Thursday, July 1, 2021

TEAMLAB PLANETS DI TOKYO MELANCARKAN DUA KARYA SENI TAMAN HIDUP BAHARU YANG MENGASYIKKAN PADA 2 JULAI




Sebuah muzium di mana pengunjung berjalan melalui air menjadi lebih mengasyikkan dengan penambahan sebuah taman interaktif yang mempunyai 13,000 orkid hidup yang mekar seperti terawang-awang di udara, dan sebuah taman lumut yang selalu berubah dengan ovoid bersinar yang bergema dengan cahaya dan bunyi.

TOKYO, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- teamLab Planets TOKYO  di Toyosu, Tokyo menyambut ulang tahun ketiga mereka dengan satu pengembangan: pada 2 Julai, muzium itu membuka sebuah Kawasan Taman baharu dengan dua karya seni taman interaktif.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210629005465/en/

Dua taman akan dibuka untuk orang ramai: sebuah taman di mana pengunjung dapat bergabung secara serentak dengan bunga untuk menjadi satu, mengasyikkan diri dengan lebih 13,000 orkid hidup yang mekar seperti terawang-awang di udara; dan sebuah taman lumut yang dipenuhi dengan ovoid yang bersinar dan bergema ketika ditolak oleh orang atau ditiup angin.

Terdiri daripada sembilan karya seni, termasuk empat ruang seni raksasa dan dua taman, teamLab Planets membawa pengunjung ke suatu pengalaman yang mengasyikkan di sebuah muzium di mana mereka berjalan melalui air, dan sebuah taman di mana mereka bergabung secara serentak dan harmoni dengan bunga.

Sorotan Video teamLab Planets: https://youtu.be/-uJTk_mRmUY

teamLab Planets

teamLab Planets adalah sebuah muzium di mana anda berjalan melalui air, dan sebuah taman di mana anda bergabung secara serentak dan harmoni dengan bunga. Terdapat sejumlah 10 karya seni, termasuk empat ruang pameran yang luas dan dua taman.

Dengan mengasyikkan keseluruhan jasad dengan orang lain di dalam karya seni badan yang mengasyikkan yang luas ini, batasan di antara jasad dan karya seni lesap, batasan di antara diri sendiri, lain-lain, dan dunia menjadi sesuatu yang berterusan, dan kita menerokai satu perhubungan baharu tanpa batasan di antara diri kita dan dunia.

Pelawat memasuki muzium itu dengan berkaki ayam, dan menjadi asyik sepenuhnya dengan pelawat lain di ruang-ruang kerja seni yang luas.

Butiran Pameran: planets.teamlab.art/

[Kawasan Taman (2 Karya Seni Taman)]

Taman Bunga Terapung; Bunga dan saya mempunyai Pangkal Akar yang Sama, Taman dan Saya menjadi Satu
teamLab, 2015, Pemasangan Kinetik Interaktif, Tak Berhujung, Bunyi: Hideaki Takahashi
Karya seni: https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/ffgarden_planets/
 
Taman bunga terapung ini terdiri daripada sebuah massa bunga tiga dimensi.
 
Bunga-bunga itu terapung mengatasi orang, dan ketika orang bergerak, bunga-bunga itu menurun lagi. Ruang karya seni itu dipenuhi sepenuhnya dengan bunga, tetapi ketika ia terapung, ruang dengan orang di bahagian tengah dicipta. Oleh kerana itu, orang ramai dapat dengan bebas berkeliaran di ruang massa bunga tiga dimensi itu. Sekiranya anda menemui orang lain di dalam karya seni itu, ruang anda akan berhubungan dengan mereka dan menjadi satu ruang tunggal.

Taman-taman Zen dikatakan telah diwujudkan sebagai sebuah tempat bagi kumpulan pendeta Zen untuk menjalankan latihan agar dapat menjadi satu dengan alam. Terdapat satu Zen kōan Cina (satu pertanyaan atau kisah yang merupakan sebahagian dari latihan teologi pendeta Zen) yang dipanggil, “Bunga Nansen.” Seorang lelaki bernama Rikukô Taifu, ketika bercakap dengan Nansen, berkata: “Jô Hoshi berkata, ‘Syurga dan saya mempunyai pangkal akar yang sama. Semua perkara dan saya adalah daripada bahan yang sama.’ Betapa indahnya ini! Nansen, menunjuk ke arah sebuah bunga di taman itu dan berkata, ‘Orang hari ini melihat bunga ini seolah-olah mereka sedang berada dalam sebuah mimpi.’”

Dalam karya ini, orang mengasyikkan diri dengan bunga, menjadi satu dengan taman itu. Apabila orang menjadi satu dengan bunga dan melihat ke arahnya, bunga itu menoleh ke belakang. Orang mungkin benar-benar melihat bunga untuk pertama kalinya.

Bunga-bunga itu yang mekar terawang-awang di udara adalah orkid epifit. Tumbuhan epifit adalah sangat lazim di dalam keluarga orkid, dan orkid epifit dapat tumbuh tanpa tanah dengan menyerap air dari udara. Bunga-bunga dalam karya seni itu hidup, tumbuh, dan mekar setiap hari.

Orkid dikatakan sebagai tanaman terakhir yang muncul di bumi. Bumi itu sudah diliputi dengan  tanaman lain, dan orkid berkembang untuk hidup di atas batu dan pokok di mana tanaman lain tidak dapat bertahan. Orkid menyesuaikan diri dan meresap dalam satu jangka waktu yang singkat, dan dikatakan bahawa terdapat 25,000 hingga 30,000 jenis spesies liar. Adalah dipercayai bahawa terdapat lebih banyak jenis orkid berbanding dengan tanaman lain. Walau bagaimanapun, banyak spesies terancam disebabkan oleh kehilangan habitat mereka atau eksploitasi berlebihan akibat daripada pembangunan.

Biji benih orkid adalah sehalus debu, dengan hanya embrio yang belum matang, tanpa endosperma, dan sedikit nutrien simpanan. Secara semula jadi, percambahan biji benih memerlukan simbiosis dengan kulat tertentu, dan kulat simbiotik membekalkan nutrien. Biji benih itu tidak memiliki rizab untuk percambahan dan tidak dapat tumbuh sendiri, yang sepertinya bercanggah dengan konsep biji benih. Biji benih juga harus menjadi sebuah gudang nutrien agar anak benih bercambah, namun spesies orkid terakhir yang muncul di bumi telah mengetepikan aspek ini. Ini menyebabkan kita tertanya-tanya mengapa evolusi mengambil jalan tertentu.

Orkid diketahui berkembang bersama serangga pembawa debunga tertentu, dan adaah dipercayai bahawa mereka terus berkembang dengan pantas pada hari ini. Masa di mana bunga di ruang karya seni itu mengukuhkan aroma berbeza-beza mengikut masa di mana serangga pasangan ini adalah aktif. Oleh kerana itu, bau pada ruang karya seni itu berubah pada setiap detik di antara pagi, siang, dan malam. 


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14730

KONSORTIUM IMUGS MENUNJUKKAN KEUPAYAAN BERPASUKAN BERAWAK-TANPA PEMANDU, DIKETUAI OLEH MILREM ROBOTICS




TALLIN, Estonia, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Konsortium di sebalik iMUGS itu, sebuah projek 32,6 MEUR dengan matlamat untuk mengembangkan sistem bumi tanpa pemandu standard Eropah (UGS), menunjukkan hasil daripada fasa pertama projek itu – menyebarkan sistem tanpa pemandu ke medan perang dan bekerjasama dengan unit dan kenderaan berawak. Demonstrasi itu telah dipelopori oleh penyelaras konsortium itu, pemaju robotik dan sistem berautonomi terkemuka Eropah Milrem Robotics.

Semasa iMUGS (Sistem Bumi Tanpa Pemandu Modular Bersepadu), sebuah kerangka berskala dan selamat siber, modular bagi sistem berawak-tanpa pemandu hibrid akan dibangunkan untuk menyeragamkan sebuah ekosistem seluruh Eropah untuk platform udara dan darat, arahan, kawalan dan peralatan komunikasi, sensor, muatan, dan algoritma. Menangani cabaran operasi termasuk peningkatan saling kendali, peningkatan kesedaran situasi dan pengambilan keputusan yang lebih cepat.

Sistem itu akan menggunakan sebuah kenderaan darat tanpa pemandu yang sedia ada – THeMIS dari Milrem Robotics – dan satu senarai khusus muatan.

“Objektif utama bagi projek iMUGS itu adalah untuk mengintegrasikan sistem robotik dengan teknologi berawak yang sedia ada ke dalam pasukan pertahanan Eropah untuk menambahkan satu keupayaan baharu yang akan mengawasi keupayaan musuh kita,” kata Kuldar Väärsi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Milrem Robotics. Beliau menyatakan bahawa iMUGS akan menyumbang kepada autonomi strategik bagi Kesatuan Eropah dan mengukuhkan kerjasama di antara negara-negara anggota.

Semasa demonstrasi pertama itu, rakan konsortium memperlihatkan cara bagaimana THeMIS itu dapat dikerahkan ke medan perang dengan menggunakan Kereta Perisai Anggota (APC) yang biasa dan bekerjasama dengan sistem udara tanpa pemandu. Teknologi khusus yang digunakan adalah Boxer APC oleh Krauss-Maffei Wegmann (KMW) dan sebuah dron yang ditambat oleh Acecore Technologies. Sebuah dron berbilang pemutar oleh Atlas Dynamics juga merupakan sebahagian daripada senario itu. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14728

Wednesday, June 30, 2021

SOPHI.IO THE GLOBE AND MAIL MEMENANGI DIGIDAY MEDIA AWARD

Digiday menganugerahkan Best Publisher Platform kepada Sophi.io, suit alat automasi, pengoptimuman dan ramalan dikuasakan kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh The Globe and Mail

TORONTO, 30 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sophi.io, enjin automasi dan ramalan berasaskan kecerdasan buatan The Globe and Mail, telah memenangi 2021 Digiday Media Award untuk Best Publisher Platform yang mengiktiraf teknologi paling berjaya dalam membantu penerbit mencapai matlamat mereka.

“AI ialah teknologi penting untuk membantu penerbit menambahkan nilai tulen kepada kisah mereka — mengembangkan ukuran kejayaan mereka menjangkaui pandangan halaman dan ketularan. Contohnya, Sophi dapat memberikan data tentang jumlah setiap artikel pada The Globe and Mail menyumbang kepada pengekalan pelanggan, pemerolehan, potensi pendaftaran dan perbelanjaan pengiklanan. Selain itu, untuk mengerahkan pembelajaran mesin secara berkesan, kira-kira 10% tenaga kerja The Globe and Mail kini ialah saintis data dan jurutera data, digaji untuk membangunkan Sophi dan mengembangkan strategi dengan lebih lanjut,” kata Digiday.

SOPHI.IO THE GLOBE AND MAIL MEMENANGI DIGIDAY MEDIA AWARD

NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP MENGUMUMKAN PEMBENTUKAN NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES (SEA) SDN. BHD DI MALAYSIA

TEMECULA, Calif., 30 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group (Kumpulan), subsidiari Nikkiso Co., Ltd (Japan), berbangga untuk mengumumkan pembentukan Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases (SEA) Sdn. Bhd. berkuat kuasa 1hbJulai 2021. Syarikat ini mewakili penggabungan dua unit perniagaan Malaysia kita: Cryogenic Industries dan Cryoquip dalam kemudahan bersama yang baharu.

Penggabungan ini mewakili satu lagi langkah ke hadapan dalam strategi pertumbuhan korporat keseluruhan Kumpulan, dengan menekankan keupayaan mereka untuk menyediakan sokongan global dan serantau untuk jualan dan perkhidmatan. Perubahan nama ini menekankan sokongan dan kekuatan Kumpulan yang lebih besar; Clean Energy ialah enjin pertumbuhan dan Industrial Gases ialah asas teras.

Kemudahan yang baharu dan lebih besar memberikan struktur sokongan yang kukuh untuk pertumbuhan masa hadapan. Diletakkan secara ideal dalam rantau untuk menyokong pelanggan utama mereka dan memberikan fokus tambahan pada tenaga bersih, kemudahan seluas 56,400 kaki persegi ialah dua kali ganda saiz pusat mereka yang sebelumnya. Kemudahan ini mempunyai kapasiti yang lebih baik untuk memuatkan aliran dan pengeluaran untuk alat mengewap, rangkaian vakum, memproses pembuatan dan pemasangan skid, kerja pengubahsuaian, serta alat ganti dan perkhidmatan pam. Selain itu, kemudahan ini menawarkan peluang untuk berkongsi sumber dengan syarikat kumpulan Nikkiso yang lain (menyokong Nikkiso Cryo atau untuk pembuatan skid LEWA SEA dan/atau Geveke Malaysia).

NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP MENGUMUMKAN PEMBENTUKAN NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES (SEA) SDN. BHD DI MALAYSIA

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGALU-ALUKAN AHLI LEMBAGA BAHARU

Tambahan baharu mencerminkan perspektif global komuniti sekolah perniagaan yang pelbagai

RESTON, Va., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah persatuan global untuk sekolah perniagaan siswazah terkemuka, hari ini mengumumkan penambahan empat orang ahli lembaga pengarah yang baharu. Katy Montgomery, Dekan Bersekutu, Program Ijazah, INSEAD; François Ortalo-Magné, Dekan, London Business School; dan Giuseppe Soda, Dekan, SDA Bocconi School of Management, Universiti Bocconi, akan memulakan penggal tugas mereka pada 1 Julai. Selain itu, Yuan Ding, Naib Presiden dan Dekan China Europe International Business School (CEIBS), dilantik sebagai lembaga pengarah pada bulan Januari tahun ini untuk mengisi kekosongan Enase Okonedo dari Universiti Pan-Atlantik.

“Lembaga pengarah GMAC yang baharu mewakili sekolah perniagaan terkemuka dengan kampus yang terletak di 10 buah negara di seluruh Eropah, Asia, Amerika Utara, Afrika dan Timur Tengah,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Seiring dengan pergerakan pelajar yang kembali pulih dalam dunia selepas pandemik, saya tidak sabar untuk bekerja di samping kumpulan pemimpin yang pelbagai ini ― dan seluruh lembaga GMAC ― untuk terus memajukan visi GMAC bagi memastikan semua individu yang berbakat mendapat manfaat daripada pendidikan perniagaan yang terbaik untuk mereka.”

Ahli Lembaga GMAC Baharu

Yuan Ding, Naib Presiden dan Dekan, Pengerusi Cathay Capital dalam Perakaunan, CEIBS

Yuan Ding ialah Naib Presiden dan Dekan serta Pengerusi Profesor Perakaunan Cathay Capital di CEIBS, beliau telah berikan pengiktirafan CEIBS Teaching Excellence Award sebanyak tiga kali. Sebelum menyertai CEIBS, beliau merupakan ahli fakulti tetap Sekolah Pengurusan HEC, Paris, Perancis. Beliau ialah ahli Persatuan Perakaunan Eropah, Persatuan Perakaunan Perancis dan Persatuan Perakaunan Amerika. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah dalam Perakaunan dari Institute of Enterprises Administration di University Montesquieu Bordeaux IV, Perancis, dan juga Sarjana Pentadbiran Perusahaan dari University of Poitiers, Perancis. Ding merupakan pengarang beberapa buku berkenaan laporan kewangan dan penyelidikannya terdapat dalam jurnal akademik terkemuka.

Katy Montgomery, Dekan Bersekutu, Program Ijazah, INSEAD

Sebagai Dekan Bersekutu Program Ijazah INSEAD, Montgomery bertanggungjawab terhadap kepimpinan komersial portfolio Program Ijazah INSEAD di empat buah kampus: Fontainebleau, Singapura, Abu Dhabi dan San Francisco. Tanggungjawab kefungsian beliau termasuklah strategi, pemasaran, jualan, kemasukan, bantuan kewangan dan biasiswa, operasi program, kehidupan pelajar, perkhidmatan psikologi dan perkhidmatan kerjaya. Sebelum menyertai INSEAD, beliau berkhidmat sebagai Dekan Bersekutu Pembangunan Pelajar di Johns Hopkins Carey Business School. Montgomery memegang ijazah dalam Sains Politik dari Loyola University New Orleans dan ijazah Juris Doctor dari Georgetown University Law Center.

François Ortalo-Magné, Dekan, London Business School

François Ortalo-Magné ialah Dekan kesembilan London Business School (LBS), jawatan yang beliau pegang sejak Ogos 2017. Beliau mengetuai satu strategi yang berfokus pada (1) penyelidikan akademik dan kesannya, (2) inovasi pembelajaran dan penglibatan alumni dan (3) keterangkuman, berusaha untuk mencapai kesamaan jantina dan kepelbagaian sosio-ekonomi dan etnik yang lebih besar. Sejak memegang peranan ini, Ortalo-Magné telah mengetuai pelancaran semula jenama LBS, pertumbuhan program ijazah dan peningkatan ketara dalam sokongan dermawan untuk biasiswa. Penyelidikan beliau berkenaan ekonomi pasaran tanah dan perumahan telah diterbitkan dalam jurnal akademik terkemuka. Beliau telah membina pada pengalaman penyelidikan dan kepimpinannya untuk memberikan nasihat kepada pelbagai organisasi swasta, kerajaan dan berbilang sisi dan berkongsi pandangan beliau dalam outlet media utama dan persidangan di seluruh dunia. Sebelum dilantik menjadi ahli lembaga pengarah, Ortalo-Magné ialah Dekan Albert O. Nicholas dan Profesor Harta Tanah Robert E. Wangard di Wisconsin School of Business. Pelantikan akademik beliau yang pertama adalah di London School of Economics.

Giuseppe Soda, Dekan, SDA Bocconi School of Management, Bocconi University

Giuseppe “Beppe” Soda ialah Dekan SDA Bocconi School of Management dan Profesor Tetap Analisis Rangkaian dan Teori Organisasi di Bocconi University. Sebelum menjadi Dekan pada tahun 2016, jawatan beliau termasuklah berkhidmat sebagai Dekan Bersekutu untuk Penyelidikan (2007-2013), Pengarah Jabatan Pengurusan dan Teknologi (2013-2016) dan Ketua Jabatan Organisasi dan HRM (2001-2006). Beliau juga berkhidmat dengan EFMD sebagai ahli Lembaga Akreditasi EQUIS. Penyelidikan Soda mengkaji kesan prestasi yang saling mempengaruhi antara seni bina organisasi dengan rangkaian organisasi. Hasil kerjanya telah diterbitkan dalam jurnal pengurusan akademik terkemuka.

Selain ahli lembaga yang baru dilantik dan dinyatakan sebelum ini, Martin Boehm, Profesor Pemasaran dan bekas Dekan IE Business School dan bakal Rektor baharu EBS Universität für Wirtschaft und Recht, dan Themin Suwardy, Dekan Program Profesional Pascasiswazah, Singapore Management University, dilantik semula untuk penggal kedua.

GMAC juga mengiktiraf ahli lembaga yang telah tamat tempoh perkhidmatannya, Leila Guerra, Timbalan Dekan (Pendidikan) Imperial College Business School, dan Peter Tufano, Dekan Peter Moores dan Profesor Kewangan Saïd Business School, Universiti Oxford. GMAC mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan mereka sepanjang hampir empat tahun dengan organisasi kita dan sumbangan kepada komuniti pendidikan pengurusan siswazah.

Perihal GMAC™

Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) ialah persatuan dipacu misi bagi sekolah perniagaan siswazah di seluruh dunia. Diasaskan pada 1953, GMAC mewujudkan penyelesaian dan pengalaman yang membolehkan sekolah perniagaan dan calon meneroka, menilai dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, persidangan industri, alat perekrutan dan penilaian untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, serta alat, sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu untuk membimbing calon sepanjang perjalanan pendidikan peringkat yang lebih tinggi mereka. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) merupakan penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan.

GMAC juga memiliki dan mentadbir peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™) dan Penilaian Eksekutif (EA). Lebih 7 juta calon yang mengikuti pengajian sarjana perniagaan atau MBA telah melawat mba.com oleh GMAC pada tahun lalu untuk meneroka pilihan sekolah perniagaan, mempersiapkan diri dan mendaftar untuk ujian serta mendapatkan nasihat tentang proses kemasukan. BusinessBecause dan The MBA Tour merupakan subsidiari GMAC, sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14720

AGRO TECHNO PARK PEMINDAHAN ILMU KEPAKARAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNTUK MANFAAT KOMUNITI

JELI, 30 Jun (Bernama) -- Demi merealisasikan strategi pemindahan ilmu kepakaran serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada masyarakat, UMK mengorak langkah ke hadapan dengan mewujudkan Agro Techno Park (ATP) sebagai platform yang mampu memacu sektor pertanian sekaligus menjana ekonomi berasaskan asas tani.
 
ATP adalah inisiatif UMK untuk menerapkan kemahiran keusahawanan dan teknikal kepada warga UMK serta masyarakat setempat untuk menceburi bidang keusahawanan di dalam sektor pertanian yang bertujuan meningkatkan sumber pendapatan universiti dan ekonomi setempat.
 
Pengarah ATP UMK, Dr. Ch'ng Huck Ywih berkata, penubuhan ATP adalah sebagai platform terbaik dalam meningkatkan lagi penjanaan pendapatan dengan memberi penumpuan dalam bidang pertanian dan operasi urus tadbirnya adalah di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.

AGRO TECHNO PARK PEMINDAHAN ILMU KEPAKARAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNTUK MANFAAT KOMUNITI

Tuesday, June 29, 2021

TENDERWIZARD MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI SISTEM TENDER HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM) DENGAN MEMUDAHKAN PROSES PEROLEHAN DIWAKTU PANDEMIK

Sistem e-Tendering Berasaskan Awan, TenderWizard Menawarkan Penyelesaian Digital Industri Penjagaan Kesihatan sejajar dengan Pelan Transformasi Digital Malaysia 

PETALING JAYA, 28 Jun (Bernama) -- Century Software (M) Sdn Bhd (CSM), sebuah anak syarikat Censof Holdings Berhad, mengumumkan secara rasmi kerjasama dengan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), melaksanakan sistem TenderWizard untuk semua proses tender dan perolehan mereka. Kerjasama yang dimulakan secara ‘pilot project’ pada Februari 2021, yang kini telah dijalankan secara menyeluruh telah menyaksikan peningkatan kecekapan dalam operasi harian pelbagai jabatan dan memberikan penyelesaian menyeluruh seiring dengan usaha Censof untuk mendorong transformasi digital di sektor awam.

TenderWizard, perisian yang di bangunkan atas sistem awan (cloud) Telekom Malaysia Cloud adalah sistem terbaharu seumpamanya yang menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk semua proses e-Tender dan e-Lelong. Ia adalah produk eksklusif government-to-business (G2B) atau business-to-business (B2B) berasaskan web untuk perolehan barang dan perkhidmatan melalui sebut harga, tender, lelong balikan atau hadapan, serta menyokong penjualan dan pembelian barang melalui tender merangkap lelongan. TenderWizard boleh digunakan untuk semua jenis tender termasuk proses tender kerja.