Wednesday, August 4, 2021

PENINGKATAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) DALAM PEMBUATAN ADALAH KUNCI KEPADA INDONESIA UNTUK MEMAKSIMUMKAN SEPENUHNYA MANFAAT DARIPADA PENGEMBANGAN GVC, MENURUT KAJIAN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN

 



Table
 
“Rantaian Nilai Global di ASEAN” di Indonesia tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC (Grafik: Business Wire)
 

“Rantaian Nilai Global di ASEAN” di Indonesia tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC

TOKYO, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah menerbitkan Kertas Kerja 4 bagi siri “Rantaian Nilai Global di ASEAN” yang memberi tumpuan kepada Indonesia pada Jun 2021. Menurut kertas kerja itu, Indonesia memperlihatkan sebilangan besar nilai tambah domestik dalam eksport (DVA) pada 88 peratus pada tahun 2019; namun, bahagian DVA yang tinggi ini adalah tertumpu kepada aktiviti pembuatan di peringkat pengeluaran yang lebih rendah, yang memerlukan tahap minimum bagi input yang diimport dan teknologi asing.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210803006201/en/

Indonesia adalah merupakan ekonomi kesepuluh terbesar di dunia dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $1.1 trilion. Walaupun begitu, sektor pembuatan menyumbang hanya satu perlima daripada jumlah keseluruhan nilai tambah yang dihasilkan. Ini menunjukkan bahawa sektor pembuatan mewujudkan nilai kecil walaupun saiznya yang besar, iaitu dua kali ganda saiz bagi sektor utama dari segi hasil pengeluaran. Berbanding dengan negara-negara berpendapatan pertengahan tinggi yang lain seperti Malaysia dan Thailand, Indonesia telah mengekalkan tahap berpendapatan rendah dan mempunyai kadar pertumbuhan yang paling perlahan dalam nilai tambah pembuatan. Pengembangan bagi rantaian nilai global (GVC) adalah satu peluang yang baik untuk meningkatkan keupayaan teknologi bagi firma pembuatan asli, yang dianggap sebagai satu daripada kunci untuk keluar daripada perangkap berpendapatan pertengahan.

Penyertaan GVC yang lebih tinggi boleh mendorong pertumbuhan melalui jumlah perdagangan yang lebih tinggi dan pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih besar. Kertas kerja itu mengesyorkan Indonesia supaya mempertimbangkan untuk menerapkan model pertumbuhan ini sebagai satu pilihan kerangka kerja dasar. Perangkaan FDI menunjukkan bahawa pembuatan menyumbang lebih dari 40 peratus semasa tahun 2014-2019, dan kebanyakannya tertumpu dalam pembuatan teknologi sederhana seperti makanan, logam dan pembuatan jentera. Negara itu harus mengukuhkan industri dan pasaran tempatan mereka dan menggalakkan FDI secara strategik. Dasar-dasar yang menggalakkan peningkatan industri dan teknologi bagi ekonomi tempatan dan meningkatkan pembangunan sumber manusia, seperti kejuruteraan, reka bentuk, dan keupayaan R&D termaju adalah diperlukan untuk memacukan negara itu ke arah sebuah ekonomi yang lebih berintensifkan pengetahuan dan dipacu oleh inovasi.

Memaksimumkan potensi ekonomi nasional tidak secara automatik disusuli dengan integrasi yang lebih mendalam ke dalam GVC. Pelaku tempatan mungkin tidak memiliki keupayaan untuk memanfaatkan pendedahan kepada rangkaian pengeluaran global kerana keperluan seperti pematuhan dengan piawaian antarabangsa, sumber pengurusan dan kewangan yang lebih besar, dan perlindungan harta intelektual boleh menghalang perusahaan kecil dan sederhana daripada turut serta. Di peringkat nasional, proses penciptaan nilai tambah menjadi kunci. Di sinilah peranan sistem inovasi nasional (NIS) melalui dasar sains, teknologi dan inovasi (STI) yang berkesan adalah penting di dalam memaksimumkan kesan limpahan.

NIS yang dirancang dengan sangat teliti boleh menjadi jambatan yang dapat mengubah teknologi asing menjadi teknologi asli di sektor pembuatan. Kerajaan perlu mengutamakan peningkatan syarikat pembuatan asli di dalam GVC, terutamanya pada tahap teknologi pertengahan rendah dan teknologi pertengahan tinggi, memandangkan kebanyakan syarikat pembuatan asli kekal di dalam sektor teknologi rendah. Kerajaan Indonesia perlu untuk mewujudkan sebuah NIS yang dirancang dengan sangat teliti dan cekap yang memberi tumpuan kepada pencepat dan penyelarasan perindustrian dengan kementerian-kementerian utama yang terlibat dengan industri, R&D dan pendidikan tinggi untuk menyokong peningkatan bagi syarikat pembuatan asli di dalam GVC. Sejajar dengan ini, ejen dasar STI perlu memberi tumpuan kepada mewujudkan sebuah rangkaian untuk mengubah teknologi asing kepada keupayaan teknologi asli dan bukannya mencipta sesuatu yang “semata-mata tempatan”.

“Rantaian Nilai Global di ASEAN: Indonesia” tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper4/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210803006201/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-(0)3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun (AJC) 

PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT BAYARAN KUCHING UNTUK SANITASI

 KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pusat Bayaran Kuching akan ditutup sementara mulai 4 Ogos 2021 (Rabu) hingga 6 Ogos 2021 (Jumaat) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Dalam tempoh penutupan sementara ini, pembayaran kompaun, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara) dan Cukai Pegangan boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui medium Telegraphic Transfer (TT).
 
Selain empat (4) jenis bayaran di atas, bayaran juga boleh dibuat melalui portal perbankan internet bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM dan melalui kemudahan ByrHASIL yang disediakan di portal rasmi LHDNM.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat tatacara bayaran, pembayar cukai boleh menghubungi talian Hasil Care Line di 03-8911 1000 atau Hasil Recovery Call Centre di  03-87511000 atau e-mel kepada HelpTTpayment@hasil.gov.my.
 
Senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara juga boleh dicapai melalui pautan berikut:-
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 03 Ogos 2021

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi 
| Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my


--BERNAMA

PENYELESAIAN SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DENGAN SALURAN RUNCIT DAN DALAM TALIAN KITAMURA DI JEPUN

Kerjasama baharu akan membolehkan peruncit di Jepun menawarkan storan kandungan sementara mereka bercadang mendigitalkan lagi perkhidmatan mereka

BRIDGEWATER, N.J., 4 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan penginovasi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan Kitamura, sebuah peruncit multimedia di Jepun, telah memilih penyelesaian Synchronoss Personal Cloud untuk disepadukan dengan saluran runcit dan dalam talian miliknya. Tambahan awan peribadi akan membolehkan pelanggan runcit dan dalam talian Kitamura menyandarkan dan mengurus kandungan digital mereka yang tak ternilai, termasuk foto dan video, dari mana-mana peranti.

Kitamura merupakan peruncit terkemuka di Jepun yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan imej, termasuk kamera, pencetakan foto, alih suara video, studio foto, buku foto dan sebagainya. Peruncit ini mempunyai lebih 1,000 lokasi runcit di seluruh negara dengan lebih 20 juta pengunjung berbayar setiap tahun dan kira-kira 10 juta pengguna yang berdaftar dalam perkhidmatan dalam talian. Melalui penyepaduan ini, Kitamura akan dapat menyediakan pengalaman runcit dan dalam talian dan runcit yang lancar dengan tawaran awan peribadi label putih baharu.

PENYELESAIAN SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DENGAN SALURAN RUNCIT DAN DALAM TALIAN KITAMURA DI JEPUN

Tuesday, August 3, 2021

ABRA BEKERJASAMA DENGAN LEONIE HILL CAPITAL UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA PINJAMAN KRIPTO DAN PASARAN KADAR HASIL TINGGI

Abra membolehkan institusi dan pengguna Asia untuk memanfaatkan kripto sebagai satu kelas aset arus perdana yang cair, menyediakan jagaan yang selamat, pinjaman kripto, pembelian, perdagangan, peminjaman dan keupayaan untuk memperoleh faedah

MOUNTAIN VIEW, Calif. & SINGAPURA, 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Abra (https://www.abra.com/), sebuah platform pengurusan kekayaan terkemuka dengan kefungsian untuk membeli, menjual, berdagang dan memperoleh faedah terhadap mata wang kripto, hari ini mengumumkan satu perkongsian baharu dengan Leonie Hill Capital, sebuah firma pelaburan yang dikendalikan secara persendirian yang dikhususkan untuk mengambil pendekatan dinamik di pasaran yang sangat kompetitif. Perkongsian itu akan memperluaskan kehadiran aplikasi pengurusan kekayaan Abra yang berkembang pesat kepada pengguna di pasaran kripto Asia – terutamanya pelabur institusi, pelabur nilai bersih tinggi, dan pejabat-pejabat keluarga – yang akan menerima jagaan yang selamat, pinjaman kripto, pembelian, perdagangan, peminjaman dan keupayaan untuk memperoleh sehingga 8% peratus faedah ke atas deposit fiat.

“Leonie Hill Capital (LHC) memiliki satu prestasi yang baik di dalam pengurusan dana dan mengkhususkan diri di dalam pelaburan perniagaan disruptif, terutamanya di dalam persekitaran yang terkawal,” kata Bill Barhydt, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Abra. “Kami percaya kepakaran dan jaringan mereka di Asia menjadikan mereka sebuah rakan strategik utama bagi Abra untuk menjangkau pasaran ini dengan perkhidmatan kami.”

ABRA BEKERJASAMA DENGAN LEONIE HILL CAPITAL UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA PINJAMAN KRIPTO DAN PASARAN KADAR HASIL TINGGI

Monday, August 2, 2021

CIRCUS SOCIAL MENUKAR NAMA SEBAGAI RADARR UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN MENGEMUDIKAN LANDSKAP DIGITAL ASIA

  • Ekosistem media sosial Asia yang luas memerlukan sistem kecerdasan baharu
  • Permintaan bagi wawasan ramalan memacukan evolusi syarikat
  • Percambahan bagi platform dan bahasa media sosial di rantau itu menyediakan rangka tindakan untuk seluruh dunia
SINGAPURA, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat kecerdasan media sosial Circus Social telah menukar nama sebagai Radarr ketika ia berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi wawasan digital ramalan di Asia. Syarikat itu, yang dilancarkan pada tahun 2012, akan melancarkan nama, identiti visual, produk, dan laman web baharu mereka pada bulan ini.

Penjenamaan semula itu mencerminkan inovasi dan transformasi teknologi terkini syarikat itu dengan menggunakan AI, kecerdasan ramalan, dan algoritma ramalan berasaskan linguistik yang mengimbas alam semesta digital bagi berbilion perbualan. Dengan 2,300 bahasa, 4.5 bilion orang, 48 buah negara, dan berbilion perbualan sosial berlaku setiap hari, Asia adalah pusat baharu bagi media sosial, bagaimanapun, belum ada peranti khusus yang diwujudkan untuk menguasai dan mengesan rantau itu sehingga sekarang. Sistem kecerdasan generasi seterusnya diperlukan untuk mengikuti perkembangan landskap yang sentiasa berubah dan menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya.

Penawaran baharu itu direka untuk melayani jenama-jenama dalam satu era percambahan kandungan yang belum pernah terjadi sebelum ini — terutamanya ketika platform di Asia terus berkembang, dan masa yang dihabiskan di media sosial terus meningkat. Ekosistem media sosial yang berinovatif dan bergerak pantas di Asia menjadikannya sebagai satu daripada rantau yang paling kompleks dan mencabar untuk dikemudikan bagi perniagaan — terutamanya daripada pengesanan sudut pandangan bahasa dan sentimen, tetapi juga yang paling bernilai daripada perspektif pandangan. Ketika landskap digital yang berpecah-pecah di rantau itu berkembang, syarikat-syarikat semakin mencari cara yang lebih baik untuk menganalisis dan memanfaatkan kekayaan data yang tersedia dalam talian untuk strategi, kecerdasan perniagaan, dan pandangan audiens.

Prerna Pant, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi bagi Radarr, berkata: “Kami sedang bergerak melampaui analisis tepat masa. Pelanggan kini jauh lebih canggih dan mahukan rakan dengan tindanan teknologi yang sepadan. Pelanggan kami tidak hanya ingin mengetahui tentang apa yang sedang berlaku di dalam ruang digital dalam tepat masa, mereka juga mahu Radarr untuk melihat apa yang akan berlaku agar mereka dapat menjangkakan peluang dan cabaran yang dapat memaju atau menjejaskan perniagaan mereka.”

Ram Bhamidi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Radarr, menjelaskan bahawa “Teras bagi penawaran baharu Radarr adalah sebuah platform kecerdasan yang menyelidiki ke dalam berbilion perbualan yang berlaku dalam talian untuk menyampaikan pemantauan digital dan analisis ramalan. Papan pemuka yang ditempah menyediakan kecerdasan yang disasarkan pada bidang tertentu seperti pemantauan krisis atau pengurusan pempengaruh, sementara papan pemuka yang berpusatkan industri pada topik seperti Kripto dan Permainan memberikan pandangan umum mengenai arah aliran yang muncul merentasi sektor tertentu. Kecerdasan ini memberi maklumat mengenai saranan yang boleh dilaksanakan, yang dipacu oleh data untuk jenama-jenama, yang membolehkan mereka untuk menjangkakan masa depan dengan lebih berkesan dan bertindak pantas.”

Pant berkata: “Pelanggan antarabangsa kami kini melihat Asia sebagai pusat bagi pengembangan dan inovasi media sosial. Untuk membina satu strategi global yang mantap,  kami melihat semakin banyak jenama menumpukan perhatian mereka kepada memahami apa yang berlaku di rantau itu dan kemudian membangunkannya, berbanding dengan cara lama dalam melaksanakan strategi Amerika Utara atau Eropah di Asia. Keupayaan untuk mengambil tindakan agar dapat menghalang perkembangan dan meramalkan arah aliran di dalam dunia media sosial semakin menjadi kritikal bagi perniagaan, dan Asia berada di barisan hadapan di mana perubahan itu sedang berlaku dengan paling pantas.”

Yang terbaharu, syarikat yang berpangkalan di Singapura dan Bengaluru itu telah mengumumkan pembiayaan Pra-Siri A mereka yang diketuai oleh Inflection Point Ventures dan beberapa pelabur berprofil tinggi dari Amerika Syarikat, Singapura, dan India.

Maklumat mengenai Radarr
Dahulu dikenali sebagai Circus Social, Radarr adalah sebuah syarikat kecerdasan sosial dan digital yang dikuasakan oleh AI dan analisis data. Mengkhususkan diri di Asia Pasifik dan permutasi algoritma linguistik di media sosial, Radarr memberikan pandangan yang dapat dilaksanakan, melalui pemantauan dan analisis ramalan kepada perniagaan yang perlu membuat keputusan perniagaan yang berkepentingan tinggi dalam tepat masa. Jenama-jenama terkemuka dan syarikat Fortune 500 bekerjasama dengan Radarr, dengan menggunakan peranti proprietari mereka seperti 20/Twenty dan Pusat Arahan Radarr, untuk mengemudikan bahasa kompleks Asia Pasifik dan landskap digital yang bergerak pantas. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.radarr.com
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14824

Saturday, July 31, 2021

KEDAH MELANCARKAN PERMIT PEMBINAAN EKSPRES : E10 MESRA PELABUR

ALOR SETAR, 30 Julai (Bernama) -- Dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi dan produktiviti negeri Kedah, inisiatif E10 telah dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim secara atas talian melalui Facebook rasmi kerajaan Negeri Kedah.


Inisiatif di bawah Kedah Produktif Kedah Digital ini bakal menyaksikan Kedah bangkit dari pandemik Covid-19 dengan memudahcara permit pembinaan kepada pelabur berskala besar yang memilih untuk melabur di Kulim, Kedah.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim inisiatif E10 ini memudahkan dan mempercepatkan proses pembinaan kilang di Kedah.

“Di samping meningkatkan ekonomi serta produktiviti negeri Kedah, inisiatif mesra pelabur ini juga dapat memperkukuhkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan juga menambah peluang pekerjaan baharu di negeri ini,” kata beliau.

Inisiatif E10 adalah inisiatif baharu permit pembinaan secara ekspres dan ditawarkan oleh pihak berkuasa tempatan Majllis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Dalam merangka dan membangunkan inisiatif ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara telah membantu memberi khidmat nasihat dan mengadakan aktiviti libat urus bersama pihak Majlis Perbandaran Kulim, pemain industri dan agensi teknikal bagi memastikan apa yang dirangka ini praktikal dan boleh dilaksanakan berdasarkan peraturan sedia ada.

Beliau turut berkata inisiatif E10 ini pastinya menjadikan Negeri Kedah sebagai negeri pilihan pelabur dan peniaga yang mempunyai kelebihan serta berpotensi sebagai destinasi utama pelaburan di Malaysia. Beliau juga yakin ia akan memberi satu pengalaman baharu yang kondusif dan bakal membawa keuntungan kepada semua pihak.

