Friday, May 3, 2019

AEGIS SECURITY MENAWARKAN KOMPUTER MINI PERTAMA DI DUNIA YANG SEPENUHNYA MELINDUNGI ANONIMITI ANDA

LONDON, 2 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Aegis Security Manufacturing Limited mula menjual komputer mini pertama di dunia yang sepenuhnya melindungi anonimiti anda di internet, serta sebarang maklumat yang disimpan dalam memori dalaman peranti tersebut.

Komputer mini ini dipanggil Aegis One. Peranti kompak ini mengandungi pemproses ARM Cortex 1.4 Ghz yang moden, paparan warna 2.8 inci berciri penuh dengan resolusi 320 * 240 piksel, bekas aluminium logam penuh dan memori dalaman antara 16 hingga 256GB.

Selama lebih daripada dua tahun, Aegis Security telah membangunkan perisian untuk melindungi kerahsiaan kliennya secara pasti, yang kemudiannya disepadukan ke dalam Aegis One. Hasil kerja ini ialah sistem perisian: Aegis VPN - rangkaian maya peribadi dengan seni bina pelayannya sendiri serta saluran komunikasi sehingga 1 gbit, sambungan selamat sepenuhnya serta tiada log; Aegis Crypt ialah sistem penyulitan data moden berpandukan piawai AES-XTS-PLAIN64, kata laluan diperlukan untuk memasuki sistem semasa proses but; Aegis Firewall ialah firewall dikonfigurasikan secara profesional yang menyekat dan menapis semua data masuk dan keluar.

Sistem ini dibina berasaskan pengedaran Debian (sejenis sistem Linux), ia berbeza dalam kebolehpercayaan yang berparas tinggi, antara muka yang mudah dan pilihan pemeribadian yang meluas. Sistem ini membenarkan anda memasang program yang diperlukan untuk aplikasi kerja dan hiburan, repositori pada hari ini mengandungi lebih daripada 1000 program yang berlainan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12120

No comments:

Post a Comment