Friday, May 3, 2019

SIGMA SYSTEMS MENGUMUMKAN PENJUALAN SYARIKAT KEPADA HANSEN TECHNOLOGIES

TORONTO, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog dengan sukacitanya mengumumkan pengambilalihan mereka oleh Hansen Technologies, sebuah pemimpin di dalam penyelesaian pengebilan, pengurusan data dan penjagaan pelanggan untuk industri Tenaga, Air, TV Berbayar, dan Telekomunikasi. Selepas penutupan penjualan itu, Hansen akan memperolehi pemilikan sepenuhnya ke atas Sigma Systems. Hansen Technologies adalah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX: HSN).

Dalam persekitaran yang sangat berinovatif pada hari ini, penyedia perkhidmatan memberi tumpuan kepada bagaimana untuk mempercepatkan inovasi produk dan perkhidmatan, mengubah perniagaan mereka bagi menjadi organisasi digital yang boleh dengan lebih efektif membuat penawaran berinovatif yang baharu, menjual mereka tanpa geseran di saluran pilihan pelanggan, dan menyampaikan perkhidmatan tersebut sebagaimana yang dijanjikan. Dari inovasi perkhidmatan digital sehingga kepada merealisasikan hasil dan sokongan pelanggan, pengambilalihan Sigma dan penawaran gabungan produk yang dihasilkan dari kedua-dua syarikat itu akan terus mengukuh dan memperluaskan proposisi nilai merentasi industri Telecom, Media, IoT, Tenaga dan Utiliti yang kami tawarkan perkhidmatan. Gabungan bagi kedua-dua syarikat yang berkembang pesat ini mewujudkan sebuah organisasi yang lebih mantap dengan kepakaran yang lebih tinggi, pakar penyampaian yang lebih berbakat, memperluaskan skala R&D dan mempelbagaikan perniagaan kami merentasi industri menegak.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12111

No comments:

Post a Comment