Thursday, July 29, 2021

NIKKISO CRYOGENIC SERVICES MEMULIHKAN SEMULA LOJI PEMISAHAN UDARA DI INDIA UNTUK BEKALAN OKSIGEN KRITIKAL

TEMECULA, Calif., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Cryogenic Industries’ Clean Energy & Industrial Gases Group (Kumpulan), sebuah anak syarikat Nikkiso Co., Ltd (Japan), dengan berbesar hati mengumumkan bahawa mereka telah selesai memulihkan semula loji Pemisahan Udara di Patancheru, Hyderabad India. Projek ini dijalankan dengan kerjasama kerajaan Telangana (TEL) dan Yayasan Greenko (GKO).

Berikutan krisis pandemik berterusan di India, kerajaan India memperkenalkan arahan untuk memulakan semula operasi dan pengeluaran LOX bagi memenuhi permintaan mendadak terhadap oksigen perubatan. GKO telah mengambil loji Oksigen yang telah lama ditutup secara sewaan daripada Air Water India Private Limited (AWI) untuk tempoh (2) dua tahun.

Pada Mei 2021, Kumpulan ini bekerjasama dengan GKO dalam memulihkan semula loji tersebut. Nikkiso Cryogenic Services menyediakan sokongan teknikal kritikal dan alat ganti, termasuk penggerak muncung dan komponen getaran, dan Nikkiso Cosmodyne India Pvt. Ltd. menyediakan sokongan perkhidmatan lapangan. Komponen kritikal yang biasanya mengambil masa 12-14 minggu disediakan dalam masa tiga hari untuk menyokong permintaan mendadak ini. Pada 22 Jun, tapak tersebut beroperasi semula sepenuhnya.

“Kami bangga dapat memainkan peranan dalam perjuangan menentang COVID ini, dan kami bangga dengan teknologi dan kerjasama yang diusahakan untuk membangunkan dan menggerakkan kemudahan ini dalam waktu yang singkat,” menurut Jim Estes, Presiden, Nikkiso Cryogenic Services.

NIKKISO CRYOGENIC SERVICES MEMULIHKAN SEMULA LOJI PEMISAHAN UDARA DI INDIA UNTUK BEKALAN OKSIGEN KRITIKAL

No comments:

Post a Comment