![]() |
| Hudayriyat Golf Estates Modon mencatat rekod UAE dengan jualan lebih AED13 bilion dalam tempoh |
· Nilai jualan yang memecahkan rekod bagi sebuah projek kediaman di UAE· Projek ini merangkumi kediaman agam golf, vila dan rumah bandar di seluruh Pulau Hudayriyat, Abu Dhabi
· 1,700 unit kediaman terjual dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran
· 15% pembeli merupakan bukan pemastautin UAE
· 81% merupakan pelanggan baharu Modon
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Modon telah menetapkan penanda aras baharu bagi pasaran hartanah UAE menerusi pelancaran Hudayriyat Golf Estates di Pulau Hudayriyat, Abu Dhabi.
Dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran, komuniti itu mencatat jualan yang memecahkan rekod melebihi AED13 bilion, sekali gus merekodkan nilai jualan tertinggi yang diumumkan secara terbuka bagi pelancaran sebuah projek kediaman tunggal di UAE.
Merangkumi koleksi eksklusif rumah agam golf, vila dan rumah bandar, pembangunan itu menyaksikan 1,700 unit kediamannya terjual hanya beberapa hari selepas pelancaran.
Sambutan daripada pembeli dan pelabur mencerminkan keyakinan terhadap pasaran hartanah Abu Dhabi serta visi pembangunan Modon, di samping memperkukuh kedudukan Pulau Hudayriyat sebagai destinasi gaya hidup utama.
Direka berteraskan privasi, kesejahteraan dan kehidupan premium, komuniti berpagar itu menarik minat yang kukuh, dengan 15% pembeli merupakan bukan pemastautin UAE dan 81% ialah pelanggan baharu Modon. Seni bina berinspirasikan Andalusia, pemandangan dua kawasan pesisir dan fairway, serta padang golf seluas 95 hektar disepadukan dalam pelan induk mesra pejalan kaki. Koridor hijau sepanjang 2.3 kilometer menghubungkan pelbagai kemudahan, termasuk rumah kelab, kemudahan kesejahteraan dan kecergasan, tawaran runcit dan riadah, ruang kerja bersama serta sebuah sekolah.
Yang Berhormat Jassem Mohamed Bu Ataba Al Zaabi, Pengerusi Modon Holding, berkata: “Permintaan kukuh ini mencerminkan peningkatan keyakinan global terhadap Abu Dhabi dan UAE, yang disokong oleh visi jangka panjang kepimpinan, kekuatan ekonomi serta komitmen terhadap pembangunan mampan. Ia memperkukuh kedudukan emiriah ini sebagai antara destinasi paling menarik di dunia bagi pelaburan, bakat dan kualiti hidup.”
Bill O’Regan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Modon Holding, berkata: “Sambutan ini mencerminkan perubahan yang lebih luas dalam cara orang memilih tempat tinggal. Pembeli semakin mencari komuniti yang menggabungkan kediaman berkualiti dengan gaya hidup, kesejahteraan dan ketersambungan. Di Modon, tumpuan kami adalah untuk mewujudkan destinasi bersepadu yang menyatukan elemen-elemen ini dengan cara yang memberikan nilai berkekalan kepada penduduk, pelabur dan bandar secara keseluruhannya.”
Ibrahim Al Maghribi, Ketua Pegawai Eksekutif Modon Real Estate, menambah: “Hudayriyat Golf Estates direka untuk menawarkan pengalaman kediaman tersendiri yang berteraskan kualiti, privasi dan gaya hidup aktif. Sambutan daripada pembeli mencerminkan daya tarikan komuniti ini, persekitarannya yang unik serta permintaan kukuh terhadap kediaman yang dirancang dengan teliti di Abu Dhabi. Kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Modon dan berharap dapat merealisasikan komuniti ini.”
Terletak kira-kira 20 minit dari pusat bandar Abu Dhabi dan 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Hudayriyat Golf Estates turut menyediakan akses terus ke tarikan sukan dan riadah di Pulau Hudayriyat, termasuk Surf Abu Dhabi, Velodrome serta rangkaian luas laluan berbasikal, berlari dan rekreasi.
Untuk maklumat lanjut dan mendaftarkan minat terhadap pembangunan akan datang, bakal pelabur boleh melayari www.modon.com atau hubungi 800 MODON.
Maklumat tentang Modon
Modon ialah sebuah syarikat pegangan antarabangsa yang beribu pejabat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, dan disenaraikan di Abu Dhabi Securities Exchange (ADX). Modon menerajui inovasi bandar dengan menghasilkan reka bentuk dan pengalaman ikonik yang terus melangkaui jangkaan. Daripada hartanah hingga hospitaliti, pengurusan aset dan pelaburan, acara, katering dan pelancongan, serta infrastruktur bandar, kami menghidupkan bandar dengan menyampaikan nilai jangka panjang yang mampan.
Akaun media sosial Modon:
X
YouTube
*Sumber: AETOSWire
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260707126559/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
press@modon.com
ir@modon.com
https://www.modon.com/
Ahmed Abu Shehab
Perhubungan Awam dan Komunikasi, Modon
Ahmed.abushehab@modon.com
Rawad Khattar
Weber Shandwick
rkhattar@webershandwick.com
Sumber: Modon
--BERNAMA

No comments:
Post a Comment