Gabungan platform komunikasi Zoom yang teguh dengan pusat hubungan awan pintar Five9 akan membolehkan organisasi membayangkan semula cara mereka berinteraksi dengan pelanggan mereka SAN JOSE, Calif. dan SAN RAMON, Calif., 22 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh Five9, Inc. (NASDAQ: FIVN), pembekal terkemuka bagi pusat hubungan awan, dalam urus niaga saham penuh yang dianggarkan bernilai $14.7 bilion. Gabungan penyelesaian Pusat Hubungan sebagai Perkhidmatan (“CCaaS”) oleh Five9 dengan platform komunikasi luas Zoom akan mengubah cara perniagaan berhubung dengan pelanggan mereka, lalu membina platform interaksi pelanggan untuk masa hadapan. Perolehan itu dijangka membantu Zoom meningkatkan kehadiran dengan pelanggan perusahaan dan membolehkannya untuk memecut peluang pertumbuhan jangka panjang dengan menambahkan pasaran pusat hubungan bernilai $24 bilion. Five9 ialah peneraju dalam perisian pusat hubungan berasaskan awan. Pusat hubungan awan boleh skala yang tinggi dan selamat itu menyediakan aplikasi mudah digunakan serta menyeluruh yang membolehkan pengurusan dan pengoptimuman interaksi pelanggan merentasi pelbagai saluran berbeza. “Kita sentiasa mencari cara untuk meningkatkan platform kita dan penambahan Five9 sememangnya sesuai kerana akan menyampaikan kebahagiaan dan nilai lebih banyak kepada pelanggan kita,” kata Eric S. Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Zoom. “Zoom dibina atas teras kepercayaan bahawa teknologi komunikasi yang teguh dan boleh dipercayai membolehkan interaksi yang memupuk empati dan kepercayaan yang lebih besar dan kami percaya perkara itu sangat benar dalam interaksi pelanggan. Pengusaha berkomunikasi dengan pelanggan biasanya menerusi pusat hubungan dan kami percaya perolehan ini mewujudkan platform interaksi pelanggan peneraju yang akan membantu untuk mengubah cara syarikat pelbagai saiz berhubung dengan pelanggan mereka. Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan pasukan Five9 dan saya menanti-nantikan untuk menyambut mereka dalam keluarga Zoom.” |
Saturday, July 24, 2021
ZOOM BAKAL MEMPEROLEH FIVE9
Wednesday, July 21, 2021
MARY KAY INC. YANG MENYOKONG BAGI MEMAJUKAN PEMERKASAAN EKONOMI WANITA DAN KESAMAAN GENDER MELALUI SATU SIRI KOMITMEN & PERKONGSIAN PENTING DI SELURUH DUNIA
Bulan ini, Mary Kay juga menyertai Program “Pemacu bagi perubahan” di Forum Kesamaan Generasi di Paris, Perancis (30 Jun - 2 Julai). (Grafik: Mary Kay Inc.)
DALLAS, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, telah meningkatkan lagi komitmen mereka untuk memajukan kesamaan gender dengan mengeluarkan satu kertas kedudukan yang mengalu-alukan Strategi Kesamaan Gender Suruhanjaya Eropah untuk tahun 2020 – 2025 dan dengan menyertai Gabungan Tindakan Global Forum Kesamaan Generasi.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210720005347/en/
Kertas kedudukan itu, yang boleh diakses di sini, menyuarakan strategi bagi Kesatuan Eropah mengenai kesamaan gender. Menurut Kesatuan Eropah: “Strategi itu menyampaikan objektif dan tindakan dasar untuk membuat kemajuan yang signifikan menjelang tahun 2025 ke arah sebuah Eropah yang mempunyai kesamaan gender. Matlamat itu adalah sebuah Kesatuan di mana wanita dan lelaki, gadis dan budak lelaki, dalam semua kepelbagaian mereka, adalah bebas untuk menempuh jalan yang mereka pilih dalam hidup, mempunyai peluang yang sama rata untuk berkembang maju, dan sama-sama mengambil bahagian di dalam dan memimpin masyarakat Eropah kita.”
