Tuesday, September 10, 2019

UGV THEMIS MILIK MILREM ROBOTICS MELEPASI UJIAN KEBOLEHANGKUTAN UDARA

TALLINN, Estonia, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kenderaan bumi tanpa pemandu (UGV) THeMIS oleh Milrem Robotics, pengeluar UGV terkemuka Eropah dan pemaju bagi penyelesaian perang robotik, telah melepasi ujian kebolehangkutan udara yang menambahkan satu lagi pilihan baginya untuk digunakan di kawasan operasi.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190903005432/en/ 



“Persoalan yang paling lazim mengenai kenderaan bumi tanpa pemandu kelas saiz THeMIS itu adalah bagaimana anda hendak membawanya ke tempat anda ingin menggunakannya,” jelas Kuldar Väärsi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Milrem Robotics. “Kami telah menangani persoalan ini semasa pembangunan terbaharu – THeMIS generasi kelima – dan menambahkan beberapa pilihan: menunda, mengangkut, mengikuti sebuah konvoi secara autonomi dan kini mengangkat melalui udara,” kata Väärsi.

Ujian kebolehangkutan udara itu dilakukan mengikut standard NATO STANAG 3542 dan dipermudahkan oleh kru helikopter Polis Estonia dan Pengawal Sempadan.

THeMIS itu adalah sebuah kenderaan yang dijejaki pelbagai guna yang boleh dilengkapi dengan teknologi peperangan lain seperti sistem senjata, dron tambatan, peranti pengesanan IED dan banyak lagi. Ia boleh membawa muatan sehingga 1200kg, bergerak 25 km/j dan menarik peralatan lain dengan kekuatan 21 000 N.

THeMIS itu boleh dikendalikan dari jarak jauh melalui kamera atau menggunakan fungsi-fungsi autonomi seperti pengemudian perhentian arah, ikut serta dan sebagainya.  Tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan anggota tentera, meningkatkan keupayaan mereka dan juga mengurangkan beban mereka.

No comments:

Post a Comment