Hasil pelaksanaan pada hari ini menyaksikan kejayaan  kilang milik ASPEN Glove yang dapat beroperasi dan mendapat sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) serta lesen perniagaan dalam masa 10 bulan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah, turut berkata inisiatif ini adalah sebagai galakan kepada pelabur untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh 10 bulan sahaja atau kurang dari satu tahun. Ia juga sebagai dorongan kepada penggiat industri dan pelabur antarabangsa untuk terus melabur di negeri Kedah dan juga seterusnya di seluruh negara.

MPKK juga akan membantu pelabur untuk mendapatkan CCC dan lesen dlm tempoh tersebut. Tambah beliau, MPKK menggunakan pendekatan kaedah Agile Regulation atau peraturan tangkas yang diperkenalkan oleh MPC. Pendekatan baharu ini penting terutamanya sewaktu pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak merencatkan pelaburan asing di negara ini.

Pendekatan MPC dalam inisiatif ini adalah untuk mengubah cara berfikir, cara bekerja serta menambahbaik penyampaian perkhidmatan peraturan yang lebih berfokuskan kepada kehendak pelanggan kata pengarahnya, Dr. Mazrina Mohd Ibramsah. Walau bagaimanapun perubahan proses kerja dalam inisiatif ini tidak akan sedikitpun melanggar peraturan yang sedia ada.

Pendekatan seperti ini bukan saja menyelesaikan segala masalah birokrasi yang dihadapi sebelum ini malah ia mempercepatkan proses dan paling penting mengutamakan ketelusan.

Dengan pembukaan kilang ASPEN Glove di Kulim Industrial Corridor ini dianggarkan sebanyak 2500 peluang pekerjaan tersedia kepada penduduk setempat. 
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
 
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi. 

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14821

SYNCHRONOSS MENAMAKAN CHRISTINA GABRYS SEBAGAI KETUA PEGAWAI UNDANG-UNDANG

 BRIDGEWATER, N.J., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan penginovasi produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan pelantikan Christina “Chrissy” Gabrys sebagai Ketua Pegawai Undang-undang. Gabrys menggantikan Ronald Prague yang akan mengundurkan diri selepas 15 tahun bersama syarikat tersebut untuk mengejar minat lain. Dalam jawatan baharu beliau, Gabrys akan menyelia semua urusan perundangan untuk syarikat tersebut.

“Ron telah memainkan peranan penting dalam membentuk Synchronoss seperti yang anda lihat pada hari ini. Kepimpinannya dalam perundingan dan perjanjian kerjasama dengan pelanggan, melengkapkan pemerolehan dan usaha kewangan lain dalam syarikat – termasuk sumbangannya bagi permodalan semula syarikat baru-baru ini – tidak ternilai dan beliau akan dirindui,” kata Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ron atas segala sumbangan beliau kepada syarikat ini. Kami akan sentiasa menganggap beliau sebahagian daripada keluarga Synchronoss dan mendoakan kejayaan beliau dalam perjalanan baharu. Ron juga telah membuat perancangan peralihan menyeluruh yang akan membolehkan Chrissy memikul tanggungjawab baharu dengan segera sementara kami menyambut kehadirannya dalam pasukan kepimpinan kanan.”

Gabrys baru-baru ini berkhidmat sebagai Pembantu Penasihat Undang-undang Synchronoss dan Ketua Pegawai Pematuhan yang memerlukan beliau berurusan dengan pelanggan dan rakan kongsi global. Sebagai Ketua Pegawai Pematuhan syarikat, beliau mengemas kini program pematuhan syarikat untuk memastikan amalan terbaik bagi dasar dan prosedur serta tadbir urus korporat di seluruh organisasi. Gabrys menyertai Synchronoss sebagai sebahagian daripada pemerolehan Openwave Messaging, tempat beliau berkhidmat sebagai penasihat undang-undang untuk Amerika dan APAC.

“Saya berbesar hati dapat memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Undang-undang dan tidak sabar untuk bekerja dengan ahli pasukan Synchronoss di seluruh dunia untuk memperkasakan pelanggan kami dan berhubung dengan pelanggan dalam cara yang dipercayai dan bermakna,” kata Gabrys. “Saya juga ingin menyampaikan penghargaan tulus saya kepada Ron. Bimbingan dan perancangan tekun beliau telah membuka jalan kepada peralihan lancar sementara saya memulakan tugas saya dalam peranan baharu ini.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14815