“Undang-undang diskriminasi, kecenderungan gender dan pengstereotaipan, keganasan terhadap wanita dan gadis - ini semua adalah isu-isu global dan harus ditangani dalam perkongsian bersama sektor awam dan swasta dan organisasi masyarakat sivil di seluruh dunia,” kata Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang & Kepelbagaian di Mary Kay. “Mencapai kesamaan gender adalah sangat penting bagi kelangsungan hidup planet ini dan pembangunan semula ekonomi dan masyarakat yang lebih lestari dan berkembang.”
Bulan ini, Mary Kay juga menyertai Program “Pemacu bagi perubahan” di Forum Kesamaan Generasi di Paris, Perancis (30 Jun - 2 Julai). 26 tahun selepas Perisytiharan Beijing, Forum Kesamaan Generasi itu, yang dikendalikan oleh Wanita PBB dan dihoskan bersama oleh kerajaan Mexico dan Perancis, adalah “detik paling kritikal dalam sebuah generasi untuk melabur di dalam kesamaan gender dan mempercepatkan momentum bagi keselamatan, kepimpinan dan peluang1 ekonomi wanita.”
Julia Simon menyertai sebuah panel bertajuk “Membina sebuah Strategi Transformatif bagi Perolehan Responsif Gender,” yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai halangan yang tidak seimbang dan saling berkaitan terhadap keusahawanan wanita dan menggalakkan perolehan responsif gender. Di peringkat global, 1 dalam 3 perniagaan adalah dimiliki oleh wanita2, namun wanita hanya memperoleh 1% daripada perbelanjaan perolehan oleh kerajaan dan perbadanan besar3. Penceramah berkongsi pandangan dan nasihat konkrit yang dibuktikan oleh perjalanan mereka sendiri tentang cara bagaimana untuk melaksanakan sebuah strategi GRP.
Pada Forum Paris itu, Mary Kay juga menyertai empat daripada Gabungan Tindakan Kesamaan Generasi melalui komitmen dasar, programatik, dan sokongan: Keadilan dan Hak Ekonomi; Tindakan Wanita bagi Keadilan Iklim; Keganasan berasaskan gender dan Inovasi dan Teknologi. 50,000 orang terlibat di dalam Forum itu yang mengumpulkan 1,000 pembuat komitmen, mencatatkan pelaburan sebanyak $40 bilion bagi kesamaan gender dalam menyokong sebuah rancangan 5 tahun untuk bertindak sama merentasi 6 bidang tindakan.
Penglibatan ini adalah yang terbaharu bagi satu siri usaha advokasi Mary Kay dalam menyokong pemerkasaan ekonomi wanita dan kesamaan jantina pada pertemuan peringkat tinggi di seluruh dunia bersama-sama dengan rakan-rakan PBB mereka dan rakan strategik tempatan.
- Pada 16 Mac, 2021, Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay, telah menyertai mesyuarat Kesamaan Gender Sasaran Kompak Global PBB untuk membincangkan cara bagaimana Mary Kay memberi kuasa kepada usahawan wanita di hampir 40 buah negara. Gibbins menyoroti data yang baharu dikeluarkan oleh Bank Dunia4 yang mendedahkan bahawa, secara purata di seluruh dunia, wanita memiliki tiga perempat hak undang-undang lelaki. Beliau mencabar syarikat-syarikat untuk mengambil satu pendirian terhadap diskriminasi undang-undang dan menyokong bagi reformasi untuk merapatkan jurang agar wanita dapat mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Acara itu telah mengumpulkan lebih 5,000 orang daripada sektor perniagaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, negara-negara anggota, dan organisasi masyarakat sivil dari lebih 100 buah negara, dengan 75% peserta mewakili sektor swasta.
- Pada 24 Mac, 2021, pada acara sampingan bagi Suruhanjaya mengenai Status Wanita (CSW65), Gibbins telah menyertai sebuah panel yang dihoskan oleh Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) yang bertajuk “Wanita Memimpin Pemulihan Ekonomi Melalui Keusahawanan” di mana beliau menekankan perlunya bagi perkongsian sektor awam-swasta untuk membantu membentuk sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita. Dimulakan oleh Mary Kay dengan kerjasama 5 agensi PBB, Pemecut Keusahawanan Wanita itu ditampilkan sebagai satu contoh bagi impak unik untuk pelbagai perkongsian bagi mempercepatkan perubahan.
- Pada 26 Mac-4 April, Edita Szabóová, Pengurus Besar bagi Mary Kay Republik Czech dan Slovakia, berkongsi komen di Persidangan Hari Gaji Sama di mana beliau menekankan betapa pentingnya “wanita menyokong wanita,” dan menyoroti usaha Mary Kay dalam memupuk usahawan wanita melalui latihan, kepimpinan, dan bimbingan. “Ketika wanita berkumpul, kita dapat mencapai perkara yang luar biasa untuk kepentingan wanita dan umat manusia secara umumnya. Oleh kerana kita tahu bahawa jika kita mengangkatnya, kita mengangkat kesemuanya. Pada terasnya, Mary Kay mengembangkan dan melatih usahawan, yang seterusnya, membina perniagaan mereka sendiri dan menulis kisah dan legasi mereka sendiri bagi anak perempuan mereka,” kata Szabóová.
- Pada 15-16 Jun, 2021, di Sidang Kemuncak Pemimpin Kompak Global PBB, Gibbins bercakap pada sesi pentas utama “Wanita dalam Kelestarian: Berinovasi dalam sebuah Dunia Lelaki” yang menganjurkan usahawan wanita sebagai model peranan yang diperlukan oleh ekonomi dan masyarakat. Beliau juga menekankan misi kritikal bagi Pemecut Keusahawanan Wanita yang dimulakan oleh Mary Kay bersama 5 rakan agensi PBB: Wanita PBB, PBB Global Compact, Pusat Perdagangan Antarabangsa, Organisasi Buruh Antarabangsa dan Program Pembangunan PBB. Pemecut itu telah komited untuk mendidik dan memperkasakan 5 juta usahawan wanita dalam tempoh 10 tahun akan datang. “Keusahawanan wanita akan memainkan satu peranan penting di dalam kejayaan pemulihan pandemik itu. Inilah sebabnya mengapa misi Pemecut Keusahawanan Wanita itu sangat bertepatan pada masanya. Dan, inilah sebabnya mengapa usahawan wanita memerlukan satu kerangka kerja sebesar ini,” kata Gibbins. Sidang Kemuncak tahunan itu mengumpulkan lebih 25,000 pemimpin dari bidang perniagaan, kerajaan, PBB, dan masyarakat sivil, untuk meninjau keadaan kemajuan dan bagi memacukan tindakan kolektif ke arah mengurangkan krisis iklim, pandemik global, ketaksamaan ekonomi, dan ketidaksamaan sosial.
- Pada 6 Julai, di Ekaterinburg, Mary Kay telah menyertai Pameran Perdagangan Perindustrian Antarabangsa INNOPROM-2021 platform perindustrian, perdagangan dan eksport utama di Rusia. Penceramah tetamu pada satu panel yang dihoskan oleh Wanita PBB bertajuk “Program Wanita PBB untuk Promosi dan Pembangunan Keusahawanan Berdasarkan Gender,” Mary Kay menekankan betapa pentingnya strategi perolehan responsif gender dan menekankan bahawa pandemik itu juga membawa satu peluang unik untuk memajukan tindakan dan bagi menyokong perniagaan wanita di seluruh dunia.
Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya hampir 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di www.marykay.com
1 https://forum.generationequality.org/home
2 Bank Dunia (2020). Tinjauan Perusahaan, Portal Data Gender Bank Dunia yang dipetik oleh Blog Bank Dunia (2020) Usahawan wanita diperlukan – tanpa berlengah!
3 Vazquez dan Sherman (2014). Dipetik oleh Wanita PBB (2017) Kuasa bagi Perolehan: Bagaimana untuk mensumberkan daripada perniagaan yang dimiliki oleh wanita.
4 Wanita, Perniagaan dan Undang-undang, 2021. Satu laporan yang dijalankan di 190 buah negara.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210720005347/en/
Hubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
Marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com
Sumber : Mary Kay Inc.
