Wednesday, July 21, 2021

MARY KAY INC. YANG MENYOKONG BAGI MEMAJUKAN PEMERKASAAN EKONOMI WANITA DAN KESAMAAN GENDER MELALUI SATU SIRI KOMITMEN & PERKONGSIAN PENTING DI SELURUH DUNIA

 


Table

Bulan ini, Mary Kay juga menyertai Program “Pemacu bagi perubahan” di Forum Kesamaan Generasi di Paris, Perancis (30 Jun - 2 Julai). (Grafik: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, telah meningkatkan lagi komitmen mereka untuk memajukan kesamaan gender dengan mengeluarkan satu kertas kedudukan yang mengalu-alukan Strategi Kesamaan Gender Suruhanjaya Eropah untuk tahun 2020 – 2025 dan dengan menyertai Gabungan Tindakan Global Forum Kesamaan Generasi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210720005347/en/

Kertas kedudukan itu, yang boleh diakses di sini, menyuarakan strategi bagi Kesatuan Eropah mengenai kesamaan gender. Menurut Kesatuan Eropah: “Strategi itu menyampaikan objektif dan tindakan dasar untuk membuat kemajuan yang signifikan menjelang tahun 2025 ke arah sebuah Eropah yang mempunyai kesamaan gender. Matlamat itu adalah sebuah Kesatuan di mana wanita dan lelaki, gadis dan budak lelaki, dalam semua kepelbagaian mereka, adalah bebas untuk menempuh jalan yang mereka pilih dalam hidup, mempunyai peluang yang sama rata untuk berkembang maju, dan sama-sama mengambil bahagian di dalam dan memimpin masyarakat Eropah kita.”

“Undang-undang diskriminasi, kecenderungan gender dan pengstereotaipan, keganasan terhadap wanita dan gadis - ini semua adalah isu-isu global dan harus ditangani dalam perkongsian bersama sektor awam dan swasta dan organisasi masyarakat sivil di seluruh dunia,” kata Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang & Kepelbagaian di Mary Kay. “Mencapai kesamaan gender adalah sangat penting bagi kelangsungan hidup planet ini dan pembangunan semula ekonomi dan masyarakat yang lebih lestari dan berkembang.”

Bulan ini, Mary Kay juga menyertai Program “Pemacu bagi perubahan” di Forum Kesamaan Generasi di Paris, Perancis (30 Jun - 2 Julai). 26 tahun selepas Perisytiharan Beijing, Forum Kesamaan Generasi itu, yang dikendalikan oleh Wanita PBB dan dihoskan bersama oleh kerajaan Mexico dan Perancis, adalah “detik paling kritikal dalam sebuah generasi untuk melabur di dalam kesamaan gender dan mempercepatkan momentum bagi keselamatan, kepimpinan dan peluang1 ekonomi wanita.”

Julia Simon menyertai sebuah panel bertajuk “Membina sebuah Strategi Transformatif bagi Perolehan Responsif Gender,” yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai halangan yang tidak seimbang dan saling berkaitan terhadap keusahawanan wanita dan menggalakkan perolehan responsif gender. Di peringkat global, 1 dalam 3 perniagaan adalah dimiliki oleh wanita2, namun wanita hanya memperoleh 1% daripada perbelanjaan perolehan oleh kerajaan dan perbadanan besar3. Penceramah berkongsi pandangan dan nasihat konkrit yang dibuktikan oleh perjalanan mereka sendiri tentang cara bagaimana untuk melaksanakan sebuah strategi GRP.

Pada Forum Paris itu, Mary Kay juga menyertai empat daripada Gabungan Tindakan Kesamaan Generasi melalui komitmen dasar, programatik, dan sokongan: Keadilan dan Hak Ekonomi; Tindakan Wanita bagi Keadilan Iklim; Keganasan berasaskan gender dan Inovasi dan Teknologi. 50,000 orang terlibat di dalam Forum itu yang mengumpulkan 1,000 pembuat komitmen, mencatatkan pelaburan sebanyak $40 bilion bagi kesamaan gender dalam menyokong sebuah rancangan 5 tahun untuk bertindak sama merentasi 6 bidang tindakan.

Penglibatan ini adalah yang terbaharu bagi satu siri usaha advokasi Mary Kay dalam menyokong pemerkasaan ekonomi wanita dan kesamaan jantina pada pertemuan peringkat tinggi di seluruh dunia bersama-sama dengan rakan-rakan PBB mereka dan rakan strategik tempatan.
  • Pada 16 Mac, 2021, Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay, telah menyertai mesyuarat Kesamaan Gender Sasaran Kompak Global PBB untuk membincangkan cara bagaimana Mary Kay memberi kuasa kepada usahawan wanita di hampir 40 buah negara. Gibbins menyoroti data yang baharu dikeluarkan oleh Bank Dunia4 yang mendedahkan bahawa, secara purata di seluruh dunia, wanita memiliki tiga perempat hak undang-undang lelaki. Beliau mencabar syarikat-syarikat untuk mengambil satu pendirian terhadap diskriminasi undang-undang dan menyokong bagi reformasi untuk merapatkan jurang agar wanita dapat mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Acara itu telah mengumpulkan lebih 5,000 orang daripada sektor perniagaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, negara-negara anggota, dan organisasi masyarakat sivil dari lebih 100 buah negara, dengan 75% peserta mewakili sektor swasta.
  • Pada 24 Mac, 2021, pada acara sampingan bagi Suruhanjaya mengenai Status Wanita (CSW65), Gibbins telah menyertai sebuah panel yang dihoskan oleh Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) yang bertajuk “Wanita Memimpin Pemulihan Ekonomi Melalui Keusahawanan” di mana beliau menekankan perlunya bagi perkongsian sektor awam-swasta untuk membantu membentuk sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita. Dimulakan oleh Mary Kay dengan kerjasama 5 agensi PBB, Pemecut Keusahawanan Wanita itu ditampilkan sebagai satu contoh bagi impak unik untuk pelbagai perkongsian bagi mempercepatkan perubahan.
  • Pada 26 Mac-4 April, Edita Szabóová, Pengurus Besar bagi Mary Kay Republik Czech dan Slovakia, berkongsi komen di Persidangan Hari Gaji Sama di mana beliau menekankan betapa pentingnya “wanita menyokong wanita,” dan menyoroti usaha Mary Kay dalam memupuk usahawan wanita melalui latihan, kepimpinan, dan bimbingan. “Ketika wanita berkumpul, kita dapat mencapai perkara yang luar biasa untuk kepentingan wanita dan umat manusia secara umumnya. Oleh kerana kita tahu bahawa jika kita mengangkatnya, kita mengangkat kesemuanya. Pada terasnya, Mary Kay mengembangkan dan melatih usahawan, yang seterusnya, membina perniagaan mereka sendiri dan menulis kisah dan legasi mereka sendiri bagi anak perempuan mereka,” kata Szabóová.
  • Pada 15-16 Jun, 2021, di Sidang Kemuncak Pemimpin Kompak Global PBB, Gibbins bercakap pada sesi pentas utama “Wanita dalam Kelestarian: Berinovasi dalam sebuah Dunia Lelaki” yang menganjurkan usahawan wanita sebagai model peranan yang diperlukan oleh ekonomi dan masyarakat. Beliau juga menekankan misi kritikal bagi Pemecut Keusahawanan Wanita yang dimulakan oleh Mary Kay bersama 5 rakan agensi PBB: Wanita PBB, PBB Global Compact, Pusat Perdagangan Antarabangsa, Organisasi Buruh Antarabangsa dan Program Pembangunan PBB. Pemecut itu telah komited untuk mendidik dan memperkasakan 5 juta usahawan wanita dalam tempoh 10 tahun akan datang. “Keusahawanan wanita akan memainkan satu peranan penting di dalam kejayaan pemulihan pandemik itu. Inilah sebabnya mengapa misi Pemecut Keusahawanan Wanita itu sangat bertepatan pada masanya. Dan, inilah sebabnya mengapa usahawan wanita memerlukan satu kerangka kerja sebesar ini,” kata Gibbins. Sidang Kemuncak tahunan itu mengumpulkan lebih 25,000 pemimpin dari bidang perniagaan, kerajaan, PBB, dan masyarakat sivil, untuk meninjau keadaan kemajuan dan bagi memacukan tindakan kolektif ke arah mengurangkan krisis iklim, pandemik global, ketaksamaan ekonomi, dan ketidaksamaan sosial.
  • Pada 6 Julai, di Ekaterinburg, Mary Kay telah menyertai Pameran Perdagangan Perindustrian Antarabangsa INNOPROM-2021 platform perindustrian, perdagangan dan eksport utama di Rusia. Penceramah tetamu pada satu panel yang dihoskan oleh Wanita PBB bertajuk “Program Wanita PBB untuk Promosi dan Pembangunan Keusahawanan Berdasarkan Gender,” Mary Kay menekankan betapa pentingnya strategi perolehan responsif gender dan menekankan bahawa pandemik itu juga membawa satu peluang unik untuk memajukan tindakan dan bagi menyokong perniagaan wanita di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya hampir 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di www.marykay.com

1 https://forum.generationequality.org/home
2 Bank Dunia (2020). Tinjauan Perusahaan, Portal Data Gender Bank Dunia yang dipetik oleh Blog Bank Dunia (2020) Usahawan wanita diperlukan – tanpa berlengah!
3 Vazquez dan Sherman (2014). Dipetik oleh Wanita PBB (2017) Kuasa bagi Perolehan: Bagaimana untuk mensumberkan daripada perniagaan yang dimiliki oleh wanita.
4 Wanita, Perniagaan dan Undang-undang, 2021. Satu laporan yang dijalankan di 190 buah negara.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210720005347/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
Marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment