KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada 19 Jun 2025 yang membenarkan rayuan SIS Forum Malaysia terhadap fatwa yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat.
Mahkamah memutuskan bahawa fatwa tersebut hanya terpakai terhadap individu, bukan entiti seperti SIS Forum. Walau bagaimanapun Mahkamah Persekutuan tidak membatalkan fatwa berkenaan malah mengekalkan keabsahannya serta individu mewakili sebarang entiti yang menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama tetap terikat dengan fatwa ini.Selaras dengan gesaan DYMM Sultan Selangor, IKIM turut menyeru supaya SIS Forum menghentikan penggunaan istilah "Sisters in Islam". Penggunaan nama tersebut tidak memberi gambaran sebenar malah mengelirukan masyarakat Islam, lebih-lebih lagi setelah Mahkamah Persekutuan mengabsahkan bahawa fahaman liberalisme dan pluralisme telah difatwakan sebagai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
IKIM juga ingin menegaskan perlunya pihak media melaporkan keputusan mahkamah secara tepat dan memberi pemahaman yang benar kepada masyarakat serta menggesa semua pihak menghormati institusi fatwa dan kehakiman demi kestabilan dan keharmonian umat Islam di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Prof Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil
Ketua Pengarah,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
20 Jun 2025 bersamaan 23 Zulhijjah 1446H
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT IKIM
Nama: Pn. Hajah Nik Hasnah binti Ismail
Tel: 016-219 5345
E-mel: nikhasnah@ikim.gov.my
Nama: En. Sharuzi bin Ismail
Tel: 010-4026 6200
E-mel: jie@ikim.gov.my
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment