Saturday, July 24, 2021

ZOOM BAKAL MEMPEROLEH FIVE9



Gabungan platform komunikasi Zoom yang teguh dengan pusat hubungan awan pintar Five9 akan membolehkan organisasi membayangkan semula cara mereka berinteraksi dengan pelanggan mereka

SAN JOSE, Calif. dan SAN RAMON, Calif., 22 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh Five9, Inc. (NASDAQ: FIVN), pembekal terkemuka bagi pusat hubungan awan, dalam urus niaga saham penuh yang dianggarkan bernilai $14.7 bilion. Gabungan penyelesaian Pusat Hubungan sebagai Perkhidmatan (“CCaaS”) oleh Five9 dengan platform komunikasi luas Zoom akan mengubah cara perniagaan berhubung dengan pelanggan mereka, lalu membina platform interaksi pelanggan untuk masa hadapan.

Perolehan itu dijangka membantu Zoom meningkatkan kehadiran dengan pelanggan perusahaan dan membolehkannya untuk memecut peluang pertumbuhan jangka panjang dengan menambahkan pasaran pusat hubungan bernilai $24 bilion. Five9 ialah peneraju dalam perisian pusat hubungan berasaskan awan. Pusat hubungan awan boleh skala yang tinggi dan selamat itu menyediakan aplikasi mudah digunakan serta menyeluruh yang membolehkan pengurusan dan pengoptimuman interaksi pelanggan merentasi pelbagai saluran berbeza.

“Kita sentiasa mencari cara untuk meningkatkan platform kita dan penambahan Five9 sememangnya sesuai kerana akan menyampaikan kebahagiaan dan nilai lebih banyak kepada pelanggan kita,” kata Eric S. Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Zoom. “Zoom dibina atas teras kepercayaan bahawa teknologi komunikasi yang teguh dan boleh dipercayai membolehkan interaksi yang memupuk empati dan kepercayaan yang lebih besar dan kami percaya perkara itu sangat benar dalam interaksi pelanggan. Pengusaha berkomunikasi dengan pelanggan biasanya menerusi pusat hubungan dan kami percaya perolehan ini mewujudkan platform interaksi pelanggan peneraju yang akan membantu untuk mengubah cara syarikat pelbagai saiz berhubung dengan pelanggan mereka. Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan pasukan Five9 dan saya menanti-nantikan untuk menyambut mereka dalam keluarga Zoom.” 

No comments:

Post a Comment