Wednesday, July 21, 2021

RISKIFIED LTD. MENGUMUMKAN PELANCARAN BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN

NEW YORK, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Riskified Ltd. (“Riskified”), sebuah platform pengurusan penipuan yang membolehkan eDagang tanpa geseran, hari ini mengumumkan pelancaran bagi tawaran awam permulaan mereka bagi 17,500,000 saham biasa Kelas A. Tawaran itu terdiri daripada 17,300,000 saham biasa Kelas A yang ditawarkan oleh Riskified dan 200,000 saham biasa Kelas A yang akan dijual oleh satu daripada pemegang saham Riskified yang sedia ada. Riskified tidak akan menerima sebarang hasil daripada penjualan saham itu oleh pemegang saham yang menjualnya. Penaja jamin akan mempunyai pilihan 30 hari untuk membeli tambahan 2,625,000 saham biasa Kelas A daripada Riskified pada harga tawaran awam permulaan itu, dengan ditolak diskaun pengunderaitan dan komisen. Harga tawaran awam permulaan itu pada masa ini adalah dijangkakan antara $18.00 dan $20.00 bagi setiap saham. Riskified berhasrat untuk menyenaraikan saham biasa Kelas A mereka di Bursa Saham New York di bawah simbol tiker “RSKD”.

RISKIFIED LTD. MENGUMUMKAN PELANCARAN BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN

No comments:

Post a Comment