RISKIFIED LTD. MENGUMUMKAN PELANCARAN BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN
RISKIFIED LTD. MENGUMUMKAN PELANCARAN BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN
SWIFT NAVIGATION DAN KDDI MENGUMUMKAN KERJASAMA UNTUK MENERUSKAN LAGI PENGEMBANGAN GLOBAL BAGI PENENTUDUDUKAN PERSIS
SAN FRANCISCO, 21 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Swift Navigation, firma teknologi berpangkalan di San Francisco yang mentakrifkan semula GNSS (Sistem Satelit Navigasi Global) dan teknologi penentududukan persis untuk aplikasi kenderaan berautonomi, automotif, mudah alih dan pasaran massa, hari ini mengumumkan kerjasama dengan KDDI Corporation yang berpangkalan di Tokyo. KDDI ialah syarikat telekomunikasi antarabangsa yang berada di barisan hadapan dalam penggunaan inovasi teknologi untuk menyediakan rangkaian berkualiti tinggi dan amat boleh diharapkan yang memenuhi keperluan komunikasi bagi pelanggan globalnya. Kerjasama ini akan menjadi kunci dalam membawakan teknologi penentududukan persis Swift ke pasaran Jepun dan menambahkan KDDI sebagai rakan kerjasama utama dalam pengembangan global bagi perkhidmatan penentududukan persis Skylark—buat masa ini tersedia di seluruh benua A.S. dan di Eropah dengan kerjasama Deutsche Telekom.
Secara tradisionalnya, pembetulan GNSS persis disediakan menggunakan teknik kinematik masa nyata (RTK) yang memerlukan kepadatan stesen rujukan yang tinggi dan toleransi ralat yang terhad. Melalui kerjasama dengan Swift, KDDI dapat menggunakan penyelesaian pembetulan kawasan lebar berpaten milik Swift, suatu hibrid penentududukan titik persis (PPP) dan RTK. Penyelesaian ini menyampaikan pembetulan kawasan lebar dengan kepadatan stesen rujukan yang rendah, penumpuan pantas, ketepatan tahap sentimeter, semuanya daripada perkhidmatan yang amat boleh dipercayai disampaikan secara lancar melalui awan.
Ketepatan yang sebelum ini boleh memanfaatkan beberapa peralatan di lokasi kerja—atau di lapangan—kini boleh diakses oleh jutaan pengguna di seluruh benua. Ketepatan perkhidmatan penentududukan persis Skylark membolehkan penentududukan tahap lorong pada masa pertumpuan yang pantas untuk mencapai tahap keselamatan, kebolehpercayaan dan ketersediaan yang diperlukan oleh aplikasi berautonomi, pasaran besar-besaran dan mudah alih. Skylark ialah GNSS agnostik perkakasan, memberi pelanggan pilihan penderia GNSS yang mahu digunakan dan membolehkan pengguna merentasi industri menerima manfaat daripada ketepatan yang lebih tinggi dengan hanya melanggan Skylark. Kemudahan akses dan ketepatan output yang lebih tinggi ini mempunyai manfaat merentasi industri. Pengilang automotif mencapai ketepatan tahap lorong dalam suit penderia dengan tahap integriti yang tinggi. Syarikat penghantaran meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos dengan pengoptimuman laluan. Syarikat aplikasi mudah alih meningkatkan analisis menggunakan data yang tepat untuk mencipta peta yang lebih baik dan aplikasi yang berprestasi lebih tinggi. Aplikasi industri mengautomasikan peralatan dan meningkatkan kecekapan dengan penentududukan yang tepat.
“Swift Navigation sangat gembira untuk bekerjasama dengan KDDI bagi mengembangkan penentududukan persis Skylark di Jepun dan memanfaatkan pelanggan di seluruh dunia,” kata Timothy Harris, Pengasas Bersama dan CEO di Swift Navigation. “KDDI sentiasa berada di barisan hadapan bagi membawakan penyelesaian teknologi inovatif kepada pelanggannya dan Swift berasa sukacita untuk menambahkan nilai kepada perniagaan mereka melalui ketepatan boleh dipercayai yang disampaikan daripada Skylark.”
“Kami yakin bahawa penyelesaian penentududukan persis yang tinggi akan memperkasakan lagi keupayaan perniagaan kami dalam ruang mobiliti dan menyumbang ke arah pengembangan liputan perniagaan kepada kenderaan pintar,” kata Hiromichi Matsuda, Pegawai Eksekutif, Penerokaan & Pembangunan Perniagaan di KDDI CORPORATION. “Ketepatan yang dicapai daripada penentududukan persis membuka peluang untuk banyak perniagaan dan industri serta menambahkan nilai kepada pelanggan kita di Jepun.”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara penyelesaian Swift dan KDDI boleh disepadukan dengan mudah ke dalam aplikasi anda, layari swiftnav.com/kddi.
PERIHAL SWIFT NAVIGATION
Swift Navigation menyediakan penyelesaian penentududukan persis untuk aplikasi automotif, kenderaan berautonomi, mudah alih dan pasaran massa. Permulaan sebagai penerima kinematik masa nyata (RTK), kos rendah dan berketepatan tinggi pertama dalam industri GNSS telah berubah kepada ekosistem Swift Navigation penyelesaian penentududukan untuk aplikasi berautonomi. Daripada perkhidmatan penentududukan persis GNSS benua yang dihantar daripada awan oleh Skylark™, penyelesaian bebas perkakasan, disepadukan perisian iaitu enjin penentududukan Starling® kepada Piksi® Multi dan Duro® yang tahan lasak dan penerima RTK Duro Inertial yang tepat ada tahap sentimeter, Swift Navigation sedang mendayakan masa depan kenderaan berautonomi untuk menavigasi dan memahami dunia. Ketahui lebih lanjut dalam talian di swiftnav.com, ikuti Swift di Twitter @Swiftnav
PERIHAL KDDI
KDDI ialah pembekal perkhidmatan telekomunikasi di Jepun yang menawarkan kedua-dua komunikasi mudah alih dan talian tetap. Dengan pangkalan sebanyak 58 juta pelanggan yang sedia kukuh, dan melalui perkhidmatan mudah alih serta kedai yang menawarkan jenama “au” miliknya, KDDI mengembangkan perkhidmatannya kepada perniagaan "Reka Bentuk Kehidupan", yang merangkumi e-dagang, teknologi kewangan, perkhidmatan utiliti bekalan elektrik seluruh negara, hiburan dan pendidikan. Dengan sejarah 60 tahun, KDDI kini memfokuskan penciptaan infrastruktur pintar melalui teknologi IoT dan inovasi terbuka dengan rakan kongsi dan syarikat permulaan dalam pelbagai industri. KDDI sedang mempercepat pertumbuhan global perniagaan pengguna telekomunikasi miliknya, dengan operasi di Myanmar dan Mongolia dan perniagaan ICT global dengan jenama "TELEHOUSE".
Maklumat Hubungan Akhbar:
Swift Navigation
press@swiftnav.com
SUMBER : Swift Navigation
Tuesday, July 20, 2021
FORUM EKO GLOBAL GUIYANG 2021 BERMULA
Berpeganglah kepada dasar bagi pembangunan hijau dan menempuh jalan kepada pertanian moden yang menakjubkan di kawasan pergunungan
Pada 13 Julai, sesi pertanian bagi Forum Eko Global Guiyang 2021 – Pertanian Pintar Meningkatkan Inovasi Pertanian dan Hijau Memimpin Masa Depan Industri itu telah diadakan di Guiyang, menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Bandar dan Pertanian Wilayah Guizhou. Pakar-pakar, cendekiawan dan pemimpin industri terkemuka dari dalam dan luar negara telah membincangkan topik seperti status quo bagi keselamatan makanan global, pembangunan bagi industri Eko hijau dengan berlatar-belakangkan pencergasan semula luar bandar, pertanian pintar membawa kepada pembangunan lestari bagi pertanian hijau, dan jalan menuju kepada pembangunan hijau bagi ciri-ciri pergunungan moden dan pertanian yang cekap.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Guizhou telah mengikuti pemikiran bagi peradaban ekologi, bertegas terhadap pengembangan ekologi, sentiasa meletakkan pembangunan hijau dalam keseluruhan proses bagi pembangunan pertanian, dan terus mengikuti jejak bagi ciri-ciri pergunungan moden dan pembangunan pertanian yang kecekapan tinggi.
Guizhou kini telah mengikuti dengan tegas konsep hijau itu, dengan menerapkan strategi bagi ekologi besar, dan menggalakkan penukaran bagi tanah yang diusahakan kepada hutan. Guizhou menggalakkan pengurusan keseluruhan bagi landskap, hutan, padang, tasik dan rumput dan memberikan manfaat sepenuhnya kepada kelebihan sumber, memperluaskan industri hijau dan menegaskan terhadap perindustrian ekologi agar ia dapat meningkatkan sistem piawaian dan menghasilkan lebih banyak produk hijau.
Guizhou telah merumuskan norma dan standard ekologi yang merangkumi pelbagai industri. Ini juga menggalakkan pembangunan hijau melalui inovasi saintifik dan teknologi, dan melaksanakan “Internet +” dan usaha pengembangan integrasi perusahaan. Guizhou meningkatkan mekanisme pencegahan dan kawalan mereka, mengukuhkan asas hijau, membangunkan pertanian bulat mereka, sehinggakan ia telah menjadi wilayah pertama di China yang mengharamkan penggunaan racun perosak yang larut air.
Pada masa sekarang, pertanian pintar di Guizhou sedang muncul, dan industri hijau semakin mendapat tempat. Dalam melakukan pencergasan semula kawasan luar bandar, Guizhou telah memulakan pada satu perjalanan baharu untuk mengembangkan pertanian moden dan berkecekapan tinggi dengan ciri-ciri pergunungan. Guizhou yang berwarna-warni mempunyai potensi yang besar untuk memanfaatkan pertanian hijau dan industri hijau.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Luar Bandar dan Pertanian Wilayah Guizhou
Friday, July 16, 2021
MEDIAOCEAN AKAN MEMPEROLEH FLASHTALKING, MENAMBAHKAN PENYELESAIAN PELENGKAP UNTUK MENGUASAKAN $200 BILION DALAM PERBELANJAAN MEDIA TAHUNAN
Syarikat gabungan akan mewujudkan platform teknologi bebas yang paling dipercayai untuk pengiklanan omnisaluran dengan penekanan pada video silang saluran dan kreatif dinamik
NEW YORK, 15 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Mediaocean, Platform yang kritikal misi untuk pengiklanan omnisaluran, dan Flashtalking, platform pengurusan iklan bebas terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memasuki perjanjian muktamad yang menyaksikan Mediaocean akan memperoleh Flashtalking. Entiti gabungan ini akan menggabungkan penyelesaian terbaik dalam kelasnya untuk penyampaian iklan utama, pemperibadian kreatif, pengurusan identiti dan pengesahan milik Flashtalking dengan sistem moden bagi rekod yang digunakan oleh jenama dan agensi terkemuka di dunia milik Mediaocean.
Pengumuman datang pada titik lengkuk balas kritikal untuk industri pengiklanan tatkala pemasar mencari penyelesaian bebas yang dipercayai untuk mengurus perkembangan syarikat teknologi besar. Pelanggan Mediaocean dan Flashtalking akan menerima manfaat daripada penyelesaian menyeluruh dan memandang ke hadapan untuk perancangan strategik global, pengurusan media omnisaluran, pengoptimuman ekosistem tertutup, dan penyesuaian kewangan merentasi media tradisional, web terbuka, ekosistem tertutup, dan TV yang disambungkan.
“Menyatukan Mediaocean dan Flashtalking merupakan peluang yang hebat untuk pelanggan kita, pekerja kami, dan industri kita secara umumnya,” kata Bill Wise, CEO Mediaocean. “Flashtalking merupakan sumber kebenaran untuk iklan digital dan CTV dan Mediaocean merupakan sistem rekod bagi semua media. Apabila digabungkan, kami akan menyampaikan penyelesaian komprehensif dan memandang ke hadapan untuk pengiklanan omnisaluran. Paling penting sekali, platform kami tidak terjejas oleh pemilikan media agar kami boleh memfokuskan hanya pada memandu keputusan untuk pemasar dan rakan kerjasama agensi mereka.”
“Misi kami untuk membolehkan pemasar menggerakkan pengguna untuk bertindak ialah padanan yang sempurna untuk visi Mediaocean bagi dunia pemasar memasarkan cara pengguna mengguna,” kata John Nardone, CEO Flashtalking. “Sepanjang bertahun-tahun, kami telah membina platform paling dipercayai dan bebas untuk memacu kerelevanan pengiklanan dan meningkatkan prestasi kempen. Bersama-sama, pasukan dan teknologi pelengkap kami akan membantu jenama berjaya pada masa hadapan yang didominasi oleh media bertumpu dan bertaut pada penyelesaian identiti tanpa kuki.”
“Sementara kita terus berinovasi, penting untuk memiliki teknologi yang membolehkan kita memenuhi detik untuk pengguna,” kata Deborah Wahl, CMO General Motors. “Melihat syarikat seperti Mediaocean dan Flashtalking bersatu untuk menyampaikan imperatif pengiklanan omnisaluran amat menggalakkan. Industri memerlukan pemain yang neutral dan bebas dalam ekosistem bagi membolehkan penumpuan media.”
“Gabungan Mediaocean dan Flashtalking menunjukkan pencapaian yang penting sementara industri bergerak ke arah penyelesaian yang terbuka dan saling boleh kendali,” kata Paul Gelb, Ketua Pengaktifan Digital dan Pelaburan di Bayer. “Salah satu peluang terbesar dalam media moden ialah menghubungkan teknologi merentasi perancangan, pembelian, penyampaian iklan dan pengoptimuman kreatif. Dengan Flashtalking, Mediaocean telah meningkatkan saranan nilai yang berkemungkinan untuk pengiklanan omnisaluran.”
Pemerolehan Flashtalking oleh Mediaocean membina pada kerjasama yang syarikat lancarkan pada 2018 untuk menggabungkan data penyampaian iklan ke dalam aliran kerja pembeli media. Entiti gabungan ini akan mewakili platform teknologi pengiklanan dengan lebih daripada $200 bilion dalam perbelanjaan media tahunan dan lebih 1 trilion tanggapan iklan bulanan. Pada awal tahun ini, Mediaocean mengumumkan paradigma produk baharu yang menggabungkan penyelesaian merentasi kepintaran, pengurusan, dan kewangan media. Transformasi produk syarikat dan penekanan pada budaya telah diiktiraf dengan Customer’s Choice designation from Gartner Peer Insights1 dan Best Places to Work by Ad Age.
Industri pengiklanan global ialah pasaran bernilai $700 bilion2 yang menjalani transformasi besar kerana tabiat pengguna dan jangkaan privasi yang berubah. Ini membawa kepada kebangkitan CTV dan ekosistem tertutup yang Mediaocean telah membuat pelaburan besar melalui pemerolehan 4C pada bulan Julai 2020 dan, kini Flashtalking, akan meningkatkan penyelesaian terbaik dalam kelasnya. Syarikat gabungan akan mendayakan beberapa saranan nilai yang inovatif bagi pengiklan dan agensi:
- Perancangan dan ukuran disatukan bagi media tradisional dan digital termasuk video silang saluran
- Pengoptimuman kempen dalam penerbangan melalui pengesyoran dan automasi yang dipacu AI
- Pemperibadian kreatif dipacu data merentasi web terbuka dan ekosistem tertutup
- Penyelesaian identiti fleksibel untuk mendayakan capaian omnisaluran dalam dunia tanpa kuki serta pematuhan privasi dengan CCPA dan GDPR
- Cerapan jenama lanjutan dan analitis untuk impak media terhadap penukaran jualan
Terma urus niaga tidak didedahkan. Pemerolehan dijangka akan selesai pada suku tahun ketiga 2021.
J.P. Morgan Securities LLC bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif bagi Flashtalking dan Travers Smith LLP dan Goodwin Procter LLP bertindak sebagai penasihat guaman.
Perihal Mediaocean
Mediaocean ialah platform kritikal misi untuk pengiklanan omnisaluran. Dengan lebih daripada $200 bilion dalam perbelanjaan media tahunan yang diurus melalui perisiannya, Mediaocean menghubungkan jenama, agensi, media, teknologi, dan data. Menggunakan AI dan teknologi pembelajaran mesin untuk mengawal pelaburan pemasaran dan mengoptimumkan hasil perniagaan, Mediaocean menguasakan kempen daripada merancang, membeli dan menjual kepada analisis, invois dan pembayaran. Mediaocean menggaji 1,200 orang merentasi 20 pejabat global dan merupakan sebahagian daripada portfolio Vista Equity Partners. Lawati www.mediaocean.com untuk maklumat lanjut.
Perihal Flashtalking
Flashtalking ialah syarikat penyampai iklan utama bebas global dan teknologi analitis yang terkemuka. Syarikat menggunakan data untuk memperibadikan pengiklanan dalam masa nyata, menganalisis keberkesanannya secara bebas dan mendayakan pengoptimuman yang memacu penglibatan dan pulangan perbelanjaan yang lebih baik untuk jenama global sofistikated. Platform Flashtalking menerajui pasaran dengan produk dan perkhidmatan inovatif untuk memastikan kerelevanan dan cerapan yang boleh diambil tindakan merentasi saluran dan format, dikuasakan oleh penjejakan tanpa kuki yang unik, pengaturan data dan analitis lanjutan. Flashtalking menyokong klien pada persimpangan data, ukuran kreatif dan tidak berat sebelah yang diperibadikan bertembung kepakaran, perkhidmatan dan ekosistem rakan kerjasama yang mendapat untuk memacu pemasaran digital yang berjaya. Syarikat ini ialah sebahagian daripada portfolio TA Associates.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14778
Thursday, July 15, 2021
MARTIN BERNSTEIN MENYERTAI LEMBAGA PENGARAH SYNCHRONOSS
B. Riley Executive Membawakan Kepintaran Kewangan yang Kukuh kepada Lembaga
BRIDGEWATER, N.J., 14 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Martin Bernstein telah menyertai Lembaga Pengarah, berkuat kuasa serta-merta.
Bernstein telah dilantik ke Lembaga Pengarah sehubungan dengan permodalan Synchronoss semula baru-baru ini, dan bertindak sebagai wakil B. Riley Financial, Inc. (NASDAQ: RILY) (B. Riley) iaitu pemegang saham terbesar syarikat.
“Bagi pihak seluruh Lembaga kami, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan Marty ke dalam pasukan kami,” kata Stephen Waldis, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Synchronoss. “Pengalaman Marty yang meluas dalam strategi peruntukan modal, tadbir urus dan pembiayaan korporat akan bermanfaat untuk organisasi kita dengan baik. Saya yakin bahawa pengetahuan beliau yang mengagumkan dan rekod prestasi yang luar biasa bukan sahaja akan memanfaatkan Lembaga kami yang sudah sedia kukuh, saya juga menjangkakan sepenuhnya bahawa impak beliau akan menjadi kunci untuk membantu Synchronoss mencapai objektif pertumbuhan strateginya.”
Bernstein mewakili B. Riley Principal Investments, sekutu B. Riley yang membuat pelaburan terus dalam syarikat yang mempunyai teknologi platform yang terbukti dengan potensi pertumbuhan jangka pendek yang ketara. Buat masa ini, beliau berperanan sebagai Ketua Pelaburan Persendirian di B. Riley dan bertanggungjawab untuk penyumberan, penaja jaminan dan pengurusan pelaburan syarikat di samping mengetuai pengagihan kepada rakan kerjasama pensindiketan. Bernstein mempunyai pengalaman meluas mengetuai pelaburan merentasi teknologi, pengangkutan, automotif, aeroangkasa, kuasa, infrastruktur dan sektor lain.
Bernstein mengomen, “Saya amat bebesar hati untuk menyertai Lembaga Synchronoss selepas bekerja rapat dengan Steve, Jeff, dan seluruh pasukan Synchronoss dalam permodalan semula baru-baru ini. Saya berkongsi keterujaan dan visi pengurusan bagi syarikat, didasarkan dalam inovasi yang berterusan dan suit produk label putih yang terbaik dalam kelasnya untuk menerajui pelanggan telekom. Kami yakin perniagaan Synchronoss berada pada titik lengkok balas dan berada pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan strategi pertumbuhannya susulan pembiayaan semula. Saya tidak sabar untuk terus bekerja dengan pasukan sebagai ahli lembaga sambil kita berusaha untuk mewujudkan nilai bagi pemegang kepentingan dan pelanggan.”
Sebelum menyertai B. Riley pada bulan Mac 2021, Bernstein bersama Anchorage Capital dan bertanggungjawab untuk mengetuai pelaburan merentasi struktur modal, termasuklah ekuiti persendirian, ekuiti persendirian, kredit berbayar, hutang bank, hutang distres, dan situasi penstrukturan semula. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai juruanalisis di Bocage Capital, dan bekerja dalam pasukan pelaburan untuk endowmen di Howard Hughes Medical Institute. Bernstein memperoleh AB dalam sejarah daripada Dartmouth College. Beliau berpangkalan di Connecticut.
Perihal Synchronoss
Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran pendapatan baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk mengimaginasikan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com
