Sigma Designs dan Make:
Kemunculan Misi Reka Bentuk Rumah Pintar di World Maker Faire 2017 di
New York Meraikan Kreativiti Komuniti Pereka, Kerjasama dan Memberi
Inspirasi untuk Reka Bentuk Aplikasi Z-Wave
FREMONT, Calif., Sept 25 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sigma Designs®
(NASDAQ:SIGM), penyedia peneraju bagi penyelesaian cip pada sistem
pintar (SoC) untuk platform TV Pintar Terhubung dan IoT rumah Pintar,
dan Make:, peneraju gerakan Maker dan penerbit acara Maker Faire yang
popular, hari ini mengumumkan pertandingan reka bentuk aplikasi Z-Wave
rumah pintar untuk ahli Maker dan Pembangun.
Hari ini, Sigma Designs melancarkan Cabaran Pencipta Rumah Pintar Z-Wave
dalam kerjasama dengan Make: bersempena dengan World Maker Faire
perdana yang akan berlangsung di New York City pada 23-24 September.
Pertandingan reka bentuk rumah pintar tersebut akan diadakan di platform
komuniti Maker Share serba baru di mana peserta berpeluang menunjukkan
idea aplikasi rumah pintar mereka yang akan menukar pengalaman rumah
pintar idaman mereka menjadi realiti. Finalis daripada pusingan idea
akan menerima Raspberry Pi percuma yang dilengkapi dengan Z-Wave Developers Kit (bernilai USD 130) dan satu peranti Bersijil Z-Wave pilihan mereka yang disediakan oleh penaja Zwaveproducts.com untuk membina aplikasi mereka dan menyerahkannya untuk penilaian.
Hadiah
utama untuk pertandingan ini ialah tajaan lawatan ke Consumer
Electronics Show (CES) di Las Vegas, 9-12 Januari 2018, bersama dengan
peluang untuk mempamerkan projek rumah pintar tersebut di Z-Wave
Alliance Smart Home Pavillion. Pemenang tempat kedua akan menerima
peranti Z-Wave bernilai USD 2,000 manakala pemenang tempat ketiga akan
menerima peranti Z-Wave bernilai USD 1000 untuk membina sistem rumah
pintar mereka sendiri.
“Sigma Designs mengeluarkan spesifikasi
Z-Wave secara awam untuk memberikan pembangun akses kepada lapisan
kebolehoperasian Z-Wave yang penuh untuk pembangunan aplikasi rumah
pintar,” kata Carsten Steffensen, Moderator Forum Z-Wave Awam untuk
Sigma Designs. “Komuniti Maker terkenal dengan keupayaan inventif dan
kreativiti, inilah sebabnya kami teruja untuk melihat apa yang akan
mereka cipta apabila diberikan akses penuh kepada keupayaan Z-Wave. Kami
teruja untuk melancarkan pertandingan ini dan tidak sabar untuk menilai
penyelesaian imaginatif oleh Komuniti Maker.”
“Keseluruhan
pasukan Make: teruja untuk bekerja dengan Sigma Designs dalam pelancaran
misi berpusatkan rumah pintar yang pertama di platform Maker Share,”
kata Clair Whitmer, pengurus platform Maker Share. “”Matlamat kami di
Maker Share adalah untuk menghubungkan ahli kami dengan satu sama lain
dan dengan peluang dalam komuniti Ini adalah contoh terbaik bagi peluang
sebegini. Projek ini akan mempamerkan komuniti Maker sebagai sumber
inovasi untuk rumah dan teknologi. Kami teruja untuk menjadi rakan
kongsi Sigma Designs, syarikat yang berakar umbi dalam bidang rumah
pintar, dan untuk melancarkan misi ini sebaik sahaja isu Make kami yang
memfokus tentang rumah muncul di pasaran dan World Maker Faire dibuka di
New York. Kami mengalu-alukan setiap ahli dan idea baharu di Maker
Share.”
Butiran penuh berkenaan pertandingan termasuk kelayakan,
sekatan, tarikh akhir penyerahan, dan hadiah tersedia di halaman
pertandingan Maker Share: https://makershare.com/missions/z-wave-challenge. Peserta boleh mengakses Spesifikasi Z-Wave Awam di pautan ini: http://z-wave.sigmadesigns.com/design-z-wave/z-wave-public-specification/.
Mengenai Sigma Designs
Sigma
Designs, Inc. (NASDAQ: SIGM) adalah peneraju dunia dalam membolehkan
penumpuan rumah pintar. Syarikat ini mereka bentuk dan membina teknologi
semikonduktor penting yang berfungsi sebagai asas bagi platform TV
Pintar Terhubung terkemuka di dunia dan Internet of Things (IoT) untuk
peranti rumah pintar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sigma
Designs, sila lawati www.sigmadesigns.com.
Mengenai Z-Wave
Teknologi
Z-Wave adalah piawaian ITU (G.9959) yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa. Ia adalah teknologi kawalan rumah tanpa wayar utama di
pasaran hari ini, dengan lebih daripada 2,100 produk saling beroperasi
yang diiktiraf di seluruh dunia. Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan
disokong oleh lebih daripada 600 syarikat di seluruh dunia, piawaian ini
merupakan pemboleh utama penyelesaian kehidupan pintar untuk
keselamatan dan sekuriti rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan
aplikasi komersil ringan.
Z-Wave® adalah tanda dagangan berdaftar bagi Sigma Designs dan anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Tentang MAKE:
Make:
adalah platform global untuk menghubungkan pencipta dengan satu sama
lain, dengan produk dan perkhidmatan, dan dengan rakan kongsi kami.
Menerusi media, acara dan produk, Make: memenuhi keperluan komuniti
pencipta yang berkembang yang menghubungkan set minda DIY dengan
teknologi dan komuniti. Sama ada sebagai suatu hobi atau profesional,
pencipta adalah kreatif, pintar sentiasa ingin tahu. Mereka membangunkan
projek yang menunjukkan cara mereka berinteraksi dengan dunia di
sekeliling mereka. Pelancaran majalah Make: pada tahun 2005, diikuti
oleh Maker Faire pada tahun 2006, memulakan Gerakan Pencipta sedunia
yang mengubah inovasi, budaya dan pendidikan. Beribu pejabat di San
Francisco, Make:
memenuhi keperluan lebih daripada 25 juta pencipta di seluruh asetnya.
Kenyataan Masa Hadapan
Siaran
akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan dalam lingkungan makna
Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934,
termasuk kenyataan tentang faedah penggunaan Z-Wave dalam tawaran
produk, termasuk faedah ciri dipertingkatkan tertentu untuk peranti
Z-Wave. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material disebabkan
beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerimaan
konsumer dan pelanggan untuk teknologi Z-Wave di kawasan yang relevan,
keupayaan teknologi Z-Wave untuk bersaing dengan teknologi atau produk
berkaitan yang lain dalam pasaran, jika ada, dan juga risiko lain yang
dibutirkan dari semasa ke semasa dalam laporan kami kepada Suruhanjaya
Sekuriti dan Pertukaran, termasuk laporan yang dibuat pada Borang 10-Q.
Pembaca diperingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak
wajar terhadap pernyataan masa hadapan ini yang hanya menyatakan pada
tarikh tersebut. Sigma tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran kepada
umum atau pendedahan apa-apa semakan terhadap pernyataan masa hadapan
ini yang mungkin dibuat disebabkan oleh peristiwa atau keadaan selepas
tarikh tersebut atau untuk mencerminkan kejadian yang tidak dijangka.
Hubungan Akhbar:
Mary Miller
Sigma Designs
+1-510-897-1069
Mary_Miller@sigmadesigns.com
Alexandra Crabb
Caster Communications
+1-401-792-7080
alex@castercomm.com
SUMBER : Sigma Designs, Inc.
No comments:
Post a Comment