Friday, July 30, 2021

TOSHIBA MELANCARKAN MIKROPENGAWAL ARM® CORTEX®-M4 UNTUK KAWALAN MOTOR SEBAGAI PRODUK PERTAMA DI DALAM KELAS TERMAJU KELUARGA TXZ+TM




TOKYO, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 12 peranti baharu di dalam kumpulan M4K untuk kawalan motor sebagai produk pertama bagi kelas termaju keluarga TXZ+TM , dan akan memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 10 produk lain di dalam kumpulan M4M pada Ogos 2021. Kedua-dua kumpulan M4K dan M4M bagi mikropengawal akan dihasilkan di dalam satu proses 40nm, dan tergolong kepada siri TXZ4A+.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210728005418/en/

Produk ini menggunakan teras Arm Cortex-M4 dengan FPU, berfungsi sehingga 160MHz, dan mengintegrasikan litar kawalan motor A-PMD (pemacu motor termaju yang boleh diprogramkan), pengekod 32-bit A-ENC (pengekod termaju) dan enjin vektor A-VE+ (enjin vektor termaju plus). Peranti ini menyediakan penyelesaian yang sesuai bagi motor AC, motor DC tanpa berus dan pelbagai kawalan penyongsang dengan maksimum tiga unit bagi penukar analog/digital 12-bit berkelajuan tinggi dan beresolusi tinggi.

Peranti di dalam kumpulan M4K itu mempunyai UART, SPI dan I2C yang disatukan sebagai antara muka komunikasi umum, dan kumpulan M4M itu juga mempunyai satu antara muka komunikasi CAN. Kedua-dua kumpulan mempunyai fungsi diagnosis diri untuk ROM, RAM, ADC dan jam, yang membantu pelanggan mencapai pensijilan keselamatan fungsian IEC60730 Kelas B. Kedua-dua kumpulan mencapai penggunaan arus rendah dan kefungsian tinggi dan pada masa yang sama mengekalkan keserasian yang baik dengan kumpulan keluarga M4K(2) TXZTM yang sedia ada.

Dokumentasi, perisian sampel dengan contoh bagi penggunaan sebenar, papan penilaian dan perisian pemacu yang mengawal antara muka bagi setiap periferal disediakan bersama dengan pengiriman komponen. Sebuah persekitaran pembangunan juga disediakan untuk menyokong pelbagai keperluan dalam kerjasama dengan rakan-rakan ekosistem Arm global.

Ciri-ciri utama bagi produk baharu
  • Teras Arm Cortex-M4 berprestasi tinggi dengan FPU, maksimum 160MHz
  • Fungsi kawalan motor dan penyongsang dan antara muka komunikasi
  • Fungsi diagnosis diri untuk keselamatan fungsian IEC60730 kelas B 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14817

No comments:

Post a Comment