KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Selaras dengan perubahan struktur baharu serta bagi memantapkan pengurusan bayaran cukai pendapatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa bermula 15 Mac 2023, Pusat Bayaran Kuala Lumpur akan dikenali dengan nama baharu iaitu sebagai:
Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) Kuala LumpurPemakaian nomenclature ini turut sama melibatkan Pusat Bayaran di Kuching dan Kota Kinabalu yang mana akan dikenali sebagai:
Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH), Kuching dan;
Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH), Kota Kinabalu
Sungguhpun berlakunya perubahan nomenclature ini, fungsi serta peranan pusat-pusat bayaran ini adalah sama dan tidak berubah.
No comments:
Post a Comment