Friday, May 3, 2019

ARYAKA MENGUMPULKAN $50 JUTA UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGEMBANGAN SD-WAN TERURUS GLOBAL

Siri F, Diketuai oleh Goldman Sachs, Membolehkan Syarikat untuk dengan Cepat Meningkatkan Pendapatan, Kiraan Kepala & Jejak Global

SAN MATEO, Calif., 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aryaka®, pemimpin dunia di dalam SD-WAN terurus, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menutup satu pusingan pembiayaan Siri F bernilai $50 juta yang diketuai oleh Goldman Sachs Private Capital Investing. Ini membawa pembiayaan keseluruhan Aryaka kepada $184 juta. Di samping itu, pengumuman juga dibuat bahawa Matthew Dorr dari Goldman Sachs akan menyertai Lembaga Pengarah Aryaka sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah, dan Michael Kondoleon akan turut serta sebagai seorang pemerhati. Goldman Sachs akan menyertai pelabur sedia ada termasuk Trinity Ventures, Mohr Davidow Ventures, Nexus Venture Partners, InterWest Partners, Presidio Ventures, Third Point Ventures dan DTCP.

Pembiayaan itu akan digunakan untuk menskalakan operasi perniagaan, meningkatkan pendapatan dan mengambil bakat-bakat yang luar biasa, ketika Aryaka terus melihat pengembangan saiz urus janji dan pelanggan global yang lebih besar.

“Kami sentiasa menilai pasaran itu untuk syarikat-syarikat pertumbuhan tinggi yang menjadi pemimpin di dalam ruang mereka. Penyelidikan kami menunjukkan bahawa Aryaka menawarkan satu penyelesaian yang menarik untuk pasaran SD-WAN yang terus berkembang dengan pesat termasuk peningkatan penggunaan bagi perkhidmatan terurus SD-WAN,” kata Matthew Dorr, naib presiden di Goldman Sachs Private Capital Investing. “Kami mengambil keputusan untuk melabur di Aryaka oleh kerana penawaran mereka yang sangat berbeza, pangkalan pelanggan yang teguh, jejak global dan pasukan pengurusan mereka yang berpengalaman.”

“Kami gembira untuk menerima pelaburan ini daripada Goldman Sachs. Pelaburan baharu ini membolehkan kami untuk mempercepatkan momentum perniagaan kami dan menyokong strategi pertumbuhan kami,” kata Matt Carter, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Aryaka. “Kami berada pada kedudukan yang sangat baik untuk membantu pelanggan kami memacukan transformasi WAN dan inisiatif aplikasi prestasi dan pelbagai awan mereka; kesemuanya disampaikan 'sebagai satu perkhidmatan'.”

Dalam tempoh dua belas bulan yang lalu, Aryaka terus mempercepatkan pertumbuhan perniagaan, yang mengakibatkan dalam ribuan laman web yang diuruskan secara global dan aliran pendapatan berulang tahunan (ARR) yang jauh lebih besar. Syarikat itu juga telah membawa ahli-ahli berpengalaman kepada pasukan kepimpinan mereka, mewujudkan perkongsian pergi-ke-pasaran yang baharu dan meneruskan pembinaan sebuah rangkaian titik kehadiran (POP) yang terbaik dalam kelasnya. POP ini telah dilengkapkan dengan Pusat-pusat Operasi Rangkaian (NOC) global dan sokongan 24X7.

Memandangkan keperluan pelbagai awan telah berkembang, Aryaka telah menggabungkan perkongsian dengan penyedia awan awam terkemuka termasuk AWS, Microsoft Azure, Google, Oracle dan lain-lain. Perkongsian ini membolehkan Aryaka untuk menawarkan pilihan penyambungan awan terurus yang terbaik di dalam industri dan menyampaikan suatu penyelesaian berbilang awan yang sebenar. Di samping itu, melalui perkongsian dengan Palo Alto Networks, Symantec dan Zscaler, Aryaka membawa satu penyelesaian keselamatan yang sepenuhnya ke tepi.

Inovasi Aryaka yang berterusan di sekitar platform pengorkestraan mereka, penyelesaian penyambungan, peranti tepi, pengoptimuman WAN dan perisian keselamatan kesemuanya bergabung untuk membentuk penyelesaian yang paling bersepadu di dalam industri itu. Aryaka adalah satu-satunya platform SD-WAN yang mempunyai kedua-dua teknologi tindanan serta rangkaian global yang sangat tersedia yang menawarkan perkhidmatan terurus pada skala. Platform ini memberikan pelanggan dengan satu penyelesaian lancar dan memberikan pengalaman aplikasi pengguna akhir yang terbaik. Aryaka pada masa ini mempunyai lebih 800 pelanggan global, termasuk JAS Worldwide, HMSHost International, Makino, Pilot Freight, Element Solutions, Allegis, dan City & Guilds Group.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12113

No comments:

Post a Comment