Antara babak dalam Pementasan Teater Seorang Tua Di Kaki Gunung karya agung Azizi Haji Abdullah |
ALOR SETAR, 7 Jan (Bernama) -- Pementasan teater "Seorang Tua Di Kaki Gunung" telah diadakan pada 3 dan 4 Januari 2025 di Auditorium JKKN Kedah, bermula jam 8.30 malam ini membawa naskhah karya agung Azizi Haji Abdullah ke pentas dengan nafas baru, bertujuan memperkasakan seni budaya tempatan.
Novel "Seorang Tua Di Kaki Gunung" pernah dijadikan teks sastera untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1982 dan telah memenangi tempat kedua dalam Sayembara Hadiah Novel GAPENA-Yayasan Sabah II pada 1981. Kisah yang menyentuh nilai kemanusiaan, cabaran hidup, serta hubungan manusia dengan alam semula jadi, menjadikannya sangat sesuai untuk diangkat ke pentas teater. Pementasan ini bertujuan menghubungkan generasi baharu dengan karya klasik yang kaya dengan nilai seni dan budaya tempatan.
Pementasan ini merupakan usaha kolaborasi antara JKKN Kedah bersama penggiat seni dan NGO budaya untuk menyemarakkan teater dan memperkasa industri seni persembahan di Malaysia. Ia juga menjadi platform untuk memperkenalkan semula karya sastera agung dalam bentuk yang lebih dinamik dan visual. Sokongan dari pihak Kementerian dan NGO seni budaya sangat penting bagi memastikan kesinambungan usaha ini.
Pementasan ini menampilkan dua pelakon jemputan istimewa, iaitu Dato’ Jalaluddin Hassan dan Dr. Norzizi Zulkifli, yang akan membawa watak dalam karya ini dengan lakonan mantap mereka. Gabungan bakat ini dijangka memberi impak besar kepada penonton dan menyampaikan mesej mendalam yang terkandung dalam novel ini.
Selain itu, pementasan ini juga membawa pelakon-pelakon baru yang telah diuji bakat, bagi memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berminat dalam seni budaya untuk mengembangkan lagi bakat mereka dalam seni persembahan teater.

Pementasan teater ini merupakan arahan dari Encik Zaifri Husin, seorang pengarah teater yang berpengalaman luas dan pernah mengarahkan pelbagai pementasan teater terkenal di Malaysia. Antara karya arahannya termasuk "Mana Setangginya" dan "Gamat". Beliau juga pernah mengarahkan teater kanak-kanak seperti "Bawang Putih Bawang Merah", "Taman Baginda", "Belalang Kenit", dan "Ali Baba". Teater "Ali Baba" arahannya telah dianugerahkan Persembahan Terbaik Muzikal Kanak-Kanak 2008 di India.
Sebagai langkah memartabatkan seni budaya tempatan, pementasan ini diharap dapat merapatkan jurang generasi dalam menghayati nilai seni dan budaya Malaysia. Kami percaya usaha ini bukan sahaja akan menyemarakkan industri teater tempatan, tetapi juga memupuk kecintaan terhadap warisan seni dan budaya.

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook rasmi JKKN Kedah melalui pautan https://www.facebook.com/people/Jkkn-Kedah/100013186544554/?_rdr
SUMBER: Persatuan Solidariti Seni Budaya Warisan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah
Tel: 04-737 2223
Faks: 04 – 733 8128
E-mel:info@jkkn.gov.my
Laman Sesawang: www.jkkn.gov.my
Platform Media Sosial Rasmi JKKN Kedah:
Facebook, Instagram, Tik Tok & Youtube
--BERNAMA

No comments:
Post a Comment