Wednesday, July 14, 2021

KERAJAAN WILAYAH CHIBA AKAN MENGADAKAN LAWATAN DALAM TALIAN OLEH "SUKARELAWAN KOTA" SEMASA SUKAN OLIMPIK DAN PARALIMPIK TOKYO 2020

CHIBA, Jepun, 13 Julai, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

 
- Menyelami Jepun melalui Lawatan Maya -
 
Kerajaan Wilayah Chiba akan mengadakan lawatan maya yang diatur oleh “City Cast Chiba,” sebuah organisasi yang terdiri daripada “sukarelawan kota” yang direkrut oleh kerajaan tempatan, pada Ogos dan September.
Wilayah Chiba akan menganjurkan lapan acara sukan seperti lawan pedang, meluncur dan bola gol di Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.
Lawatan maya itu dirancang untuk membantu orang ramai, yang telah merancang untuk menikmati lawatan tempatan atau bersiar di kawasan di sekitar tempat Sukan Olimpik dan Paralimpik, bagi menikmati pengalaman alternatif.
Program dalam bahasa Inggeris, Cina dan Sepanyol akan dipaparkan di laman web Kerajaan Wilayah Chiba dari pertengahan Julai. Mereka yang ingin mengambil bahagian di dalam program itu diminta mendaftar melalui laman web itu setelah mengesahkan program bagi pilihan mereka.
* Peserta akan dipilih berdasarkan kepada tiba dahulu layan dahulu.
 
Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102229/202106307042/_prw_PI1fl_sdl97845.png
 
Bahasa dan Jadual Lawatan
* Butiran mengenai lawatan dan tema mereka akan dipaparkan di laman web itu, seperti yang disenaraikan di bawah, setelah ia diputuskan.
* Masa adalah waktu Jepun.
* Setiap lawatan terhad kepada 15 orang peserta.
 
- Lawatan Nombor 1
Bahasa: Cina
(1) 15 Ogos (Ahad), 2021, dari 15:00 hingga 16:00
(2) 21 Ogos (Sabtu), 2021, dari 11:00 hingga 12:00
(3) 29 Ogos (Ahad), 2021, dari 11:00 hingga 12:00
 
- Lawatan Nombor 2
Bahasa: Sepanyol
(1) 21 Ogos (Sabtu), 2021, dari 20:00 hingga 21:00
(2) 22 Ogos (Ahad), 2021, dari 20:00 hingga 21:00
 
- Lawatan Nombor 3
Bahasa: Inggeris
(1) 5 Ogos (Khamis), 2021, dari 19:00 hingga 20:00
(2) 21 Ogos (Sabtu), 2021, dari 18:00 hingga 19:00
(3) 4 Sept (Sabtu), 2021, dari 9:00 hingga 10:00
 
- Lawatan Nombor 4
Bahasa: Inggeris
(1) 5 Ogos (Khamis), 2021, dari 19:00 hingga 20:00
(2) 22 Ogos (Ahad), 2021, dari 9:00 hingga 10:00
(3) 5 Sept (Ahad), 2021, dari 18:00 hingga 19:00
 
City Cast Chiba: Kerajaan Wilayah Chiba
https://www.pref.chiba.lg.jp/kkbunka/volunteer2020/en/index.html

 
Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14770

PERTANDINGAN REKA BENTUK BANDAR ANTARABANGSA BAGI ZON DEMONSTRASI KERJASAMA INOVASI GUANGDONG-HONG KONG-MACAU DIBUKA

 GUANGZHOU, China, 14 Julai, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 12 Julai, pengumuman bagi Pertandingan Reka Bentuk Bandar Antarabangsa bagi Zon Demonstrasi Kerjasama Inovasi Guangdong-Hong Kong-Macau telah dikeluarkan oleh Biro Perancangan dan Sumber Asli Perbandaran Guangzhou dan Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar raya Guangzhou. Pertandingan itu bertujuan untuk mengumpulkan reka bentuk bandar berinovatif yang berpandangan ke hadapan, dan mewujudkan imej bandar raya Nansha sebagai portal laut-darat paling selatan  bagi Guangzhou.
 
Kawasan reka bentuk bagi pertandingan itu, Zon Demonstrasi Kerjasama Inovasi Guangdong-Hong Kong-Macau, adalah persimpangan bagi Koridor Inovasi Sains dan Teknologi Guangzhou-Shenzhen-Hong Kong dan Guangzhou-Zhuhai-Macau. Ia adalah juga merupakan garis lipatan strategik yang menghubungkan kawasan pengembangan lingkaran dalaman di sekitar Greater Bay Area di strategi pengembangan ruangan bandar pengembangan selatan bagi Guangzhou.

Skop bagi pertandingan itu dibahagikan kepada dua tahap: reka bentuk konseptual keseluruhan dan reka bentuk terperinci.

Skop bagi reka bentuk konseptual keseluruhan meliputi sebuah kawasan seluas kira-kira 71 kilometer persegi. Kandungan bagi penyertaan harus termasuk: visi dan kedudukan bagi objektif perancangan; perancangan industri dan fungsian; susun atur ruangan fungsian untuk mendorong pembangunan wilayah di masa hadapan, yang dirancang pada premis bagi mewujudkan sebuah corak landskap yang menggabungkan laut, sungai, padang, kota dan tanah lembap. Reka bentuk itu harus memenuhi keperluan bagi pelepasan karbon puncak dan pengembangan hijau; pengoptimuman bagi keseluruhan ciri-ciri bandar, persekitaran tempat tinggal, perkhidmatan sokongan, persekitaran ekologi dan pengangkutan.

Skop bagi reka bentuk terperinci meliputi sebuah kawasan seluas kira-kira 8 kilometer persegi. Reka bentuk terperinci itu perlu didasarkan kepada reka bentuk konseptual keseluruhan dan harus menganalisis keadaan sokongannya mengikut orientasi fungsian bagi julat reka bentuk terperinci dan andaian bagi permintaan ruang industri. Bahagian ini harus termasuk: perancangan format fungsian, pengoptimuman susun atur tanah, keamatan pembangunan tanah, reka bentuk menegak, organisasi lalu lintas, perancangan kemudahan perkhidmatan awam, ruang terbuka, dan kawalan gaya bandar. Pada masa yang sama, tidak kurang dari satu nod harus dipilih untuk pendalaman reka bentuk.

Pertandingan itu akan akhirnya memilih 6 institusi reka bentuk pertama sebagai institusi yang mengambil bahagian dan memilih tiga skim pemenang daripada mereka. Satu institusi yang mengambil bahagian akan berazam untuk memenangi hak bagi mengintegrasi dan mengoptimumkan keputusan pertandingan itu. Institusi itu boleh menerima bonus berjumlah RMB 2.6 juta. Dua institusi lain yang mengambil bahagian bagi skim pemenang boleh menerima bonus RMB 1.6 juta. Tiga institusi lain yang mengambil bahagian yang tidak diundi sebagai skim pemenang boleh menerima bonus RMB 1 juta.

Waktu pendaftaran bagi pertandingan itu adalah dari pukul 10:00 pada 13 Julai sehingga 17:00 pada 3 Ogos, 2021 (Waktu Beijing). Untuk maklumat lanjut dan cara pendaftaran, sila semak pada pengumuman pertandingan itu.

Laman web bagi pengumuman pertandingan itu:
http://ghzyj.gz.gov.cn/xwzx/tzgg/content/mpost_7374186.html
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar raya Guangzhou

MYCRAFTSHOPPE PLATFORM E-MARKETPLACE MEMBANTU USAHAWAN KRAF LEBIH BERDAYA SAING

 KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Penularan wabak Coronavirus atau COVID-19 yang melanda seluruh dunia turut meninggalkan kesan kepada ekonomi Malaysia terutama kepada industri penerbangan, pelancongan dan secara tidak langsung juga kepada industri kraf negara. Sebagai langkah dan strategi bagi memastikan semua sektor berkembang rancak semula bagi menjana ekonomi yang lebih mampan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Kraftangan Malaysia telah mengambil inisiatif memperkasakan program digital di dalam pelan pemulihan industri kraf yang tidak terkecuali turut terkesan. Untuk kekal relevan dan berdaya saing, industri kraf dan usahawan kraf perlu mengubah kaedah konvensional dalam perniagaan kepada transformasi digital yang bersifat inovatif agar selari dengan cabaran semasa. Platform e-marketplace dilihat sebagai inisiatif yang lebih lestari dalam memberikan bantuan yang sangat diperlukan kepada semua usahawan kraf bagi menghadapi cabaran susulan COVID-19.

Justeru itu, bagi merancakkan lagi urus niaga secara e-marketplace ini, Kraftangan Malaysia telah menyediakan pelan pemulihan khusus dengan membangunkan platform MYCRAFTSHOPPE untuk membantu usahawan kraf untuk memasarkan produk kraf tempatan. Plafform ini menawarkan perkhidmatan jual-beli secara dalam talian (online) dan merupakan sebuah hub informasi berkaitan industri kraf negara berkonsepkan Global Reach Local Identity. Platform digital ini juga menawarkan kepelbagaian produk kraf dalam bidang tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf yang dibahagikan kepada kategori apparel, fashion accessories, gifts and souvenirs, home, garden and houseware serta hobbies and lifestyle. Keistimewaan aplikasi ini membolehkan pengguna mendapat maklumat berkaitan ekosistem industri kraf yang merangkumi aspek produk, pembekal bahan mentah, rekaan produk, informasi berbentuk video proses pembuatan, perkhidmatan selepas pembelian termasuk blended learning dan Muzium Kraf Digital yang dibangunkan secara peringkat. Lebih menariknya mengenai MYCRAFTSHOPPE ini berbanding platform e-marketplace yang lain adalah ia membuka peluang kepada pengguna perkhidmatan dalam talian untuk terlibat sama dalam memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Menariknya mengenai inisiatif dibangunkan itu bukan sahaja mengutamakan keperluan dan kemudahan usahawan, malah mengambil kira keselesaan serta kepentingan pembeli dan peminat kraf tempatan. Ia akan membawa pembaharuan kerana peminat kraf tempatan yang kini boleh mendapatkan produk kraf yang mereka inginkan dan perlukan secara atas talian melalui MYCRAFTSHOPPE. Untuk memastikan platform MYCRAFTSHOPPE ini selari dengan arus kemodenan teknologi semasa, bantuan teknikal berkaitan Informasi Teknologi (IT) diberikan kepada komuniti kurang berpengetahuan dalam bidang berkenaan. Inisiatif ini bertujuan membantu usahawan dalam aspek kemahiran menggunakan teknologi terutamanya teknik fotografi, penyediaan video, suntingan gambar dan keterangan produk hinggalah proses muat naik dalam e-marketplace.

Sehingga 30 Jun 2021, platform ini menghimpunkan seramai 586 pemain industri yang terdiri daripada usahawan kraf, pembekal dan komuniti kraf dengan produk yang ditawarkan melebihi 17,208 unit yang dipasarkan secara digital di dalam platform MYCRAFTSHOPPE. Produk-produk kraf ini diperoleh daripada usahawan-usahawan kraf berdaftar yang sedia ada serta dari produk-produk komuniti kraf seluruh Malaysia.

Selain daripada kempen “Best from The State” yang mempromosikan produk kraf dari lima negeri iaitu Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor, MYCRAFTSHOPPE turut mempromosikan produk kraf bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha menerusi kempen ‘Eksklusif untuk anda’ dengan potongan harga yang menarik. Pelbagai diskaun dan baucar menarik disediakan untuk pembeli.

Antara pengisian kempen dan promosi jualan MyCraftshoppe adalah terdiri daripada ‘Best from state’ , ‘7.7 Mid YearSale’ , ‘Raya Haji Sale’, ‘Grab sale’ & ‘Pay Day Sale’ yang akan berlangsung sepanjang bulan Julai 2021 selama sebulan.

Sehingga kini, statistik secara purata menunjukkan kira-kira lapan belas ribu produk telah dimuatnaik dan lebih kurang 3 juta aliran trafik didalam laman sesawang ini telah dilayari semenjak penubuhan platform ini menunjukkan tahap peningkatan.

Kepada penggemar produk kraf tempatan, kunjungi MYCRAFTSHOPPE di https://www.mycraftshoppe.com/ yang menawarkan kepelbagaian jualan produk kraf secara dalam talian (online) semudah dengan hanya menggunakan telefon pintar.


http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14766

Tuesday, July 13, 2021

BAKUAGE MENAWARKAN HADIAH SEBANYAK 120 JUTA JPY KEPADA SESIAPA YANG MENYELESAIKAN KONJEKTUR COLLATZ, PERMASALAHAN MATEMATIK YANG BELUM DAPAT DISELESAIKAN SELAMA 84 TAHUN

TOKYO, 12 Julai, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Hadiah Paling Tinggi untuk Mana-mana Permasalahan yang Belum Dapat Diselesaikan dalam bidang Matematik -
 
Bakuage Co., Ltd. yang beribu pejabat di Shibuya, Tokyo, mengumumkan pada 7 Julai, 2021, bahawa ia menawarkan hadiah sebanyak 120 juta yen Jepun (*) kepada sesiapa yang telah mendedahkan kebenaran berhubung konjektur Collatz, satu permasalahan matematik yang belum dapat diselesaikan.
 
(*) 120 juta yen Jepun adalah kira-kira AS$1,085,000 (1AS$=JPY110,50 pada 29 Jun, 2021).
 
Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release
/M106706/202106236656/_prw_PI1fl_dI1163aV.png

 
- Apa itu konjektur Collatz?
Konjektur Collatz adalah satu daripada permasalahan yang belum dapat diselesaikan dalam bidang matematik. Ini adalah satu konjektur bahawa berulang kali menerapkan jujukan berikut akan akhirnya menghasilkan di dalam 1: bermula dengan mana-mana angka bulat positif, bahagikannya dengan 2 dalam kes bagi satu nombor genap dan mendarabkannya dengan 3 dan tambah 1 sekiranya ada mana-mana nombor ganjil. Konjektur itu dinamakan sempena nama Lothar Collatz, yang memperkenalkan idea itu pada tahun 1937. Sejak itu, ia masih belum dapat diselesaikan dengan kebenarannya masih belum dapat disahkan.
 
Latar belakang bagi hadiah
Wang hadiah kadang-kalanya ditawarkan ke atas satu permasalahan yang tidak dapat diselesaikan di dalam bidang matematik. Sebagai contoh, satu hadiah bernilai $1 juta telah diposkan bagi penyelesaian kepada setiap tujuh permasalahan milenium yang belum dapat diselesaikan seperti diumumkan oleh Clay Mathematics Institute pada tahun 2000. Bakuage telah memutuskan mengenai hadiah terbaharu itu, dengan harapan untuk menyumbang kepada perkembangan matematik. Syarikat itu telah memilih konjektur Collatz kerana ia berpendapat ramai orang boleh mudah tertarik dengan permasalahan itu, yang mana ia dengan sendirinya adalah mudah untuk difahami.
 
Peraturan hadiah
- Satu hadiah sebanyak 120 juta yen Jepun akan dibayar kepada sesiapa yang telah dapat menerangkan tentang kebenaran konjektur Collatz itu.
- Untuk butiran lanjut, sila layari laman web hadiah berikut.
 
Laman web hadiah:
https://mathprize.net/posts/collatz-conjecture/
 
Catatan lain
*Nama syarikat dan produk yang terdapat di sini adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar mereka masing-masing.
 
*Sekiranya kandungan bagi siaran media ini dan peraturan hadiah yang dinyatakan di atas tidak bersetuju di antara satu sama lain, peraturan hadiah yang dinyatakan di laman web hadiah itu harus diutamakan.
 
URL: https://bakuage.com/en/about
 
 
Sumber: Bakuage Co., Ltd.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14767

​PKS PERLU ADAPTASI DENGAN KETANGKASAN DALAM ORGANISASI

​KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mengadaptasi agility atau ketangkasan dalam organisasi mereka bagi berdepan suasana perniagaan yang semakin dinamik ketika ini.
 
Mengikut kajian Pengasas dan Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman, ketangkasan tersebut diperlukan bagi perniagaan dapat bertahan dan kekal kompetitif dalam suasana perniagaan yang kerap berubah.
 
Katanya, apatah lagi COVID-19 yang dilalui sememangnya memberikan impak besar kepada PKS berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara ini.
 
"PKP mengurangkan aktiviti perniagaan PKS mengakibatkan mereka (usahawan) mengalami tekanan kewangan apabila perbelanjaan melebihi daripada pendapatan yang dihasilkan ketika ini.
 
"Sehubungan itu, usahawan perlu mengadaptasi strategi-strategi pemulihan untuk tambah baik prestasi perniagaan meskipun ketidaktentuan pasaran," jelasnya  dalam artikel ditulis bertajuk - The Impact of COVID-19 on SMEs in Malaysia and Recovery Strategies dalam academia.edu, baru-baru ini.
 
Impak COVID-19 kepada PKS dengan pengurangan hasil, gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos operasi, kejatuhan ekonomi, moratorium pinjaman, pemberhentian pekerja dan bankrap.

PKS PERLU ADAPTASI DENGAN KETANGKASAN DALAM ORGANISASI

Monday, July 12, 2021

PASARAN KANDUNGAN ANTARABANGSA SPP 2021 AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN DARI 12 HINGGA 30 JULAI

Pasaran kandungan antarabangsa SPP 2021 (https://www.spp.kr/) yang dihoskan oleh Agensi Perniagaan Seoul diadakan secara dalam talian dari 12 hingga 30 Julai. SPP (Pelan Penggalakan Seoul) adalah pasaran B2B terbesar di mana pelbagai perniagaan berkaitan kandungan dilakukan. Dalam SPP 2021, SPP connect, satu platform pemadanan perniagaan baharu akan diperkenalkan buat pertama kalinya dan pelbagai program B2B seperti pemadanan perniagaan dalam talian, penyampaian idea perniagaan, pameran, dan acara promosi akan berlangsung. Asia Animation Alliance akan memperkukuhkan jaringan perniagaan kandungan di antara negara-negara Asia melalui pameran animasi baharu dari Korea, China, Jepun, India, dan negara-negara ASEAN dan sesi taklimat untuk berkongsi trend pasaran animasi di setiap negara. (Grafik: Business Wire)


- Pasaran kandungan B2B terbesar di Korea diadakan dari 12 hingga 30 Julai

- Ia memperkenalkan ‘SPP connect’, satu platform pemadanan perniagaan baharu yang menyediakan fungsi cadangan AI dan penyelesaian persidangan video

SEOUL, Korea Selatan, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agensi Perniagaan Seoul (SBA, Ketua Pegawai Eksekutif Jang Young-seung), sebuah organisasi yang menyokong PKS yang meningkatkan daya saing bagi industri kandungan kebudayaan Seoul, mengumumkan bahawa ia mengadakan pasaran kandungan antarabangsa ‘SPP 2021’ secara dalam talian dari 12 hingga 30 Julai.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210708005402/en/

PASARAN KANDUNGAN ANTARABANGSA SPP 2021 AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN DARI 12 HINGGA 30 JULAI

Sunday, July 11, 2021

'FALCON'S BEYOND GLOBAL' DILANCARKAN SEBAGAI PERUSAHAAN PEMBANGUNAN BERSEPADU SEPENUHNYA UNTUK TAMAN, RESORT, MEDIA, & BARANGAN DIPACU IP



Perusahaan baharu membawakan IP proprietari ‘Katmandu’ dan IP rakan kerjasama ke pasaran global melalui taman tema, resort, filem cerita, siri episod, produk pengguna, dan banyak lagi.

---------
Usaha sama dengan Meliá Hotels International membawakan akses kepada hartanah terbaik dan kehadiran operasi global di destinasi pelancongan utama di 40 negara.

ORLANDO Fla., 9 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dengan kejayaan taman tema yang terbukti di Eropah, pasukan kreatif yang memenangi anugerah, teknologi berpaten dan akses kepada hartanah global di destinasi pelancongan terbaik, Falcon’s Beyond Global™, LLC telah dilancarkan sebagai perusahaan bersepadu sepenuhnya untuk menggerakkan hiburan berasaskan pengalaman yang dipacu cerita di seluruh dunia.

Sehingga kini, telah terbukti hampir mustahil untuk kebanyakan francais IP membuat pengerahan merentasi kandungan media, produk pengguna dengan pantas, dan paling sukar sekali hiburan berdasarkan lokasi bertema, sekaligus.

Perusahaan baharu, dipertingkat oleh usaha sama dengan Meliá Hotels International, akan menjadi satu-satunya organisasi hiburan bersepadu secara vertikal yang dapat mengaktifkan harta intelektual merentasi secara serentak merentasi spektrum transmedia penuh — dengan potensi untuk mentransformasikan kategori hospitaliti dan hiburan yang bernilai sebanyak $440 bilion.

Meliá, kumpulan hotel santai #1 di dunia dengan 390+ hartanah di 40 negara, kebanyakannya di destinasi pantai utama, akan membangunkan kombo taman tema + resort secara bersama dengan Falcon’s Beyond di hartanah utama di berbilang benua.

Falcon’s Beyond dijadikan formal pada bulan Mei ini apabila firma reka bentuk & perancangan induk tarikan utama Falcon’s Creative Group disatukan dengan syarikat hiburan bertema Katmandu Group.

Gabungan berkuasa ini serta-merta telah mewujudkan satu-satunya sumber bersepadu sepenuhnya untuk pengaktifan IP hiburan serentak—daripada pembangunan media penstriman sehinggalah pemerolehan tapak taman tema; perancangan induk kepada projek tempat fizikal; reka bentuk permainan & tarikan yang mengasyikkan kepada pembuatan barangan; sehinggalah operasi taman & resort bertaraf dunia.