Monday, April 6, 2026

TOKYO SKYTREE Akan Mengadakan Kerjasama Pertama dengan "BLUE LOCK" dari 9 April hingga 6 Julai, 2026

TOKYO, 6 Apr., 2026 /Kyodo JBN/ --

TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd., pengendali bagi TOKYO SKYTREE, akan menganjurkan acara "BLUE LOCK EPISODE SKY in TOKYO SKYTREE (R)," iaitu kerjasama pertama di antara menara itu dan anime TV popular yang menampilkan bola sepak, "BLUE LOCK," yang ditulis oleh Muneyuki Kaneshiro dan diilustrasikan oleh Yusuke Nomura. Acara itu akan diadakan dari Khamis, 9 April hingga Isnin, 6 Julai, 2026.

Imej bagi visual utama:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108036/202603266385/_prw_PI2fl_BzC3TLKp.jpg

Laman web khas: https://www.tokyo-skytree.jp/en/event/special/bluelock/

Di Tembo Galleria setinggi 450 meter itu, pengunjung boleh menikmati sebuah pameran yang menampilkan visual utama bagi acara tersebut. Barangan edisi terhad yang hanya terdapat pada acara tersebut dan item menu kafe istimewa ditawarkan di tingkat ini. Di samping itu, satu perkhidmatan penggambaran foto eksklusif acara disediakan bagi mereka yang ingin merakamkan gambar diri mereka bersama dengan watak "BLUE LOCK". Di Dek Tembo setinggi 350 meter, video eksklusif ditayangkan di tingkap yang diubah suai menjadi sebuah skrin gergasi TEATER BULAT SKYTREE. Turut berlangsung pada waktu malam, bahagian luar menara itu akan mempunyai suatu pencahayaan khas yang bertemakan "BLUE LOCK" yang diilhamkan oleh pelbagai watak daripada anime tersebut.

Selain itu, tiket kemasukan khas ke dek tinjau dengan kad novelti yang menampilkan visual utama eksklusif acara turut disediakan. Tiket edisi terhad ini didatangkan dengan akses ke Dek Tembo dan Tembo Galleria, serta kad novelti dengan ilustrasi eksklusif untuk acara tersebut.

TOBU TOWER SKYTREE berharap agar mereka yang datang ke Jepun akan mengambil peluang untuk berkunjung dan menikmati TOKYO SKYTREE sempena penganjuran acara tersebut.

Maklumat mengenai TOKYO SKYTREE

TOKYO SKYTREE setinggi 634 meter itu ialah menara penyiaran paling tinggi yang berdiri bebas di dunia. Ia mempunyai dua dek tinjau, Dek Tembo, setinggi 350 meter, dan Tembo Galleria, setinggi 450 meter, yang menawarkan satu pemandangan panorama Tokyo yang menakjubkan. Pada waktu malam, TOKYO SKYTREE diterangi dengan warna-warni dalam tiga gaya pencahayaan -- "Iki", yang dicirikan oleh satu warna biru lembut, "Miyabi," yang menampilkan ungu Edo dan warna tangerin "Nobori" yang membawa tuah. Pencahayaan khas boleh dilihat semasa acara bermusim dan acara lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan akaun media sosial rasmi:

Laman web: https://www.tokyo-skytree.jp/en/

Instagram: https://www.instagram.com/tokyoskytree_global/

X: https://twitter.com/skytreeofficial

Facebook: https://www.facebook.com/TOKYOSKYTREE.official/

Notis hak cipta:

(C) Muneyuki Kaneshiro, Yusuke Nomura, KODANSHA/BLUE LOCK Production Committee
(C) TOKYO-SKYTREE

Sumber: TOBU TOWER SKYTREE Co., Ltd.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment