Thursday, May 2, 2019

PESERTA YANG DIKEHENDAKI UNTUK PROGRAM LATIHAN MASAKAN JEPUN, YANG MENDAPAT SUBSIDI DARI KEMENTERIAN PERTANIAN, PERHUTANAN DAN PERIKANAN, JEPUN, UNTUK CHEF BUKAN RAKYAT JEPUN, YANG SERIUS INGIN BELAJAR MASAKAN JEPUN DI JEPUN

Program itu menyediakan bahasa Jepun, latihan asas masakan Jepun dan latihan praktikal di dalam restoran masakan dan sushi Jepun yang utama.

TOKYO & KYOTO, Jepun, 30 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kami menjemput chef-chef yang bukan rakyat Jepun yang ingin mempelajari secara serius  masakan Jepun dengan sokongan Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, JEPUN. Program latihan itu terdiri daripada latihan bahasa Jepun dan latihan asas masakan Jepun diikuti dengan latihan restoran secara praktikal di restoran masakan dan sushi Jepun yang utama di Jepun selama lapan bulan. Kami mengharapkan agar peserta yang ingin memperoleh pengetahuan dan kemahiran sebenar masakan Jepun di dalam program itu akan mempromosikan keindahan masakan Jepun, budaya makanan dan ramuan yang dihasilkan oleh Jepun ke seluruh dunia.

Jadual
- Mengemukakan borang permohonan sebelum jam 23:59, Rabu, 15 Mei, 2019.
- Peserta akhir dipilih menjelang akhir Mei, 2019.
- Ketibaan ke Jepun pada 30 Jun, 2019.
- Tempoh Latihan: 1 Julai, 2019 sehingga akhir Februari, 2020.

Perbelanjaan yang akan disokong oleh Program itu
- Perbelanjaan tiket penerbangan pergi balik dari negara asal ke/ dari Jepun
- Tuisyen untuk sekolah bahasa Jepun dan sekolah masakan
- Kos penginapan untuk tinggal di Jepun

Syarat-syarat untuk Penyertaan di dalam Program itu
- Bukan rakyat Jepun (warganegara asing) yang tinggal di Jepun atau di luar negara
- Berumur 18 tahun semasa tiba ke Jepun
- Lulusan sekolah masakan dan/atau mempunyai pengalaman bekerja di dapur masakan Jepun.
- Mempunyai kemahiran bahasa (dalam menulis dan bertutur) dalam bahasa Inggeris dan/atau dalam bahasa Jepun
- Mempunyai keupayaan kewangan untuk menyara kehidupan sendiri di Jepun semasa program itu, di luar apa yang disokong oleh program itu
- Mendukung sikap bersopan-santun, integriti, berbudi bahasa, disiplin yang baik dan menghormati keperluan orang lain
- Memiliki tahap kesihatan fizikal/rohani
- Mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran memasak dan motivasi aktif untuk mempelajari masakan Jepun
- Mempunyai kebolehlaksanaan untuk menyertai di dalam kesemua kursus program
- Mempunyai rancangan untuk melibatkan diri dalam profesion yang menyumbang kepada mempromosikan masakan Jepun, budaya makanan dan ramuan yang dihasilkan di Jepun selepas menyertai dalam program itu

Untuk butiran
http://www.tow.co.jp/program/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12108

No comments:

Post a Comment