Nikmati Buah-buahan Jepun dengan Penapis AR Hello Kitty!
TOKYO, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun, dengan kerjasama Pusat Promosi Produk Makanan Jepun Luar Negara (JFOODO), berkolaborasi dengan watak popular daripada Sanrio Co., Ltd., iaitu “Hello Kitty.” Watak ini, yang turut terkenal di peringkat antarabangsa, sedang meraikan ulang tahun ke-50 dan digunakan untuk mempromosikan buah-buahan dan sayur-sayuran Jepun dari seluruh negara. Kami akan menjalankan kempen media sosial di mana anda boleh memuat naik foto di Instagram dengan tema perayaan bermusim utama seperti Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina, dan Hari Valentine untuk menyertai cabutan bertuah. Pemenang akan menerima hadiah istimewa “Smile Japanese Fruits Gift”, hadiah yang sempurna untuk dinikmati bersama seisi keluarga..
Kerjasama istimewa menampilkan label “Japan-grown Fruit” dan Hello Kitty
*Label “Japan-grown Fruit” ialah label jenama khas untuk buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di Jepun, memenuhi piawaian kualiti ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun.
Tempoh kempen:
• Perayaan Krismas: 14 Disember 2024 hingga 31 Disember 2024
• Tahun Baharu: 1 Januari 2025 hingga 10 Januari 2025
• Tahun Baharu Cina: 29 Januari 2025 hingga 14 Februari 2025
• Hari Valentine: 14 Februari 2025 hingga 22 Februari 2025
Cara menyertai:
1. Ikuti Instagram japanesefruit_official
2. Muat naik video yang memenuhi salah satu daripada dua syarat di bawah, dan sebutkan japanesefruit_official.
*Bagi Tahun Baharu Cina dan Hari Valentine, anda hanya perlu memenuhi syarat 2 untuk menyertai.
(1) Video menggunakan penapis japanesefruit x Hello Kitty yang menyeronokkan
**Klik pautan di profil untuk melihat kesannya
(2) Video atau imej yang memaparkan orang tersenyum dan menikmati buah-buahan Jepun
Produk sasaran:
Buah pic, anggur, epal, buah pisang kaki, buah-buahan sitrus, strawberi, ubi keledek
Peserta yang disasarkan:
Penduduk Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam, Hong Kong dan Taiwan
Hadiah:
Set istimewa “Smile Japanese Fruits Gift”
Akaun Instagram rasmi:
https://www.instagram.com/japanesefruit_official/
Klik di sini untuk lokasi jualan di setiap negara:
https://jpfruit-export.jp/promotion/en/shop/
Badan Pelaksana
Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun (JFEC)
https://jpfruit-export.jp/english.html
Pusat Promosi Produk Makanan Jepun Luar Negara (JFOODO)
https://www.jetro.go.jp/en/jfoodo/
Kerjasama
Maklumat tentang Sanrio
Sanrio ialah jenama gaya hidup global yang paling terkenal dengan Hello Kitty yang dicipta pada tahun 1974, serta menjadi pusat bagi banyak jenama watak lain yang disayangi seperti My Melody, Kuromi, LittleTwinStars, Cinnamoroll, Pompompurin, gudetama, Aggretsuko, Chococat, Bad Badtz-Maru dan Kerokerokeroppi. Sanrio diasaskan dengan falsafah bahawa hadiah kecil dapat membawa kebahagiaan dan persahabatan kepada orang dari segenap usia. Sejak tahun 1960, falsafah ini telah menjadi inspirasi untuk menawarkan produk, perkhidmatan, dan aktiviti berkualiti yang mempromosikan komunikasi serta memberi inspirasi kepada pengalaman pengguna yang unik di seluruh dunia. Pada masa ini, perniagaan Sanrio meluas ke industri hiburan dengan beberapa siri kandungan, tawaran permainan dan taman tema. Sanrio memiliki rangkaian produk yang luas yang tersedia di lebih 130 negara. Sanrio berharap dapat membawa senyuman ke wajah semua orang dengan visi mereka, “One World, Connecting Smiles.” Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sanrio, sila ikuti @sanriosingapore di Instagram dan @SanrioSG di Facebook.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54166397/en
Butiran Hubungan
Pasukan Perhubungan Awam Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun
E-mel: jpfruits_imc2024@group.dentsuprc.co.jp
Sumber: Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun
Butiran Hubungan
Pasukan Perhubungan Awam Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun
E-mel: jpfruits_imc2024@group.dentsuprc.co.jp
Sumber: Majlis Promosi Eksport Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jepun
No comments:
Post a Comment