Tuesday, September 10, 2019

KUMPULAN APTORUM MENGUMUMKAN PEMBANGUNAN BAGI CALON UBAT MIKROBIOME YANG MENSASARKAN OBESITI DAN CALON-CALON UBAT TUJUAN SEMULA YANG MENSASARKAN NEUROBLASTOMA

NEW YORK, 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) (“Kumpulan Aptorum”), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan pelbagai teknologi terapeutik  bagi menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi di peringkat global, mengumumkan perkembangan bagi dua calon ubat praklinikal yang masing-masing mensasarkan obesiti dan neuroblastoma.

Maklumat Mengenai CLS-1: Rawatan bagi obesiti melalui modulasi isyarat kimia yang berkaitan dengan mikrobiota usus

Di bawah platform modulasi microbiota yang diumumkan baru-baru ini oleh anak syarikat milik sepenuhnya Kumpulan Aptorum, Claves Life Sciences Limited, kami telah memulakan pembangunan praklinikal bagi calon makromolekul CLS-1 yang mensasarkan rawatan bagi obesiti. CLS-1 sedang menjalani pengoptimuman utama dan dijangka akan berkembang ke peringkat pemboleh IND pada tahun 2020.

Penyebaran meluas obesiti terus meningkat di peringkat global; walau bagaimanapun, tiada terapi optimal pada masa ini untuk keadaan ini1. Bagi sebahagian besar pesakit obes, terapi perubatan konvensional (iaitu, diet, senaman, kaunseling tingkah laku) sering mempunyai kadar kegagalan yang tinggi untuk tempoh jangka panjang2. Kami percaya farmakoterapi pada masa ini mempunyai keberkesanan yang terhad dan dikaitkan dengan isu-isu keselamatan yang penting, dan ini akan memberikan peluang pasaran yang tidak dapat diukur bagi CLS-1.

Isyarat kimia bagi microbiota usus diketahui menjadi satu daripada punca utama bagi obesiti1. CLS-1 adalah sebuah makromolekul yang tidak dapat diserap yang diberikan secara oral yang memodulasikan metabolit yang dikumuhkan oleh mikrobiota usus dengan afiniti dan kekhususan yang tinggi. Dengan cara ini, kami yakin penyerapan metabolit ini, yang dikaitkan dengan obesiti, boleh disekat.

Kumpulan Aptorum juga sedang mencari dua lagi petunjuk yang berdasarkan kepada modulasi bagi isyarat kimia yang berasaskan mikrobiota yang melibatkan teknologi molekul besar di atas, yang kami percaya sangat berskala tinggi dan kami berharap dapat membuat pengumuman selanjutnya berhubung usaha kami dalam masa terdekat.

Maklumat Mengenai SACT-1: Tujuan Semula Calon-calon Ubat bagi Rawatan Neuroblastoma

Di bawah platform penemuan ubat pengkomputeran Smart-ACTTM  yang diumumkan baru-baru ini oleh anak syarikat kami yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Smart Pharma, Kumpulan Aptorum telah menyelesaikan penyaringan pengkomputeran bagi kira-kira 1,615 ubat yang dipasarkan berbanding dengan 3 protein sasaran terapeutik untuk berpotensi menangani prognosis neuroblastoma yang buruk, iaitu, sejenis kanser kanak-kanak yang amat jarang berlaku yang terbentuk dalam beberapa jenis tisu saraf dan yang paling kerap di kelenjar adrenal serta tulang belakang, dada, abdomen atau leher, terutama pada kanak-kanak3. Bagi kumpulan yang berisiko tinggi, kadar kelangsungan hidup selama 5 tahun bagi keadaan ini adalah pada sekitar 40-50% seperti yang diperhatikan oleh Persatuan Kanser Amerika4. Kumpulan Aptorum telah mengenal pasti pelbagai calon tujuan semula dan telah mula menilai mereka dalam model berasaskan sel dan model haiwan agar dapat mengesahkan penggunaan calon untuk petunjuk baharu dan keberkesanan yang berpotensi.

Kumpulan Aptorum juga sedang berusaha mendapatkan dua lagi petanda di bawah platform penemuan ubat Smart-ACTTM  dan berharap dapat membuat pengumuman selanjutnya mengenai penyelidikan kami dalam masa terdekat.

Maklumat mengenai Aptorum Group Limited
 
Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) adalah sebuah syarikat farmaseutikal yang berdedikasi untuk membangun dan mengkomersialkan pelbagai teknologi terapeutik bagi menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi. Kumpulan Aptorum sedang melaksanakan projek terapeutik di dalam neurologi, penyakit berjangkit, gastroenterologi, onkologi dan bidang penyakit lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Aptorum, sila layari www.aptorumgroup.com.

Maklumat mengenai Claves Life Sciences Limited

Claves Life Sciences Limited adalah sebuah anak syarikat terapeutik milik sepenuhnya Aptorum Group Limited. Claves memberi tumpuan kepada perkembangan klinikal bagi calon-calon terapeutik yang berkaitan dengan bidang gastroenterologi. Calon-calon berpotensi yang berada di bawah kajian semula dan berpotensi membangunkan tumpuan pada modulasi bagi metabolit yang diperolehi daripada mikrobiota usus, untuk pencegahan atau merawat penyakit. Claves juga sedang menerokai sebuah platform modulasi microbiota usus yang dapat menghasilkan calon-calon yang disesuaikan yang mampu melaraskan tahap  metabolit usus, yang berpotensi merawat pelbagai jenis perubatan.

Maklumat mengenai Kumpulan Smart Pharma

Kumpulan Smart Pharma termasuk Smart Pharmaceutical Limited Partnership,  SMTPH Limited dan anak-anak syarikat mereka. Kumpulan Smart Pharma itu dimiliki sepenuhnya oleh Aptorum Group Limited. Kumpulan Smart Pharma memberi tumpuan kepada tujuan semula secara sistematik ubat-ubatan sedia ada yang telah diluluskan bagi rawatan pelbagai jenis penyakit orphan iaitu sejenis penyakit yang tidak diangkat oleh industri farmaseutikal kerana ia memberi insentif kewangan yang terlalu sedikit kepada sektor swasta untuk membuat dan memasarkan ubat baharu bagi merawat atau mencegahnya. Kumpulan Smart Pharma menjalankan penyaringan berasaskan pengkomputeran dan pengesahan praklinikal di dalam memajukan pembangunan bagi calon-calon tujuan semula itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Smart Pharma, sila layari  www.smtph.com.

Penafian dan Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran media ini termasuk kenyataan yang berkaitan dengan Aptorum Group Limited dan jangkaan, rancangan dan prospek masa hadapan mereka yang membentuk “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” dalam erti maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Untuk tujuan ini, apa-apa kenyataan yang terkandung di sini yang bukan merupakan kenyataan berbentuk fakta sejarah boleh dianggap sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan dengan terma seperti “mungkin,” “sepatutnya,” “mengharapkan,” “merancang,” “menjangka,” “boleh,” “berhasrat,” “sasaran,” “projek,” “memperhatikan,” “percaya,” “anggaran,” ”meramalkan,” “berpotensi,” atau “meneruskan”, atau maksud negatif bagi istilah atau ungkapan yang serupa. Kumpulan Aptorum telah mendasarkan kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini, yang termasuk kenyataan yang berkaitan dengan tempoh masa yang diunjurkan untuk permohonan penyerahan dan ujian, sebahagian besarnya pada jangkaan dan ramalan semasa mengenai peristiwa masa hadapan dan trend yang ia percaya dapat mempengaruhi perniagaan, keadaan kewangan dan hasil operasi mereka. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini hanya melibatkan setakat tarikh siaran media ini dan adalah tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan andaian yang termasuk, tanpa had, risiko yang berkaitan dengan perubahan pengurusan dan organisasi yang diumumkan, perkhidmatan dan ketersediaan berterusan bagi kakitangan utama, keupayaan mereka untuk memperluaskan pelbagai produk mereka dengan menawarkan produk tambahan untuk segmen pengguna tambahan, strategi pertumbuhan, trend dan cabaran syarikat yang dijangkakan di dalam perniagaan mereka, dan jangkaan mereka berhubung, dan kestabilan bagi, rantaian bekalan mereka, dan risiko itu dihuraikan dengan lebih jelas di dalam Borang 20-F bagi Kumpulan Aptorum dan fail lain yang dilakukan oleh Kumpulan Aptorum dengan SEC pada masa hadapan. Kumpulan Aptorum tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terdapat dalam siaran media ini hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.
 
1 Sel Protein. Mei; 9(5): 397–403.
2 Obes Surg. 2012 Jun;22(6):956-66
3 https://www.cancer.gov/publications/dictionaries/cancer-terms?expand=N
4 Lihat https://www.cancer.org/cancer/neuroblastoma/detection-diagnosis-staging/survival-rates.html.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52086594/en

Hubungi

Pelabur:
Tel: +852 2117 6611
E-mel: investor.relations@aptorumgroup.com

Media:
Tel: + 852 2117 6611
E-mel: info@aptorumgroup.com

Sumber : Aptorum Group Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment