KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Persatuan Akauntan Bertauliah
Berkanun (ACCA) telah melantik Jeyasothy Palakrishnar sebagai Ketua Negara ACCA
Malaysia, berkuatkuasa 13 Mac 2017.
Jeyasothy
berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam strategi perniagaan, jualan dan
pembangunan perniagaan di Malaysia serta rantau Asia.
"Saya berharap
untuk bekerja dengan rakan kongsi strategik kami untuk membangunkan aliran
bakat bagi menyokong ekonomi Malaysia yang progresif," kata Jeyasothy
dalam satu kenyataan mengenai peranan baharunya.
Katanya, Malaysia
memerlukan sekurang-kurangnya 60,000 akauntan bagi membantu mencapai matlamat
program Transformasi Ekonomi Negara.
"Tidak ada waktu
yang benar-benar lebih baik bagi menyertai kerjaya ini.
Akauntan profesional
menikmati ganjaran kerjaya merentasi industri dan negara, seperti yang
ditunjukkan oleh anggota ACCA yang kini melebihi 188,000 di seluruh
dunia," katanya.
Beliau menegaskan
bagaimana kerjaya dalam perakaunan telah menjadi lebih menarik berikutan
jangkaan perniagaan ke atas fungsi kewangan mula meningkat dan peraturan
perdagangan menjadi lebih kompleks.
Beliau yang pernah
menjadi Pengarah Pembangunan Perniagaan di Microsoft, juga pernah menjawat Naib
Presiden INTI - Laureate International Universities di mana beliau meneraju
program transformasi strategik dalam rekabentuk kurikulum dan penyampaian
pendidikan, melalui kerjasama dengan peneraju industri serta majikan.
Pengarah Asia Pasifik
ACCA Leong Soo Yee ketika bercakap mengenai pelantikan itu, berkata:
"Jeyasothy menyertai ACCA pada masa yang menarik iaitu ketika kami sedang
bersedia untuk melancarkan pelan Kelayakan ACCA berdasarkan keperluan majikan.
"Pengalaman
beliau dalam penyampaian pendidikan dan perkongsian komersil memiliki nilai
tertinggi dalam memacu strategi ACCA untuk menjadi nombor satu dalam
membangunkan akauntan profesional yang diperlukan Malaysia dan dunia.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment