- Mengurangkan rintangan daripada penggunaan sebuah pakej rintangan rendah yang kecil
TOKYO, 11 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan dua MOSFET baharu "TPHR7904PB" dan "TPH1R104PB" yang ditempatkan di dalam pakej SOP Termaju (WF) rintangan rendah yang kecil, sebagai penambahan baharu kepada siri MOSFET N-saluran 40V automotif. Pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180411005580/en/
Dirangka dengan menggunakan proses U-MOS IX-H trenc generasi kesembilan yang terkini dan ditempatkan di dalam sebuah pakej rintangan rendah yang kecil, MOSFET baharu itu menyediakan rintangan rendah dan dengan itu membantu mengurangkan kehilangan pengkonduksian. Reka bentuk U-MOS IX-H itu juga mengurangkan bunyi pensuisan berbanding dengan reka bentuk Toshiba sebelum ini (U-MOS IV), sekali gus membantu untuk mengurangkan EMI (Gangguan Elektromagnetik).
Pakej SOP Termaju (WF) itu mengguna pakai sebuah struktur terminal sisi boleh basah, yang membolehkan AOI (Pemeriksaan Optik Automatik) selepas pematerian.
Penggunaan

- Stereng kuasa elektrik (EPS)
- Suis muatan
- Pam elektrik
Ciri-ciri
- Menyediakan rintangan maksimum, RDS(ON)maksimum, sebanyak 0.79 mΩ daripada penggunaan proses U-MOS IX-H dan pakej SOP Termaju (WF).
- Ciri-ciri bunyi rendah mengurangkan gangguan elektromagnet (EMI).
- Terdapat di dalam sebuah pakej rintangan rendah yang kecil dengan struktur terminal sisi boleh basah.
Spesifikasi Utama | ||||||||||||
(Kecuali dinyatakan sebaliknya, @Ta=25°C) | ||||||||||||
Nombor Bahagian | Saliran-Sumber voltan VDSS (V) | Saliran arus (DC) ID (A) | Saliran-Sumber rintangan RDS(ON)maksimum(mΩ) | Bina dalaman Diod Zener di antara Sumber Get | Siri | |||||||
@VGS=6V | @VGS=10V | |||||||||||
TPH1R104PB | 40 | 120 | 1.96 | 1.14 | Tiada | U-MOS IX | ||||||
TPHR7904PB | 150 | 1.3 | 0.79 | Tiada | U-MOS IX | |||||||
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan MOSFET.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet.html
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180411005580/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
No comments:
Post a Comment