Monday, December 16, 2024

CAPCOM MEMPERKENALKAN ONIMUSHA WAY OF THE SWORD, MENGHIDUPKAN SEMULA SIRI IKONIK INI SELEPAS LEBIH DUA DEKAD! PADA MASA YANG SAMA, PROJEK SEKUEL UNTUK OKAMI KINI DALAM PERANCANGAN!

Onimusha Way of the Sword (Grafik: Business Wire)

OSAKA, Jepun, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) hari ini mengumumkan bahawa Onimusha Way of the Sword, tajuk baharu pertama dalam siri Onimusha selepas lebih 20 tahun, dijadualkan untuk dilancarkan. Pada masa yang sama, kerja untuk projek sekuel Okami juga telah dimulakan.

Siri Onimusha terdiri daripada permainan aksi pedang di mana pemain mengambil peranan sebagai pahlawan yang memiliki kuasa luar biasa daripada Oni untuk melawan raksasa yang berhasrat menguasai dunia. Onimusha Way of the Sword, yang dijadualkan untuk dilancarkan secara global pada tahun 2026, ialah permainan fantasi gelap yang diinspirasikan oleh budaya Jepun, berlatarbelakangkan awal zaman Edo di Kyoto yang berubah menjadi seram akibat awan Malice. Dalam permainan ini, protagonis samurai dilengkapi dengan Gauntlet Oni dan terlibat dalam pertempuran epik dengan makhluk-makhluk grotesque dan ghaib yang dikenali sebagai Genma. Capcom berharap pemain teruja dengan aksi pedang yang mendebarkan, di mana mereka dapat menumpaskan gerombolan Genma dengan kemahiran serangan pantas dan memuaskan.

Selain itu, Capcom telah memulakan kerja pada projek sekuel Okami.⁠ Pada asalnya dilancarkan pada tahun 2006 dan berlatarkan dunia berinspirasikan Jepun, dalam Okami, pemain mengambil peranan sebagai Amaterasu dan memulakan pengembaraan untuk memulihkan kehidupan dalam permainan aksi-pengembaraan ini. Projek baharu ini menandakan permulaan kisah baharu untuk Okami, yang sehingga kini telah menerima pujian kritikal kerana dunianya yang unik, pengembaraan yang mendebarkan, dan jalan cerita yang menyentuh hati. Projek ini sedang dibangunkan bersama pengarah serta ahli pasukan pembangunan dari Okami asal. Capcom berharap para pemain teruja menantikan kemas kini lanjut tentang kisah pengembaraan baharu ini bersama Amaterasu dan rakan-rakannya.

Selain kerap melancarkan judul baharu utama setiap tahun, Capcom kini memberi tumpuan untuk menghidupkan semula IP yang telah lama tidak menerima judul baharu. Syarikat ini berusaha meningkatkan nilai korporat dengan memanfaatkan perpustakaan kandungan yang kaya, termasuk menghidupkan semula IP lama seperti dua judul yang diumumkan di atas, bagi memastikan penghasilan judul berkualiti tinggi dan efisien secara berterusan.

Capcom terus komited untuk memenuhi jangkaan semua pengguna dengan memanfaatkan keupayaan pembangunan permainan yang terkemuka dalam industri, bagi mencipta pengalaman permainan yang sangat menghiburkan.

MAKLUMAT TENTANG CAPCOM

Capcom merupakan sebuah syarikat pemaju, penerbit, dan pengedar terkemuka di seluruh dunia untuk hiburan interaktif bagi konsol permainan, PC, peranti mudah alih dan tanpa wayar. Ditubuhkan pada tahun 1983, syarikat ini telah mencipta ratusan permainan, termasuk francais terkemuka seperti Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom beroperasi di AS, UK, Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporatnya yang terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom boleh didapati di https://www.capcom.co.jp/ir/english/

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54166378/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Contacts
Bahagian Perhubungan Awam & Perhubungan Pelabur Capcom
Daniel Levine
+81-6-6920-3623
daniel-levine@capcom.com

Yoshiko Ikeda
+81-6-6920-3623
yoshiko-ikeda@capcom.com
 
Sumber: Capcom Co., Ltd.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment