ZURICH & SINGAPURA, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CREALOGIX,
satu daripada syarikat Fintech terkemuka di Switzerland, hari ini
mengumumkan pengembangan aktiviti perniagaan mereka di rantau Asia /
Pasifik dengan penyelesaian yang disesuaikan secara khusus. Pascal
Wengi, Pengarah Urusan Asia / Pasifik (APAC), mengetuai ibu pejabat di
Singapura. Beliau bertanggungjawab untuk pembangunan strategik jangka
panjang bagi syarikat 100 Teratas Fintech itu di rantau berkenaan.
Dengan
pengembangan itu, CREALOGIX akan bekerjasama dengan rakan-rakan
tempatan yang sudah bertapak, seperti Cognizant, satu daripada penyedia
terkemuka bagi perkhidmatan perniagaan dan teknologi di seluruh dunia.
Di samping bank runcit serantau dan penyedia perkhidmatan kewangan yang
semakin meningkat, firma perisian Switzerland persendirian juga
menyokong bank-bank persendirian Eropah dalam pelaksanaan penyelesaian
perisian yang khusus untuk pasaran Asia. "Berbanding dengan Eropah,
pendigitan adalah lebih maju di Asia. Pusat-pusat kewangan khususnya
ingin memperkenalkan penyelesaian bahagian depan terkini yang tepat
untuk penasihat bank dan pelanggan. Sebaliknya, di Asia Tenggara,
bank-bank berhadapan dengan cabaran besar untuk menjangkau ke pelanggan
luar bandar yang berpotensi," jelas Wengi.
Fokus pada Penasihat Kewangan CREALOGIX dan Cawangan CREALOGIX dalam Mudah Alih
Dengan
penyelesaian "Penasihat Kewangan CREALOGIX", Pengurus-pengurus Hubungan
Pelanggan boleh meliputi kesemua perkhidmatan yang mereka perlukan
sebagai sebahagian daripada perkhidmatan perundingan pelanggan mereka
dari satu sumber tunggal. Terutamanya dalam Perbankan Peribadi dan
Pengurusan Kekayaan, gambaran keseluruhan berpusat ini membolehkan
perunding untuk memenuhi jangkaan tinggi pelanggan Asia yang celik
digital dalam perniagaan perbankan mereka. "Cawangan CREALOGIX dalam
sebuah Mudah Alih" menawarkan kepada institusi kewangan untuk membina
cawangan-cawangan mudah alih. Ini adalah satu kelebihan terutamanya di
kawasan luar bandar di rantau Asia Tenggara dengan akses mereka yang
terhad kepada perkhidmatan perbankan. Keseluruhan proses itu – dari
membiasakan pelanggan baharu dengan perkhidmatan kepada nasihat kewangan
– menjimatkan sumber kerana ia boleh diuruskan melalui sebuah telefon
pintar atau tablet tanpa memerlukan sebuah pejabat cawangan secara
fizikal.
Pascal Wengi telah bersama CREALOGIX sepanjang tiga
tahun yang lalu di ibu pejabat mereka di Zurich, Switzerland. Beliau
bertanggungjawab untuk penyatuan penyelesaian perbankan digital dalam
pelbagai sistem perbankan teras di Eropah, Timur Tengah dan rantau Asia
/Pasifik. Wengi mempunyai lebih 15 tahun kepakaran dalam pelbagai
jawatan pengurusan projek di Eropah dan Asia dan terlibat dalam
pembangunan platform dagangan dalam talian Switzerland yang pertama.
Untuk maklumat lanjut, sila layari crealogix.com/sg/
Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51716242&lang=en
Hubungi
CREALOGIX
Jasmin Epp
Pegawai Perhubungan Korporat
Telefon: +41 58 404 86 52
e-mel: jasmin.epp@crealogix.com
Sumber: CREALOGIX
No comments:
Post a Comment