Pemimpin maklumat penerbangan terus memajukan teknologi dan keupayaan inovasi produk
SINGAPURA, 13 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG,
pemimpin global di dalam maklumat penerbangan, sedang memperluaskan
pasukan kepimpinan mereka dengan penambahan Vipul Nakum sebagai Ketua
Pegawai Produk. Pelantikan itu merupakan satu lagi pelaburan penting
oleh OAG di dalam strategi, inovasi dan pertumbuhan produk.
"Penyatuan,
gangguan teknologi dan harapan pelancong yang sentiasa berubah-ubah
telah mewujudkan satu tempoh peluang yang tidak pernah berlaku sebelum
ini dan perubahan di dalam pasaran penerbangan dan perjalanan global,"
kata Phil Callow, Ketua Pegawai Eksekutif di OAG. "Penambahan Vipul –
seorang pemimpin teknologi dan perniagaan yang sangat berbakat dan
berjaya – membolehkan kami untuk memanfaatkan peluang ini dengan lebih
jauh lagi. Pendekatan keusahawanan beliau telah menyampaikan hasil yang
terkemuka di dalam industri merentasi sebahagian perniagaan maklumat dan
menekankan tumpuan kami kepada penambahan keupayaan baharu yang
meningkatkan nilai yang kami berikan kepada pelanggan dan rakan kami."
Nakum
mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam mencipta nilai bagi maklumat
B2B, analisis dan perniagaan media. Beliau menasihati syarikat
persendirian dan syarikat yang disokong oleh PE berhubung produk mereka
dan M&A. Nakum adalah Ketua bagi Pembangunan Produk di Maklumat
Perniagaan Reed dan memegang jawatan kanan di D&B, Morningstar dan
S&P Global.
Sebagai CPO, Nakum akan mengawasi strategi, visi
dan inovasi produk. Beliau bertanggungjawab untuk pembangunan
penyelesaian baharu dan peningkatan berterusan kepada barisan produk OAG
yang sedia ada.
"OAG telah menikmati pertumbuhan yang hebat dan
permintaan luar biasa merentasi pasaran penerbangan dan teknologi – ia
merupakan masa yang sangat menarik untuk menyertai pasukan itu," kata
Nakum, yang akan juga dilantik ke lembaga OAG. "Peluang itu untuk
membina di atas kedudukan kepimpinan syarikat yang sedia ada dan
memainkan satu peranan penting di dalam pertumbuhan fasa seterusnya di
OAG adalah sangat menarik."
Maklumat mengenai OAG
OAG
adalah pembekal global yang terkemuka bagi maklumat penerbangan digital
dan menyediakan maklumat dan aplikasi secara tepat, kena pada waktunya
dan boleh dilakukan merentasi sektor perjalanan sehingga kepada syarikat
penerbangan, lapangan terbang, agensi-agensi kerajaan, pengeluar
pesawat, perundingan dan syarikat yang berkaitan perjalanan di seluruh
dunia.
OAG mempunyai rangkaian data perjalanan udara yang
terbesar di dunia, termasuk pangkalan data jadual yang muktamad bagi
lebih daripada 900 syarikat penerbangan dan lebih 4,000 lapangan
terbang. Dengan pangkalan data maklumat status penerbangan yang paling
menyeluruh di pasaran, OAG mengendalikan lebih daripada 54 juta rekod
bagi kemas kini status penerbangan setahun, memproses 1.4 bilion
permintaan dan terus menyampaikan lebih daripada 35 juta kemas kini
status penerbangan dinamik pada setiap hari.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.
Hubungi
OAG
Esther Molina, +86 136 7179 3896
esthertsj@outlook.com
Sumber: OAG
No comments:
Post a Comment