Friday, July 2, 2021

MINI TEAM EXCELLENCE INNOVATION SHOWCASE (MTEX) 2021

 PETALING JAYA, 2 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah berjaya menganjurkan Mini Team Excellence Innovation Showcase (MTEx) 2021 secara dalam talian serentak di MPC seluruh Malaysia pada 1 Julai 2021. Konvensyen ini melibatkan penganjuran dari Ibu pejabat MPC serta lima wilayah iaitu Wilayah Selatan, Wilayah Utara, Wilayah Pantai Timur dan Wilayah gabungan iaitu Sarawak dan Sabah, serta Ibu Pejabat. Konvensyen MTEx ini merupakan platform khas untuk memberi pendedahan kepada kumpulan baharu Team Excellence (TE) dalam mempamerkan projek inovasi dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi.


Objektif penganjuran MTEx adalah untuk meningkatkan keupayaan dan penglibatan pekerja dalam melaksanakan projek inovasi walaupun ketika negara dalam keadaan pandemik. Selain itu, konvensyen pada kali ini tetap dijalankan secara dalam talian atau online memandangkan keadaan pendemik yang masih belum terkawal yang mana secara tidak langsung membuka dimensi baru dalam penganjuran program-program anjuran MPC secara maya atau dalam talian. Inisiatif Team Excellence yang dipacu oleh MPC ini telah mengukuhkan lagi budaya kreativiti dan inovasi di dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, usaha dan inisiatif di peringkat organisasi ke arah mengukuhkan budaya inovasi ini telah membantu meningkatkan daya saing negara.

Berdasarkan laporan The Global Innovation Index 2020 telah menunjukkan kedudukan Malaysia meningkat ke tangga 33 daripada 35 (2019) dalam kalangan 131 negara. Kajian ini menunjukkan bahawa penekanan kerajaan ke arah usaha meningkatkan kreativiti dan inovasi negara telah meningkatkan prestasi negara berbanding tahun sebelumnya. Dalam usaha seiring dengan inisiatif Blueprint Ekonomi Digital, amatlah penting untuk melaksanakan projek penambahbaikan proses inovasi yang menjurus ke arah pendigitalan dan adaptasi elemen Industry 4.0. Ini merupakan game-changer masa kini yang membolehkan organisasi mencapai impak yang lebih tinggi melalui lonjakan berganda (quantum leap). Tidak dinafikan, teknologi termaju seperti artificial intelligence (“AI”), internet of things (“IOT”), big data analytics serta blockchain telah berjaya mengubah corak ekonomi dunia dan cara baharu perniagaan beroperasi. 2 Inisiatif inovasi yang berterusan melalui penganjuran MTEx Peringkat Wilayah ini telah berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak RM125 juta dari 56 projek inovasi walaupun dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Secara keseluruhan penganjuran Konvensyen MTEx kali ini telah disertai seramai 688 peserta dari 56 kumpulan yang mewakili 33 organisasi. 

Disertakan juga pautan majlis perasmian MTEx 2021: https://fb.watch/6sPka_sCwS/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14738

No comments:

Post a Comment