Thursday, July 8, 2021

JDMAS MENYASARKAN RMB 10 JUTA DALAM PENJUALAN UNTUK BELANJAWAN 2021 BERSAMA MOF & MDEC BAGI MENYOKONG PKS MIKRO MELALUI PERNIAGAAN ATAS TALIAN RENTAS BENUA

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- JDMas Commerce, pengendali Stor Perdana Malaysia di JD Worldwide, iaitu sebahagian daripada peruncit terbesar atas talian di negara China telah disenarai pilih sebagai rakan platform Belanjawan 2021, satu inisiatif dibawah Kementerian Kewangan dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Ini telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia pada 5hb Julai 2021 dan berkuatkuasa daripada 1hb Julai sehingga penghujung tahun 2021.

Belanjawan 2021 ataupun B2021 menampilkan dua inisiatif yang unik untuk menyokong perusahan mikro, kecil dan sederhana (PKS), iaitu      Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online (SMO). Inisiatif-inisiatif mempunyai objektif untuk membantu perniagaan dan jenama Malaysia untuk menggunapakai perdagangan atas talian (“eCommerce”) sebagai kaedah baru untuk menjalankan perniagaan, di samping meluaskan pasaran mereka ke peringkat antarabangsa.

JDMas telah dikenal pasti mempunyai keupayaan dan kecekapan untuk menjalankan transformasi perniagaan melalui perniagaan atas talian rentas benua secara B2C (perniagaan kepada pengguna) menerusi platform dan rangkaian JD.com, peruncit secara atas dan luar talian terbesar di negara China dan ketiga besar di dunia. Ini termasuk promosi dan pemasaran digital, bayaran atas talian, penghantaran muatan rentas benua (cross border freight), Gudang dan logistic menerusi ekosistem JD di China.

Perusahaan PKS juga mempunyai peluang untuk merealisasikan potensi jenama Malaysia kepada lebih satu billion pengguna berdaftar bersama JD di negara China. Ini, secara terus, membolehkan barangan jenama Malaysia untuk mendapat akses, jualan dan perkembangan yang pesat di pasaran negara yang mempunyai ekonomi kedua besar di dunia.

JDMAS MENYASARKAN RMB 10 JUTA DALAM PENJUALAN UNTUK BELANJAWAN 2021 BERSAMA MOF & MDEC BAGI MENYOKONG PKS MIKRO MELALUI PERNIAGAAN ATAS TALIAN RENTAS BENUA

No comments:

Post a Comment