Thursday, July 15, 2021

INNORULES AKAN MEMASUKI PASARAN KEWANGAN ASIA TENGGARA DENGAN MEMENANGI PROJEK TRANSFORMASI DIGITAL BAGI SYARIKAT INSURANS JEPUN TERBESAR

 


Table

Digital Product Manager (DPM) INNORULES adalah satu produk sistem pengurusan maklumat yang menyokong pengembangan bagi produk baharu dengan pantas dan mudah dengan memisah dan mengumpulkan maklumat, struktur dan atribut produk itu. INNORULES, sebuah pemaju profesional Korea bagi Business Rule Engine, membekalkan Digital Product Manager kepada projek transformasi digital berinovatif bagi satu daripada syarikat insurans terbesar di Jepun. INNORULES merancang untuk berkembang ke pasaran kewangan Asia Tenggara di atas peluang ini. (Grafik: Business Wire)
 

SEOUL, Korea Selatan, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- INNORULES (Ketua Pegawai Eksekutif, Kil Kon Kim) mengumumkan bahawa pihaknya membekalkan Digital Decision Manager (DDM) syarikat itu kepada projek inovasi masa hadapan bagi satu daripada syarikat insurans terbesar di Jepun dan sistem peringkat pertama telahpun dibuka.

INNORULES adalah sebuah pemaju profesional bagi satu penyelesaian Business Rule Engine (BRE). BRE memudahkan tugas dan meningkatkan kelajuan dan kecekapan bagi pembinaan sistem. Banyak syarikat kewangan Korea termasuk syarikat insurans, brokeraj dan bank telah menggunakan produk INNORULES itu.

Syarikat Jepun itu telah menyiapkan bagi projek generasi akan datang ini sejak tahun 2016. Ini adalah projek terbesar dalam tempoh 30 tahun dengan satu pelaburan sebanyak kira-kira USD 1.746 bilion.

Syarikat Jepun itu pertama kali menemui produk INNORULES itu ketika mereka melawat Korea untuk menanda aras syarikat-syarikat insurans Korea dan ia akhirnya memilih INNORULES setelah menjalankan Ujian Penanda Aras.

Syarikat Jepun itu menggunakan Digital Product Manager (DPM) INNORULES untuk tugas utama mereka dan memudahkan struktur dagangan mereka seperti penjualan insurans, penerimaan premium insurans, dan proses penyelesaian premium.

Sebagai tambahan, INNORULES memainkan satu peranan di dalam teras bagi projek itu dengan meningkatkan prestasi bagi sistem legasi pelanggan, yang terdiri daripada data terkumpul secara besar-besaran. Sebelum ini, adalah agak sukar untuk menukar satu produk baharu dengan pantas kerana ia perlu mempertimbangkan impak bagi penambahan produk baharu kepada sistem yang sedia ada.

Sistem yang baharu dilancarkan itu menggunakan DPM INNORULES untuk menyeragamkan tugas umum dan bagi memisahkan proses pengembangan produk mengikut ciri-ciri produk itu. Syarikat Jepun itu menjangkakan dapat mengurangkan masa untuk mengembang dan mengubah sesuatu produk dengan sebanyak satu pertiga daripada hampir satu tahun. Syarikat itu merancang untuk memperkenalkan sistem yang baharu diguna pakai itu kepada sistem insurans kenderaan dan insurans kebakaran mereka menjelang tahun 2025.

INNORULES merancang untuk berkembang ke pasaran Asia Tenggara di atas peluang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif INNORULES Kil Kon Kim berkata, “Adalah sangat bermakna untuk menyediakan produk kami untuk perniagaan teras bagi syarikat kewangan Jepun yang biasanya sangat berhati-hati. Setelah diperakui di atas kestabilan dan kemampuan teknologi kami selama bertahun-tahun, kami menerima pertanyaan yang tidak putus-putus daripada syarikat-syarikat kewangan Jepun yang lain sejak satu sistem baharu dilancarkan melalui kontrak baru-baru ini.”

“Berdasarkan kepada perjanjian dengan syarikat Jepun itu dan syarikat-syarikat domestik, kami merancang untuk berkembang ke negara-negara utama di Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Malaysia yang sedang menyiapkan diri bagi projek kewangan baharu,” kata Kim. “Kami menjangkakan pertumbuhan lebih dari 20% daripada jualan luar negara pada tahun ini.”

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52456920/en

Hubungi

INNORULES CO.,LTD
Yosep Park
+82-2-416-2501
marketing@innorules.com
 
Sumber : INNORULES CO.,LTD

No comments:

Post a Comment