Saturday, July 31, 2021

SYNCHRONOSS MENAMAKAN CHRISTINA GABRYS SEBAGAI KETUA PEGAWAI UNDANG-UNDANG

 BRIDGEWATER, N.J., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan penginovasi produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan pelantikan Christina “Chrissy” Gabrys sebagai Ketua Pegawai Undang-undang. Gabrys menggantikan Ronald Prague yang akan mengundurkan diri selepas 15 tahun bersama syarikat tersebut untuk mengejar minat lain. Dalam jawatan baharu beliau, Gabrys akan menyelia semua urusan perundangan untuk syarikat tersebut.

“Ron telah memainkan peranan penting dalam membentuk Synchronoss seperti yang anda lihat pada hari ini. Kepimpinannya dalam perundingan dan perjanjian kerjasama dengan pelanggan, melengkapkan pemerolehan dan usaha kewangan lain dalam syarikat – termasuk sumbangannya bagi permodalan semula syarikat baru-baru ini – tidak ternilai dan beliau akan dirindui,” kata Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ron atas segala sumbangan beliau kepada syarikat ini. Kami akan sentiasa menganggap beliau sebahagian daripada keluarga Synchronoss dan mendoakan kejayaan beliau dalam perjalanan baharu. Ron juga telah membuat perancangan peralihan menyeluruh yang akan membolehkan Chrissy memikul tanggungjawab baharu dengan segera sementara kami menyambut kehadirannya dalam pasukan kepimpinan kanan.”

Gabrys baru-baru ini berkhidmat sebagai Pembantu Penasihat Undang-undang Synchronoss dan Ketua Pegawai Pematuhan yang memerlukan beliau berurusan dengan pelanggan dan rakan kongsi global. Sebagai Ketua Pegawai Pematuhan syarikat, beliau mengemas kini program pematuhan syarikat untuk memastikan amalan terbaik bagi dasar dan prosedur serta tadbir urus korporat di seluruh organisasi. Gabrys menyertai Synchronoss sebagai sebahagian daripada pemerolehan Openwave Messaging, tempat beliau berkhidmat sebagai penasihat undang-undang untuk Amerika dan APAC.

“Saya berbesar hati dapat memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Undang-undang dan tidak sabar untuk bekerja dengan ahli pasukan Synchronoss di seluruh dunia untuk memperkasakan pelanggan kami dan berhubung dengan pelanggan dalam cara yang dipercayai dan bermakna,” kata Gabrys. “Saya juga ingin menyampaikan penghargaan tulus saya kepada Ron. Bimbingan dan perancangan tekun beliau telah membuka jalan kepada peralihan lancar sementara saya memulakan tugas saya dalam peranan baharu ini.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14815

No comments:

Post a Comment