekonomi China semakin perlahan dan pasaran mata wang dan ekuiti tidak menentu.
Ini menunjukkan bahawa separuh pertama tahun 2016 akan menyaksikan satu
kenaikan dalam pengumuman perjanjian di pasaran yang berbeza di Asia,
berbanding dengan separuh pertama tahun 2015. Ini adalah menurut laporan
terbaharu Peramal Aliran Urus Niaga (DFP) Intralinks® yang dikeluarkan oleh
Intralinks Holdings, Inc. (NYSE: IL), pembekal dunia yang terkemuka bagi
perisian dan perkhidmatan untuk menguruskan urus niaga M&A. Sementara itu,
dalam rantau Asia Pasifik (APAC) yang lebih luas, Australia mengalami
pertumbuhan negatif, setelah dilanda kejatuhan dalam permintaan di sektor logam
dan perlombongan – seringkali diketuai oleh China.
No comments:
Post a Comment