Friday, July 30, 2021

TOSHIBA MELANCARKAN MIKROPENGAWAL ARM® CORTEX®-M4 UNTUK KAWALAN MOTOR SEBAGAI PRODUK PERTAMA DI DALAM KELAS TERMAJU KELUARGA TXZ+TM




TOKYO, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 12 peranti baharu di dalam kumpulan M4K untuk kawalan motor sebagai produk pertama bagi kelas termaju keluarga TXZ+TM , dan akan memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 10 produk lain di dalam kumpulan M4M pada Ogos 2021. Kedua-dua kumpulan M4K dan M4M bagi mikropengawal akan dihasilkan di dalam satu proses 40nm, dan tergolong kepada siri TXZ4A+.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210728005418/en/

Produk ini menggunakan teras Arm Cortex-M4 dengan FPU, berfungsi sehingga 160MHz, dan mengintegrasikan litar kawalan motor A-PMD (pemacu motor termaju yang boleh diprogramkan), pengekod 32-bit A-ENC (pengekod termaju) dan enjin vektor A-VE+ (enjin vektor termaju plus). Peranti ini menyediakan penyelesaian yang sesuai bagi motor AC, motor DC tanpa berus dan pelbagai kawalan penyongsang dengan maksimum tiga unit bagi penukar analog/digital 12-bit berkelajuan tinggi dan beresolusi tinggi.

Peranti di dalam kumpulan M4K itu mempunyai UART, SPI dan I2C yang disatukan sebagai antara muka komunikasi umum, dan kumpulan M4M itu juga mempunyai satu antara muka komunikasi CAN. Kedua-dua kumpulan mempunyai fungsi diagnosis diri untuk ROM, RAM, ADC dan jam, yang membantu pelanggan mencapai pensijilan keselamatan fungsian IEC60730 Kelas B. Kedua-dua kumpulan mencapai penggunaan arus rendah dan kefungsian tinggi dan pada masa yang sama mengekalkan keserasian yang baik dengan kumpulan keluarga M4K(2) TXZTM yang sedia ada.

Dokumentasi, perisian sampel dengan contoh bagi penggunaan sebenar, papan penilaian dan perisian pemacu yang mengawal antara muka bagi setiap periferal disediakan bersama dengan pengiriman komponen. Sebuah persekitaran pembangunan juga disediakan untuk menyokong pelbagai keperluan dalam kerjasama dengan rakan-rakan ekosistem Arm global.

Ciri-ciri utama bagi produk baharu
  • Teras Arm Cortex-M4 berprestasi tinggi dengan FPU, maksimum 160MHz
  • Fungsi kawalan motor dan penyongsang dan antara muka komunikasi
  • Fungsi diagnosis diri untuk keselamatan fungsian IEC60730 kelas B 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14817

ACCELERATE MENGUMUMKAN PELANCARAN PLATFORM DIGITAL

Accelerate ialah lanjutan semula jadi asal dan asas HIMSS sebagai sebuah persatuan yang dipacu oleh ahli

CHICAGO, 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Hari ini, Accelerate telah memasuki ekosistem kesihatan global sebagai platform digital binaan khusus yang memacu transformasi jagaan kesihatan sepanjang tahun dengan menghubungkan profesional kesihatan kepada cerapan daripada rakan sejawat dan peneraju pemikiran, alat pembangunan profesional, peluang rangkaian dan kandungan yang dipilih khas—pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

Pembangunan awal Accelerate datang daripada HIMSS, penasihat global dan peneraju pemikiran yang menyokong transformasi ekosistem kesihatan melalui maklumat dan teknologi.

Accelerate ialah lanjutan semula jadi asal dan asas HIMSS sebagai sebuah persatuan yang dipacu oleh ahli dan merupakan penyelesaian inovatif yang bertujuan untuk menyokong ahli, rakan kongsi dan ekosistem kesihatan global sepanjang tahun.

Hal Wolf, presiden dan CEO HIMSS, menekankan: “Operasi global, pengalaman selama puluhan dekad dan ribuan ahli menyediakan HIMSS dengan skala kritikal dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas yang besar ini. Dengan perhubungan tiada tandingan dalam kalangan pembekal jagaan kesihatan, eksekutif industri dan entiti awam, Accelerate akan menjadi platform digital yang menghimpunkan pelbagai pemegang kepentingan dalam bidang kesihatan.”

Dengan Accelerate, profesional daripada semua bahagian ekosistem jagaan kesihatan mempunyai akses kepada platform yang diperibadikan dan disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Organisasi mendapat manfaat daripada cara yang dipertingkat secara radikal untuk mengurus, menyokong dan membangunkan kakitangan dan ahli mereka. Pembekal menikmati akses yang tiada tandingan kepada cerapan pasaran dan juga cara yang inovatif untuk melibatkan diri dengan pelanggan. Selain itu, Accelerate akan bersepadu secara lancar dengan tawaran pihak ketiga yang dipilih khas—dan dengan itu memperkasakan rakan kerjasama peneraju industri untuk mengedarkan produk dan perkhidmatan digital mereka melalui platform tersebut sepanjang tahun.

"Keahlian HIMSS telah meningkat hampir dua kali ganda dalam empat tahun terakhir menjadi 110,000, dengan lebih 36,000 tinggal di luar Amerika Utara. Tahun lalu menyerlahkan komitmen kami dalam memberikan respons dan menyokong komuniti dan misi kami dengan cara yang dinamik dan kami memerlukan keupayaan untuk mencapai dan menyokong ahli kami apabila mereka memerlukannya," kata Wolf. "HIMSS telah mengetuai pelaburan dalam Accelerate dan membantu pelancarannya, dan platform ini akan menjadi aset, yang bukan sahaja untuk ahli HIMSS, tetapi juga kepada ekosistem kesihatan global dalam skala yang besar."

Mulai hari ini, Accelerate tersedia kepada semua ahli HIMSS, pengguna individu, dan juga syarikat, organisasi serta pertubuhan yang berminat untuk mendapatkan akses bagi ahli mereka.

Pihak berkepentingan dijemput untuk menyertai himpunan organisasi yang sudah komited dan menjadi sebahagian daripada pelancaran ini. Untuk maklumat lanjut, lawati www.youraccelerate.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14814

Thursday, July 29, 2021

FASTLY MENCAPAI SATU PERISTIWA PENTING YANG KRITIKAL DALAM MEMPERLUASKAN PERLINDUNGAN APLIKASI DAN API KEPADA RANGKAIAN PINGGIR DENGAN TEKNOLOGI ISYARAT UNGGUL

Pembina dapat mengesan dan menyekat trafik yang mencurigakan dengan lebih pantas dengan menguatkuasakan dasar-dasar keselamatan di pinggir

SAN FRANCISCO, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fastly, Inc. (NYSE: FSLY), sebuah penyedia platform awan pinggir global, hari ini mengumumkan ketersediaan beta bagi ejen Sains Isyarat di platform awan pinggir Fastly. Ini merupakan satu peristiwa penting yang kritikal ke arah visi Fastly untuk memperkasakan pembina bagi melindungi aplikasi dan API di setiap persekitaran — awan, di premis, hibrid dan sekarang di rangkaian pinggir. Dengan perintegrasian ini, pelanggan akan dapat memanfaatkan teknologi isyarat yang kuat untuk menulis dan mengeluarkan peraturan dalam tepat masa bagi mengesan permintaan yang mencurigakan dan menyekat serangan dengan lebih pantas.

“Dengan menyatukan ketepatan bagi teknologi Sains Isyarat dengan skala bagi jaringan Fastly, organisasi akan memiliki perlindungan dan gaya diri keselamatan yang lebih besar melalui pelbagai lapisan pertahanan,” kata Christopher Rodriguez, Pengurus Penyelidikan di Keselamatan Siber di IDC. “Kedua-dua serangan aplikasi DDoS dan web sedang meningkat, dan pengurangan di pinggir adalah lebih penting pada masa ini. Dengan isyarat tepat masa, pasukan-pasukan keselamatan dapat mengesan trafik yang mencurigakan dengan tepat dan mengadakan peraturan dengan pantas untuk melindungi daripada kemungkinan serangan.”

FASTLY MENCAPAI SATU PERISTIWA PENTING YANG KRITIKAL DALAM MEMPERLUASKAN PERLINDUNGAN APLIKASI DAN API KEPADA RANGKAIAN PINGGIR DENGAN TEKNOLOGI ISYARAT UNGGUL

NIKKISO CRYOGENIC SERVICES MEMULIHKAN SEMULA LOJI PEMISAHAN UDARA DI INDIA UNTUK BEKALAN OKSIGEN KRITIKAL

TEMECULA, Calif., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Cryogenic Industries’ Clean Energy & Industrial Gases Group (Kumpulan), sebuah anak syarikat Nikkiso Co., Ltd (Japan), dengan berbesar hati mengumumkan bahawa mereka telah selesai memulihkan semula loji Pemisahan Udara di Patancheru, Hyderabad India. Projek ini dijalankan dengan kerjasama kerajaan Telangana (TEL) dan Yayasan Greenko (GKO).

Berikutan krisis pandemik berterusan di India, kerajaan India memperkenalkan arahan untuk memulakan semula operasi dan pengeluaran LOX bagi memenuhi permintaan mendadak terhadap oksigen perubatan. GKO telah mengambil loji Oksigen yang telah lama ditutup secara sewaan daripada Air Water India Private Limited (AWI) untuk tempoh (2) dua tahun.

Pada Mei 2021, Kumpulan ini bekerjasama dengan GKO dalam memulihkan semula loji tersebut. Nikkiso Cryogenic Services menyediakan sokongan teknikal kritikal dan alat ganti, termasuk penggerak muncung dan komponen getaran, dan Nikkiso Cosmodyne India Pvt. Ltd. menyediakan sokongan perkhidmatan lapangan. Komponen kritikal yang biasanya mengambil masa 12-14 minggu disediakan dalam masa tiga hari untuk menyokong permintaan mendadak ini. Pada 22 Jun, tapak tersebut beroperasi semula sepenuhnya.

“Kami bangga dapat memainkan peranan dalam perjuangan menentang COVID ini, dan kami bangga dengan teknologi dan kerjasama yang diusahakan untuk membangunkan dan menggerakkan kemudahan ini dalam waktu yang singkat,” menurut Jim Estes, Presiden, Nikkiso Cryogenic Services.

NIKKISO CRYOGENIC SERVICES MEMULIHKAN SEMULA LOJI PEMISAHAN UDARA DI INDIA UNTUK BEKALAN OKSIGEN KRITIKAL

TETRATE, YANG DIMULAKAN OLEH ISTIO CREATORS, MENGUMUMKAN PEMBUKAAN PEJABAT ASIA PASIFIK DI SINGAPURA

SAN FRANCISCO & SINGAPURA, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Tetrate, peneraju di dalam teknologi rangkaian dan perkhidmatan jaringan yang peka dengan aplikasi, mengumumkan pembukaan sebuah pejabat di Singapura untuk memperluaskan kehadiran syarikat itu di wilayah APAC. Tetrate melantik Karthik Viswanathan sebagai ketua jualan APAC dan Adrian Cole sebagai ketua kejuruteraan untuk membina pasukan mereka di Asia. Viswanathan telah mengembangkan organisasi jualan bagi Cloudhealth (diperolehi oleh VMware) dan Fortinet, dan Cole adalah pengasas bersama dan penyumbang utama untuk projek-projek sumber terbuka seperti JClouds, Spring Cloud Sleuth dan OpenZipkin. Pada awal tahun ini pada Mac, Tetrate telah mengumpulkan $40 juta dalam satu pusingan pendanaan Siri B yang diketuai oleh Sapphire Ventures. Pelabur lain termasuk Scale Venture Partners, NTTVC, Dell Technologies Capital, Intel Capital, 8VC, dan Samsung NEXT.


“Kami melihat momentum yang mantap bagi produk Tetrate di rantau APAC dan sekarang adalah masa yang tepat untuk melabur di dalam membina sebuah pasukan jualan dan kejuruteraan yang teguh di Asia,” kata Varun Talwar, Ketua Pegawai Ekskeutif bagi Tetrate. “Pemodenan aplikasi adalah satu fenomena global dan keselamatan kepercayaan sifar untuk perkhidmatan aplikasi dan API menjadi satu kebimbangan umum di kalangan perusahaan. Tetrate Service Bridge dibina khas untuk menyelesaikan masalah ini merentasi seluruh beban kerja dan persekitaran yang heterogen.”

Diamalkan oleh syarikat-syarikat kewangan, kesihatan dan keruncitan Fortune 200, dan organisasi-organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, platform penyampaian aplikasi Tetrate dan produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, membantu mempercepatkan penggunaan awan, transformasi digital dan seni bina kepercayaan sifar. Tetrate, sebuah penyumbang utama kepada Envoy Proxy dan Istio, membantu perusahaan dengan perjalanan penggunaan jaringan perkhidmatan mereka dengan menyediakan sokongan dan kepakaran komersial.

Pengembangan ini di rantau itu mencerminkan cita-cita Tetrate untuk lebih dekat dengan pelanggan global mereka. Pasukan yang berpangkalan di Singapura itu akan termasuk kalangan profesional jualan, pemasaran, kejuruteraan dan kejayaan pelanggan. Ini akan membolehkan pelanggan tempatan dan serantau untuk menerima bimbingan dan sokongan yang lebih pantas. Tetrate akan meneruskan usaha pengembangan mereka dalam beberapa bulan akan datang untuk menambahkan lebih banyak lokasi di Asia.

Maklumat mengenai Tetrate

Dimulakan oleh pengasas Istio untuk membayangkan semula rangkaian aplikasi, Tetrate adalah syarikat jaringan perkhidmatan perusahaan yang menguruskan kerumitan bagi infrastruktur aplikasi awan hibrid moden. Produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, menyediakan satu platform jaringan perkhidmatan yang komprehensif dan bersedia untuk perusahaan yang dibina untuk penggunaan berbilang kluster, berbilang penyewaan, dan berbilang awan. Pelanggan mendapat kebolehcerapan yang konsisten, terbina dalam, keselamatan waktu jalan dan pengurusan trafik di mana-mana persekitaran. Tetrate tetap menjadi sebuah penyumbang utama kepada projek sumber terbuka Istio dan Envoy Proxy. Dapatkan maklumat lanjut di www.tetrate.io.

Sila hubungi kami dengan pertanyaan.

Ikuti kami di Twitter, @Tetrateio. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14804

Wednesday, July 28, 2021

ISW HOLDINGS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENGEHOSAN/PERLOMBONGAN YANG SIGNIFIKAN DENGAN PENERAJU GLOBAL BITMAIN UNTUK MELANCARKAN FASA SATU DI OPERASI PERLOMBONGAN KRIPTOWANG GEORGIA YANG BAHARU

LAS VEGAS, 28 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — melalui InvestorWire — ISW Holdings, Inc. (OTC: ISWH) (“ISW Holdings” atau “Syarikat”), syarikat pemegangan pengurusan jenama global, teruja untuk mengumumkan penandatangan perjanjian pengehosan perlombongan kriptowang (“Perjanjian”) dengan Bitmain Technologies (“Bitmain”), pengeluar utama dunia bagi perkakasan perlombongan kriptowang dan firma perlombongan kriptowang global utama.

Perjanjian akan membentuk tunjang pelancaran Fasa Satu Syarikat bagi pengehosan kriptowang dan operasi perlombongan di Georgia miliknya. Butiran lanjut yang berkaitan Perjanjian ini akan dibincangkan dalam masa terdekat.

Irene Gao, Pengarah Antminer BD Rantau NCSA, Bitmain, berkata, “Kami berasa teruja untuk menandatangani projek perintis baru ini untuk memulakan kerjasama dengan ISW Holdings, sebuah pencapaian baharu bagi industri untuk mewujudkan kemudahan pengehosan di luar negara. Kemudahan sebesar 200 MW ini ialah fasa pertama kerjasama jangka panjang kami, menggunakan tenaga boleh dibaharui sebagai sumbernya. Kami menjangkakan untuk mengembangkan lagi projek ini pada masa hadapan untuk menyokong pembangunan industri ini.”

“Bitmain mungkin nama yang paling terkenal di dunia dalam ruang perlombongan, dan kami teruja bahawa mereka akan menjadi sebahagian utama daripada kejayaan kami di Georgia,” kata Alonzo Pierce, presiden dan pengerusi ISW Holdings. “Setelah kuasa sebanyak 200 MW kami digunakan sepenuhnya, kami menjangkakan hasil tahunan melebihi $200 juta, tetapi itu hanya akan menutup fasa pertama visi kami. Kami tidak sabar untuk membincangkan fasa kami yang seterusnya mengikut masa. Jika kami dapat melaksanakan mengikut visi penuh kami, kami berpotensi memacu pertumbuhan hasil yang eksponen pada masa akan datang.”

Untuk mendapatkan butiran lanjut dan pernyataan prospektif, lihat keseluruhan pengumuman: https://ibn.fm/ISWBitmainAnnouncement

Perihal Bitmain

Bitmain Technologies ialah sebuah syarikat semikonduktor multinasional dengan keupayaan reka bentuk IC yang canggih. Bitmain menawarkan produk, termasuk cip, pelayan dan penyelesaian awan untuk aplikasi blok rantai dan kecerdasan buatan (AI). Diasaskan pada tahun 2013 dan beribu pejabat di Daerah Haidian, Beijing, Bitmain mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan di Hong Kong, Singapura, dan Amerika Syarikat. Menurut Frost & Sullivan, Bitmain merupakan antara 10 pereka IC tanpa pemfabrikatan yang teratas di dunia dan kedua terbesar di China. Dalam kawasan perlombongan blok rantai, Bitmain telah menghantar berbilion ASIC, yang terdiri daripada 75% pasaran global.

Perihal ISW Holdings

ISW Holdings, Inc. (ISWH) yang berpangkalan di Nevada, ialah syarikat portfolio pelbagai yang terdiri daripada barisan perniagaan penting yang memenuhi permintaan produk kepada pengguna. Kepakaran kita terletak dalam pembangunan jenama strategik, pemudahan pertumbuhan awal, dan identiti jenama melalui proses perolehan proprietari kami. Bersama-sama, dengan rakan kongsi kami, kami ingin menyediakan struktur yang memenuhi permintaan kebolehskalaan yang besar, serta keperluan pasaran yang dijangka. Kami dapat memenuhi keperluan ini melalui pelbagai proses inovatif yang strategik. ISWH mencipta dan mengurus jenama merentasi spektrum industri yang disruptif. ISWH menggerakkan syarikat proprietari melalui tahap kritikal pembangunan pasaran, yang merangkumi pengkonsepan, strategi pasaran go-to, kejuruteraan, penyepaduan produk dan kecekapan pengedaran. Syarikat juga telah bekerjasama dengan syarikat pembangunan dan perundingan perisian yang terkenal, Bengala Technologies LLC, yang sedang membangunkan penambahbaikan ketara dalam ruang pengurusan rantai bekalan; dan, perkongsian ini mempunyai paten penting yang menunggu kelulusan sekarang.

Segmen perlombongan kriptowang Syarikat, yang diwujudkan dengan kerjasama peneraju industri, Bit5ive LLC, dipacu oleh misi untuk melombong kriptowang dengan jejak sifar-karbon.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.iswholdings.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14807

Tuesday, July 27, 2021

AZAM MOTOR TERUS BERDAYA SAING MELALUI RANGKA KERJA KECEMERLANGAN PERNIAGAAN (MBEF)

 PETALING JAYA, 27 Julai (Bernama) -- Syarikat Azam Motor milik sepasang suami isteri yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan seratus peratus pemilikan bumiputera merupakan bengkel pembaikan kenderaan “ONE STOP CENTER” yang terus cemerlang berdaya saing menerajui perusahaan automotif. Beroperasi di Banting, Selangor sebagai ibu pejabat kini mempunyai 3 cawangan iaitu di Salak Tinggi Sepang, Bangi dan Sungai Petani setelah mereka berjaya mengruskan secara holistik melalui pendekatan Rangkakerja Kecemerlangan Perniagaan (MBEF).  

 
Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Azam Motor selepas menggunakan MBEF antaranya ialah Anugerah Syarikat Terunggul 2020 (Perkhidmatan Automotif), Anugerah Ikon Malaysia 2020 (Automotif) dan Pengerusi Persatuan Usahawan Pembangunan Automotif Wanita Malaysia (PUSPAWM). Mereka turut meraih pelbagai pengiktiran yang dianugerahi oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) lagi seperti 5S, High Productive Enterprise 2018 dan APIC 2018.
 
Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) adalah pendekatan holistik yang dibantu oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada organisasi yang bermaksud untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap seterusnya; memperkukuhkan penglibatan dan mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pihak berkepentingan serta lebih berdaya saing di pasaran yang kompetitif. Menurut Pn. Zulaifah Omar, Pengarah Kecemerlangan Organisasi MPC, “MBEF merangkumi tujuh kriteria iaitu Kepimpinan, Perancangan, Informasi, Pelanggan, Tenaga Kerja, Proses dan Hasil. Syarikat Azam Motor mula didedahkan dengan pendekatan MBEF yang bermatlamat untuk memantapkan pengurusan syarikat melalui Program Groom Big anjuran MPC sejak dari tahun 2016. Matlamat program Groom Big ini adalah untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat perusahaan kecil dan sederhana tempatan agar mereka berupaya untuk berdaya saing di peringkat global”. 
 
Menurut Pengarah Urusan Azam Motor, Pn. Mastinah Mohd Sani, “Organisasi cemerlang harus mempunyai tujuh ciri utama iaitu mempunyai matlamat dan hala tuju jelas, sistem komunikasi berkesan, jelas, telus dan proaktif, membudayakan memberi dan menerima maklum balas, menerima dan menghormati perbezaan dalam kalangan pekerja, semangat berpasukan tinggi, mementingkan keterlibatan dan kesetiaan pekerja dan mengutamakan kerjaya serta pembangunan kemahiran pekerja. Kriteria tersebut yang dipelajari dari MBEF digunakan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan seterusnya memacukan prestasi syarikat ke tahap yang ada sekarang”.
 
Beliau turut menyeru syarikat diluar sana untuk menggunakan MBEF untuk menilai kekuatan dan peluang penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat. Fokus MBEF ialah melestarikan organisasi, baik awam atau swasta dengan melahirkan organisasi cemerlang bukan sahaja merujuk kepada keuntungan bagi organisasi perniagaan tetapi mampu kekal relevan dalam mendepani cabaran semasa.
 
 
Mengenai Malaysia Productivity Corporation (MPC)


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.

Dikeluarkan oleh MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION 


SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)