TOKYO, 22 Nov., 2017 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --
-
Menu Khas Ramen Boleh Didapati di 6 Kedai di Ramen Kokugikan Mai Tokyo;
Acara-acara Krismas, Pertunjukan Bunga Api akan Menampilkan Odaiba -
AQUA
CiTY ODAIBA, sebuah kompleks komersil di daerah Odaiba di Tokyo yang
dikendalikan oleh Mitsubishi Jisho Retail Property Management Co., Ltd.,
akan menawarkan pelbagai mi ramen pada menu musim sejuk khas di enam
buah restoran yang beroperasi di "Ramen Kokugikan Mai Tokyo," bermula
pada Jumaat, 1 Disember.
Ramen Kokugikan Mai Tokyo di tingkat
lima kompleks berkenaan -- yang menawarkan pilihan enam restoran ramen
yang popular merentasi Jepun di satu tempat -- sibuk dengan tetamu dari
seluruh pelusuk negara dan dari luar negara. Hidangan khas ramen yang
ditawarkan oleh enam kedai berkenaan pada setiap musim sejuk menikmati
populariti yang tinggi dengan pengunjung.
Kesemua produk ramen
pada menu khas musim sejuk itu akan dijual pada harga 2,000 yen atau
lebih, termasuk cukai penggunaan 8 peratus. Bahan-bahan mewah akan
digunakan untuk sup dan hiasan atas bagi kesemua ramen khas.
AQUA
CiTY ODAIBA berharap agar pelawat akan menikmati hidangan ramen yang
asli yang mana enam restoran popular ini dari pelbagai tempat di Jepun
akan ditawarkan hanya pada musim sejuk ini dengan penuh keyakinan.
KRISMAS
RESORT TOKYO 2017 - AQUA CiTY ODAIBA - juga sedang berlangsung di
kompleks komersil itu sebagai satu acara khas musim sejuk. Sebagai
sebahagian daripada acara itu, Gelanggang Malam Musim Sejuk, sebuah
gelanggang luncur yang diwujudkan khas, sedang beroperasi di kemudahan
itu dan cahaya perayaan menambahkan seri warna warni pada pemandangan
malam di kawasan teluk itu.
Tambahan pula, Pertunjukan Bunga Api
Odaiba Rainbow 2017 akan diadakan pada setiap hari Sabtu pada bulan
Disember, dengan hebatnya menerangi kawasan Odaiba. Ia akan menjadi
suatu pemandangan musim sejuk yang indah dengan Jambatan Rainbow
diterangi dalam tujuh warna.
"Musim sejuk ini, kami seperti juga
dengan kebanyakan orang menikmati suatu masa istimewa di AQUA CiTY
ODAIBA," kata seorang pegawai pengendali di kompleks komersil itu.
Laman web Ramen Kokugikan Mai Tokyo (Bahasa Inggeris):
http://www.aquacity.jp.e.yp.hp.transer.com/tokyo_ramen_kokugikan
Laman web KRIMAS RESORT TOKYO 2017 - AQUA CiTY ODAIBA (Bahasa Inggeris):
http://www.aquacity.jp.e.yp.hp.transer.com/news/1542
Laman web Pertunjukan Bunga Api Odaiba Rainbow 2017 (Bahasa Inggeris):
http://www.tokyo-odaiba.net/en/rainbow/hanabi2017.html
SUMBER: Mitsubishi Jisho Retail Property Management Co., Ltd.
No comments:
Post a Comment