Persidangan Antarabangsa Boao Ketiga mengenai Kajian Dunia Sebenar bagi Produk Perubatan |
BOAO, China, 2 Dis., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
Persidangan Antarabangsa Boao ketiga mengenai Kajian Dunia Sebenar bagi Produk Perubatan telah diadakan dengan jayanya dari 23 hingga 24 November di Boao di Wilayah Hainan, China. Acara itu telah menarik lebih 800 orang peserta, termasuk wakil daripada organisasi antarabangsa, agensi kawal selia bagi ubat-ubatan dan peranti perubatan, institusi perubatan terkemuka, institut penyelidikan dan universiti terkemuka, dan syarikat farmaseutikal dan peranti perubatan multinasional.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kajian dunia sebenar telah mendapat perhatian meluas daripada agensi kawal selia di seluruh dunia bagi peranan kritikal mereka di dalam penilaian dan kelulusan bagi ubat-ubatan dan peranti perubatan. Di samping itu, data dunia sebenar telah semakin diiktiraf sebagai satu sumber penting di dalam menyokong pembuatan keputusan kawal selia di peringkat global.
Sebagai satu platform penting bagi pertukaran antarabangsa di dalam bidang kajian dunia sebenar, di China dan di peringkat global, Persidangan Antarabangsa Boao mengenai Kajian Dunia Sebenar bagi Produk Perubatan telah berjaya diadakan selama tiga tahun berturut-turut.
Dianjurkan oleh Institut Hainan Lecheng bagi Kajian Dunia Sebenar, persidangan tahun ini bertumpu kepada tema "Kajian Dunia Sebenar Memudahkan Penilaian Klinikal bagi Ubat dan Peranti Perubatan Inovatif." Program itu telah menampilkan satu sesi pleno dan tujuh sesi tematik:(1) RWS dan Penilaian Klinikal bagi Ubat-ubatan; (2) RWS dan Penilaian Klinikal bagi Peranti Perubatan; (3) RWS dan Pharmacovigilance atau sains farmaseutikal berhubung pengesanan, penilaian, pemantauan dan pencegahan kesan buruk produk farmaseutikal; (4) RWS dan Biostatistik; (5) RWS dan Teknologi Maklumat; (6) RWS dan Penyakit yang Jarang Jumpa; (7) RWS dan Penilaian Klinikal bagi TCM. Persidangan itu berfungsi sebagai satu platform penting untuk berkongsi pandangan mengenai sains kawal selia dan mempamerkan penyelidikan lanjutan, untuk memupuk pertumbuhan industri.
Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Boao Lecheng adalah satu-satunya "zon khas perubatan" di China dan kawasan perintis pertama di negara itu untuk penggunaan data dunia sebenar. Ia komited untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan perubatan antarabangsa yang bertaraf dunia dan sebuah hab bagi inovasi teknologi perubatan.
Pada tahun 2019, Kerajaan Rakyat Wilayah Hainan dan Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan (NMPA) bersama-sama telah melancarkan satu program perintis untuk menggunakan data klinikal dunia sebenar di zon perintis Boao Lecheng. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Persidangan Antarabangsa Boao mengenai Kajian Dunia Sebenar bagi Produk Perubatan telah muncul sebagai satu platform penting bagi kerjasama global dan perkongsian sumber di dalam kajian dunia sebenar. Persidangan itu telah menampilkan sumbangan daripada organisasi antarabangsa seperti WHO dan Majlis untuk Pertubuhan Antarabangsa bagi Sains Perubatan (CIOMS), serta agensi kawal selia termasuk NMPA China, FDA Amerika Syarikat, EMA Kesatuan Eropah, PMDA Jepun dan HSA Singapura. Pakar dari institusi penyelidikan dan syarikat farmaseutikal dan peranti perubatan multinasional juga telah berkongsi hasil penyelidikan termaju dan kemajuan kawal selia di dalam bidang itu pada acara tersebut.
No comments:
Post a Comment