Tuesday, July 13, 2021

​PKS PERLU ADAPTASI DENGAN KETANGKASAN DALAM ORGANISASI

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mengadaptasi agility atau ketangkasan dalam organisasi mereka bagi berdepan suasana perniagaan yang semakin dinamik ketika ini.
 
Mengikut kajian Pengasas dan Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman, ketangkasan tersebut diperlukan bagi perniagaan dapat bertahan dan kekal kompetitif dalam suasana perniagaan yang kerap berubah.
 
Katanya, apatah lagi COVID-19 yang dilalui sememangnya memberikan impak besar kepada PKS berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara ini.
 
"PKP mengurangkan aktiviti perniagaan PKS mengakibatkan mereka (usahawan) mengalami tekanan kewangan apabila perbelanjaan melebihi daripada pendapatan yang dihasilkan ketika ini.
 
"Sehubungan itu, usahawan perlu mengadaptasi strategi-strategi pemulihan untuk tambah baik prestasi perniagaan meskipun ketidaktentuan pasaran," jelasnya  dalam artikel ditulis bertajuk - The Impact of COVID-19 on SMEs in Malaysia and Recovery Strategies dalam academia.edu, baru-baru ini.
 
Impak COVID-19 kepada PKS dengan pengurangan hasil, gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos operasi, kejatuhan ekonomi, moratorium pinjaman, pemberhentian pekerja dan bankrap.

PKS PERLU ADAPTASI DENGAN KETANGKASAN DALAM ORGANISASI

No comments:

Post a Comment