Thursday, July 29, 2021

TETRATE, YANG DIMULAKAN OLEH ISTIO CREATORS, MENGUMUMKAN PEMBUKAAN PEJABAT ASIA PASIFIK DI SINGAPURA

SAN FRANCISCO & SINGAPURA, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Tetrate, peneraju di dalam teknologi rangkaian dan perkhidmatan jaringan yang peka dengan aplikasi, mengumumkan pembukaan sebuah pejabat di Singapura untuk memperluaskan kehadiran syarikat itu di wilayah APAC. Tetrate melantik Karthik Viswanathan sebagai ketua jualan APAC dan Adrian Cole sebagai ketua kejuruteraan untuk membina pasukan mereka di Asia. Viswanathan telah mengembangkan organisasi jualan bagi Cloudhealth (diperolehi oleh VMware) dan Fortinet, dan Cole adalah pengasas bersama dan penyumbang utama untuk projek-projek sumber terbuka seperti JClouds, Spring Cloud Sleuth dan OpenZipkin. Pada awal tahun ini pada Mac, Tetrate telah mengumpulkan $40 juta dalam satu pusingan pendanaan Siri B yang diketuai oleh Sapphire Ventures. Pelabur lain termasuk Scale Venture PartnersNTTVCDell Technologies CapitalIntel Capital8VC, dan Samsung NEXT.


“Kami melihat momentum yang mantap bagi produk Tetrate di rantau APAC dan sekarang adalah masa yang tepat untuk melabur di dalam membina sebuah pasukan jualan dan kejuruteraan yang teguh di Asia,” kata Varun Talwar, Ketua Pegawai Ekskeutif bagi Tetrate. “Pemodenan aplikasi adalah satu fenomena global dan keselamatan kepercayaan sifar untuk perkhidmatan aplikasi dan API menjadi satu kebimbangan umum di kalangan perusahaan. Tetrate Service Bridge dibina khas untuk menyelesaikan masalah ini merentasi seluruh beban kerja dan persekitaran yang heterogen.”

Diamalkan oleh syarikat-syarikat kewangan, kesihatan dan keruncitan Fortune 200, dan organisasi-organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, platform penyampaian aplikasi Tetrate dan produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, membantu mempercepatkan penggunaan awan, transformasi digital dan seni bina kepercayaan sifar. Tetrate, sebuah penyumbang utama kepada Envoy Proxy dan Istio, membantu perusahaan dengan perjalanan penggunaan jaringan perkhidmatan mereka dengan menyediakan sokongan dan kepakaran komersial.

Pengembangan ini di rantau itu mencerminkan cita-cita Tetrate untuk lebih dekat dengan pelanggan global mereka. Pasukan yang berpangkalan di Singapura itu akan termasuk kalangan profesional jualan, pemasaran, kejuruteraan dan kejayaan pelanggan. Ini akan membolehkan pelanggan tempatan dan serantau untuk menerima bimbingan dan sokongan yang lebih pantas. Tetrate akan meneruskan usaha pengembangan mereka dalam beberapa bulan akan datang untuk menambahkan lebih banyak lokasi di Asia.

Maklumat mengenai Tetrate

Dimulakan oleh pengasas Istio untuk membayangkan semula rangkaian aplikasi, Tetrate adalah syarikat jaringan perkhidmatan perusahaan yang menguruskan kerumitan bagi infrastruktur aplikasi awan hibrid moden. Produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, menyediakan satu platform jaringan perkhidmatan yang komprehensif dan bersedia untuk perusahaan yang dibina untuk penggunaan berbilang kluster, berbilang penyewaan, dan berbilang awan. Pelanggan mendapat kebolehcerapan yang konsisten, terbina dalam, keselamatan waktu jalan dan pengurusan trafik di mana-mana persekitaran. Tetrate tetap menjadi sebuah penyumbang utama kepada projek sumber terbuka Istio dan Envoy Proxy. Dapatkan maklumat lanjut di www.tetrate.io.

Sila hubungi kami dengan pertanyaan.

Ikuti kami di Twitter, @Tetrateio

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14804

No comments:

Post a Comment