Thursday, May 17, 2018

STACKPATH DAN SERVER DENSITY BERGABUNG

Membawa Pemantauan Peneraju Industri ke Platform Perkhidmatan Pinggir Selamat StackPath

DALLAS, 16 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Server Density, penyedia pemantauan infrastruktur proaktif untuk awan, pelayan dan laman web akan bergabung dengan StackPath, peneraju penyedia platform perkhidmatan pinggir selamat. Server Density membolehkan pengguna memantau laman web dan pelayan mereka dalam awan atau pada premis daripada konsol tunggal dan API untuk mendiagnosis masalah dengan mudah, mengekalkan masa hidup dan memaksimumkan prestasi pelayan. Perkhidmatan itu akan disepadukan dan ditawarkan sebagai sebahagian daripada platform StackPath dalam masa terdekat.

“Kami teruja untuk menerima Server Density sebagai sebahagian daripada syarikat kami. Ia sangat sesuai,” kata Lance Crosby, pengasas, pengerusi dan CEO StackPath. “StackPath mempunyai komitmen tertinggi untuk menyediakan kepada pelanggan perkhidmatan yang lancar, keterlihatan penuh untuk penyelesaian mereka dan membina hubungan yang kukuh dengan komuniti sumber terbuka dan industri secara amnya. Server Density telah mengekalkan komitmen yang sama sambil membina teknologi khas yang tiada tandingan dan mengembangkan operasi pada skala awan.”

Agen pemantauan Server Density dipasang pada jutaan pelayan dan mengumpul lebih daripada 12 bilion metrik setiap hari. Perkhidmatan tersebut mempunyai lebih daripada 100 integrasi rasmi dengan penyelesaian dan platform lain, memproses lebih daripada 300TB data sebulan dan tersedia di lebih daripada 28 tempat. Pelanggannya yang seramai 1,000+ di 75 buah negara terdiri daripada pelbagai saiz dan industri, seperti Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) UK, syarikat eCommerce Firebox dan platform permainan dalam talian Stormancer.

“Kami mencipta Server Density disebabkan rasa tidak puas hati terhadap alat pemantauan yang sama ada terlalu mahal, terlalu kompleks, atau kedua-duanya,” kata David Mytton, pengasas bersama dan CEO Server Density. “Kami berpuas hati melihat alat kami diterima dengan baik, bukan sahaja oleh pelanggan, bahkan pembangun dan syarikat yang telah menambah pada kod yang kami jadikan sumber terbuka. Saya dan pasukan teruja untuk membawa Server Density ke platform StackPath dan mempercepatkan lagi cara baharu untuk menggunakan teknologi ini.”

Di samping perkhidmatan pemantauan, pada tahun 2016 Server Density telah mencipta HumanOps, komuniti yang menggalakkan orang ramai berbincang tentang aspek kemanusiaan dalam menjalankan infrastruktur. Syarikat seperti Spotify, PagerDuty, Yelp dan Facebook telah menyumbang kepada perkongsian idea dan amalan terbaik untuk hidup bekerja, menangani hutang teknikal, keletihan dan tekanan pada acara di seluruh dunia, termasuk UK, AS, Perancis, Jerman, Poland dan banyak lagi.

“HumanOps ialah sumber yang tidak ternilai dan telah lama diperlukan oleh pekerja dan syarikat awan. Industri ini berevolusi dengan lebih pantas daripada sebelumnya dan memerlukan operasi pada skala yang tidak pernah berlaku dahulu dan penyelesaian dengan kelajuan yang sukar dipercayai,” kata En. Crosby. “Hal ini membebankan pekerja—mereka tidak mempunyai SLA masa hidup 100%. Kami bersedia untuk melakukan lebih lagi dengan HumanOps sebagai sebahagian daripada StackPath.”

Pada Disember 2015, Server Density telah mengumpul $1.5 juta untuk biaya benih yang diketuai oleh SP Ventures. Sebelum ini, mereka telah mengumpul €50k daripada Seedcamp dan pembiayaan daripada pelabur tidak rasmi Christoph Janz, Dick Williams, Qamar Aziz dan lain-lain. Butiran kewangan transaksi tersebut tidak didedahkan. Kini, pasukan Server Density di London akan berkhidmat sebagai teras pasukan khidmat pemantauan StackPath dan London akan menjadi ibu pejabat Eropah StackPath.

Perihal StackPath

StackPath ialah platform perkhidmatan internet selamat yang merangkumi CDN, WAF dan pengurangan DDoS yang dibina di pinggir awan. Perkhidmatan StackPath membolehkan pembangun dalam organisasi tidak kira saiz membina perlindungan dan prestasi dalam sebarang penyelesaian berasaskan awan—daripada SaaS hingga penerbitan web, permainan, penstriman media dan lebih lagi—tanpa memerlukan keselamatan awan dan kepakaran penyerahan mereka sendiri. Lebih daripada satu juta pelanggan, daripada syarikat peringkat awal hingga organisasi Fortune 100 menggunakan perkhidmatan StackPath. Beribu pejabat di Dallas, Texas, StackPath mempunyai pejabat merentasi A.S. dan seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati stackpath.com dan ikuti StackPath di www.fb.com/stackpathllc dan www.twitter.com/stackpath.

Perihal Server Density
Server Density menawarkan pemantauan infrastruktur boleh skala berasaskan SaaS untuk membantu perniagaan menjimatkan wang dan masa. Dengan pelayan yang canggih dan isyarat pemantauan laman web, alat graf dan integrasi dengan semua penyedia perkhidmatan awan utama, penyelesaian Server Density yang tangkas dan boleh skala membantu syarikat dan pasukan operasi IT menjadi lebih responsif terhadap isu, menjadikan laman web mereka lebih laju dan meminimumkan masa henti. Diasaskan oleh David Mytton pada tahun 2009 dan berpangkalan di London, Server Density memantau infrastruktur IT misi kritikal untuk lebih daripada 1,000 pelanggan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11129

No comments:

Post a Comment