Tuesday, December 31, 2024

HUKUMAN SEBATAN SYARIAH DALAM KES KHALWAT

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil maklum mengenai isu pelaksanaan hukuman sebatan syariah di luar penjara yang dijalankan di Terengganu baru-baru ini. Dalam perkara ini, IKIM ingin memperkukuhkan pendirian dan memberikan penjelasan berdasarkan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan agensi berkaitan.

Hukuman Sebatan Dalam Kes Khalwat Bukan Hudud Tetapi Ta’zir
IKIM menegaskan bahawa hukuman sebatan ke atas kes khalwat yang dijalankan bukanlah sebahagian daripada hukum hudud seperti yang sering disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Hukuman tersebut tergolong dalam kategori ta’zir iaitu hukuman yang ditentukan oleh pihak berkuasa berdasarkan ijtihad dan budi bicara selaras dengan maqasid syariah.

Pelaksanaan Berdasarkan Standard Operasi Prosuder (SOP) yang Jelas dan Teratur
Semua pihak perlu menghormati bidang kuasa negeri dalam melaksanakan hukuman syariah. SOP pelaksanaan yang disediakan oleh JKSM menyediakan garis panduan berikut untuk memastikan pelaksanaan hukuman dijalankan dengan tertib:

i. Pemilihan Tempat:
Tempat pelaksanaan ditentukan oleh Mahkamah Syariah seperti mahkamah, institusi yang diwartakan atau lokasi lain yang dianggap sesuai oleh pihak berkuasa negeri.

iiPemeriksaan Kesihatan:
Semua pesalah mesti menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan fizikal yang mampu menerima hukuman.

iii. Kehadiran Khalayak yang Terkawal:
Kehadiran khalayak adalah terhad kepada individu yang dibenarkan oleh mahkamah termasuk pegawai kehakiman, pegawai perubatan, dan pihak berkepentingan lain. Hadirin tidak boleh melebihi 70 orang untuk menjaga sensitiviti dan maruah pesalah.

iv. Prosedur Pelaksanaan:
Hukuman dilaksanakan oleh pegawai yang terlatih dan mematuhi garis panduan seperti memastikan sebatan dilakukan tanpa mencederakan pesalah dengan menggunakan rotan yang sesuai dan tidak menyebabkan kecederaan.

Cadangan Penambahbaikan
IKIM mencadangkan langkah-langkah tambahan untuk memperkukuhkan pelaksanaan hukuman sebatan syariah:
 
i. Melaksanakan program pemulihan yang holistik. Dengan pendekatan ini pesalah dapat menyertai program bimbingan rohani, kaunseling intensif, dan latihan kemahiran sebagai sebahagian daripada hukuman.
 
ii. Memberi tumpuan bagi meningkatkan kefahaman kepada masyarakat awam agar memahami matlamat sebenar hukuman syariah melalui kempen kesedaran dan forum terbuka.
 
iii. Memperkukuhkan kerjasama antara JKSM, Jabatan Penjara dan agensi-agensi yang berkaitan untuk menyeragamkan pelaksanaan dan garis panduan.

Langkah-Langkah Susulan
Sebagai langkah susulan untuk menambah baik SOP pelaksanaan hukuman sebatan IKIM akan:
 
i. Mengadakan persidangan meja bulat tertutup dengan menjemput pakar-pakar perundangan sivil dan syariah serta pihak-pihak berkepentingan bagi menambahbaik pelaksanaan hukuman syariah serta menyeragamkan garis panduan pelaksanaan hukuman syariah.
 
ii. Memberikan penekanan terhadap pendidikan dan penerangan kepada masyarakat bagi mengelakkan salah faham terhadap konsep dan pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia.

IKIM menyeru semua pihak untuk memahami isu ini dengan matang dan berhikmah. Tujuan perlaksanaan hukuman ini adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada pesalah dan masyarakat. Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mencetuskan salah faham atau ketegangan perlu dielakkan demi menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Prof Madya Dato' Dr Mohamed Azam bin Mohamed Adil
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

31 Disember 2024 bersamaan 29 Jamadilakhir 1446H

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT IKIM

Nama: Pn. Hajah Nik Hasnah binti Ismail
Tel: 016-219 5345
E-mel: nikhasnah@ikim.gov.my

Nama: En. Sharuzi bin Ismail
Tel: 010-402 6200
E-mel: jie@ikim.gov.my

--BERNAMA

Tuesday, December 24, 2024

LG UPLUS KIDSTOPIA MERAIH ANUGERAH MSIT DI PERSIDANGAN PERIKATAN METAVERSE 2024

 



• Diiktiraf atas kecemerlangan dalam perlindungan pengguna, interaksi dan keaslian
• Berjaya melepasi 900,000 pelanggan di seluruh dunia, meraih populariti meluas di dalam dan luar negara berkat kemampuan perbualan semula jadi yang dikuasakan AI
• Pertumbuhan pelanggan didorong oleh ‘ixi,’ jenama AI yang dibangunkan sendiri, serta kandungan pendidikan pengalaman yang diperluaskan
• Dianugerahkan ‘Pingat Emas’ dalam kategori Aplikasi di ‘Anugerah Mom’s Choice 2024,’ program pensijilan bertaraf dunia yang dinilai oleh ibu bapa dan pendidik

SEOUL, Korea Selatan, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LG Uplus (KRX:032640), salah satu daripada tiga penyedia telekomunikasi terkemuka di Korea Selatan, mengumumkan bahawa platform kanak-kanak syarikat tersebut, ‘KidsTopia,’ telah menerima Anugerah Menteri Sains dan ICT di Persidangan Perkongsian Pencapaian Peraturan Kendiri dan Perikatan Metaverse 2024.

Persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Sains dan ICT (MSIT) Korea Selatan ini menghimpunkan pakar dari pelbagai sektor—industri, akademik, penyelidikan dan kerajaan—untuk berkongsi pencapaian serta memberi penghormatan kepada syarikat dan projek luar biasa yang menyumbang kepada perkembangan ekosistem metaverse. Tahun ini, acara tersebut berlangsung pada 11 Disember di Hotel Seoul Dragon City, Yongsan-gu, Seoul.

KidsTopia menerima Anugerah Menteri sebagai pengiktirafan atas pencapaiannya yang cemerlang dalam aspek seperti Perlindungan Pengguna, Interaksi dan Kerjasama Antara Pengguna, serta Keaslian untuk Pengguna.

KidsTopia ialah platform yang membolehkan kanak-kanak meneroka dan mempelajari pelbagai topik seperti bahasa asing, haiwan, dinosaur, dan angkasa lepas melalui pengalaman maya 3D yang interaktif bersama watak-watak berasaskan AI. Kejayaannya didorong oleh grafik mesra kanak-kanak serta keupayaan untuk berinteraksi dalam pelbagai bahasa dengan watak-watak tersebut—yang dikuasakan oleh ixi, teknologi AI proprietari LG Uplus.

Gabungan unik teknologi dan nilai pendidikan ini telah melonjakkan populariti KidsTopia bukan sahaja di Korea, tetapi juga di seluruh Asia Tenggara. Menjelang Disember 2024, platform ini telah mencatat lebih daripada 900,000 langganan kumulatif di seluruh dunia. Ini adalah pencapaian yang mengagumkan, memandangkan platform ini mencapai kejayaan tersebut dalam tempoh hanya satu tahun tujuh bulan sejak pelancarannya.

Selain pengiktirafan daripada MSIT, KidsTopia baru-baru ini dianugerahkan ‘Pingat Emas’—penghormatan tertinggi dalam kategori aplikasi di ‘Anugerah Mom’s Choice 2024,’ sebuah program pensijilan terkenal di peringkat global untuk produk mesra kanak-kanak, pada 4 Disember.
.
'Mom’s Choice' ialah sebuah organisasi pensijilan antarabangsa yang menilai dan mengiktiraf produk terbaik berdasarkan penilaian keseluruhan terhadap kualiti, nilai pendidikan dan keasliannya. Panel penilaiannya terdiri daripada profesional dalam bidang pendidikan dan media, serta ibu bapa dan kanak-kanak.

Pengiktirafan daripada Anugerah Mom’s Choice membawa makna yang besar kerana melibatkan ibu bapa—pembuat keputusan utama dalam memilih perkhidmatan untuk kanak-kanak—bersama pakar pendidikan dalam proses penilaiannya. Kerjasama antara ibu bapa dan pakar ini meningkatkan kredibiliti pensijilan tersebut, menjadikannya penanda aras bagi produk mesra kanak-kanak yang dipercayai oleh keluarga di seluruh dunia.

Kim Min-gu, Ketua Projek Metaverse LG Uplus, berkata, “Kami amat berbangga bahawa usaha kami untuk membangunkan platform yang menyeronokkan dan bermanfaat bagi kanak-kanak telah diiktiraf melalui anugerah berprestij ini, di peringkat domestik dan global. LG Uplus akan terus berusaha memajukan KidsTopia sebagai platform kanak-kanak global terkemuka, didorong oleh keyakinan dan komitmen kami terhadap pendidikan, hiburan dan keselamatan.”

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54167968/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18876

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA OP PEDO BERSEPADU PDRM DAN SKMM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan operasi bersepadu "OP PEDO" pada 23 disember 2024 dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap suspek yang disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Objektif operasi bersepadu ini bertujuan menjejaki pesalah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan aktiviti dalam talian khususnya di platform media sosial disamping memberi kesedaran kepada ibu bapa, masyarakat serta penyedia platform tentang tanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan kanak-kanak.
 
Menerusi operasi bersepadu ini, seramai 13 orang lelaki warga tempatan berumur di antara 20 hingga 74 tahun telah berjaya ditangkap dalam serbuan di enam (6) buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu. Kesemua suspek akan direman di bawah seksyen 117 kanun tatacara jenayah.
 
Hasil pemeriksaan terhadap peranti yang digunakan di premis kediaman kesemua suspek, telah menemui anggaran 40,000 CSAM dan bahan pornografi dewasa. Berikut adalah butiran peranti yang telah dirampas untuk siasatan lanjut:

I. 7 Unit set komputer;
Ii. 1 Unit komputer riba;
Iii. 11 Buah telefon bimbit; dan
Iv. 16 Unit modem dan router.
 
Sebanyak 13 kertas siasatan dibuka atas kesalahan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) di bawah seksyen 10 akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan kesalahan memiliki bahan lucah di bawah seksyen 292 kanun keseksaan.
 
Orang ramai terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak dinasihatkan agar meningkatkan kawalan kendiri, menjaga batas moral dan adab bersosial di dalam talian bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah serta melaporkan sebarang penyalahgunaan rangkaian kepada pihak berkuasa.
 
PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk jenayah dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang melakukan dan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah.
 
(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG
KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA

SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 
Polis Diraja Malaysia (PDRM)

 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 
Tel: 03 86 88 80 00
Fax: 03 86 88 10 00

E-mel : scd@mcmc.gov.my 
Laman Web : www.mcmc.gov.my

 
--BERNAMA

SEMUA PROJEK UTAMA BAGI BEBAN PUNCAK MUSIM SEJUK DALAM GRID KUASA JIANGSU MULA DILAKSANAKAN




NANJING, China, 23 Dis., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 16 Disember, projek pembesaran kapasiti bagi pengubah arus utama di Pencawang Shangdang 500 kilovolt di Zhenjiang di Wilayah Jiangsu, telah mula beroperasi secara rasmi. Dengan ini, semua projek utama bagi beban puncak musim sejuk di Grid Kuasa Jiangsu pada tahun 2024 telah disiapkan dan mula beroperasi.
 
"Pengoperasian sepenuhnya bagi 10 projek utama untuk beban puncak musim sejuk telah menambah baik lagi struktur rangkaian grid di dalam wilayah itu, dengan memenuhi keperluan sambungan grid berskala besar bagi tenaga baharu di utara Jiangsu, dan meningkatkan kapasiti bekalan kuasa bagi grid kuasa itu di selatan Jiangsu. Ia akan dengan berkesan memastikan penggunaan elektrik yang selamat dan boleh dipercayai oleh perusahaan dan penduduk di Jiangsu semasa musim sejuk," kata Chen Songtao, ketua bagi Bahagian Perancangan di Jabatan Pembinaan bagi State Grid Jiangsu Electric Power Co., Ltd. Syarikat itu telah mengukuhkan secara menyeluruh kawalan ke atas nod penting bagi projek grid musim sejuk dan terus menerus meningkatkan tahap kecekapan pengurusan untuk memastikan semua projek bagi beban puncak musim sejuk dilaksanakan sebelum puncak bagi penggunaan elektrik musim sejuk tiba.
 
Dari Januari hingga November, penggunaan elektrik sosial kumulatif di Jiangsu telah mencapai 773.949 bilion kilowatt-jam, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 8.99%. Dengan mengambil Zhenjiang sebagai contoh, penggunaan elektrik sosial di Zhenjiang dari Januari hingga November tahun ini telah mencapai 29.838 bilion kilowatt-jam, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.58%. "Bagi memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat di kawasan tempatan, projek pembesaran kapasiti bagi pengubah arus utama No. 1 di Pencawang Shangdang 500 kilovolt itu telah dilancarkan pada Mei tahun ini, untuk meningkatkan kapasiti pengubah arus utama itu daripada 750 megavolt-ampere kepada 1,000 megavolt-ampere," kata Li Qiming, pengurus projek bagi State Grid Jiangsu Electric Power Engineering Consulting Consulting Co., Ltd. Peningkatan tenaga elektrik itu boleh memenuhi keperluan tahunan bagi 3.3 juta isi rumah, dengan memberikan sokongan kukuh untuk jaminan bekalan kuasa di Zhenjiang pada musim sejuk ini. 
 
Projek Penghantaran dan Transformasi Haiyang 500 kilovolt di Taizhou adalah projek utama pertama yang siap bagi beban puncak musim sejuk pada tahun ini. Sebagai satu daripada projek utama di dalam "Rancangan Lima Tahun Ke-14" untuk pembangunan Grid Kuasa Jiangsu, penyiapan pencawang itu akan menyediakan tenaga elektrik yang boleh dipercayai untuk kira-kira 4.38 juta isi rumah pada sepanjang tahun.

Sumber: State Grid Jiangsu Electric Power Engineering Consulting Co., Ltd. 


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18875

Monday, December 23, 2024

LUMI GLOBAL MENGAMBIL ALIH ASSEMBLY VOTING UNTUK MEMPERKUKUH PENERAJUAN PRODUK DAN MEMPERCEPAT PENGEMBANGAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA

LIPHOOK, United Kingdom, 23 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lumi Global, sebuah syarikat peneraju global dalam penyelesaian mesyuarat dipacu teknologi bagi Mesyuarat Agung Tahunan, Perhubungan Pelabur dan mesyuarat Ahli, dengan bangganya mengumumkan pengambilalihan Assembly Voting, sebuah syarikat teknologi yang mengkhusus dalam penyelesaian pilihan raya dan pengundian berasaskan awan dari hujung-ke-hujung yang boleh ditentusahkan melalui platform proprietarinya, Electa. Pengambilalihan strategik ini mengukuhkan komitmen Lumi Global terhadap inovasi sekali gus mengembangkan keupayaannya melangkaui persekitaran pertemuan langsung kepada peluang pasaran baharu.


Sorotan Utama Pengambilalihan
  1. Mempertingkatkan Penerajuan Produk
    • Assembly Voting memperkenalkan penentusahan hujung ke hujung yang maju kepada portfolio Lumi, yang dapat memastikan proses pilihan raya dan pengundian yang selamat, telus dan boleh ditentusahkan untuk pelanggan di seluruh dunia.
    • Lumi Global telah lama menawarkan penyelesaian pengundian tanpa nama, namun Assembly Voting akan meningkatkan lagi keupayaan ini dengan ciri-ciri canggih yang akan mengukuhkan kedudukan Lumi Global sebagai peneraju yang memenuhi penyelesaian teknologi dan pilihan raya.
  2. Mengukuhkan Portfolio Produk
    • Platform Electa dibina berdasarkan tujuan untuk pilihan raya berjadual dan pengundian tak segerak yang melengkapkan penyelesaian sedia ada Lumi Global yang direka bagi mesyuarat langsung dan pengundian segerak.
    • Dengan tumpuan pada penentusahan, keselamatan dan kebolehskalaan, platform Electa meluaskan keupayaan Lumi untuk menyokong organisasi pada setiap peringkat proses membuat keputusan, sebelum dan semasa mesyuarat penting.
  3. Memangkin Pengembangan Pada Peringkat Antarabangsa
    • Pengambilalihan ini mengukuhkan kewujudan Lumi Global di Denmark dan Sepanyol yang akan membuka peluang baharu dalam pasaran penting ini secara strategik.
    • Lumi Global berada pada kedudukan strategik untuk menggunakan platform Electa di seluruh pasaran utamanya di Amerika Utara, EMEA dan APAC.
  4. Mendorong Inovasi dengan Kepakaran
    • Penyertaan pasukan pembangunan Assembly Voting berpengalaman akan memperkayakan saluran inovasi Lumi Global serta membawa peluang baharu bagi kerjasama dan pertumbuhan.
    • Prestasi cemerlang platform Electa disahkan lagi oleh kajian bebas yang dijalankan oleh Karlsruhe Institute of Technology (KIT), yang menyenaraikannya sebagai antara penyelesaian pengundian elektronik terunggul di seluruh dunia di antara 82 alat yang dianalisis. Kumpulan penyelidikan SECUSO (Keselamatan, Kebolehgunaan, Masyarakat) KIT yang terkenal dengan usaha dalam keselamatan siber dan kebolehgunaan telah menekankan tumpuan teguh Electa dalam bahagian ini, yang mengukuhkan kredibiliti dan penerajuannya dalam bidang tersebut. Kajian lengkap boleh didapati di sini.
Perspektif Penerajuan

“Pengambilalihan ini menandakan satu langkah maju yang berani bagi Lumi Global, sedang kami memperluaskan keupayaan produk kami melangkaui mesyuarat dan ke pasaran pilihan raya yang lebih luas,” kata Richard Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif Lumi Global. “Penyepaduan teknologi inovatif Assembly Voting dengan platform Global Lumi akan membuka peluang baharu dan memastikan kami kekal di barisan hadapan dalam penyelesaian mesyuarat, pilihan raya dan pengundian yang dipacu teknologi dalam Mesyuarat Agung Tahunan, Perhubungan Pelabur dan organisasi Ahli di seluruh dunia.”

“Kami sangat teruja dapat menyertai Lumi Global, sebuah syarikat yang mempunyai visi dan pendekatan inovatif yang sejajar dengan kami,” kata Jacob Gyldenkaerne, Ketua Pegawai Eksekutif Assembly Voting. “Kerjasama ini bukan sahaja memperluaskan jangkauan teknologi kami tetapi turut mempertingkatkan keupayaan kami untuk memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan global yang lebih pelbagai dengan penyelesaian pilihan raya yang boleh ditentusahkan dari hujung ke hujung.”

Menyokong Matlamat Strategik Lumi Global

Pengambilalihan Assembly Voting oleh Lumi Global menekankan dedikasi dalam pemerkasaan mesyuarat dan pilihan raya yang penting untuk keputusan yang dipercayai di seluruh dunia. Apabila mesyuarat langsung dan perhimpunan agung beralih kepada format yang semakin berbentuk digital, pilihan raya juga turut berubah daripada kertas undi tradisional kepada platform digital yang lebih selamat dan boleh dipercayai. Transformasi digital ini mencipta peluang bagi satu platform terpadu yang memenuhi kedua-dua keperluan dengan lancar. Pelanggan Lumi Global semakin hari semakin bersemangat mencari penyelesaian komprehensif yang dapat menghasilkan penyepaduan ini.

Perihal Lumi Global

Lumi Global mengendalikan mesyuarat dan pilihan raya yang penting untuk keputusan yang paling dipercayai di dunia, yang memastikan pengalaman dalam bilik dan dalam talian yang lancar dan menarik untuk peserta. Kehadiran Lumi Global serta teknologi canggihnya berupaya memperkasakan pembuatan keputusan termaklum yang merangkumi mesyuarat tahunan, pilihan raya, mesyuarat ahli, mesyuarat perundangan, mesyuarat hubungan pelabur dan panggilan perbincangan pendapatan. Selama lebih 30 tahun lalu, Lumi telah memacu inovasi industri, mencipta penyelesaian bersama-sama dengan pelanggan untuk mempermudahkan mesyuarat yang kompleks serta menyediakan mesyuarat tanpa gangguan dan bebas tekanan yang memupuk kebertanggungjawaban dan libat urus yang bermakna.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sylvie Harton
Ketua Pegawai Strategi Perniagaan

sylvie.harton@lumiglobal.com

Video yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8b52aaa2-db1a-4f84-b5a9-de6d0e1e94b3 


SUMBER: Lumi Global

Sunday, December 22, 2024

PELAKSANAAN PROGRAM PENSIJILAN PERNIAGAAN MALAYSIA TOURISM EXCELLENCE (MATEX) DI SABAH

 

Encik Edward bersama operator Lingga Eco-Tourism semasa penilaian MaTEx di Kiulu

KOTA KINABALU, 19 Dis (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Negeri Sabah mengumumkan pelaksanaan Program Pensijilan Perniagaan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) di Negeri Sabah. Program yang julung kali dijalankan di Sabah ini telah berjaya memberikan pensijilan kepada sepuluh operator pelancongan yang menunjukkan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan dan pengalaman pelancongan.
 
Pengarah MPC Wilayah Sabah, Encik Edward Binty, menyatakan bahawa program pengiktirafan MaTEx bertujuan untuk meningkatkan standard industri pelancongan di Malaysia, khususnya di Sabah. Program ini menyediakan mekanisme kawal selia kendiri yang membolehkan operator pelancongan menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka. Pensijilan ini adalah langkah penting untuk memastikan pengalaman pelancong berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
 
Operator yang menyertai program ini dan menerima pengiktirafan akan mendapat faedah seperti peningkatan imej dan reputasi serta sokongan daripada kerajaan dalam bentuk promosi dan bantuan pembangunan. Kejayaan memperoleh pengiktirafan di peringkat MaTEx juga membuka peluang kepada operator untuk mencapai pengiktirafan di tahap yang lebih tinggi, meletakkan produk pelancongan di Sabah setaraf dengan produk pelancongan antarabangsa.
 
Sepuluh operator dalam kumpulan terawal di Sabah yang telah menerima pensijilan MaTEx terdiri daripada pelbagai jenis perkhidmatan pelancongan, termasuk ekopelancongan, pelancongan lasak, dan pengalaman budaya. Ini mencerminkan komitmen yang kuat daripada pemain industri untuk meningkatkan kualiti dan daya saing pelancongan di negeri ini.
 
MPC dan KePKAS mengalu-alukan semua operator pelancongan di Sabah untuk mendapatkan pensijilan MaTEx. Pada masa ini, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyertai program ini. Di masa hadapan, MPC dengan kerjasama KePKAS bercadang untuk mengadakan siri penerangan kepada operator pelancongan di Sabah.
 
Melalui penyertaan dalam program pengiktirafan MaTEx, diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti sektor pelancongan. MPC yakin Negeri Sabah akan terus menjadi destinasi pelancongan yang menarik dan berkualiti, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan tiga teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, dan membentuk ekosistem yang teguh. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama.  

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Izzaldin Irfan
Tel: 016-8816614 
Emel: izzaldin@mpc.gov.my

--BERNAMA

Saturday, December 21, 2024

EMGA MEMPEROLEH AS$90 JUTA DARIPADA EIB UNTUK BTG PACTUAL BRAZIL

LONDON, 20 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh pembiayaan hutang sebanyak AS$90 juta untuk pelanggan lama mereka yang berpangkalan di Brazil, BTG Pactual.

Pinjaman tidak bercagar dengan keutamaan pembayaran semula berjumlah AS$90 juta disediakan oleh EIB dan urus niaga ini merupakan susulan daripada urus niaga terkini sebanyak AS$210 juta yang juga dinasihatkan oleh EMGA.

Sajeev Chakkalakal, Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan di EMGA, berkata: "Ini ialah urus niaga tambahan yang hebat kepada kemudahan pembiayaan hijau AS$210 juta yang kami kumpulkan untuk BTG daripada EIB. Dalam hal ini, pembiayaan ini bertujuan untuk membiayai portfolio Pembiayaan PKS BTG dan mempunyai kesan pembangunan yang sangat tinggi memandangkan pembiayaan ini akan menyokong pembangunan perniagaan kecil di rantau terpinggir di Brazil, serta memberikan tumpuan tambahan kepada usahawan wanita. EIB kekal sebagai hubungan pelabur utama untuk EMGA dan kami berbangga kerana telah membantu mereka meningkatkan kehadiran mereka di Brazil sebagai sebahagian daripada strategi EIB Global mereka yang lebih luas.”

Jeremy Dobson, Pengarah Urusan dan Ketua Operasi di EMGA, menambah: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan BTG sekali lagi dalam pembiayaan tambahan daripada EIB ini. Kami berharap dapat meneruskan rekod cemerlang kami dalam mengatur pembiayaan di Brazil dan seluruh Amerika Latin.”

BTG Pactual: BTG merupakan bank pelaburan terbesar di Amerika Latin, bank ke-6 terbesar di Brazil mengikut ekuiti pemegang saham dan pemain utama dalam menyediakan pinjaman dan jaminan kepada pelbagai jenis pelanggan, daripada PKS kepada syarikat korporat yang besar. BTG merupakan peneraju dalam mempromosikan kewangan iklim di Brazil dan memainkan peranan penting dalam menyalurkan sumber ke dalam projek yang memberikan kesan yang positif kepada masyarakat. 

EIB: EIB ialah European Investment Bank (EIB) dan merupakan bank pelaburan Kesatuan Eropah serta institusi kewangan pelbagai hala terbesar di dunia. EIB membiayai dan melabur melalui kedua-dua penyelesaian ekuiti dan hutang serta memberikan tumpuan dalam bidang iklim, alam sekitar, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembangunan, perpaduan dan infrastruktur. 

Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), yang mempunyai pejabat di London dan New York, membantu institusi kewangan dan korporat mencari modal hutang atau ekuiti baharu. Pasukan berbilang negara EMGA secara kolektif mempunyai pengalaman berdekad-dekad dalam menyelesaikan lebih daripada AS$9 bilion hutang dan urus niaga ekuiti persendirian untuk pelanggan mereka dalam pasaran yang baru muncul dan ekonomi sempadan dunia, termasuk Brazil yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan nasihat strategik sepanjang kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus memperluas jangkauan geografi dan mempelbagaikan perkhidmatan yang ditawarkan, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran sebagai bank pelaburan butik khusus pasaran pesat membangun yang terunggul.

Hubungan: info@emergingmarketsglobaladvisory.com 

Sumber: Emerging Markets Global Advisory 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18868

Friday, December 20, 2024

SIRI OPPO FIND X8 MENINGKATKAN PENGALAMAN UTAMA DENGAN PERKHIDMATAN DAN TEKNOLOGI YANG TIADA TANDINGAN

SHENZHEN, China, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 21hb Nov, OPPO telah mengumumkan pelancaran global generasi terkini telefon pintar utamanya, Siri Find X8. Menampilkan naik taraf menyeluruh dalam perkakasan dan juga pengimejan, siri ini juga memperkenalkan buat kali pertama ColorOS 15 dengan set penyelesaian AI OPPO lanjutannya.


Di dalam negara tertentu tempat Siri Find X8 dilancarkan, perkhidmatan OPPO menawarkan set Perkhidmatan Premium yang menyeluruh kepada pelanggan yang membeli peranti ini. Ini termasuk bukan sahaja pelan perlindungan percuma pada masa pembelian, tetapi juga akses kepada talian penting eksklusif, jurutera eksklusif, telefon pinjaman premium dan perkhidmatan waranti antarabangsa yang sah di seluruh dunia*.

*Untuk mendapatkan butiran tentang manfaat perkhidmatan khusus yang tersedia kepada pelanggan yang membeli di negara yang berbeza, sila layari Tapak web Pusat Perkhidmatan OPPO rasmi.

Perkhidmatan Waranti Antarabangsa dan Piawaian Bersatu untuk Ketenangan Fikiran Merentasi Sempadan

Siri OPPO Find X8 dilengkapi dengan perkhidmatan waranti antarabangsa yang merangkumi 62 buah negara dan rantau. Melalui waranti ini, pengguna yang menghadapi sebarang isu dengan telefon mereka di dalam kawasan liputan boleh mengunjungi pusat perkhidmatan OPPO rasmi berhampiran untuk menerima sokongan menyeluruh, termasuk pembaikan profesional, penyelenggaraan peranti dan kemas kini perisian.

Perkhidmatan OPPO telah melatih lebih 12,000 wakil khidmat pelanggan dan jurutera berkemahiran tinggi di seluruh dunia, memastikan keupayaan perkhidmatan yang luar biasa pada skala global. Pusat perkhidmatan OPPO di seluruh dunia telah mengguna pakai piawaian perkhidmatan bersatu untuk memberi ketenangan fikiran kepada pengguna dan perlindungan perkhidmatan yang boleh dipercayai.

Hapuskan Kemalangan Setiap Hari dengan Perkhidmatan Tanpa Kerisauan

Peranan amat penting yang dimainkan oleh telefon pintar dalam kehidupan harian bermakna bahawa kemalangan kecil seperti kerosakan skrin sekali pun boleh menyebabkan kesulitan yang banyak. Untuk memastikan pengalaman tanpa kerisauan, perkhidmatan OPPO memberikan pelan perlindungan skrin percuma atau waranti yang dilanjutkan untuk pemilik Siri Find X8 di pasaran seperti Indonesia, Vietnam dan Malaysia.

Dalam pasaran terpilih tempat Siri Find X8 tersedia, perkhidmatan OPPO menawarkan perkhidmatan eksklusif yang direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Ini termasuk talian penting eksklusif, barisan premium di pusat perkhidmatan luar talian dengan jurutera eksklusif dan telefon pinjaman premium semasa pembaikan. Selain itu, perkhidmatan OPPO menawarkan perkhidmatan pembaikan penghantaran masuk dan pengambilan percuma di rantau terpilih, memastikan piawaian profesional yang sama seperti pusat perkhidmatan luar talian. Pengguna juga boleh menikmati pelbagai perkhidmatan bertimbang rasa, seperti pembersihan dan penyelenggaraan peranti, semasa Hari Perkhidmatan OPPO dan juga lawatan tetap, untuk pengalaman yang lancar dan tanpa kerisauan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54166407/en 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18862

Thursday, December 19, 2024

QIANHAI MENDAKAP SATU MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH PADA ULANG TAHUN PERTAMA RANCANGAN QIANHAI

AsiaNet 0200632


SHENZHEN, China, 19 Dis., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Pelan Pembangunan Keseluruhan bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Rancangan Qianhai") telah menandakan ulang tahun pertamanya sejak dikeluarkan. Sepanjang tahun lalu, Qianhai telah meningkatkan usaha untuk membina sebuah platform perintis bagi pembaharuan dan inovasi yang komprehensif, sebuah portal peringkat tinggi untuk keterbukaan antarabangsa, sebuah kawasan terkemuka bagi penyepaduan yang mendalam di antara Shenzhen dan Hong Kong, dan sebuah hab untuk pembangunan kualiti tinggi bagi industri perkhidmatan moden, yang dipacu oleh satu momentum pertumbuhan yang lebih dinamik.
 
Memperdalamkan pembaharuan dan memperluaskan pembukaan adalah kelebihan unik dan misi penting bagi Qianhai. Statistik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong menunjukkan bahawa, selama tiga tahun berturut-turut, Qianhai telah berada pada kedudukan No.1 dari segi indeks inovasi institusi bagi zon perintis perdagangan bebas China. Sejak awal tahun ini, Qianhai telah melancarkan 47 inovasi institusi baharu untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 882. 
 
Bercakap mengenai inovasi institusi, Kevin Qian, Pengetua China bagi Harrow Shenzhen, berkongsi pandangan beliau. "Sejak Sekolah Antarabangsa Harrow bagi cawangan Qianhai diwujudkan, kami telah menikmati pelbagai dasar sokongan, seperti kelulusan untuk penggunaan tanah, akses kepada kemudahan perkakasan dan kebenaran untuk memperluaskan pendaftaran. Dasar-dasar ini membolehkan kami untuk memenuhi permintaan pendidikan tinggi dengan lebih baik bagi keluarga bakat yang berkaliber tinggi. Dengan dasar keutamaan dan perkhidmatan yang mudah itu, sekolah berkenaan boleh menarik lebih ramai pengurus dan guru asing yang cemerlang," kata beliau.
 
Qianhai telah muncul sebagai satu daripada kawasan yang paling pesat berkembang dan paling terbuka di China pada era baharu itu. Dalam 10 bulan pertama bagi 2024, nilai import dan eksport bagi kawasan Qianhai-Shekou di Zon Perdagangan Bebas Perintis (Guangdong) China telah mencecah 448.1 bilion yuan, melambangkan satu peningkatan 58.3% tahun ke tahun dan satu rekod paling tinggi. 
 
Rancangan Qianhai itu telah memberikan Qianhai dengan satu peranan strategik yang baharu sebagai sebuah "kawasan terkemuka untuk penyatuan mendalam di antara Shenzhen dan Hong Kong". Apabila dilihat dari atas, bangunan bagi Hab Inovasi dan Usahawan Belia Qianhai Shenzhen-Hong Kong (E-hab) menyerupai watak tradisional Cina bagi "mimpi", yang melambangkan perjalanan mengejar impian bagi belia dari tempat seperti Shenzhen dan Hong Kong. Sehingga awal Disember 2024, E-hab itu telah menginkubasi sejumlah 1,374 pasukan permulaan, termasuk 955 dari SAR Hong Kong, SAR Macau dan negara-negara di luar negara. Hari ini, lebih daripada 9,000 perusahaan yang dibiayai oleh Hong Kong telah berdaftar di sini.
 
"Sebagai barisan hadapan di dalam pembaharuan Shenzhen, Qianhai telah menjadi sebuah kawasan yang penuh dengan peluang keemasan untuk mengukuhkan kerjasama kewangan di antara Shenzhen dan Hong Kong dan menyokong Hong Kong dalam menyatukan status mereka sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa," kata seorang eksekutif di East Asia Qianhai Securities Co., Ltd. dalam satu temubual.
 
Sun Jinjun, Ketua Perwakilan bagi Pejabat Perwakilan Holman Fenwick Willan LLP Shenzhen, telah kagum dengan perkhidmatan profesional yang beliau diterima semasa menubuhkan pejabat itu. "Saya sering mempunyai rakan sekerja dari negara lain dan pelanggan China dan asing menghadiri mesyuarat di pejabat kami di Qianhai, dan mereka sering memuji persekitaran pejabat itu," kata beliau. Beliau juga memuji pengangkutan yang semakin selesa di sini. "Ramai rakan sekerja saya melakukan perjalanan di antara Hong Kong dan Qianhai pada hari yang sama, dan perjalanannya agak selesa," kata beliau.
 
Bertindak sebagai sebuah hab untuk pembangunan yang berkualiti tinggi bagi industri perkhidmatan moden ialah kedudukan strategik dan sumber daya saing bagi Qianhai. Sepanjang tahun lalu, Qianhai telah menyampaikan pencapaian yang luar biasa dan sebuah masa depan yang cerah adalah dijangkakan.
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

LAPANGAN TERBANG WUXI SHUOFANG DITETAPKAN SEBAGAI SEBUAH PELABUHAN TRANSIT BEBAS VISA 240 JAM DI CHINA

WUXI, China, 19 Dis., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

China memperluaskan lagi dasar transit bebas visa mereka, dengan memanjangkan tempoh maksimum bagi warga asing dibenarkan tinggal di negara itu di bawah dasar itu kepada 240 jam daripada 72 atau 144 jam sebelum ini, Pentadbiran Imigresen Kebangsaan China mengumumkan pada Selasa. Selain itu, 21 pelabuhan telah ditambah sebagai pelabuhan masuk bagi kakitangan transit bebas visa, termasuk Lapangan Terbang Wuxi Shuofang.

Pada masa ini, pelabuhan penerbangan di Wuxi telah membuka 8 laluan penumpang antarabangsa ke dan dari bandar raya seperti Osaka, Jepun; Incheon, Korea Selatan; Nha Trang, Vietnam; Singapura; dan Bangkok, Thailand, dengan purata 22 penerbangan antarabangsa pada setiap hari.
 
Data terkini menunjukkan bahawa pada tahun ini, Stesen Pemeriksaan Imigresen Wuxi telah memeriksa lebih 7,400 penerbangan masuk dan keluar, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 125%; dan lebih 820,000 orang individu, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 134%. Bilangan warga asing yang masuk dan keluar melalui Wuxi telah mencapai lebih 91,000 orang, satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 245%. Di antara mereka, lebih 10,000 warga asing masuk tanpa visa dan transit secara sementara, 16.4 kali ganda lebih berbanding pada tahun lepas, dengan pelancongan dan melawat saudara-mara dan rakan-taulan menjadi tujuan utama bagi kemasukan itu.
 
Pada awal tahun ini, Wuxi telah memperkenalkan "10 Langkah untuk Memudahkan Kemasukan dan Tinggal bagi Warganegara Asing di Wuxi," dengan mewujudkan enam senario bagi kemudahan untuk warga asing, termasuk masuk dan keluar, pembayaran, urusan perniagaan, perjalanan hidup, penggunaan, dan pendidikan dan penjagaan perubatan.
 
Selepas pelaksanaan rasmi bagi dasar transit bebas visa 240 jam itu, Wuxi akan menambah baik lagi perkhidmatan jaminan pelepasan kastam. Langkah-langkah khusus termasuk melaraskan susun atur bagi tapak kemasukan secara saintifik, dan menggariskan kawasan pemprosesan prosedur transit bebas visa itu. Wuxi akan mengurus dan melayani penginapan bagi warga asing di China, dan menyelaraskan peralihan di antara dasar transit bebas visa dan keperluan visa pelabuhan. Bandar raya itu akan menghebahkan dasar transit bebas visa 240 jam itu dalam pelbagai saluran dan bahasa, dan mempromosikan dasar transit bebas visa kepada perusahaan yang dibiayai pihak asing, dewan perniagaan asing, agensi pelancongan dan syarikat penerbangan di Wuxi. Ia akan menyediakan stesen perkhidmatan penumpang masuk di pelabuhan masuk, dengan menyediakan perkhidmatan kepada warga asing seperti tempahan bagi tempat yang indah, pemprosesan kad mudah alih dan pembayaran mudah alih, serta terus memudahkan pengajian, kehidupan dan pekerjaan bagi warga asing di Wuxi.
 
Sumber: Stesen Pemeriksaan Imigresen Wuxi

--BERNAMA

Wednesday, December 18, 2024

EDISI DALAM TALIAN NIKKEI: YANG PERTAMA DI JEPUN UNTUK MENCAPAI 1 JUTA PELANGGAN DIGITAL BERBAYAR

TOKYO, 17 Dis., 2024 /Kyodo JBN/ --

Nikkei Inc. mengumumkan pada 10 Disember bahawa jumlah pelanggan berbayar kepada Edisi Dalam Talian Nikkei telah melebihi 1 juta, untuk menjadikannya sebagai media berita digital berbayar domestik (*) pertama yang mencapai kejayaan ini. Pertumbuhan pesat baru-baru ini telah didorong oleh peningkatan langganan di dalam sektor korporat dan pendidikan. Nikkei terus berkembang melangkaui peranannya sebagai sebuah penyedia berita yang mesti dibaca untuk menjadi sebuah perkhidmatan yang mesti digunakan bagi khalayak yang semakin luas.
(*) Menurut satu laporan oleh Institut Reuters bagi Kajian Kewartawanan
https://reutersinstitute.politics.ox.ac.uk/digital-news-report/2024/japan )
 
Edisi Dalam Talian Nikkei telah dilancarkan pada tahun 2010. Kejayaan awal telah didorong oleh satu pengambilan yang kuat daripada pelanggan individu, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan satu peningkatan pesat di dalam penerimaan oleh syarikat dan sektor pendidikan. Syarikat-syarikat menggunakannya sebagai satu sumber maklumat penting serta bagi latihan korporat, manakala institusi pendidikan semakin beralih kepadanya sebagai satu sumber untuk pembelajaran berasaskan inkuiri.

Pada tahun 2024, langganan berbayar kepada Dalam Talian Nikkei berkembang pesat, meningkat pada sekitar 100,000 hingga mencapai 1.01 juta, satu peningkatan 13% berbanding pada Disember 2023. Sementara itu, jumlah langganan berbayar kepada media digital Nikkei secara keseluruhan, termasuk perkhidmatan seperti siri "NIKKEI Prime", telah melepasi 1 juta pada Disember 2023 dan mencapai 1.17 juta pada Disember tahun ini (2024). 
 
Nikkei ialah penyedia media berita digital berbayar ketiga terbesar di dunia:
Termasuk media berbahasa Inggeris "Nikkei Asia" dan Financial Times (FT) yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Nikkei, jumlah langganan berbayar digital bagi Kumpulan Nikkei ialah 3.7 juta. Ini menjadikannya media berita digital ketiga terbesar di dunia, selepas New York Times dan Dow Jones, yang menerbitkan Wall Street Journal.
 
Maklumat mengenai Nikkei
Nikkei Inc. ialah sebuah jenama media yang terkenal di dunia bagi berita-berita Asia, dihormati kerana ciri-ciri kewartawanan yang berkualiti dan sebagai sebuah penyedia berita dan maklumat perniagaan yang dipercayai. Diasaskan sebagai sebuah penyedia berita pasaran di Jepun pada tahun 1876, Nikkei telah berkembang untuk menjadi satu daripada perbadanan media terbesar di dunia, dengan mempunyai 37 biro editorial luar negara dan kira-kira 1,500 orang wartawan di seluruh dunia. Nikkei memperolehi Financial Times yang berpangkalan di United Kingdom pada tahun 2015. 
 
Sumber: Nikkei Inc.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18858

Tuesday, December 17, 2024

PAAB AKAN BIAYAI HAMPIR RM 1 BILION DAN BINA DUA LOJI RAWATAN AIR DI SEBERANG PERAI, PULAU PINANG MULAI TAHUN 2025

Dari kanan (Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Ir. Zulkiflee Omar, Pengerusi PAAB, Dato’ Seri Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Pegawai Kewangan PAAB, Zaleha Abdul Hamid dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat PAAB, Rozaifee Abu Zaharim)

 GEORGETOWN, 17 Dis (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow di Kompleks KOMTAR, Pulau Pinang pagi tadi.

 
Kunjungan hormat tersebut disertai oleh Pengerusi PAAB, Dato' Seri Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Zulkiflee Omar dan Ketua Pegawai Kewangan, Zaleha Abdul Hamid.
 
Dalam pertemuan yang berlangsung di Pejabat Ketua Menteri, PAAB berpeluang memperkenalkan dengan lebih terperinci mengenai peranan dan tanggungjawabnya sebagai syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan dana mudah cara dalam melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur air, bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di semua negeri yang telah menandatangani Pelan Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air dengan PAAB.
 
Sehubungan itu, PAAB komited bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina dua loji rawatan air baharu di daerah Seberang Perai bagi meningkatkan margin simpanan air terawat di kawasan berkenaan pada masa depan.
 
Projek tersebut membabitkan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Perai di daerah Seberang Perai Tengah dengan kapasiti 136 juta liter air sehari (MLD).
 
Manakala sebuah lagi projek melibatkan pembinaan LRA Sungai Muda di daerah Seberang Perai Utara dengan kapasiti 114 MLD.

Apabila siap kelak, 15 peratus margin simpanan air terawat dapat dikekalkan di Negeri Pulau Pinang serta berupaya mengatasi permintaan tinggi pengguna di kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara untuk menyokong keperluan pembangunan masa depan.
 
PAAB ditubuhkan pada tahun 2006 melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan dikawal selia oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membantu Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Pelan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara, sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aset air di Semenanjung Malaysia dengan kadar pembiayaan yang kompetetif.
 
Untuk rekod, PBAPP telah menandatangani Pelan Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Pulau Pinang pada tahun 2011 dan projek infrastruktur air ini merupakan penglibatan PAAB yang pertama di Negeri Pulau Pinang.

SUMBER : Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: KHAIRIL AMRI TAJUDDIN

Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: 017-4060717
E-mel: amri@paab.my

--BERNAMA

Monday, December 16, 2024

PENGGUNA MEDIA SOSIAL TIDAK PERLU MEMOHON LESEN

 

Pengguna Media Sosial tidak perlu memohon lesen

CYBERJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Pelesenan platform media sosial yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan HANYA memerlukan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial dengan sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia untuk dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
Ini termasuk platform seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, TikTok, dan banyak lagi. Matlamatnya adalah untuk memastikan pengurusan dan keselamatan yang lebih baik di platform-platform ini.
 
Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut:
https://mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf2/SOALAN-LAZIM-FAQ.pdf
 
SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel : 03-8688 8000
Faks : 03-8688 1000
Emel : scd@mcmc.gov.my 

--BERNAMA

MAJLIS PROMOSI EKSPORT BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN JEPUN: KEMPEN HADIAH SENYUMAN BUAH-BUAHAN JEPUN




Table
Hadiah sebenar akan diproses menggunakan buah-buahan Jepun. (Foto: Business Wire) 

Nikmati Buah-buahan Jepun dengan Penapis AR Hello Kitty!

TOKYO, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun, dengan kerjasama Pusat Promosi Produk Makanan Jepun Luar Negara (JFOODO), berkolaborasi dengan watak popular daripada Sanrio Co., Ltd., iaitu “Hello Kitty.” Watak ini, yang turut terkenal di peringkat antarabangsa, sedang meraikan ulang tahun ke-50 dan digunakan untuk mempromosikan buah-buahan dan sayur-sayuran Jepun dari seluruh negara. Kami akan menjalankan kempen media sosial di mana anda boleh memuat naik foto di Instagram dengan tema perayaan bermusim utama seperti Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina, dan Hari Valentine untuk menyertai cabutan bertuah. Pemenang akan menerima hadiah istimewa “Smile Japanese Fruits Gift”, hadiah yang sempurna untuk dinikmati bersama seisi keluarga..

Kerjasama istimewa menampilkan label “Japan-grown Fruit” dan Hello Kitty
*Label “Japan-grown Fruit” ialah label jenama khas untuk buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di Jepun, memenuhi piawaian kualiti ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun.

Tempoh kempen:

• Perayaan Krismas: 14 Disember 2024 hingga 31 Disember 2024
• Tahun Baharu: 1 Januari 2025 hingga 10 Januari 2025
• Tahun Baharu Cina: 29 Januari 2025 hingga 14 Februari 2025
• Hari Valentine: 14 Februari 2025 hingga 22 Februari 2025
 
Cara menyertai:

1.   Ikuti Instagram japanesefruit_official
2.   Muat naik video yang memenuhi salah satu daripada dua syarat di bawah, dan sebutkan japanesefruit_official.
*Bagi Tahun Baharu Cina dan Hari Valentine, anda hanya perlu memenuhi syarat 2 untuk menyertai.

(1) Video menggunakan penapis japanesefruit x Hello Kitty yang menyeronokkan 
**Klik pautan di profil untuk melihat kesannya
(2) Video atau imej yang memaparkan orang tersenyum dan menikmati buah-buahan Jepun   
 
Produk sasaran:
Buah pic, anggur, epal, buah pisang kaki, buah-buahan sitrus, strawberi, ubi keledek
 
Peserta yang disasarkan:
Penduduk Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam, Hong Kong dan Taiwan
 
Hadiah:
Set istimewa “Smile Japanese Fruits Gift”

Akaun Instagram rasmi:
https://www.instagram.com/japanesefruit_official/

Klik di sini untuk lokasi jualan di setiap negara:
https://jpfruit-export.jp/promotion/en/shop/

Badan Pelaksana

Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun (JFEC)
https://jpfruit-export.jp/english.html

Pusat Promosi Produk Makanan Jepun Luar Negara (JFOODO)
https://www.jetro.go.jp/en/jfoodo/ 

Kerjasama

Maklumat tentang Sanrio
Sanrio ialah jenama gaya hidup global yang paling terkenal dengan Hello Kitty yang dicipta pada tahun 1974, serta menjadi pusat bagi banyak jenama watak lain yang disayangi seperti My Melody, Kuromi, LittleTwinStars, Cinnamoroll, Pompompurin, gudetama, Aggretsuko, Chococat, Bad Badtz-Maru dan Kerokerokeroppi. Sanrio diasaskan dengan falsafah bahawa hadiah kecil dapat membawa kebahagiaan dan persahabatan kepada orang dari segenap usia. Sejak tahun 1960, falsafah ini telah menjadi inspirasi untuk menawarkan produk, perkhidmatan, dan aktiviti berkualiti yang mempromosikan komunikasi serta memberi inspirasi kepada pengalaman pengguna yang unik di seluruh dunia. Pada masa ini, perniagaan Sanrio meluas ke industri hiburan dengan beberapa siri kandungan, tawaran permainan dan taman tema. Sanrio memiliki rangkaian produk yang luas yang tersedia di lebih 130 negara. Sanrio berharap dapat membawa senyuman ke wajah semua orang dengan visi mereka, “One World, Connecting Smiles.” Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sanrio, sila ikuti @sanriosingapore di Instagram dan @SanrioSG di Facebook.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54166397/en


Butiran Hubungan
Pasukan Perhubungan Awam Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun
E-mel: jpfruits_imc2024@group.dentsuprc.co.jp
 
Sumber: Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun