Thursday, July 29, 2021
FASTLY MENCAPAI SATU PERISTIWA PENTING YANG KRITIKAL DALAM MEMPERLUASKAN PERLINDUNGAN APLIKASI DAN API KEPADA RANGKAIAN PINGGIR DENGAN TEKNOLOGI ISYARAT UNGGUL
SAN FRANCISCO, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fastly, Inc. (NYSE: FSLY), sebuah penyedia platform awan pinggir global, hari ini mengumumkan ketersediaan beta bagi ejen Sains Isyarat di platform awan pinggir Fastly. Ini merupakan satu peristiwa penting yang kritikal ke arah visi Fastly untuk memperkasakan pembina bagi melindungi aplikasi dan API di setiap persekitaran — awan, di premis, hibrid dan sekarang di rangkaian pinggir. Dengan perintegrasian ini, pelanggan akan dapat memanfaatkan teknologi isyarat yang kuat untuk menulis dan mengeluarkan peraturan dalam tepat masa bagi mengesan permintaan yang mencurigakan dan menyekat serangan dengan lebih pantas.
“Dengan menyatukan ketepatan bagi teknologi Sains Isyarat dengan skala bagi jaringan Fastly, organisasi akan memiliki perlindungan dan gaya diri keselamatan yang lebih besar melalui pelbagai lapisan pertahanan,” kata Christopher Rodriguez, Pengurus Penyelidikan di Keselamatan Siber di IDC. “Kedua-dua serangan aplikasi DDoS dan web sedang meningkat, dan pengurangan di pinggir adalah lebih penting pada masa ini. Dengan isyarat tepat masa, pasukan-pasukan keselamatan dapat mengesan trafik yang mencurigakan dengan tepat dan mengadakan peraturan dengan pantas untuk melindungi daripada kemungkinan serangan.”
FASTLY MENCAPAI SATU PERISTIWA PENTING YANG KRITIKAL DALAM MEMPERLUASKAN PERLINDUNGAN APLIKASI DAN API KEPADA RANGKAIAN PINGGIR DENGAN TEKNOLOGI ISYARAT UNGGUL
NIKKISO CRYOGENIC SERVICES MEMULIHKAN SEMULA LOJI PEMISAHAN UDARA DI INDIA UNTUK BEKALAN OKSIGEN KRITIKAL
Berikutan krisis pandemik berterusan di India, kerajaan India memperkenalkan arahan untuk memulakan semula operasi dan pengeluaran LOX bagi memenuhi permintaan mendadak terhadap oksigen perubatan. GKO telah mengambil loji Oksigen yang telah lama ditutup secara sewaan daripada Air Water India Private Limited (AWI) untuk tempoh (2) dua tahun.
Pada Mei 2021, Kumpulan ini bekerjasama dengan GKO dalam memulihkan semula loji tersebut. Nikkiso Cryogenic Services menyediakan sokongan teknikal kritikal dan alat ganti, termasuk penggerak muncung dan komponen getaran, dan Nikkiso Cosmodyne India Pvt. Ltd. menyediakan sokongan perkhidmatan lapangan. Komponen kritikal yang biasanya mengambil masa 12-14 minggu disediakan dalam masa tiga hari untuk menyokong permintaan mendadak ini. Pada 22 Jun, tapak tersebut beroperasi semula sepenuhnya.
“Kami bangga dapat memainkan peranan dalam perjuangan menentang COVID ini, dan kami bangga dengan teknologi dan kerjasama yang diusahakan untuk membangunkan dan menggerakkan kemudahan ini dalam waktu yang singkat,” menurut Jim Estes, Presiden, Nikkiso Cryogenic Services.
NIKKISO CRYOGENIC SERVICES MEMULIHKAN SEMULA LOJI PEMISAHAN UDARA DI INDIA UNTUK BEKALAN OKSIGEN KRITIKAL
TETRATE, YANG DIMULAKAN OLEH ISTIO CREATORS, MENGUMUMKAN PEMBUKAAN PEJABAT ASIA PASIFIK DI SINGAPURA
SAN FRANCISCO & SINGAPURA, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Tetrate, peneraju di dalam teknologi rangkaian dan perkhidmatan jaringan yang peka dengan aplikasi, mengumumkan pembukaan sebuah pejabat di Singapura untuk memperluaskan kehadiran syarikat itu di wilayah APAC. Tetrate melantik Karthik Viswanathan sebagai ketua jualan APAC dan Adrian Cole sebagai ketua kejuruteraan untuk membina pasukan mereka di Asia. Viswanathan telah mengembangkan organisasi jualan bagi Cloudhealth (diperolehi oleh VMware) dan Fortinet, dan Cole adalah pengasas bersama dan penyumbang utama untuk projek-projek sumber terbuka seperti JClouds, Spring Cloud Sleuth dan OpenZipkin. Pada awal tahun ini pada Mac, Tetrate telah mengumpulkan $40 juta dalam satu pusingan pendanaan Siri B yang diketuai oleh Sapphire Ventures. Pelabur lain termasuk Scale Venture Partners, NTTVC, Dell Technologies Capital, Intel Capital, 8VC, dan Samsung NEXT.
“Kami melihat momentum yang mantap bagi produk Tetrate di rantau APAC dan sekarang adalah masa yang tepat untuk melabur di dalam membina sebuah pasukan jualan dan kejuruteraan yang teguh di Asia,” kata Varun Talwar, Ketua Pegawai Ekskeutif bagi Tetrate. “Pemodenan aplikasi adalah satu fenomena global dan keselamatan kepercayaan sifar untuk perkhidmatan aplikasi dan API menjadi satu kebimbangan umum di kalangan perusahaan. Tetrate Service Bridge dibina khas untuk menyelesaikan masalah ini merentasi seluruh beban kerja dan persekitaran yang heterogen.”
Diamalkan oleh syarikat-syarikat kewangan, kesihatan dan keruncitan Fortune 200, dan organisasi-organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, platform penyampaian aplikasi Tetrate dan produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, membantu mempercepatkan penggunaan awan, transformasi digital dan seni bina kepercayaan sifar. Tetrate, sebuah penyumbang utama kepada Envoy Proxy dan Istio, membantu perusahaan dengan perjalanan penggunaan jaringan perkhidmatan mereka dengan menyediakan sokongan dan kepakaran komersial.
Pengembangan ini di rantau itu mencerminkan cita-cita Tetrate untuk lebih dekat dengan pelanggan global mereka. Pasukan yang berpangkalan di Singapura itu akan termasuk kalangan profesional jualan, pemasaran, kejuruteraan dan kejayaan pelanggan. Ini akan membolehkan pelanggan tempatan dan serantau untuk menerima bimbingan dan sokongan yang lebih pantas. Tetrate akan meneruskan usaha pengembangan mereka dalam beberapa bulan akan datang untuk menambahkan lebih banyak lokasi di Asia.
Maklumat mengenai Tetrate
Dimulakan oleh pengasas Istio untuk membayangkan semula rangkaian aplikasi, Tetrate adalah syarikat jaringan perkhidmatan perusahaan yang menguruskan kerumitan bagi infrastruktur aplikasi awan hibrid moden. Produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, menyediakan satu platform jaringan perkhidmatan yang komprehensif dan bersedia untuk perusahaan yang dibina untuk penggunaan berbilang kluster, berbilang penyewaan, dan berbilang awan. Pelanggan mendapat kebolehcerapan yang konsisten, terbina dalam, keselamatan waktu jalan dan pengurusan trafik di mana-mana persekitaran. Tetrate tetap menjadi sebuah penyumbang utama kepada projek sumber terbuka Istio dan Envoy Proxy. Dapatkan maklumat lanjut di www.tetrate.io.
Sila hubungi kami dengan pertanyaan.
Ikuti kami di Twitter, @Tetrateio.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14804
Wednesday, July 28, 2021
ISW HOLDINGS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENGEHOSAN/PERLOMBONGAN YANG SIGNIFIKAN DENGAN PENERAJU GLOBAL BITMAIN UNTUK MELANCARKAN FASA SATU DI OPERASI PERLOMBONGAN KRIPTOWANG GEORGIA YANG BAHARU
LAS VEGAS, 28 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — melalui InvestorWire — ISW Holdings, Inc. (OTC: ISWH) (“ISW Holdings” atau “Syarikat”), syarikat pemegangan pengurusan jenama global, teruja untuk mengumumkan penandatangan perjanjian pengehosan perlombongan kriptowang (“Perjanjian”) dengan Bitmain Technologies (“Bitmain”), pengeluar utama dunia bagi perkakasan perlombongan kriptowang dan firma perlombongan kriptowang global utama.
Perjanjian akan membentuk tunjang pelancaran Fasa Satu Syarikat bagi pengehosan kriptowang dan operasi perlombongan di Georgia miliknya. Butiran lanjut yang berkaitan Perjanjian ini akan dibincangkan dalam masa terdekat.
Irene Gao, Pengarah Antminer BD Rantau NCSA, Bitmain, berkata, “Kami berasa teruja untuk menandatangani projek perintis baru ini untuk memulakan kerjasama dengan ISW Holdings, sebuah pencapaian baharu bagi industri untuk mewujudkan kemudahan pengehosan di luar negara. Kemudahan sebesar 200 MW ini ialah fasa pertama kerjasama jangka panjang kami, menggunakan tenaga boleh dibaharui sebagai sumbernya. Kami menjangkakan untuk mengembangkan lagi projek ini pada masa hadapan untuk menyokong pembangunan industri ini.”
“Bitmain mungkin nama yang paling terkenal di dunia dalam ruang perlombongan, dan kami teruja bahawa mereka akan menjadi sebahagian utama daripada kejayaan kami di Georgia,” kata Alonzo Pierce, presiden dan pengerusi ISW Holdings. “Setelah kuasa sebanyak 200 MW kami digunakan sepenuhnya, kami menjangkakan hasil tahunan melebihi $200 juta, tetapi itu hanya akan menutup fasa pertama visi kami. Kami tidak sabar untuk membincangkan fasa kami yang seterusnya mengikut masa. Jika kami dapat melaksanakan mengikut visi penuh kami, kami berpotensi memacu pertumbuhan hasil yang eksponen pada masa akan datang.”
Untuk mendapatkan butiran lanjut dan pernyataan prospektif, lihat keseluruhan pengumuman: https://ibn.fm/ISWBitmainAnnouncement
Perihal Bitmain
Bitmain Technologies ialah sebuah syarikat semikonduktor multinasional dengan keupayaan reka bentuk IC yang canggih. Bitmain menawarkan produk, termasuk cip, pelayan dan penyelesaian awan untuk aplikasi blok rantai dan kecerdasan buatan (AI). Diasaskan pada tahun 2013 dan beribu pejabat di Daerah Haidian, Beijing, Bitmain mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan di Hong Kong, Singapura, dan Amerika Syarikat. Menurut Frost & Sullivan, Bitmain merupakan antara 10 pereka IC tanpa pemfabrikatan yang teratas di dunia dan kedua terbesar di China. Dalam kawasan perlombongan blok rantai, Bitmain telah menghantar berbilion ASIC, yang terdiri daripada 75% pasaran global.
Perihal ISW Holdings
ISW Holdings, Inc. (ISWH) yang berpangkalan di Nevada, ialah syarikat portfolio pelbagai yang terdiri daripada barisan perniagaan penting yang memenuhi permintaan produk kepada pengguna. Kepakaran kita terletak dalam pembangunan jenama strategik, pemudahan pertumbuhan awal, dan identiti jenama melalui proses perolehan proprietari kami. Bersama-sama, dengan rakan kongsi kami, kami ingin menyediakan struktur yang memenuhi permintaan kebolehskalaan yang besar, serta keperluan pasaran yang dijangka. Kami dapat memenuhi keperluan ini melalui pelbagai proses inovatif yang strategik. ISWH mencipta dan mengurus jenama merentasi spektrum industri yang disruptif. ISWH menggerakkan syarikat proprietari melalui tahap kritikal pembangunan pasaran, yang merangkumi pengkonsepan, strategi pasaran go-to, kejuruteraan, penyepaduan produk dan kecekapan pengedaran. Syarikat juga telah bekerjasama dengan syarikat pembangunan dan perundingan perisian yang terkenal, Bengala Technologies LLC, yang sedang membangunkan penambahbaikan ketara dalam ruang pengurusan rantai bekalan; dan, perkongsian ini mempunyai paten penting yang menunggu kelulusan sekarang.
Segmen perlombongan kriptowang Syarikat, yang diwujudkan dengan kerjasama peneraju industri, Bit5ive LLC, dipacu oleh misi untuk melombong kriptowang dengan jejak sifar-karbon.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.iswholdings.com.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14807
Tuesday, July 27, 2021
AZAM MOTOR TERUS BERDAYA SAING MELALUI RANGKA KERJA KECEMERLANGAN PERNIAGAAN (MBEF)
PETALING JAYA, 27 Julai (Bernama) -- Syarikat Azam Motor milik sepasang suami isteri yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan seratus peratus pemilikan bumiputera merupakan bengkel pembaikan kenderaan “ONE STOP CENTER” yang terus cemerlang berdaya saing menerajui perusahaan automotif. Beroperasi di Banting, Selangor sebagai ibu pejabat kini mempunyai 3 cawangan iaitu di Salak Tinggi Sepang, Bangi dan Sungai Petani setelah mereka berjaya mengruskan secara holistik melalui pendekatan Rangkakerja Kecemerlangan Perniagaan (MBEF).
Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Azam Motor selepas menggunakan MBEF antaranya ialah Anugerah Syarikat Terunggul 2020 (Perkhidmatan Automotif), Anugerah Ikon Malaysia 2020 (Automotif) dan Pengerusi Persatuan Usahawan Pembangunan Automotif Wanita Malaysia (PUSPAWM). Mereka turut meraih pelbagai pengiktiran yang dianugerahi oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) lagi seperti 5S, High Productive Enterprise 2018 dan APIC 2018.
Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) adalah pendekatan holistik yang dibantu oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada organisasi yang bermaksud untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap seterusnya; memperkukuhkan penglibatan dan mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pihak berkepentingan serta lebih berdaya saing di pasaran yang kompetitif. Menurut Pn. Zulaifah Omar, Pengarah Kecemerlangan Organisasi MPC, “MBEF merangkumi tujuh kriteria iaitu Kepimpinan, Perancangan, Informasi, Pelanggan, Tenaga Kerja, Proses dan Hasil. Syarikat Azam Motor mula didedahkan dengan pendekatan MBEF yang bermatlamat untuk memantapkan pengurusan syarikat melalui Program Groom Big anjuran MPC sejak dari tahun 2016. Matlamat program Groom Big ini adalah untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat perusahaan kecil dan sederhana tempatan agar mereka berupaya untuk berdaya saing di peringkat global”.
Menurut Pengarah Urusan Azam Motor, Pn. Mastinah Mohd Sani, “Organisasi cemerlang harus mempunyai tujuh ciri utama iaitu mempunyai matlamat dan hala tuju jelas, sistem komunikasi berkesan, jelas, telus dan proaktif, membudayakan memberi dan menerima maklum balas, menerima dan menghormati perbezaan dalam kalangan pekerja, semangat berpasukan tinggi, mementingkan keterlibatan dan kesetiaan pekerja dan mengutamakan kerjaya serta pembangunan kemahiran pekerja. Kriteria tersebut yang dipelajari dari MBEF digunakan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan seterusnya memacukan prestasi syarikat ke tahap yang ada sekarang”.
Beliau turut menyeru syarikat diluar sana untuk menggunakan MBEF untuk menilai kekuatan dan peluang penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat. Fokus MBEF ialah melestarikan organisasi, baik awam atau swasta dengan melahirkan organisasi cemerlang bukan sahaja merujuk kepada keuntungan bagi organisasi perniagaan tetapi mampu kekal relevan dalam mendepani cabaran semasa.
Mengenai Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.
Dikeluarkan oleh MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION
SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Saturday, July 24, 2021
ZOOM BAKAL MEMPEROLEH FIVE9
Gabungan platform komunikasi Zoom yang teguh dengan pusat hubungan awan pintar Five9 akan membolehkan organisasi membayangkan semula cara mereka berinteraksi dengan pelanggan mereka SAN JOSE, Calif. dan SAN RAMON, Calif., 22 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh Five9, Inc. (NASDAQ: FIVN), pembekal terkemuka bagi pusat hubungan awan, dalam urus niaga saham penuh yang dianggarkan bernilai $14.7 bilion. Gabungan penyelesaian Pusat Hubungan sebagai Perkhidmatan (“CCaaS”) oleh Five9 dengan platform komunikasi luas Zoom akan mengubah cara perniagaan berhubung dengan pelanggan mereka, lalu membina platform interaksi pelanggan untuk masa hadapan. Perolehan itu dijangka membantu Zoom meningkatkan kehadiran dengan pelanggan perusahaan dan membolehkannya untuk memecut peluang pertumbuhan jangka panjang dengan menambahkan pasaran pusat hubungan bernilai $24 bilion. Five9 ialah peneraju dalam perisian pusat hubungan berasaskan awan. Pusat hubungan awan boleh skala yang tinggi dan selamat itu menyediakan aplikasi mudah digunakan serta menyeluruh yang membolehkan pengurusan dan pengoptimuman interaksi pelanggan merentasi pelbagai saluran berbeza. “Kita sentiasa mencari cara untuk meningkatkan platform kita dan penambahan Five9 sememangnya sesuai kerana akan menyampaikan kebahagiaan dan nilai lebih banyak kepada pelanggan kita,” kata Eric S. Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Zoom. “Zoom dibina atas teras kepercayaan bahawa teknologi komunikasi yang teguh dan boleh dipercayai membolehkan interaksi yang memupuk empati dan kepercayaan yang lebih besar dan kami percaya perkara itu sangat benar dalam interaksi pelanggan. Pengusaha berkomunikasi dengan pelanggan biasanya menerusi pusat hubungan dan kami percaya perolehan ini mewujudkan platform interaksi pelanggan peneraju yang akan membantu untuk mengubah cara syarikat pelbagai saiz berhubung dengan pelanggan mereka. Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan pasukan Five9 dan saya menanti-nantikan untuk menyambut mereka dalam keluarga Zoom.” |
Wednesday, July 21, 2021
MARY KAY INC. YANG MENYOKONG BAGI MEMAJUKAN PEMERKASAAN EKONOMI WANITA DAN KESAMAAN GENDER MELALUI SATU SIRI KOMITMEN & PERKONGSIAN PENTING DI SELURUH DUNIA
Bulan ini, Mary Kay juga menyertai Program “Pemacu bagi perubahan” di Forum Kesamaan Generasi di Paris, Perancis (30 Jun - 2 Julai). (Grafik: Mary Kay Inc.)
DALLAS, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, telah meningkatkan lagi komitmen mereka untuk memajukan kesamaan gender dengan mengeluarkan satu kertas kedudukan yang mengalu-alukan Strategi Kesamaan Gender Suruhanjaya Eropah untuk tahun 2020 – 2025 dan dengan menyertai Gabungan Tindakan Global Forum Kesamaan Generasi.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210720005347/en/
Kertas kedudukan itu, yang boleh diakses di sini, menyuarakan strategi bagi Kesatuan Eropah mengenai kesamaan gender. Menurut Kesatuan Eropah: “Strategi itu menyampaikan objektif dan tindakan dasar untuk membuat kemajuan yang signifikan menjelang tahun 2025 ke arah sebuah Eropah yang mempunyai kesamaan gender. Matlamat itu adalah sebuah Kesatuan di mana wanita dan lelaki, gadis dan budak lelaki, dalam semua kepelbagaian mereka, adalah bebas untuk menempuh jalan yang mereka pilih dalam hidup, mempunyai peluang yang sama rata untuk berkembang maju, dan sama-sama mengambil bahagian di dalam dan memimpin masyarakat Eropah kita.”
“Undang-undang diskriminasi, kecenderungan gender dan pengstereotaipan, keganasan terhadap wanita dan gadis - ini semua adalah isu-isu global dan harus ditangani dalam perkongsian bersama sektor awam dan swasta dan organisasi masyarakat sivil di seluruh dunia,” kata Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang & Kepelbagaian di Mary Kay. “Mencapai kesamaan gender adalah sangat penting bagi kelangsungan hidup planet ini dan pembangunan semula ekonomi dan masyarakat yang lebih lestari dan berkembang.”
Bulan ini, Mary Kay juga menyertai Program “Pemacu bagi perubahan” di Forum Kesamaan Generasi di Paris, Perancis (30 Jun - 2 Julai). 26 tahun selepas Perisytiharan Beijing, Forum Kesamaan Generasi itu, yang dikendalikan oleh Wanita PBB dan dihoskan bersama oleh kerajaan Mexico dan Perancis, adalah “detik paling kritikal dalam sebuah generasi untuk melabur di dalam kesamaan gender dan mempercepatkan momentum bagi keselamatan, kepimpinan dan peluang1 ekonomi wanita.”
Julia Simon menyertai sebuah panel bertajuk “Membina sebuah Strategi Transformatif bagi Perolehan Responsif Gender,” yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai halangan yang tidak seimbang dan saling berkaitan terhadap keusahawanan wanita dan menggalakkan perolehan responsif gender. Di peringkat global, 1 dalam 3 perniagaan adalah dimiliki oleh wanita2, namun wanita hanya memperoleh 1% daripada perbelanjaan perolehan oleh kerajaan dan perbadanan besar3. Penceramah berkongsi pandangan dan nasihat konkrit yang dibuktikan oleh perjalanan mereka sendiri tentang cara bagaimana untuk melaksanakan sebuah strategi GRP.
Pada Forum Paris itu, Mary Kay juga menyertai empat daripada Gabungan Tindakan Kesamaan Generasi melalui komitmen dasar, programatik, dan sokongan: Keadilan dan Hak Ekonomi; Tindakan Wanita bagi Keadilan Iklim; Keganasan berasaskan gender dan Inovasi dan Teknologi. 50,000 orang terlibat di dalam Forum itu yang mengumpulkan 1,000 pembuat komitmen, mencatatkan pelaburan sebanyak $40 bilion bagi kesamaan gender dalam menyokong sebuah rancangan 5 tahun untuk bertindak sama merentasi 6 bidang tindakan.
Penglibatan ini adalah yang terbaharu bagi satu siri usaha advokasi Mary Kay dalam menyokong pemerkasaan ekonomi wanita dan kesamaan jantina pada pertemuan peringkat tinggi di seluruh dunia bersama-sama dengan rakan-rakan PBB mereka dan rakan strategik tempatan.
- Pada 16 Mac, 2021, Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay, telah menyertai mesyuarat Kesamaan Gender Sasaran Kompak Global PBB untuk membincangkan cara bagaimana Mary Kay memberi kuasa kepada usahawan wanita di hampir 40 buah negara. Gibbins menyoroti data yang baharu dikeluarkan oleh Bank Dunia4 yang mendedahkan bahawa, secara purata di seluruh dunia, wanita memiliki tiga perempat hak undang-undang lelaki. Beliau mencabar syarikat-syarikat untuk mengambil satu pendirian terhadap diskriminasi undang-undang dan menyokong bagi reformasi untuk merapatkan jurang agar wanita dapat mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Acara itu telah mengumpulkan lebih 5,000 orang daripada sektor perniagaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, negara-negara anggota, dan organisasi masyarakat sivil dari lebih 100 buah negara, dengan 75% peserta mewakili sektor swasta.
- Pada 24 Mac, 2021, pada acara sampingan bagi Suruhanjaya mengenai Status Wanita (CSW65), Gibbins telah menyertai sebuah panel yang dihoskan oleh Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) yang bertajuk “Wanita Memimpin Pemulihan Ekonomi Melalui Keusahawanan” di mana beliau menekankan perlunya bagi perkongsian sektor awam-swasta untuk membantu membentuk sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita. Dimulakan oleh Mary Kay dengan kerjasama 5 agensi PBB, Pemecut Keusahawanan Wanita itu ditampilkan sebagai satu contoh bagi impak unik untuk pelbagai perkongsian bagi mempercepatkan perubahan.
- Pada 26 Mac-4 April, Edita Szabóová, Pengurus Besar bagi Mary Kay Republik Czech dan Slovakia, berkongsi komen di Persidangan Hari Gaji Sama di mana beliau menekankan betapa pentingnya “wanita menyokong wanita,” dan menyoroti usaha Mary Kay dalam memupuk usahawan wanita melalui latihan, kepimpinan, dan bimbingan. “Ketika wanita berkumpul, kita dapat mencapai perkara yang luar biasa untuk kepentingan wanita dan umat manusia secara umumnya. Oleh kerana kita tahu bahawa jika kita mengangkatnya, kita mengangkat kesemuanya. Pada terasnya, Mary Kay mengembangkan dan melatih usahawan, yang seterusnya, membina perniagaan mereka sendiri dan menulis kisah dan legasi mereka sendiri bagi anak perempuan mereka,” kata Szabóová.
- Pada 15-16 Jun, 2021, di Sidang Kemuncak Pemimpin Kompak Global PBB, Gibbins bercakap pada sesi pentas utama “Wanita dalam Kelestarian: Berinovasi dalam sebuah Dunia Lelaki” yang menganjurkan usahawan wanita sebagai model peranan yang diperlukan oleh ekonomi dan masyarakat. Beliau juga menekankan misi kritikal bagi Pemecut Keusahawanan Wanita yang dimulakan oleh Mary Kay bersama 5 rakan agensi PBB: Wanita PBB, PBB Global Compact, Pusat Perdagangan Antarabangsa, Organisasi Buruh Antarabangsa dan Program Pembangunan PBB. Pemecut itu telah komited untuk mendidik dan memperkasakan 5 juta usahawan wanita dalam tempoh 10 tahun akan datang. “Keusahawanan wanita akan memainkan satu peranan penting di dalam kejayaan pemulihan pandemik itu. Inilah sebabnya mengapa misi Pemecut Keusahawanan Wanita itu sangat bertepatan pada masanya. Dan, inilah sebabnya mengapa usahawan wanita memerlukan satu kerangka kerja sebesar ini,” kata Gibbins. Sidang Kemuncak tahunan itu mengumpulkan lebih 25,000 pemimpin dari bidang perniagaan, kerajaan, PBB, dan masyarakat sivil, untuk meninjau keadaan kemajuan dan bagi memacukan tindakan kolektif ke arah mengurangkan krisis iklim, pandemik global, ketaksamaan ekonomi, dan ketidaksamaan sosial.
- Pada 6 Julai, di Ekaterinburg, Mary Kay telah menyertai Pameran Perdagangan Perindustrian Antarabangsa INNOPROM-2021 platform perindustrian, perdagangan dan eksport utama di Rusia. Penceramah tetamu pada satu panel yang dihoskan oleh Wanita PBB bertajuk “Program Wanita PBB untuk Promosi dan Pembangunan Keusahawanan Berdasarkan Gender,” Mary Kay menekankan betapa pentingnya strategi perolehan responsif gender dan menekankan bahawa pandemik itu juga membawa satu peluang unik untuk memajukan tindakan dan bagi menyokong perniagaan wanita di seluruh dunia.
Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya hampir 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di www.marykay.com
1 https://forum.generationequality.org/home
2 Bank Dunia (2020). Tinjauan Perusahaan, Portal Data Gender Bank Dunia yang dipetik oleh Blog Bank Dunia (2020) Usahawan wanita diperlukan – tanpa berlengah!
3 Vazquez dan Sherman (2014). Dipetik oleh Wanita PBB (2017) Kuasa bagi Perolehan: Bagaimana untuk mensumberkan daripada perniagaan yang dimiliki oleh wanita.
4 Wanita, Perniagaan dan Undang-undang, 2021. Satu laporan yang dijalankan di 190 buah negara.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210720005347/en/
Hubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
Marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com
Sumber : Mary Kay Inc.